Showing posts with label umum. Show all posts
Showing posts with label umum. Show all posts

Kereta bawa barang hantaran terbakar!




Sabri (kanan) nekad menyelamatkan barang hantaran pertunangan semasa keretanya dijilat api di Kampung Kota Tampan, Lenggong semalam.

LENGGONG – Seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa persiapan hantaran pertunangan adiknya nyaris maut selepas keretanya tiba-tiba terbakar di Jalan Lenggong-Gerik berhampiran Kampung Kota Tampan di sini semalam.

Sabri Ishak, 29, berkata, semasa kejadian pada pukul 3.30 petang itu, dia dalam perjalanan pulang ke Kampung Batu 8, Baling, Kedah dari rumah abangnya di Kuala Lumpur.“Saya bertolak pada awal pagi untuk menghantar beberapa barang hantaran adik perempuan saya yang dijadual melangsungkan pertunangan di kampung pada Sabtu ini.

“Sewaktu menghampiri pekan Lenggong, saya panik apabila kepulan asap tiba-tiba keluar dari pendingin hawa kereta Proton Wira milik saya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini semalam.-kosmo

Published with Blogger-droid v2.0.4

AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli sihir gila duit



AirAsia dan Tony Fernandes: Dari wira menjadi ahli sihir gila duit

Air Asia adalah antara kisah kejayaan Malaysia. Bermula kecil-kecilan dengan beberapa kapal terbang lama yang melalui destinasi domestic, CEOnya, Tony Fernandes telah Berjaya membina empayar syarikat penerbangan tambang murah yang beroperasi dari Asia sehingga NZ dan Eropah. Dia telah berjaya melalukannya tanpa bantuan kerajaan tidak seperti usahawan bumiputra.

Namun, kisah kejayaan AirAsia semakin dicemari dengan cerita dan khabar tentang cas, kualiti servis yang teruk, tiada fleksibiliti, cas tersembunyi, kadar tambang yang mengelirukan dan praktis anti penggunanya yang digunapakai untuk memaksimakan keuntungan sahaja. Apabila Malaysiakini, Malaysian Insider atau mana-mana portal berita online melaporkan tentang Airasia, sentiasa ada komen-komen negatif yang akan ditinggalkan oleh pembacanya berkenaan syarikat tambang murah itu. Ianya agak ganjil apabila syarikat kapal terbang tambang murah yang bertujuan untuk membekalkan perkhidmatan dengan kadar berpatutan menerima persepsi yang sebegini rupa daripada pengguna, dan nampaknya AirAsia juga berjaya melalukan itu.

Sejak bilakah AirAsia bertukar dari pilihan rakyat kepada alhi sihir yang rakus membolot wang? Sudah semestinya perubahan ini berlaku sudah lama dan bukannya hanya semalam. Persepsi negatif rakyat terhadap AirAsia telah mencapai tahap yang membimbangkan dan telah meninggalkan kesan pada perniagaan mereka. Saman daripada pemerhati konsumer Australia ACCA juga memburukkan lagi keadaan.

Meniru amalan lapuk

AirAsia banyak menggunapakai amalan yang dilakukan oleh syarikat tambang murah yang lain seperti Virgin Airways tetapi ada yang diikutinya sudah menjadi amalan lapuk atau tidak sesuai dengan budaya pengguna tempatan. Ia Nampak bijak untuk tidak menerima penumpang yang tiba 1 minit lambat selepas kaunter tutup supaya dia terpaksa membeli tiket yang baru. Tapi, rakyat Malaysia mendapati ini agak keterlaluan terutamanya apabila syarikat kapal terbang yang lain begitu fleksibel. MAS akan membenarkan anda mendaftar masuk jika anda boleh tiba di dewan berlepas selagi kapal terbang belum berlepas.

Satu lagi amalan yang kurang disenangi oleh penumpang adalah cas kad kredit, cas kaunter chek in dan cas pemilihan tempat duduk. Yang pertama dan kedua boleh dikategorikan sebagai cas tersembunyi kerana ianya bukan pilihan penumpang yang sepatutnya ditambah kepada nilai tiket. Mereka yang tidak membayar untuk tempat duduk ( kosnya RM35 untuk seorang dari KL) akan disediakan tempat duduk secara rawak dan ini bermakna sebuah keluarga berkemungkinan akan dipisahkan. Ini amat menyusahkan kerana penumpang dikenakan bayaran untuk sesuatu yang menjadi hak mereka dari mula lagi iaitu duduk bersama. Ia umpama mengambil hak sesorang dan meminta mereka membayarnya untuk mendapatkan ia semula.

Namun, paling menjelikkan adalah apabila AirAsia mengenakan cas RM1.95 seminit untuk bercakap dengan staf perkhidmatan mereka. Ia mungkin bukan sesuatu yang dipinta oleh penumpang seperti penerbangan yang ditunda, kehilangan beg atau dicas lebih pada kad kredit mereka. Tetapi, apabila dikenakan bayaran mengikut minit untuk bercakap adalah sesuatu yang menyakitkan hati. Tambah lagi, mereka selalunya akan disuruh menunggu walaupun cas berjalan.

Benarkah AirAsia tambang murah?

AirAsia mengamalkan sistem kadar harga tiket yang berubah mengikut bila masa dibeli. Pembeli awal akan mendapati harga yang murah manakala pembeli saat akhir akan dikehendaki membayar lebih. Gimik mempromosi tambang murah sebenarnya telah dibayar oleh orang lain, yang pasti, bukan dari poket Tony. Yang sebenarnya AirAsia bukanlah penerbangan tambang murah dalam erti kata sebenar. Ia boleh menjadi lebih mahal dari penerbangan biasa. Tiada yang mahu bayar untuk tiket yang mahal jadi, AirAsia menyembunyikan harga sebenar tiket supaya pengguna sukar membuat perbandingan.

