Pehal Ostad Zizan Ikut Prangai LGE Suka Roboh Gerai Orang Melayu Ni?

Sebanyak 13 peniaga di tepi Jalan Kelab Cinta Sayang di sini kesal dengan tindakan kerajaan negeri Kedah dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan gerai mereka tanpa sebarang notis pemberitahuan hari Khamis.

Seorang daripada peniaga berkenaan, Anita Suriati Aziz, 34, mendakwa tindakan itu telah menyebabkannya kerugian kira-kira RM30,000.

"MPSPK meroboh kesemua gerai di sini termasuk gerai saya pada hari ini. Ia berlaku dengan sekelip mata tanpa sebarang persediaan kerana pihak MPSPK tidak beri apa-apa notis kepada kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabat MPSPK.

Anita yang berniaga roti canai selama 12 tahun di situ, berkata MPSPK tidak menyatakan sebarang alasan yang kukuh berkenaan tindakan merobohkan semua gerai yang sudah sekian lama bertapak di situ.

"Bayangkan pada waktu itu pelanggan sedang ramai dan kami tidak diberi peluang langsung untuk berunding. Jawapan yang pihak MPSPK bagi adalah kerja-kerja meroboh ini adalah arahan daripada pejabat Menteri Besar," katanya.

Peniaga surat khabar Ramlan Abdul Rahman,41, berkata tindakan MPSPK itu telah menyebabkannya hilang punca pendapatan kerana selama ini gerai yang dirobohkan itu tempatnya berniaga bagi mencari sesuap nasi.

"Pendapatan saya sekarang ialah cuma berniaga sahaja untuk membela lima orang anak dengan duit yang saya perolehi sebanyak RM20 hingga RM30 sehari ini.. dan sekarang saya buntu macam mana saya hendak menyara keluarga selepas ini," katanya.

Ramlan berkata sepatutnya pihak MPSPK lebih prihatin dengan masalah peniaga di situ yang mana sekurang-kurang memberi notis pemberitahuan terlebih dahulu agar mereka boleh berpindah.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata tindakan meroboh kesemua 13 buah gerai itu adalah sesuatu yang tidak adil kepada peniaga di situ dan rakyat secara keseluruhannya.

"Hal ini membuktikan hendak mentadbir sesebuah negeri bukan senang dan sekadar menaburkan janji-janji kosong itu memang senang tetapi hendak melaksanakannya bukan mudah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan komputer di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mahajothi di sini hari ini.

AS: DAH 12 TAHUN DEPA MENIAGA, AWAT LA TADAK HATI PERUT SANGAT? KALAU YA PUN TU TANAH KERAJAAN, BAGI LA NOTIS AWAI ELOK-ELOK, JANGAN BUAT PRANGAI MACAM ISRAEL!

SEDIAKANLAH GERAI LAIN DULU UNTUK DEPA MENIAGA DITEMPAT BARU. TAKKAN TU PUN NAK KENA AJAQ!

6 comments:

Anonymous said...

Memang meniaga kat situ tak boleh. tapi cuba tengok. Dah 12 tahun. BN dulu pun bukan tak tau tapi depa kesian kat orang Melayu. selagi tak ada keperluan bagi saja can dok kat situ. nah sekarang baru 3 tahun berkuasa. depa buat ikut suka tanpa belas. itu kawasan pkr kan. bn kalah teruk kat sp angkara puak-puak melayu ni jugak. agaknya depa ni dulu pun undi pkr. kalaulah begitu. baru padan dengan mereka. macam kat taman kami. dulu masa bn habis-habis kuat penguatkuasa mai suruh kemas saja gerai sebab depa tau itu melayu yang berniaga dan tempat tu bukan ganggu apa pun. tapi bila puak tu perintah, tak sampai sebulan habis disodoknya segala gerai kat situ. salah sorang yang kena tu budak pas no satu kat taman tu. ha. baru dia tau. dulu dok kutuk bn sakan. la ni sengap tak bunyi apa dah. padan muka dia.

Anonymous said...

Salah seorang peniaga disitu saya kenal, memang penyokong tegar PAS, tempat ni memang ramai orang datang makan, lepas main golf kat Kelab Cinta Sayang pun mai makan kat situ, apala lagi puak2 MPSP pun mai makan kat situ.Buat naya orang betui....
Tu pun sanggup depa mai roboh

Anonymous said...

hampa dua2 silap tafsir dlm hal ni.. sebenarnya tak dak pun arahan dari pejabat MB dan PTG. Exco meeting dah putuskan segala operasi roboh meroboh dlm negeri kedah x boleh dilaksanakan. YDP tanpa persetujuan ahli2 majlis spt mana biasa dah mengeluarkan arahan meroboh ni.. ada tangan2 ajaib yg tekan remote tu

Anonymous said...

haha tangan2 ajaib...tah2 nak tuduh ni semua angkara umno la ni. Buat apa pun semua nak tuduh umno. Bangang tul

Anonymous said...

hahha..penjilat pr May 27, 2011 10:47 AM....ko ade bukti ke kate xde arahn mb or ptg..ko jgk ade bukti ke kate ni just arahan ydp mjlis tnpa persetujuan ahli2 mjlis..ko ade bkti ke kate ni sbb ade tgn2 ghaib yg suh..kalo xde bukti nmpknya terbukti puak2 pr ni kuat memftnah...ape yg pasti kejadian ni berlaku kt negeri pr..mmg zalim pr ni..padan muke..nk sgt perubahan...haa..ambk perubahan dr ade gerai n pendapatan kpd xde gerai n zero pendapatan..undi la lg pr pru13 ni..blh jd kerajaan pst plak..lps tu blh la g rboh sume gerai2 melayu kt mlysia ni...syabas pr sbb berperangai mcm yahudi zionis!!

Anonymous said...

Undi la lagi PR...klu kat negeri yg dijaga BN pasti ada jer la yg dok melalak, tolong support buat demo, berguling2 tgh jalan...

La ni negeri dijaga oleh PR..sapa pun x bantu ka..haaa esok2 undi la lagi PR...sedapkan kena kat batang idung sendiri!!!

Aku bukan x kesian kat peniaga tue..tp aku dengar yang meniaga tue pun ahlul PAS, PKR juga ..haaa rasakan laa....baru hangpa tau langit tinggi ker rendah.

Dah nasib badann..apa nak buattt...

-Anti Nuar Juborr-

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...