Pabila Salleh Man Cuba Menguasai Masjid Melalui Pemilihan AJK Kariah Yang Pelik!

Menguasai masjid merupakan agenda politik PAS Pulau Pinang!

Gila punya kerja kata salah seorang AJK Kariah. Pemilihan untuk apa melainkan ada agenda parti PAS untuk menguasai masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang. Kebanyakan Pengerusi dan AJK Kariah sedia ada amat tidak selesa dengan usaha pihak PAS mengarahkan setiap kariah mengadakan Mesyuarat Agong Khas Pemilihan Jawatankuasa Kariah. Sudah cukup politik di luar telah banyak memecahkan umat Islam di Pulau Pinang.

Kebanyakan umat Islam tidak sanggup melihat kita bergaduh dan berpecah sesama sendiri. Masjid merupakan rumah Allah tempat yang boleh menghimpunkan semula umat Islam. Masjid bukan tempat untuk berpolitik. Bukan semua umat Islam menyokong PAS atau UMNO. Jika begitu usahlah masjid dijadikan tempat menyebarkan risalah dan menyampaikan khutbah politik.

Sudah sekian lama, kerajaan BN memerintah, institusi masjid dipelihara dengan cukup baik bebas daripada mana-mana parti politik. Ada imam PAS dan ada imam UMNO. Ramai juga ahli jawatankuasa kariah terdiri daripada ahli-ahli PAS dan UMNO serta ramai juga yang berkecuali. UMNO tidak pun campur tangan dalam pemilihan ahli kariah begitu dahsyat seperti yang dilakukan oleh pimpinan PAS hari ini. Ada pula pasukan pemantau kononnya dilantik oleh Jawatankuasa MAINPP. Yang pasti badan pemantau ini tidak bebas atau berkecuali.

Pengundian dibuat di masjid tapi perlantikan akan dibuat oleh suatu Jawatankuasa Khas yang diketuai oleh YB Salleh Man. Begitulah sistem demokrasi ala-PAS. Demokrasi ciptaan PAS untuk memastikan Pengerusi Kariah dan AJK Kariah pada pemilihan kali ini hanya dikuasai oleh ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sahaja.

Jika Pengerusi dan AJK Kariah terdiri daripada orang-orang kita (orang-orang PAS-DAP-PKR), tak ada masalah lagi kita nak gunakan mimbar masjid untuk kutbah politik seperti masjid-masjid di Kelantan. Tak ada masalah lagi kita nak jemput Ostad2 PAS/DAP/PKR untuk berceramah politik dalam masjid kerana masjid kita yang punya, bukan Allah yang punya.

Sementara Pakatan Rakyat berkuasa, kita akan guna kesempatan ini untuk menguasai masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang secepat yang mungkin. Soal setuju atau tak setuju tak timbul lagi. Ini arahan Majlis Agama Islam, badan yang berkuasa dalam hal ehwal kariah di Pulau Pinang. YDP MAINPP, Ustaz Elias Zakaria sudah tidak ada taring lagi. Pengerusi Kariah tidak boleh mempertikaikan usaha PAS untuk menguasai masjid. Tarikh-tarikh untuk pemilihan jawatankuasa kariah telah dikeluarkan oleh pihak tertentu supaya pihak PAS boleh menghantar kumpulan petugas untuk memantau pelaksanaan pemilihan tersebut. Kumpulan Petugas ini boleh mengambil alih mengendalikan pemilihan itu jika ada kariah gagal melaksanakan pemilihan tersebut.

Yang peliknya, pemilihan akan selesai dalam bulan Julai ini tapi perlantikan akan berkuatkuasa 1 Januari 2012. Bagaimana jika AJK Kariah sedia ada telah tidak dipilih, mahukah mereka ini memegang jawatan sehingga 31 Disember 2011? Kenapa tergesa-gesa dibuat pemilihan dalam bulan Jun dan Julai? Inilah antara yang dikatakan pemilihan AJK Kariah mempunyai agenda politik PAS bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.

Jika begitu kehendak parti pemerintah sekarang (DAP-PAS-PKR), eloklah ahli-ahli kariah memulakan kempen rumah ke rumah untuk jawatan-jawatan AJK Kariah. Tua muda lelaki perempuan boleh berkempen untuk menaik dan menjatuhkan puak-puak tertentu. Kerajaan Pakatan Rakyat berjaya mendidik setiap rakyatnya berpolitik. Yang rugi adalah umat Islam yang berpecah. Dua kali umat Islam berpecah. Satu berpecah semasa kempen pilihanraya parti dan satu lagi pemilihan AJK Kariah. Jika begitu caranya, umat Islam di Pulau Pinang sukar bersatu dan saling bermusuh antara satu sama lain.

Yang menang jadi arang dan yang kalah akan jadi abu. Bangsa lain, kaum lain semakin bersatu dan semakin kuat. Sebaliknya umat Melayu/Islam semakin berpecah dan semakin lemah. Apakah pemimpin-pemimpin Islam di Pulau Pinang khususnya dan Malaysia amnya masih sanggup melihat umat Islam berpecah belah sesama sendiri angkara politik kepartian yang melulu? -SUARA 1 UMNO-

3 comments:

potonglancau said...

Sama laa mcm di Masjid Jamek Batu 14 Puchong Selangor. JAIS minta ahli kariah mendaftar sbgi anak kariah supaya boleh mengundi dan mjadi AJK masjid. Mesyuarat dah lantik AJK tapi senarai AJK yg dikeluarkan JAIS lain pulak. Yg terlantik ialah org yg tak pernah nampak muka kat masjid dan bukan anak kariah. Baik tak yah buat mesyuarat. Inilah Islam cara PAS.

Anonymous said...

Salam bro, Salih man dah bayar ka utang Tekun ?

Anonymous said...

mat salley bowdow...oops silap...salley man bowdow....pimai pimai sama jer...dok pusing kot tu jugak....salley man bowdow....leh leh leh

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...