Cara memaksa orang lain untuk menampung kos tambang orang lain pula tidak berkesan lagi. Pembeli semakin bijak dengan adanya hubungan sosial yang lebih erat dan tidak lagi percaya bahawa AirAsia adalah penerbangan tambang murah. Mereka akan membeli tiket apabila ianya murah dan akan menjauhkan diri apabila ianya mahal. Masih ada yang tidak tahu membandingkan harga tetapi bergantung kepada kepercayaan bahawa pengguna adalah bodoh bukanlah model bisnes yang baik.

Pada musim kemuncak Krismas dan Tahun Baru pada tahun lepas, AirAsia telah terbang diantara Kuala Lumpur dan Melbourne dengan kerusi-kerusi kosong apabila kesemua syarikat penerbangan lain kehabisan tiket. Ini agak aneh memandangkan sebuah syarikat penerbangan tambang murah sepatutnya ‘sold out’ terlebih dahulu. Penumpang sudah arif dengan cara AirAsia menjual tiket.

Pengguna juga sepatutnya membuat perbandingan lebih daripada harga asanya sahaja. Perkara lain seperti makanan, hiburan, alat bantuan keselesaan dan bagasi perlu diambil kira selain daripada cas-cas lain. Penumpang yang terbang dari LCCT yang merupakan lapangan terbang yang menyedihkan kerana penumpang terpaksa berjalan dengan jauh untuk menaiki kapal terbang kerana AirAsia tidak akan membayar kos penggunaan ‘aerobriges’. Ini membuatkan AirAsia tidak sesuai untuk penumpang warga emas. Selain dari itu, AirAsia selalunya akan mendarat di lapangan terbang yang jauh dari bandar, jadi tambang ke bandar juga terpaksa disediakan.

Terdapat juga kos tersembunyi. AirAsia benar-benar murah jika anda menempah tiket jauh lebih awal. Mereka menerima tempahan seawal setahun sebelum penerbangan. Ini bermakna, wang anda terikat disitu. Apa sahaja perubahan dalam jadual perjalanan akan menyebabkan kepayahan kerana AirAsia akan mengenakan cas yang tinggi untuk tiket penerbangan yang dijadualkan semula. Ada pengguna yang akan berfikir dengan membayar lebih sedikit untuk fleksibiliti adalah lebih baik.

Penundaan dan Pembatalan

Mereka yang menaiki penerbangan AirAsia tahu betapa kerapnya AirAsia menunda dan membatalkan penerbangan. AirAsia sering menggabungkan penerbangan jika penumpangnya terlalu sedikit tanpa menghiraukan masa penumpang yang lain. Tulisan kecil pada tiket mereka memberitahu bahawa mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian. Hanya Negara yang mempunyai undang-undang pengguna yang lemah seperti Malaysia sahaja akan membiarkan mereka berbuat begitu.

Mereka yang penerbangannya telah dibatalkan berhak dikembalikan wang, namun, ini tidak semudah itu kerana mereka harus bersabar menanti. Menghubungi staf AirAsia sendiri merupakan satu cabaran. Ada yang mendakwa mereka terpaksa menunggu sehingga 30 ke 60 hari untuk pemprosesan dan apabila tempoh itu tamat, mereka dipaksa menunggu lagi selepas diberi pelbagai alasan oleh pihak AirAsia.

Penantian yang lama untuk wang dikembalikan, tidak flksibel, kesukaran, kebarangkalian penerbangan ditunda dan perkhidmatan yang berkualiti rendah bermakna penumpang akan meminta harga yang lebih berpatutan dari syarikat penerbangan tambang biasa daripada AirAsia. Ini juga bermakna, AirAsia akan terpaksa menjual tiketnya pada harga yang amat murah dibawah kos. Pengguna akan pergi kepada syarikat penerbangan yang lain, jika harga adalah sama sahaja.

Satu kes yang jelas menunjukkan keadaan ini adalah pembatalan penerbangan ke London, New Delhi dan Mumbai. Ini merupakan destinasi-destinasi yang agak popular ke Bandar-bandar yang padat dimana penerbangan tambang murah boleh mengendalikannya dengan Berjaya. Alasan AirAsia berkenaan keperluan visa, cukai tambahan tidak masuk akal kerana ini dikenakan ke atas semua syarikat penerbangan dan boleh dicaskan ke atas tambang. Alasan sebenar seperti yang dilaporkan oleh The Star adalah AirAsia sebenarnya kerugian jutaan ringgit setiap bulan kerana destinasi-destinasi ini. Jadi, kenapa AirAsia tidak menaikkan tambang mereka? Jawapannya ialah, jika begitu, penumpang akan beralih kepada syarikat penerbangan lain. Mereka meminta harga tambang yang berpatutan yang tidak mampu ditampung oleh AirAsia dan ia masih lagi boleh untung.

Sudah tiba masanya buat AirAsia

AirAsia mungkin telah bermula dengan baik dimata rakyat tetapi tempoh bulan madu sudah berakhir. Perkhidmatannya sudah semakin teruk dan ia sering mengugut penumpangnya dan menyebabkan mereka benci. AirAsia berlagak seperti ia beroperasi dimana ia memonopoli segalanya tetapi monopoli itu tidak wujud.

Pengguna mempunyai pilihan lain termasuk Jetstar, syarikat penerbangan tambang murah yang dipuji kerana menetapkan harga tiket dengan jujur. Air Emirates juga mengambil peluang destinasi KL ke Melbourne dengan tawaran harga yang kompetitif. Mengharapkan destinasi KL ke Sydney akan memberi pulangan bagi AirAsia mungkin tidak akan kesampaian kerana SIA akan melancarkan penerbangan tambang murahnya sendiri iaitu Scoot juga akan melalui destinasi ini.

AirAsia sememangnya belum tahu lagi akan penangan media sosial. Pada masa lalu, pengguna yang marah hanya boleh mempengaruhi keluarga atau sahabat terdekatnya. Sekarang, mereka boleh berkongsi kemarahan mereka di forum-forum online, facebook, twitter dan mempengaruhi bukan sahaja ratusan, malah ribuan pengguna yang lain.

