Pendedahan panas Cikgu Nurul UPSR Bocor #matlamattakhalalkancara

Pic hiasan
Seorang guru tidak menolak kemungkinan dalam membocor soalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dibuat rakan seprofesion bagi ‘mengajar’ Kementerian Pendidikan.

Hanya mahu dikenali sebagai Nurul, beliau berkata perbuatan itu mungkin dilakukan sebagai protes berikutan sistem pendidikan sedia ada membebankan guru dan ‘mengarut’.
Guru diberi tekanan prestasi pelajar dan sekolah untuk kejar prestasi dan gred yang ditetapkan oleh pihak kementerian,” katanya pada perbualan di Facebook.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identitinya lantaran khuatir dikenakan tindakan atas pandangannya yang tidak sehaluan dengan kementerian.

Nurul berkata, tanggungjawab guru hari ini sangat terbeban dengan pelbagai sistem, jauh berbeza dengan peranan pendidik sekitar 20 tahun lalu.

Beliau berpendapat, dalang yang membocor soalan itu mungkin bertujuan cuba memenuhi indeks pencapaian yang ditetapkan kementerian.

Apapun bagi aku matlamat tidak menghalalkan cara..

26 comments:

Anonymous said...

Sebelum ni dah biasa kerja relax dan boleh buat kerja sampingan. Bila kena lebih siiit dqh stress la konon. Cuba anda banding kerja2 cikgu ni dengan mereka yg disektor swasta yang ada KPI.

Anonymous said...

Tugas guru sangat berkait rapat dgn masa depan negara dan kualiti anak bangsa.Kalau tak mahu beban,sila berhenti.Jangan makan duit haram dgn berkerja separuh hati dan khianat pul.Besar dosanya.

Saya tahu ramai guru yg mengutamakan tuition berbanding tugas rasmi.Tak salah buat tuition utk carai pendapatan tambahan,terutama mereka yg berkhidmat di bandar besar.Tapi jangan lah abiakan tugas yg seida ada,dimana gaji dibayar.

Anonymous said...

Mana ada 'ramai' guru buat tuition? Kalam dlm satu sekolah tu hanya 2 atau 3 org saja yg buat tuition swasta.

Anonymous said...

Anon 12:49 talking nonsense..usah bandingkan dgn sektor swasta sbb sektor swasta lbh kpd profit oriented sdgkn bidang pendidikan kerajaan adalah non-profit organisation.

Anonymous said...

Sy jemput pemberi2 komen diatas untuk menawarkn diri menjadi guru di mana2 sekolah. X perlu lama. Seminggu cukup lah. Lepas tu baru belajar untuk beri komen menggunakn akal waras. Bukan kepala lutut. Dipersilakn. Sy cabar anda macai semua. Jangan bagi komen dgn hanya melihat. Tapi anda perlu merasa. Jika anda ada anak yg bangang sekali pun.. cuba tanya dia.. nak A @ x... tentu jawapn dia nak A tapi mak ayah bangang mcm pengomen di atas.. buleh ka anak2 dapt A? Faktor genetik @ keturunan mmg mmpengaruhi anak-anak. Jadi kalau kita mak bakap dah bangang... nak harap anak2 dpt A... maka yg derita sapa??? Nak ngajar sendiri x reti.. bg cgu ngajar.. dia salahkn cgu pulak. Mmg keturunan bangang...

Anonymous said...

tp mmg ramai pun guru yg buat kje part time dlu kan guru lepasan siswazah jd rebutan ramai sbb pasaran kje kat luar kononnya payah benor nk dpt.....alih2 amik kpli jd la guru......sng wat part time....x betui ka....sudahnya murid2 la mangsa

Anonymous said...

