Info: Pangkat-Pangkat Dalam PDRM

sila klik untuk lebih jelas

Info jenis-jenis pangkat dlm PDRM pada yg berminat nak mintak jadi polis..manalah tau berguna ketika temuduga

PDRM mempunyai 16 peringkat pangkat yang dibahagikan kepada 2 kategori, iaitu:

>kumpulan Pegawai Kanan Polis

Inspektor sehingga Inspektor General Polis

>Kumpulan Pegawai Rendah Polis

>Konstabel


Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke

atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan

Cif Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.

Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP-IGP), Kumpulan Superintendan (ASP - SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP - C/INSP).


Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor.

Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.


Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-


Pegawai-Pegawai Kanan Polis

>Inspektor General Polis (IGP)

>Deputi Inspektor General Polis (DIGP)

>Komissioner Polis (CP)

>Deputi Komisioner Polis (DCP)

>Senior Asistan Komisioner I (SAC I)

>Senior Asistan Komisioner II (SAC II)

>Asistan Komisioner Polis (ACP)

>Superintandan Polis (SUPT)

>Deputi Superintendan Polis (DSP)

>Asistan Superintendan Polis (ASP)

>Cif Inspektor (C/INSP)

>Inspektor (INSP)

>Inspektor Percubaan (P/I)

>Pegawai Rendah Polis

>Sub-Inspektor (SI)

>Sarjan Mejar (SM)

>Sarjan (SJN)

>Koperal (KPL)

>Lans Koperal (L/KPL)

>Konstabel (KONST)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...