Kisah menakutkan berkaitan AirAsia banyak tersebar online. Ada yang mendakwa staf-staf AirAsia sukar dihubungi dan mereka selalunya terpaksa membeli tiket lagi apabila perlu menukar tarikh pelepasan. Seorang penumpang yang marah berkata, dia terpaksa menunggu selama 2 tahun untuk mendapatkan wangnya semula dengan pelbagai alasan yang diberi AirAsia. Seorang lagi penumpang malang telah mendapati apabila sampai ke kaunter pendaftaran, ianya telah ditutup lebih awal dan staf disitu juga mengesahkan keadaan itu. Staf itu telah membuat beberapa panggilan telefon tetapi tidak dibenarkan untuk membuka kaunter itu semula. Akibatnya, penumpang tersebut sudah ketinggalan kapal terbang dan penerbangan yang menghubungkannya ke destinasi seterusnya. Lebih menyedihkan, AirAsia tidak mahu memulangkan wangnya.

Ada budaya tidak baik yang cuba memeras ugut penumpang sehinggakan memaksa mereka untuk membeli tiket lagi. Ketamakan korporat ini akan menyebabkan pengguna menjauhkan diri. Adik perempuan saya terpaksa membayar RM1000 demi mengubah tarikh pelepasannya dari KL ke Melbourne. Dia memberitahu bahawa dia akan terbang menggunakan Air Emirates mulai sekarang.

Tony Fernandez sepatutnya menagguhkan pembelian pesawat mega dan memperbaiki servis AirAsia dan tanggapan negatif masyarakat. Dia patut bangun dari mimpinya yang setiap tahun akan menjadi tahun yang paling baik buat AirAsia. Tanda-tandanya sudah ada dan AirAsia akan jatuh menjunam dan ini amat malang sekali buat jenama Malaysia yang sudah berada di persada antarabangsa.

Malaysia Chronicle

Panas! Ustazah HAMPAS Bertudung Labuh Ditangkap Berkhalwat!

Memang hampas dan tak guna punya cikgu!
Pompuan ni telah menjatuhkan imej wanita yang bertudung labuh.
Lebih memalukan lagi, pompuan ni sanggup membawa 2 anak kecil untuk menjadi alat mengaburi pihak berkuasa untuk berasmara.
Inilah natijahnya jika setan merasuk diri mereka ke dalam gelojak nafsu amarah yang tidak dapat dibendung!

Memang bukan semua orang tak bertudung bukan jahat, dan bertudung labuh berserban panjang tak semestinya boleh dilabelkan sebagai seorang yang alim. Pucuk pangkalnya hati mau bersih, tuntutan dan suruhan Allah haruslah kita patuhi.

Tak guna juga sembang berdegar perjuangkan Islam kununnya namun hakikinya mulut busuk mengalahkan bangkai, memfitnah dan mengadu domba menjadi amalan seharian dalam hidup mereka!


AMPANG - Taktik seorang guru menggunakan dua anaknya berusia tujuh dan empat tahun ketika berasmara dengan seorang lelaki bagi mengaburi pihak berkuasa tidak menjadi, apabila dicekup awal pagi semalam.

Pasangan itu ditahan Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dan Pegawai Masjid Al-Azim dalam operasi cegah maksiat di hotel murah di Ampang, Taman Seraya dan Pandan Indah, kira-kira jam 2.30 pagi, selepas mendapat maklumat pasangan bukan muhrim menjadikan hotel murah untuk memadu asmara.

Ketika penguat kuasa menyerbu bilik hotel berkenaan, wanita berusia 28 tahun, yang mengajar di Perak bersama pasangannya berusia 29 tahun itu bertegas mereka suami isteri, tetapi gagal menunjukkan sijil nikah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Osman berkata, wanita berkenaan dipercayai membawa anaknya bagi melindungi tindakan jijik bersama pasangannya.

“Orang ramai akan menyangka pasangan itu suami isteri apabila ada anak bersama dalam bilik hotel berkenaan, tetapi kami membongkar rahsia pasangan itu setelah disoal siasat secara berasingan,” katanya.

Beliau berkata, wanita itu berkhidmat sebagai guru sandaran di sebuah sekolah, manakala pasangannya seorang kontraktor.

“Lelaki berkenaan memakai singlet dan berseluar panjang, manakala pasangannya berpakaian lengkap dan berkain batik,” katanya.

Operasi dijalankan mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Jais 1995. Jika sabit kesalahan, boleh didenda RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-dua sekali.-SH

Gambar-Gambar Geng V For Vendetta Di Dataran Merdeka. Apa Yang Mereka Nak Sebenarnya?

V for Vendetta ni cerita orang yang ditindas dan dizalimi serta akan membalas dendam.
A.S heran puak-puak ni, apa yang depa nak sebenarnya? Dimana yang mereka tertindas?
Dasar kufur nikmat dan tidak pernah mensyukuri dengan apa yang dikecapi sekarang.
Mereka ni nak bawak dakyah barat kat sini. Elok sangatlah tu.
Dah pandai main pakai topeng-topeng sekarang ni.
Semuanya konon atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.







Orang yang memperjuangkan agama tak akan buat kerja macam ni..
Keceriaan pengunjung selepas menyaksikan pengiraan detik 12 malam sempena Tahun Baru 2012 di Dataran Merdeka sedikit terganggu apabila sekumpulan lelaki bertopeng dikesan berhampiran lokasi sambutan.

Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dilihat melakukan beberapa aktiviti, dipercayai bagi memperjuangkan kebebasan berkumpul di negara ini.
Mereka bagaimanapun tidak mengganggu kira-kira 50,000 pengunjung yang hadir bagi menyaksikan konsert Ambang 2012 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, bermula seawal 8 malam.
Anggota kumpulan itu ada yang memakai kemeja-T tertera tulisan 'Occupy Dataran' dan topeng yang beraspirasikan filem terkenal 'V For Vendetta' manakala sebahagian lagi berpakaian putih, yang dipercayai bermotifkan perjuangan agama.

Polis dapat mengawal keadaan sehingga semua pengunjung termasuk kumpulan terbabit bergerak meninggalkan Dataran Merdeka. - BERNAMA

Bayar RM10 Untuk Pendidikan Anak Pun Nak Bising Ke?