Tak kira apa kerja sekalipun, kerja yang di arahkan adalah satu amanah yang mesti dijaga dan ia adalah satu ibadah. Professon guru adalah satu professon yang mulia. Janganlah menggadai keimana dengan mensabotaj tempat mencari nafkah.
Seperkara yang saya nampak dan saya selalu nampak dan alami ialah pencapaian terbaik murid2 sesebuah sekolah bukan hanya bergantung pada kerja keras guru sekolah tersebut tetapi dengan bantuan mak bapak menghantar tuisyen dengan belanja beratus sebulan. Kalau nak harap guru sekolah saja ermmm takderlaaaa jawabnya bebankan murid dengan kerja rumah adalaaaaa...Ini bermakna mak bapak dan guru2 tusyen yang menolong menaikkan kpi mereka...Tak payah nak mengeluhlah guru2...kerjalah dengan iklas.

Anonymous said...

BANYAK-BANYAK LAH BERSABAR DAN APABILA DAH TERIMA JAWATAN TU JALANKAN TUGAS ITU DENGAN PENUH AMANAH ....PIKUL TANGGUNG JAWAB DAN JANGAN LAH SUKA MERUNGUT DAN KOMPLEN.....

JANGAN SUKA MENYALAHKAN ORANG LAIN DAN JUGA JANGAN SUKA MEMBUAT PERBEZAAN DIANTARA SATU KERJA DENGAN KERJA YANG DITERIMA.....

APA-APA PUN INGAT AKAN REZEKI YANG DITERIMA BIARLAH HALAL DAN BERKAT DI SISI ALLAH TAALA UNTUK DIBERIKAN KEPADA KELUARGA......

Unknown said...

Anda tak berada ditempat guru..anda tak rasa.. memang antara kami ada buat kerja lebih masa.. untuk apa? Menampung kehidupan. masa kini. Bukan semua guru bergaji jusa c..tapi hanya sebahagian sahaja yang abaikan tugas mereka..

Anonymous said...

Cikgu...kalau dah tak minat kerja,berungut-rungut,kata org ni kata org tu tak betul..berhenti sahaja kerja .Bagi peluang pada org yang lebih komited..Cikgu duduk rumah aja jaga suami. Cikgu tak diperlukan oleh murid....yang semacam ini..

Anonymous said...

Kenapa boleh dikatakan kebanyakan daripada pelajar sekarang tidak lagi menghormati guru jika dibandingkan 20-30 tahun lalu.

Atas nama Hak Asasi yang dilaungkan oleh pihak Pembangkang dan dari Kumpulan Peguam yang cari makan, Guru bukan sahaja dicerca malah terus disaman. Jintik jari sikit pun riuh satu dunia menuduh Guru mendera.

Gulungan yang mempertikaikan sistem, adalah mereka yang kurang semangat pengorbanan untuk memajukan anak bangsa.

Guru telah hilang peganggan keatas pelajar kerana sistem yang ada sebelum ini banyak menumpukan kepada kejayaan akademik. UPSR, PMR, SPM, STPM menjurus kepada perkembangan organ dalam tempurung.

Manusia lebih2 lagi pelajar umpama pohon yang baru ditanam, perlu disiram, dibajai dan dikawal dari serangan makhluk perosak.

Pelajar dan Guru perlu ada keserasian dalam hubungan. Guru sepatutnya menyemai keserasian hubungan dengan pelbagai cara. Paling asas adalah intraksi.

Sejauh mana intraksi Guru dengan pelajar. Jika dahulu Guru dapat mengenali setiap pelajarnya kenapa tidak Guru sekarang. Bukan setakat itu sahaja malah Guru juga mengenali kebanyakan daripada keluarga pelajar.

Badan yang sihat minda yang cerdas. Ada ibu bapa yang sanggup bersusah payah mendapatkan perakuan doktor yang anak mereka tidak sihat untuk menghadiri kegiatan kokurikulum. Bagi mereka koko ini hanya buang masa. Mereka lebih mengutamakan masa tersebut untuk kekelas tuition.

Sekolah sudah tidak merupakan tempat kedua selepas rumah. Guru sekolah pula bukan lagi rakan rujuk kedua setelah ibu bapa.

