Showing posts with label misteri. Show all posts
Showing posts with label misteri. Show all posts

Gambar-Gambar Menakutkan Ribut Luar Biasa Yang Melanda Miri Semalam

Gambar sebelum ribut turun
A.S kata, ini sebagai peringatan kepada kita semua.
Cuaca kebelakangan ini di seluruh dunia sungguh tak menentu.
Inilah bukti kekuasaan Allah..
***********

Rakaman CCTV Eksiden Tragis Di Melaka! Wanita Bawa Myvi! (Video)



kejadian dikatakan terjadi jam 9.16 pagi Ahad semalam.

Kemalangan ini melibatkan sebuah kereta dan 3 motosikal. Salah seorang mangsa kemalangan patah kaki manakala 2 orang mangsa lagi hanya mengalami kecederaan ringan. Pemandu kereta ditahan di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Dikatakan pemandu itu seorang wanita memandu myvi yang melanggar lampu merah.
A.S mak pesan, walau hijau sekalipun lampu isyarat tu, berhati-hati dan pastikan ianya selamat sebelumberjalan.

Di China Lagi! Wanita Ditikam Bertubi-tubi di Jalanan Tidak Dipedulikan Oleh Sesiapa! (Video)



Episod berulang sekali lagi seperti yang berlaku pada kanak2 berusia 2 tahun di China yang dilanggar dengan kereta sebelum ini, kali ini seorang lelaki menikam secara bertubi-tubi terhadap seorang gadis di China.

Malangnya gadis tersebut tidak mendapat bantuan daripada orang ramai yang lalu lalang di situ..

Lagi Video Sadis Yang Membuktikan Ketidakprihatinan Rakyat China

Masihkah hangpa ingat tragedi seorang kanak-kanak dilanggar oleh van dan tidak dipedulikan langsung oleh orang ramai yang lalu lalang dikawasan tersebut?

Video ini juga membuktikan bahawa memang masyarakat sana dah terdidik dengan cara itu. Apa yang A.S tau, bukan mereka tak mau tolong. Tapi mereka tak mahu sesuatu yang buruk akan berlaku seandainya jika mereka menolong manhsa terbabit seperti kematian contohnya.

Ini petikan yang A.S kongsi bagi mereka nafikan bahawa warga China tak seburuk seperti yang disangka.

"please do your research before assuming that all Chinese people should kill themselves

there was a very famous case where a man helped an old woman on the street after she was in a car accident

he pulled her from under a truck and brought her to the hospital, but she died and he was sued because of that. China is not the same as the USA where people are more willing to help because we have a different justice system..."


Alhamdulillah, kita di Malaysia masyarakatnya masih erat dalam bantu-membantu diantara satu sama lain.

Kak Limah 2 Atau Mak Lampir 2?


Tidak tahan diganggu hantu Kak Limah

MARANG – Berambut panjang dan kadangkala menutup kepala dengan kain batik,
rupanya persis watak hantu Kak Limah dalam filem komedi Hantu Kak Limah Balik Rumah yang mencetus
fenomena dalam dunia perfileman negara.

Kak Limah muncul di Marang. Itulah yang diperkatakan sebuah keluarga di Kampung Temiang, Pengkalan Berangan,
apabila lima sekeluarga tertekan dan ketakutan akibat diganggu lembaga wanita tua berambut panjang itu sejak lebih seminggu lalu.

Wanita misteri itu dikatakan sering menjelma dan dilihat merayau-rayau sekitar kawasan rumah di situ. Malah,
kelibat menyeramkan itu dapat dirakam secara kebetulan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit.

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang,
sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.


Hantu Kak Limah minta tolong

Menurutnya, kesemua lima keluarga yang tinggal di kawasan itu adalah anaknya dan tinggal
secara berasingan di rumah masing-masing kerana sudah berumah tangga.

“Ada antara mereka juga pernah melihat kelibat seorang wanita berambut panjang berdiri berdekatan
paip air dan sekitar rumah sebelum menghilangkan diri.

“Boleh dikatakan setiap hari pasti ada anak saya yang melihat kelibat wanita itu. Bukan itu saja,
malah semalam, (kelmarin) saya sendiri terdengar lembaga itu menjerit meminta tolong,” katanya.

Dua bulan sebelum ini, katanya, kejadian menyeramkan itu tidak pernah dialami ahli keluarganya.
Kemunculan lembaga wanita berambut panjang itu dikatakan bermula selepas dia membawa balik beberapa keping papan
serta tiang rumah ke rumahnya.

Menurutnya, kepingan papan dan tiang rumah itu diperoleh dari rumah pusaka ayahnya di Jerangau, Dungun,
untuk dijadikan dinding rumah anaknya, Mohd Syawal, 22.