AS:Bagus-bagus, semoga bapak-bapak ini tidak merokok juga.
Ada manusia sangat berkira utk pendidikan anak tapi tak pernah berkira perkara membazir utk diri mereka sendiri.

Pihak sekolah kena jelaskan rm10 tu untuk apa.


SEORANG penduduk menunjukkan bukti yuran yang dikenakan ke atas murid-murid sekolah agama Taman Kota Masai sebanyak RM10 sebulan di Pasir Gudang semalam.

JOHOR BAHRU - Sekumpulan ibu bapa di Kota Masai, Pasir Gudang di sini menuntut penjelasan daripada pihak pengurusan sebuah sekolah agama di kawasan terbabit yang didakwa mengenakan bayaran tambahan tidak munasabah untuk setiap pelajar.

Menurut mereka, sekolah terbabit mengenakan bayaran RM10 setiap bulan untuk setiap pelajar sejak sepuluh tahun lalu.

Seorang bapa, Zainorin Sajat, 39, berkata, mereka inginkan penjelasan terperinci ke mana wang tersebut disalurkan memandangkan bayaran tersebut agak membebankan kerana perlu dibayar setiap bulan.

Katanya, setiap kali mengajukan soalan kepada pihak pengurusan sekolah, mereka diberi alasan yang tidak jelas dan jika ada ibu bapa yang tidak menjelaskan bayaran terbabit, kad laporan prestasi anak-anak mereka akan disekat oleh pihak sekolah.

"Pada mulanya, mereka kata wang tersebut digunakan untuk membayar sewa rumah kedai yang dijadikan kelas serta pelbagai kos lain tetapi selepas bangunan sekolah siap awal tahun ini, kami masih dikenakan bayaran sama.

"Jika benar wang tersebut digunakan untuk membayar sewa, tunjukkan kami semua butiran pembayaran," katanya kepada pemberita di Pasir Gudang semalam.

Sementara itu, seorang lagi bapa, Azarudin Johar, 41, mendakwa, meskipun RM10 dilihat agak kecil, namun dia agak terbeban kerana tiga anaknya belajar di sekolah terbabit.

"Bayangkan, jika RM30 setiap bulan terpaksa saya bayar untuk tiga anak yang bersekolah di sana, berapa pula yang terpaksa saya bayar setiap tahun.

"Ini tidak kira dengan bayaran yuran tahunan yang wajib dibayar setiap kali pendaftaran. Tahun hadapan, saya akan lebih terbeban kerana seorang lagi anak saya akan mula bersekolah di situ," katanya.

Dalam pada itu, Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Permas dan Johor, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan membuat surat yang ditandatangani ibu bapa untuk meminta agar wang tambahan tersebut dimansuhkan.

"Surat tersebut akan saya bawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang," katanya.

Alfatihah: Pengasas sos Aminah Hassan meninggal

Pengasas perniagaan kicap dan sos terkenal keluaran Bumiputera jenama Aminah Hassan, Aminah Othman meninggal dunia di rumah anaknya di Seksyen 11 di sini, jam 9.10 pagi semalam kerana sakit tua.

Allahyarhamah yang berumur 76 tahun menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga terdekat.

Allahyarhamah pernah menghidap angin ahmar selama lima tahun sehingga menyebabkan beliau sukar mengingat atau mengenali seseorang.

Anaknya, Datuk Mohd Taib Hassan, berkata jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas Zuhur semalam.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat dan kenalan arwah yang datang melawat,” katanya di sini, semalam.

Mohd Taib berkata, perniagaan sos jenama Aminah Hassan masih diteruskan dan ia menjadi perniagaan keluarga, malah beliau turut menafikan perniagaan itu dijual kepada syarikat bukan Bumiputera.

Menyingkap sejarah perniagaan, bermula dengan perniagaan kicap dan sos secara kecil-kecilan di Kampung Merdeka, Batu Pahat pada 1966, perniagaan makanan itu berkembang maju sebelum Allahyarham membuka kilang pengeluaran di Jalan Kapar, Klang.

Jenama Aminah Hassan gabungan nama Aminah dan suaminya, Hassan Abu Bakar.

Bermula dengan sos cili, Aminah Hassan menghasilkan 10 produk termasuk sos tomato, sos tiram, kicap dan sos lada hitam.

Pasarannya bukan hanya di peringkat tempatan, malah menembusi United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara di Asia Barat.

Di UK, AS dan Australia, Aminah Hassan memasarkan produknya menggunakan jenama ‘AH’, tetapi di Asia Barat seperti di Arab Saudi, Kuwait dan Dubai, sosnya dipasarkan pengimport menggunakan jenama mereka.

AS: TAKZIAH DIUCAPKAN..
PERGINYA SEORANG USAHAWAN BUMIPUTERA YANG SUKSE
S.
DIHARAPKAN PERNIAGAAN INI AKAN TERUS KEKAL DAN TERUS MAJU JAYA..

Benarkah Bangunan Angkasapuri Akan Dijual??

BANGUNAN Angkasapuri yang terletak di Bukit Angkasa di Lembah Pantai/Kerinchi yang menempatkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di atas tanah seluas 33 hektar bakal bertukar tangan tidak lama lagi apabila tanah itu akan dijual.

Dari sumber-sumber tertentu memberi tahu proses penjualan Angkasapuri sedang dalam proses terakhir. Kawasan itu dijangka akan dimajukan untuk tujuan komersial.

Sehubungan itu pusat penyiaran milik kerajaan sepenuhnya itu akan dipindahkan ke Putrajaya. Sebuah bangunan berhampiran PICC – Pusat Persidangan Antarabangsa Puteraraja dikhaskan untuk pusat penyiaran itu. Selepas ini radio dan televisyen Malaysia akan beroperasi di Putrajaya.

Bangunan itu juga khabarnya akan menempatkan Kementerian Penerangan, Komunikasi Multimedia dan Kebudayaan, di mana semua jabatan dan agensi kementerian itu akan ditempatkan di bangunan berkenaan.