Suasana keharmonian persekolahan makin terhakis. Akan membesarlah anak2 ini dengan haluan masing2.

Pemansuhan ujian PMR dengan memperkenalkan kaedah mengakrabkan guru dengan pelajar. Tidak timbul perasaan pilih kasih sekiranya dalam jangka waktu tersebut pelajar akan ada lebih masa bersama Guru.

Pengendali pusat tution memang menentang kaedah ini termasuklah Guru2 tution yang bercambah.

Macam2 momokan yang yang disebarkan, bayak yang buruk dari yang baik. Kerajaan juga yang dipersalahkan.

Penilaian pula bukan dibuat oleh seorang Guru. Pelajar dan Guru pastinya akan ada hubungan yang lebih baik.

Dalam perkara ini Guru perlulah bersikap terbuka. Pelajar pula perlulah berbaik sangka dengan Guru.

Setelah 5 tahun bersama pastinya Peperiksaan SPM akan lebih bermakna.

Saya mengajar mathematik dan sains 35thn lalu, kelas tambahan akan dikendalikan pada cuti sekolah hujung minggu dan cuti penggal. Tiada yuran tambahan dikenakan.

Cuma kadangkala pelajar2 akan bawa mangga muda atau kendondong dan garam belacan. Ada juga yang bawa bubur kacang walaupun taklah banyak namun itulah yang menjalin keakraban di antara kami.

Ramai di antara pelajar saya yang menjadi jurutera, doktor, pensyarah, guru, Imam, Pengusaha dan berbagai lagi.

Inilah pencapaian. Sekolah adalah rumah kedua manakala Guru adalah perujuk kedua selepas ibu bapa.

Salam untuk semua Guru2 dan Anak2 Murid.








Anonymous said...

Anon 2:23,

Sekiranya Anda seorang GURU, adakah bahasa yang anda gunakan menunjukkan anda seorang GURU yang dapat mengajar anak murid menjadi seorang yang berguna selepas tamat alam persekolahan.......

JANGANLAH SUKA-SUKA MENGHINA DGN MENGATAKAN BANGANG KEPADA SESEORANG.....

WAJAR ANDA LETAK JAWATAN JIKABAHASA YANG ANDA GUNAKAN MENUNJUKKKAN AKAN PERANGAI ANDA YANG BOLEH DI PERTIKAIKAN.....

Anonymous said...

Krjaan dah beri kenaikan pangkat secara Timebase jadi berpadanlah dgn situasi kerja masa kini . Gaji nak lebih kerja nak senang hidup . Mkn gaji biarlah berbaloi dgn kerja baru keberkatan dunia & akhirat

Unknown said...

Puak2 guru lah yg banyak dpt kelebihan soalan bocor utk anak2nya & kroninya .
patutlah anak2 cikgu semuanya A+ .
Dulu mkn sengap2 dah kena baru lah mengelabah . Jadi kambing hitam puak dlm KPM . Masing2 nak lepaskan tengkok sendiri

Anonymous said...

Sudah darjah 6 sudah didedahkan dgn soalan bocor tanpa berusaha sendiri .
kesian kpd mereka yg benar2 berusaha & jujur . Guru mengejar nama & kpi , pusat tuisyen mengejar kebanggaan businesnya, ibubapa mengejar tempat ke SBPA tetapi hasilnya adalah sumber drp yg haram .
Isu soalan bocor ni sudah lama tetapi tiada bukti yg sahih . Disbbkan sekarang ada wasp & media sosial barulah bukti terkangkang .
betul kata usop willcha . "Dulu mkn sengap2"

Anonymous said...

Setuju 200% !!! Yg x pernah jd cikgu..x layak komen!

Anonymous said...

Mak bapak yg x berakal mmg anggap kerja rumah tu beban..padahal kerja rumah itu latihan utk anak2 jwb soalan periksa. Sedap saja nak mengata cikgu. Yg dok mengajar kt tusyen pun cikgu sekolah jugakkk..