Diganggu selepas bawa balik papan

“Saya membawa pulang beberapa papan dan tiang itu ke rumah ini pada November lalu dan sejak itu
gangguan lembaga misteri itu, bermula dan kami kerap diganggu dan kini kami sudah tidak tahan lagi dengan
gangguan ini dan perlukan bantuan,” katanya.

Menguatkan lagi dakwaan itu, Mohd Syawal turut me-nunjukkan imej lembaga misteri wanita tua seperti
bertongkat yang dirakam secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, kata Mohd Syawal, dia sendiri belum pernah melihat kelibat wanita misteri itu tetapi
sering diganggu bunyi yang pelik dan menakutkan sehingga menyebabkan dua anaknya tidak dapat
tidur serta asyik menangis.

“Bunyi seperti orang mencakar dinding kerap kedengaran di luar rumahnya pada sebelah malam,
apabila saya turun tiada sesiapa di bawah. Kami buntu memikirkan cara untuk mengatasi gangguan
ini,” katanya. Imam nasihat buat solat Hajat

Sementara itu, Sinar Harian turut menemui beberapa penduduk berdekatan kawasan itu namun
rata-rata memberitahu kelibat wanita misteri itu tidak pernah menggangu mereka.

Manakala, imam Mohamad Razak, 57, menasihatkan agar keluarga itu mengamalkan bacaan ayat suci al-Quran
dan bersolat lebih tekun bagi mengelak diganggu selain mengadakan solat Hajat bersama penduduk setempat.

Berikutan itu, kesemua keluarga terbabit berharap ada pihak yang dapat membantu mereka menangkap
atau mengusir lembaga menyerupai wanita itu kerana mereka tidak tahu cara menangani gangguan tersebut.

Gempar! Pelajar Unisel mati gantung diri!

ATAS MENGHORMATI PERMINTAAN KENALAN MENDIANG, A.S TERPAKSA REMOVEKAN GAMBAR INI.

Tekejut kejap bila orang upload gambar ni kat twitter tadi….Memang semua orang ada masalah, tapi bunuh diri bukan penyelesaiannya. Sanggup bunuh diri untuk lari dari masalah sehingga sanggup mencabut nyawa sendiri?

Di atas adalah gambar seorang pelajar UNISEL berbangsa India yang membunuh diri dengan menggantungkan dirinya pada kipas. Dipercayai mangsa telah pun mati selama 4 hari dan baru disedari oleh rakan sebilik beliau. Punca beliau membunuh diri masih belum diketahui dan identiti masih belum dikenalpasti.

- Nama mangsa Ramnath dan baru berusia 19 tahun
- Mangsa merupakan pelajar Unisel Bestari Jaya Campus (Batang Berjuntai)
- Kemungkinan mangsa bunuh diri disebabkan putus cinta atau mendapat result exam yang teruk.

SUMBER


A.S nak tanya, Ada sesiapa boleh sahkan?
Adakah 4 hari mayat masih sebegitu?
R.I.P kepada mayat ini..

Terkini! Kemalangan Terbang Di Ampang Jaya! Live!



Apalah nasib penunggang motosikal tu ye?
Entah hidup ataupun mati..
Pesanan A.S, berhati-hatilah dijalan raya..

Manusia Terkuat Dunia - 15x hubungan kelamin sehari

Nama dia Sayyed Muhammad Ahmad Abdallah
dari Mesir, agama Islam.

28 kali kahwin dengan 35 anak.
Isteri sekarang 4 orang.

Kekuatan fizikal = 30,000 lelaki dewasa = 260 kuasa kuda
1 kuasa kuda = 265 lelaki

Bapak dia dulu 840 kuasa kuda punya tenaga...

Mengelak untuk berjabat tangan dengan orang, kalau salam patah riuk jari tangan orang.
Makan daging mentah tiap-tiap hari minum butter.
Pernah dipenjara kerana lari dari khidmat tentera, diampunkan oleh presiden.
boleh bengkokkan duit syiling dengan kelopak mata je.
boleh koyakkan duit syiling dengan jari.

paling special 15 KALI SEKS satu hari - tak boleh miss tiap-tiap hari
(mak aiii 4 bini pun boleh lari ni...)

sila tonton wawancara dengan dia..

Edisi Ngeri.. Disembelih Lif Di Hari Raya Korban

MAUT...mangsa dibawa ke HQE sebelum disahkan meninggal dunia, malam tadi.

