Astro Melampau! Ikut Kepala Dia Saja!!

Sudah sah & nyata ASTRO memang tak menghiraukan arahan Kerajaan/Kabinet/Menteri/SKMM agar tidak menaikkan caj harga tambahan apabila bil terkini tetap sampai dengan kadar harga baru.

Apabila ditanya wakil Astro berkata mereka sudah mengikut segala peraturan untuk menaikkan kadar harga terbaru. Mana pi penguatkuasaan dan larangan dari kabinet yang dipersetujui tempoh hari? Apa dah jadi ni?

Mana pi Rais Yatim yang hari tu bising sangat hal ni? La ni semuanya senyap saja.
Takkan terlepas pandang atau buat-buat tak nampak?
Rakyat ramai yang merungut nih!

AS sekali lagi mendesak Kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)dan Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan (KPKK) mengambil tindakan untuk membela hak pengguna melalui pelbagai Akta sedia ada seperti Consumer Protection Act 1999 dan Communication & Multimedia Act 1998

AS kalau siaran di rumah guna antena biasa kalau dah jelas, takde kebulornya nak pakai Astro ni! Tapi terpaksa!!

Maaf AS terpaksa bercakap benar walaupun pahit! Jangan disebabkan hal-hal seperti ini menyebabkan rakyat marahkan kerajaan!


12 comments:

Unknown said...

Perlu ada alternatif kpd Astro agar mudah rakyat membuat pilihan.

Nurul Izzah Kecut Telur Tengok Bayang Raja Nong Chik? Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/

Anonymous said...

Salah satu punca rakyat marahkan kerajaan.. Ape tindakan dari pihak kementerian? Rais yatim tak bikin kecoh ke? Saman dah menang.. Tolong2 lah rakyat nie pulak.. Asyik naik caj je.. Bila hujan line takdakkkk..dah kaya nak kaya lagi.. Aku ingat owner astro nie nak beli kelab EPL jugaklah..

ANAK BUKIT HIJAU said...

Salam AS.

Kerana sibuk terlupa dan terlambat membayar bil penggunaan sistem ini.

Banyak juga, RM31.00

Aku kemudian terima terbaru yang minta jelaskan tunggakan.
Oleh kerana lambat bayar bil yang baru tercatat tunggakan yang aku kena bayar RM531.00

Bila aku telefon pihak jawab saja charge extra !!!

Lepas itu dia mengalah dan minta jelaskan segera RM31.00 Dahpun aku jelaskan. Harga berapa kilo getah sekerap saja.

Yang terbaru, walaupun dah dua bulan aku tak tengok ASTRO aku terima bil berjumlah hampir RM60 dan RM500.00 diturunkan menjadi RM400.00

Apa ni ?

Tolong la sapa2 tengok-tengok...

Anonymous said...

Kalau nak TV 1,2,3,7,8,9 cantik kena pakai 2 antena sekali dengan booster sebab dia guna jenis signal lain-lain, kat manjung perak pun sama kena pakai macam ni baru clear, kalau pakai Full HD TV lagi best untuk TV1,2 tapi TV3 dan lain-lain tu tak secantik TV1,2.

aku siap pakai 2 TV Full HD, 1 Toshiba 40" dan sony 32" yang ni kurang sikit sebab cable dia jauh 25 meter kot.

Anonymous said...

rakyat nak tahu apa tindakan Kem Penerangan walaupun arahan telah diberi kpd Astro supaya tidak menaikkan caj bulanan.

Anonymous said...

memang pun...cakap berdegar-degar...sekarang ni dah membisu berjuta bahasa...apa dah jadi ni datuk seri utama!!!??

Anonymous said...

saya sokong apa yg dikatakan as tu....aritu dah umum dlm parlimen xboleh naikkan harga dulu...aleh2 naik jugak....sebenarnya org ramai tak perasan,byk benda yg diumum dlm parlimen,tapi sebenarnya perlaksanaannya takda...sekadar pengumuman populis.....saya pengundi atas pagar yg begitu setia dgn kerajaan....tapi kesetiaan saya dibalas dgn cara mcm ni....saya pon sama mcm as,kalau pakai antena clear,dah lama saya tamatkan astro kat rumah saya....

Anonymous said...

bagus guna parabola,, tiada bayaran seumur hidup...

Anonymous said...

Mana Pak Menteri Penerangan, jangan hanya berucap berasap-asap tapi tindakan haprak, mana pergi penguatkuasa kementerian. Jangan kalau dah kalah dalam pilihan raya baru nak salahkan rakyat, pikir-pikirkanlah, jangan sampai nasi dah jadi bubur baru menyesal, kepada pengundi-pengundi atas pagar mari kita fikir-fikirkan bagaimana mencari fomula nak ajar kerajaan.

Anonymous said...

SELAGI KERAJAAN TIDAK BERTINDAK TEGAS, JGN HAIRAN JIKA SEMAKIN RAMAI RAKYAT MENGGUNAKAN PARABOLA, RAKYAT ADA HAK UTK MENDAPAT SIARAN PERCUMA. HAK PERIBADI RAKYAT TAU. JANGAN PULAK DIJADIKAN ALASAN UTK DIKENAKAN TINDAKAN.

Anonymous said...

Rais Yatim ada share dalam ASTRO ke? hingga tak boleh di tegur. Orang ramai pun bodoh juga, boikot je ASTRO. Aku tak pakai ASTRO boleh hidup, tak mati pun. Hiburan, berita dan maklumat pun aku dapat dari TV biasa.

Anonymous said...

sebab tu lah kena ada syarikat pesaing kpd astro..tak caya cuba tengok...astro mesti turunkan harga gila2 punya..tapi masa tu walau pun dia turunkan harga...ia masih lagi untung..masaalah nya sekarang astro nak untung yg berkali kali ganda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...