Tidak diketahui secara jelas kenapa tanah Angkasapuri seluas 33 hektar itu dijual? Sehingga ini menteri bertanggungjawab masih belum membuat apa-apa ulasan berhubung penjualan Angkasapuri. Adalah sangat diharap Rais Yatim yang merupakan menteri bertanggungjawab dapat memberi penjelasan lanjut.

Penjualan tanah Angkasapuri itu akan menyaksikan satu lagi monumen sejarah dan mercu tanda negara ini akan hilang. Bangunan yang mempunyai sentimental value itu tidak akan kelihatan lagi.

Bangunan Angkasapuri mulai dibina pada tahun 1966 dan siap dua tahun kemudian. Pusat penyiaran itu diberi nama Angkasapuri dibuka dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman.-MSO-

Tesco Kalau Nak Promosi 12 Ekor Ayam Biaq Tak Payah Promosi!!!

Raya punya pasal, sebab ayam pun boleh jadi gaduh. Itu yang terjadi pada pagi tadi semasa promosi ayam di Tesco. Pelanggan tak puas hati dengan pihak Tesco apabila ayam yang dikatakan promosi hanya dikeluarkan sebanyak 12 ekor.

Promosi kononnya hebat sangat, sekilo ayam hanya rm3.99, tapi kalau hanya 12 ekor, baik tak payah hebahkan. Cuba bayangkan, pelanggan ada yang tunggu dari pukul 9am lagi untuk membeli ayam. Tesco buka pukul 10. Bila pintu buka saja, tak sampai 5 minit, ayam dah habis. Siapa tak meradang.

Aku pun ada hati nak beli ayam murah ni. Bila tiba saja, dah ada pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang tengah naik angin pada Manager Tesco terbabit. Untuk mengetahui punca dan musababnya. Aku pun cuba la soal.. jawapannya seperti apa yang dikata la. Promosi, tapi yang dikeluarkan hanya 12 ekor. Apa pun turr laa..

Pada pihak Tesco.. kalau setakat 10 atau 20 ekor.. baik tak payah sebarkan.. staff korang beli pun dah habis..mana sempat pelanggan nak beli..

Aduhai.. Sampai Pukul & Ugut Bunuh Isteri Enggan Ikut Balik Kampung!

Kuala Lumpur: Seorang guru berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dipukul dan diugut bunuh suaminya kerana enggan pulang beraya di kampung suaminya itu di selatan tanah air, kelmarin. Gambar hiasan

Difahamkan, mangsa enggan pulang ke kampung halaman suaminya yang berusia lewat 30-an itu kerana mahu menjaga ibunya yang sakit di Flat Sri Cheras, di sini.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa meminta izin daripada suaminya untuk tidak pulang ke kampung berhari raya.

Menurut sumber, mangsa juga meminta izin suaminya untuk membenarkan empat anaknya beraya bersamanya.

“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya sebelum berlaku pertengkaran lebih 20 minit. “Gagal mengawal kemarahannya itu, suami mangsa mengugut mencederakannya jika dia dan empat anak tidak mengikutnya pulang ke kampung.

“Biarpun mangsa cuba memberikan penjelasan, suaminya yang hilang pertimbangan terus memukulnya lebih 10 minit,” katanya.

Sumber berkata, suami mangsa kemudian mengugut membunuh isterinya itu jika masih berkeras untuk tidak pulang ke kampung bersamanya.

“Suami mangsa kemudian keluar sebelum mangsa pergi mendapatkan rawatan di hospital berhampiran,” katanya.

Bagaimanapun, mangsa hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

Difahamkan, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -HM

AS: Seharusnya setiap pasangan perlu ada sifat tolenrasi dan banyak bersabar dalam hal seperti ini.

Portal Pemfitnah Negara Bakal Jual Bulu!!


"Bekas Pengerusi Eksekutif Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Tajudin Ramli mengemukakan saman RM200 juta terhadap portal The Malaysian Insider dan dua yang lain atas dakwaan memfitnah beliau dalam satu artikel yang disiarkan pada 31 Mei lalu.
Writ saman tersebut yang difailkan pada 18 ogos lalu menamakan The Malaysian Insider Sdn. Bhd., pemiliknya, Jahabar Sadiq dan wartawan, Shazwan Mustafa Kamal sebagai defendan.

Tarikh 19 September ditetapkan untuk pengurusan kes tersebut di hadapan Hakim Harminder Singh Dhaliwal."

AS: Dari hari ke hari, dapat kita perhatikan bahawa 2 portal berita pro pakatan haram ni semakin galak menyiarkan artikel berunsur fitnah dan menghasut membenci kerajaan. Nah, sekarang amik habuan.
Teruskan saman fitnah anda TS Tajudin! Jangan bagi muka pada puak-puak lahanat ni!

Info AS: Seven Colour Crystal Ball. Apa Tu? Kenapa Ia Dilarang dibekalkan @ dijual di Malaysia?

AS yakin ramai yang menggunakan crystal ball ini sebagai medium untuk penanaman pokok hiasan dalam pasu atau bekas berkaca. AS jua tak terkecuali menggunakannya.
AS rasa sebab utama ia diharamkan adalah disebabkan bentuknya yang menarik perhatian kana-kanak lantas menyebabkan kanak-kanak berminat pada 'objek' tersebut!
Larangan jual Seven Colour Crystal Ball

Kerajaan melarang pembekalan atau penjualan “seeds growing kits” yang dikenali sebagai Seven Colour Crystal Ball (SCCB) di pasaran atau barangan seumpamanya berkuat kuasa esok, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berhubung beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun, dipercayai akibat tertelan SCCB.

SCCB yang turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil serta berwarna-warni digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau sebagai hiasan dalam pasu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak tujuh pembedahan dilakukan di HKL dan satu kes di HUKM sejak April sehingga kini dengan kes terbaru di HKL melibatkan kanak-kanak 12 bulan yang dibedah pada Selasa lepas.

Katanya, berdasarkan laporan pembedahan, HKL mendapati barangan seumpama itu boleh menyebabkan usus kanak-kanak tersumbat kerana saiznya yang kecil dan mudah ditelan. - Bernama

Astro Melampau! Ikut Kepala Dia Saja!!

