Umpama ayam bertelur sebiji tetapi riuhnya sekampung.
Itulah sindiran Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di negeri tertentu yang heboh dengan memberi RM100 kepada rakyat.
“Mereka di sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tetapi pihak sana yang pukul gendang lebih kuat,”
Menurut Najib, sebagai kerajaan, parti memerintah tidak seharusnya berdiri di atas platform populariti.
“Jika ini sikap kita, kita bimbang rakyat akan menderita jika dibiarkan dalam tempoh jangka panjang,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan bertanggungjawab perlu menyediakan perspektif jangka panjang demi rakyat.
“BN sebagai Kerajaan Pusat sentiasa pertimbangan dan perancangan jangka pendek dan panjang bagi memastikan masa depan dan hala tuju negara tidak terjejas. Itu yang kita laksanakan menerusi pelbagai pelan transformasi yang menyeluruh,” katanya.
Menurutnya, sudah menjadi sikap BN sejak dahulu lagi, berjanji dengan berpijak di bumi nyata.
“Kita tidak seperti pihak tertentu yang kata akan turunkan harga minyak jika dapat memerintah dan pelbagai janji-janji lain. Kita tidak boleh bersifat demikian. Kita perlu mengimbangi semua perkara. Sebagai contoh, jika minyak negara pupus suatu hari nanti, kita masih ada simpanan minyak di luar negara,” katanya.
1 comment:
Setuju, bertelur sebiji riuh sekampung. Padahal kat sini dah berbakul-bakul telur, rilek je.
Nurul Izzah Kecut Telur Tengok Bayang Raja Nong Chik? Baca di sini!
http://apakecoh2.blogspot.com/
Post a Comment