Edisi Naya: Pemuda mungkin buta terkena mercun ketika perlawanan bola sepak Msia vs Spore Tempohari

Seorang pemuda tidak menyangka hasratnya untuk menyaksikan perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Khamis lalu, berakhir dengan tragedi apabila saraf mata kanannya disahkan rosak akibat terkena mercun.

Kejadian berlaku sebelum perlawanan bermula iaitu kira-kira pukul 9 malam, sejurus selepas para penonton selesai menyanyikan lagu Negaraku.

Semasa insiden, mangsa, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang berasal dari Ketereh, Kelantan dan menetap di Bangi dekat sini, berada bersama rakannya, Mohd. Azhari Arifin, 29, di tempat duduk di bahagian hadapan.

Menurut Mohd. Azhari, namun tanpa disangka-sangka sebutir mercun dipercayai dibaling oleh penonton di belakang tempat duduk di kawasan itu tiba-tiba meletup di hadapan mereka.

"Ahmad Jazimin mengadu sakit dan masa itu saya lihat mata kanannya berdarah. Kami berdua lalu keluar dan mendapatkan rawatan daripada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di luar stadium.

"Ahmad Jazimin kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) lalu ditahan untuk rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Mohd. Azhari berkata, Ahmad Jazimin yang masih dirawat di PPUM sehingga hari ini, dimaklumkan doktor merawatnya bahawa mata kanannya itu berkemungkinan buta kerana saraf yang rosak.

Katanya, lebih menyukarkan keadaan apabila isteri Ahmad Jazimin dikenali sebagai Ina tidak sempat menjaga suaminya itu kerana dimasukkan ke wad untuk bersalin.

"Ia satu dugaan berat buat rakan saya apatah lagi menjelang Ramadan ini. Dia kini dijaga oleh ibunya di PPUM untuk tempoh dijangka seminggu lagi kerana doktor perlu memastikan tiada jangkitan pada mata itu," katanya.

Mohd. Azhari berkata, berikutan kejadian itu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Bukit Jalil pukul 10 malam keesokan harinya.

AS: Bersimpati dengan kejadian yang menimpa mangsa. Baghal manalah yang main baling mercun sesuka hati semasa di stadium tempohari!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...