Sudah sah & nyata ASTRO memang tak menghiraukan arahan Kerajaan/Kabinet/Menteri/SKMM agar tidak menaikkan caj harga tambahan apabila bil terkini tetap sampai dengan kadar harga baru.

Apabila ditanya wakil Astro berkata mereka sudah mengikut segala peraturan untuk menaikkan kadar harga terbaru. Mana pi penguatkuasaan dan larangan dari kabinet yang dipersetujui tempoh hari? Apa dah jadi ni?

Mana pi Rais Yatim yang hari tu bising sangat hal ni? La ni semuanya senyap saja.
Takkan terlepas pandang atau buat-buat tak nampak?
Rakyat ramai yang merungut nih!

AS sekali lagi mendesak Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998

AS kalau siaran di rumah guna antena biasa kalau dah jelas, takde kebulornya nak pakai Astro ni! Tapi terpaksa!!

Maaf AS terpaksa bercakap benar walaupun pahit! Jangan disebabkan hal-hal seperti ini menyebabkan rakyat marahkan kerajaan!


Pemain bola T-Team putus jari

Zuhairi menunjukkan tangan kanannya yang berbalut selepas lima jarinya tersepit mesin tebu ketika menerima rawatan di HSNZ, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Niat murni seorang pemain bola sepak Piala Presiden T-Team untuk mencari duit raya dengan berniaga air tebu di bazar Ramadan Marang di sini berkecai apabila kesemua lima jari tangan kanannya putus akibat digilis mesin tebu dalam kejadian pada 7 Ogos lalu.

Kejadian pada pukul 5.30 petang itu berlaku ketika Zuhairi Ahmad, 21, sedang sibuk memasukkan batang tebu ke dalam mesin sebelum tangan kanannya tiba-tiba tersangkut dan digilis.

Panik dengan keadaan itu, Zuhairi yang bermain di posisi pertahanan dalam pasukan Piala Presiden T-Team terus mematikan suis utama mesin itu sebelum menarik keluar tangannya yang berlumuran darah.

“Ketika itu saya masih tidak perasan yang lima jari saya telah putus, sehingga saya tarik keluar tangan kanan saya dari mesin itu,” katanya ketika ditemui di wad pesakit Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini semalam.

Menceritakan kejadian itu, Zuhairi dari Kampung Rhu Muda, Marang memberitahu, dia berniaga air tebu di bazar Ramadan untuk menambahkan pendapatan keluarganya.

“Memandangkan musim pertandingan Piala Presiden sudah berakhir, jadi saya ambil keputusan berniaga air tebu dengan dua lagi rakan.

“Ini adalah tahun pertama saya berniaga tetapi tak sangka pula perkara ini akan berlaku. Apa yang saya risau adalah masa depan saya dalam bola sepak kerana amat sukar bermain dalam keadaan seperti ini,” ujarnya.-kosmo

AS harap banyakkan bersabar menerima takdir Ilahi. Mula-mula ingatkan sebab bermain mercun, nasib baik rupanya kerana sedang mencari rezeki di Bulan Ramadhan..

Erkk... Segelas Air Laici RM5.30 Di Restoran Mamak!

Sebuah restoran Mamak di ibu negara didapati cuba mengambil keuntungan secara berlebihan dengan mengenakan harga RM5.30 bagi segelas air laici.

Seorang pengadu memberitahu Bernama hari ini, ketika mendapat bil setelah makan di sebuah restoran Mamak di sini baru-baru ini, beliau terkejut dengan harga bagi segelas air laici itu.

Katanya apabila ditanya seorang pekerja, beliau diberitahu bahawa harga itu ditetapkan oleh pengusaha restoran seperti yang tercatat pada senarai harga makanan dan minuman di restoran itu.

Pengadu berkenaan berkata beliau hairan dan kesal kerana harga segelas air laici yang ditetapkan itu lebih mahal daripada setin laici hancur yang harganya tidak melebihi RM3 satu tin.

Sehubungan itu, Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) ketika dihubungi menggesa pengusaha restoran India Muslim atau 'Mamak' di negara ini bertindak lebih rasional dalam meletakkan harga makanan dan minuman agar tidak mengaut keuntungan berlebihan sehingga membebankan pengguna.

Pengarah Komunikasinya, Mohd Yusof Abd Rahman berkata, walaupun harga makanan dan minuman bukan di bawah barangan kawalan, ini tidak bermakna peniaga boleh sewenang-wenangnya meletakkan harga yang tidak berpatutan kepada para pelanggan yang datang menjamu selera ke restoran mereka.

"Mereka juga perlu sedar, bahawa jika didapati bersalah dalam hal ini (mengaut keuntungan berlebihan) mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan yang dikuatkuasakan April lepas," katanya.

Mohd Yusof turut menasihatkan pengguna supaya memboikot mana-mana restoran Mamak yang didapati meletakkan harga yang tidak munasabah sebagai pengajaran kepada pengusaha restoran tersebut.

"Jika ramai daripada pengguna yang tidak lagi pergi ke restoran mereka, sudah pasti mereka akan menanggung kerugian sekaligus ini dapat memaksa mereka menurunkan harga atau meletakkan harga yang lebih setimpal," katanya.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan India Muslim Malaysia, Datuk Jamarul Khan Kader turut berpandangan bahawa pengguna seharusnya lebih bijak dalam memilih restoran yang menyediakan harga makanan dan minuman yang berpatutan.

"Sekiranya tidak pasti, pelanggan boleh merujuk kepada menu yang disediakan, dan jika ada masalah seperti harga tidak sama seperti dalam menu, harga tidak jelas atau tiada tanda harga di restoran tersebut, mereka boleh terus mengadu kepada KPDKNN bagi memastikan mereka tidak teraniaya.

"Kita mengakui, mungkin ada segelintir restoran yang mengenakan kadar harga yang agak tinggi, tapi ini bergantung kepada lokasi restoran, kualiti serta kuantiti makanan dan minuman yang disediakan.