Nightroad said...

aku sekarang ni kerja kt financial institution tp aku sokong kata kata cikgu ni, kerja cikgu memang penat, sebab sebelum beralih ke kerja baru aku pernah kerja jadi cikgu...

yg mulut longkang tu x pernah jadi cikgu jangan cakap banyak....

Anonymous said...

Kalau tidak mahu bebanan lebih baik berhenti kerja jangan makan gaji buta gaji dan bonos nak tinggi tapi kerja balok liat , semua nak salah kerajaan tapi perangai sendiri lebih teruk dari perompak dan penyangak , nak kaya cepat tapi kerja balok liat.

Anonymous said...

Gurui tidak lagi dihormati. Itu la hakikat sebenarnya .

Anonymous said...

Anon 16 Sept 2014 at 12:06,

Jangan Ingat yang tidak menjadi Guru tidak layak komen didalam Blog ini....jangan ingat anda seorang Guru anda terlebih cerdik drpd orang lain .......

Jangan sampai kecerdikan anda sampai ketahap BODOH yang tidak boleh diajar atau di ikut oleh anak MURID....

Anonymous said...

Cikgu pun manusia biasa gak,klu tk berminat kerja guru berenti la,kerja la nurse baru taw mane senang mane susah

Anonymous said...

Tugas cikgu adalah mengajar murid2 menjadi orang yang berilmu. Nak pandai atau tidak bukan ditangan Cikgu tapi ditangan Allah, tapi semua kena berusaha, Cikgu, Ibubapa, Cikgu Tuision lebih2 lagi murid2.

Ada kes dimana ibubapa menyalahkan cikgu sekolah 100% diatas kegagalan anaknya sehingga sanggup menyerang cikgu disekolah.

Cara terbaek adalah berbincang sesama kita. Cikgu juga adalh ibu atau bapa kepada anak2 dia. Tentu dia pun mahu anak dia berjaya.

Kejadian soalan bocor ini adalah akibat dari ibubapa yang nakkan anak dia masuk sekolah berasrama, cikgu nakkan sekolah dia maintain pencapaian, menteri dan kementerian nak bermegah-megah dengan sistem yang diciptakan.

Dalam Islam kita kena menghormati Cikgu/Guru walaupun dia hanya mengajar kita Alif, Ba, Ta. Tetapi guru harus ikhlas mengajar barulah orang akan hormat.

Anonymous said...

Jangan la kita anggap kerja kita saja yang susah. Sebab apa cikgu tak kerja kampung, menoreh getah, menanam padi? Sebab susahkan, sebab tak banyak duit kan, sebab tak glamor. Kalau dah pilih kerjaya itu, kerja la dengan ikhlas barulah ada keseronokkan.

Hormati orang sebelum nak orang hormati kita.

Anonymous said...

Bila anda ditawarkan jawatan guru dan anda terima, maka anda sudah memateri akujanji (bersumpah) untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Beban yang perlu digalas adalah cabaran sebagai seorang pendidik. Indahnya cabaran tersebut, bila anak murid berjaya dan menjadi insan berguna untuk masyarakat serta bibir mereka masih memanggil kita sebagai 'cikgu'. Jadilah guru yang berdedikasi, mahir, bijak dan kreatif dalam mendidik anak bangsa. Kesungguhan para guru tidak ternilai harganya bagi negara.

Anonymous said...

Kerja nak senang , gaji nak banyak , bila kerja lebih sikit merungut2 mcm x ikhlas dihati .
Cuba lihat org yg bekerja di sektor swasta mcm mana payahnya bila mengejar pencapaian demi pembangunan diri adalah kepuasan .
kalo x ikhlas hati jadi guru lebih baik berhenti jadi guru .
Jgn berlgak sombong kedudukan guru adalah tanggungjawab amanah oleh allah yg akan dihisab kelak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...