"Justeru, kita nasihatkan, kalau pengguna rasa terbeban atau teraniaya boleh mengadu terus kepada kerajaan, sebab kita pun tak seronok mahu berniaga jika pelanggan mengalami kerugian atau akhirnya memboikot untuk tidak ke restoran Mamak lagi," katanya ketika dihubungi.

Tolong! Bantulah Cari Adik Ni!!


REMAJA HILANG
MOHON RAKAN BLOGGER & PARA PEMBACA BLOG AS SEBARKAN!
SAMA-SAMA KITA BERDOA SEMOGA DIA SELAMAT

Camna RELA Buat Kerja? Pampasan cuma RM99!

KEAN EWE (kanan) menunjukkan pampasan RM99 yang diterima kepada Swee Kong di Ipoh semalam.

IPOH - Sudahlah terlantar hampir dua minggu di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat dirempuh pelesit rempit semasa menyertai satu operasi bersepadu, pampasan insurans yang diterimanya cuma RM99.

Demikian nasib anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Khaw Kean Ewe, 44, yang mendakwa nilai pampasan perlindungan insurans kelompok yang diterimanya tidak memadai dengan kecederaan serius yang dialami pada 9 September 2007 itu.

Katanya, dalam kemalangan pukul 3 pagi itu, dia mengalami kecederaan parah pada kaki, badan dan kedua-dua tangannya.

Menurutnya, harapan terhadap rayuan yang dikemukakan kepada pengurusan Rela dan syarikat insurans terbabit untuk mengkaji semula nilai pampasan yang diserahkan kepadanya pada Julai 2009 lalu tidak menjadi kenyataan.

"Hampir setiap bulan saya berulang-alik ke premis syarikat insurans berkenaan namun dua minggu lepas, saya diberitahu ia tidak lagi akan dipertimbangkan.

"Apa yang menyedihkan, sudahlah kos rawatan susulan mencecah ribuan ringgit, saya dimaklumkan setiap anggota Rela yang dimasukkan dalam wad boleh menerima sehingga RM100 sehari namun yang diterima sekadar RM99," katanya.

Video Iklan Ramadhan 8TV Yang Ditarik Balik. Rasis Ke??


Susah betui zaman la ni..

Kita buat benda elok nak remind adab dan tatacara di bulan Ramadhan pun dichop rasis. Ini hanyalah satu Pesanan Khidmat Awam, bagi AS bukan aa apa pun..
Kaum 'cha' la ni mudah sangat tersentap. Bukan ada unsur menghina atau memperlekehkan kaum/agama lain pun!
Sikit-sikit rasis, sikit-sikit rasis..
Suasana sekarang tak macam dulu.

AS tengok biasa saja, tadak apa yang keterlaluan pun. Lainlah iklan raya TV3 tahun lepas. Hurmm. Payah nak cakap..

Local TV station 8TV will pull out its controversial Ramadhan Public Service Announcements (PSA), following criticism and public outrage.

Media Prima chief executive officer Ahmad Izham Omar sent out a tweet Tuesday that they were withdrawing the PSAs.
"Ok guys. We're pulling out the ads. Thank you very much for your concern," he tweeted.

The PSAs drew a lot of flak from the online community, which accused the station of stereotyping and being racist.

All three announcements, which run for 30 seconds respectively, show the same Chinese girl acting obnoxiously in different situations at Ramadhan bazaar stalls. They depict her being rude, greedy and dressing inappropriately in a public space.

The announcements are then followed by public service messages urging viewers to act appropriately.

All the ads end with three 8TV presenters telling people not to get carried away and to understand the significance of Ramadhan, before wishing its viewers Selamat Berpuasa (Happy fasting).-The Star

Edisi Naya: Pemuda mungkin buta terkena mercun ketika perlawanan bola sepak Msia vs Spore Tempohari

Seorang pemuda tidak menyangka hasratnya untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis lalu, berakhir dengan tragedi apabila saraf mata kanannya disahkan rosak akibat terkena mercun.

Kejadian berlaku sebelum perlawanan bermula iaitu kira-kira pukul 9 malam, sejurus selepas para penonton selesai menyanyikan lagu Negaraku.

Semasa insiden, mangsa, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang berasal dari Ketereh, Kelantan dan menetap di Bangi dekat sini, berada bersama rakannya, Mohd. Azhari Arifin, 29, di tempat duduk di bahagian hadapan.

Menurut Mohd. Azhari, namun tanpa disangka-sangka sebutir mercun dipercayai dibaling oleh penonton di belakang tempat duduk di kawasan itu tiba-tiba meletup di hadapan mereka.

"Ahmad Jazimin mengadu sakit dan masa itu saya lihat mata kanannya berdarah. Kami berdua lalu keluar dan mendapatkan rawatan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di luar stadium.

"Ahmad Jazimin kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lalu ditahan untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Mohd. Azhari berkata, Ahmad Jazimin yang masih dirawat di PPUM sehingga hari ini, dimaklumkan doktor merawatnya bahawa mata kanannya itu berkemungkinan buta kerana saraf yang rosak.

Katanya, lebih menyukarkan keadaan apabila isteri Ahmad Jazimin dikenali sebagai Ina tidak sempat menjaga suaminya itu kerana dimasukkan ke wad untuk bersalin.

"Ia satu dugaan berat buat rakan saya apatah lagi menjelang Ramadan ini. Dia kini dijaga oleh ibunya di PPUM untuk tempoh dijangka seminggu lagi kerana doktor perlu memastikan tiada jangkitan pada mata itu," katanya.

Mohd. Azhari berkata, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pukul 10 malam keesokan harinya.

AS: Bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa. Baghal manalah yang main baling mercun sesuka hati semasa di stadium tempohari!

Belum puasa sudah beraya!

Di Kuala Lumpur jemputan untuk berbuka puasa telah diterima seawal seminggu sebelum tarikh melihat anak bulan. Anak bulan masih dalam perut ibunya, orang sudah berebut-rebut untuk berbuka puasa.

Seorang Tan Sri menjemput saya dan isteri untuk berbuka puasa di kediaman beliau di Jalan U Thant, satu kawasan perumahan mewah di pinggir bandar, pada 18 Ogos, Khamis malam Jumaat.

Undangan juga diterima daripada beberapa syarikat besar. Turut awal mengundang berbuka puasa ialah beberapa kementerian, yang dihantar oleh Bahagian Perhubungan Awam menerusi faks atau e-mel, dengan pesanan: “Masukkan undangan ini dalam diari tuan!”

Demikianlah, orang KL berebut-rebut menjemput berbuka puasa, walaupun anak bulan Ramadan masih belum kelihatan. Apakah ini tanda kemewahan? Atau, pertanda awal pembaziran?

* LEBIH menarik lagi ialah tawaran-tawaran hari raya yang mendahului waktu. Permulaan puasa belum ditetapkan – Syawal masih jauh! – kempen membeli belah Aidilfitri telah bermula.

Kotak pos di rumah diasak beraneka risalah dari pasar raya dan pusat beli-belah, menawarkan berbagai potongan harga pembelian menyambut hari besar itu.

Sama ada anda hendak membeli keperluan membuat kuih-muih, kain langsir, perkakas rumah, hatta perkhidmatan mencuci permaidani atau mengecat rumah, semuanya ditawarkan pada harga istimewa. Hubungi sahaja nombor telefon disertakan, semuanya tanggung beres.

Seminggu sebelum puasa, iklan-iklan jualan istimewa hari raya juga sudah mula disiarkan baik menerusi akhbar atau radio dan TV. Tawaran potongan harga hingga 80 peratus .

Pusat-pusat beli-belah sudah menggantung replika ketupat warna kuning dan hijau, dan lemang di premis masing-masing. Malah, hotel-hotel besar mengiklankan tawaran mengadakan rumah terbuka, sama hebat dengan juadah berbuka.

Pendek kata Ramadan dan Aidilfitri diiklankan seolah-olah ingin menimbulkan persepsi bahawa puasa dan raya ada acara makan-makan dan berbelanja besar untuk umat Islam.

Mengapa tidak ada iklan atau risalah yang mengajak umat Islam mengimarahkan masjid dan surau pada bulan al-Mubarak ini? Mengapa yang ditonjolkan hanya makanan dan bermewah-mewah, tetapi tidak ada kempen besar-besaran meningkatkan ibadat pada bulan besar itu?

Atau, apakah orang kita memang megahkan makanan dan kemewahan kebendaan, berbanding meningkatkan ibadah?

* SEPERTI biasa kita akan mendengar lagu-lagu lama setiap kali menjelang raya. Pihak berkuasa agama meminta hotel-hotel memohon sijil dan logo ‘halal’ sekiranya hendak menawarkan pakej buka puasa.

Banyak hotel, termasuk berstatus lima bintang, tidak mengendahkan arahan Jakim supaya mendapatkan logo dan sijil penting itu. Bagi mereka tidak ada tanda halal pun orang penuh juga makan di situ.

Sebenarnya soal halal atau tidak bukan masalah pihak berkuasa agama, tetapi masalah pengguna. Kalau pelanggan sendiri tidak mengendahkan hukum agama, siapa pun tidak boleh membantu.

Bayangkan setelah letih dan dahaga berpuasa sepanjang hari, kita berbuka di hotel yang tidak disahkan halal. Tidak payah ditanya apa hukumnya berpuasa dengan berbuka juadah tidak halal. Fikir sendiri!

Setiap kali raya kita kurang bekalan daging dan ayam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan bekalan mencukupi.

Katanya, negara dijangka memerlukan tambahan 340,000 ekor sehari bagi menampung keperluan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini. “Kita akan pastikan bekalan mencukupi, harga tidak naik,” katanya. Mudah-mudahan apa yang dikata, akan dikota!

* AKHIR kalam, walaupun dengan sokongan dan semangat berkobar beribu penonton, Harimau gagal menewaskan Singa di Bukit Jalil, Khamis lalu. Maka pasukan bola sepak negara pun tersingkir untuk pusingan awal Piala Dunia.

Kita terus dilanda kemarau dan terpaksa menunggu untuk kelayakan perlawanan paling berprestij itu yang akan diadakan di Rusia 2018. Ada tujuh tahun lagi untuk Harimau kita menajamkan taring, dan menguatkan ngauman!-sh-

Kapal RM14.5B Yang Dikatakan Milik Robert Kuok Hanya Cerita Palsu!

Syarikat yang membina kapal itu iaitu Baia Yachts Of Italy menafikan yang kapal itu kononnya diperbuat dari emas, platinum dan berlian. Tidak logik kata mereka untuk menggunakan 100 tan emas bagi pembikinan kapal tersebut.

Namun 2 kemusykilan masih ada disini, mereka tak menyatakan harga sebenar kapal itu jika tidak sampaipu RM14.5Bilion & Mereka juga tak menafikan yang kapal itu milik Robert Kuok. Robert Kuok atau wakil sehingga hari ni tidak tampil untuk menafikan dakwaan tersebut!


RM14.5b gold yacht story is a hoax
KUALA LUMPUR, July 27 — Baia Yachts of Italy said yesterday that reports of the existence of a 100-foot bespoke yacht purportedly composed almost entirely of gold, platinum and diamonds are false.
The UK’s Daily Mail ran a story on June 20 claiming an anonymous Malaysian businessman had spent GBP3 billion (RM14.5 billion) on the construction of a superyacht called History Supreme out of 100 tonnes of precious metals — with a genuine T. rex dinosaur bone thrown in for good measure.

The Sun, on the other hand, said the yacht had been commissioned in Italy and completed in Malaysia two weeks ago.

In a report on its website, Motorboat & Yachting quoted Mario
Borselli, a sales manager at Baia, as saying that the tabloids had taken pictures from their official website without permission.

He carried on to deride the story as “so stupid” that the company wasn’t considering pursuing any legal action.

“Who would believe that a boat would have 100 tonnes of gold on
board?” Borselli was quoted by the website as saying.

Motorboat & Yachting also said extensive calls to Stuart Hughes, the Liverpool-based jeweller who claimed to have customised the vessel, have gone unanswered.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...