KOTA KINABALU: Seorang pelayan wanita sebuah restoran makanan Cina,di sini, mati apabila lehernya hampir putus akibat tersepit di pintulif menyimpan makanan di restoran tempat dia bekerja semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1 tengah hari sebelum mangsa, Lau SeeYen, 20, disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), HospitalQueen Elizabeth (HQE) pada kira-kira jam 9.15 malam tadi.



Sebelum kejadian, Lau berada di tingkat dua restoran berkenaan danmeletakkan juadah ke dalam lif khas yang digunakan untuk membawamakanan ke tingkat bawah.

Tanpa disedari, pintu lif itu tertutup secara tiba-tiba menyebabkan kepala mangsa tersepit dan lehernya hampir putus.

Dalam suasana kelam-kabut, mangsa cuba dibantu rakan sekerjadan seorang doktor yang menikmati makan tengah hari di restoranberkenaan memberikan bantuan pernafasan.-HM

Aksi 18sx: Awek Merempit Tanpa Seurat Benang (pics)

A.S minta moga aksi begini tak berlaku di Malaysia.
Kalau ada jugak, peminat china doll sure serrbu punya.. huhu


Lelaki Rebus Telinga Dan Daging Kekasih Untuk Dijadikan Santapan

TEXAS – Polis di Texas, Amerika Syarikat menemui satu telinga manusia yang direbus dalam periuk dan seketul daging yang diletakkan dalam pinggan di meja dapur di sebuah rumah. Menurut siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, seorang lelaki, Christopher Lee McCuin, 25, dipercayai memasak sebahagian badan teman wanitanya yang berumur 21 tahun itu.

Pihak berkuasa mendapati dia juga cuba untuk memakan daging milik kekasihnya itu.
Polis berkata, semua gambaran itu diceritakan sendiri oleh McCuin yang menghubungi pihak polis yang menyebabkan kejadian berkenaan terbongkar.
Suspek itu dijangka didakwa atas tuduhan membunuh.

Beberapa pegawai berkata, lelaki itu kini berada di sebuah penjara di Texas sejak malam kelmarin dan dia tidak mempunyai seorang peguam belas.
Nilai ikat jaminnya adalah sebanyak AS$2 juta (RM6.56 juta).
Pihak berkuasa masih tidak pasti sama ada McCuin sudah menggunakan sebahagian daripada badan si mangsa.

“Tiada sebarang bukti yang menunjukkan suspek berbuat demikian,” kata Syerif daerah County, J.B. Smith.
McCuin turut disyaki menikam seorang lelaki yang dipercayai sebagai teman lelaki baru bekas isterinya, pada awal pagi Sabtu lalu.

Selain itu, suspek dilaporkan mempunyai rekod jenayah termasuk memandu dalam keadaan merbahaya dan dakwaan melakukan kesalahan menyerang dengan senjata.
Beberapa pegawai berkata, kejadian pembunuhan itu bermula selepas McCuin membawa kekasihnya itu, Jana Shearer dari rumahnya di Texas malam Jumaat lalu sebelum membunuhnya.

Lelaki Ini Disahkan Mengandung & Akan Melahirkan Anak Bulan Depan (Pics)




Scott (kiri) dan Thomas Moore, di rumah mereka di Weed, Utara Carolina.



Gambar Ultrasound bayi pasangan ini.



Scott (dua dari kiri) dan Thomas Moore bersama dua anak angkatnya Gregg, 12, dan Logan, 10

AS:Mustahil ini boleh Berlaku..
Yang Pastinya Lelaki Ini, pernah menjadi perempuan dahulu ataupun khunsa!

Trend Baru Bergambar Dalam Tandas!


SALAH satu aksi terbaharu meniarap di dalam tandas.


LONDON - Terdapat trend terbaharu dalam kalangan pengguna rangkaian sosial seperti Facebook iaitu bergambar dengan kepala berada dalam mangkuk tandas, lapor sebuah akhbar semalam.

Pengguna-pengguna rangkaian sosial itu yang terdiri daripada lelaki dan wanita juga melakukan aksi seperti meniarap di dalam tandas.

Ia merupakan trend terbaharu selepas bergambar dalam keadaan meniarap di pelbagai lokasi, bertenggek seperti burung hantu dan berdiri dalam keadaan terbalik seperti kelawar. - Agensi

AS:Macam-macam pesen sekarang manusia ni!

Edisi Misteri AS: Menyeramkan! Lukisan Pada 80an Menggambarkan Peristiwa 9/11!


Lukisan kapur oleh seorang artis pada tahun 1980-an ini memberikan firasat yang menakutkan terhadap peristiwa 9/11. Karya seni yang menyeramkan ini menggambarkan kesepian seorang gadis muda yang diapit oleh dua pesawat jet dan Menara Berkembar yang tumbang di dalam sebuah kebakaran.

Tetapi pada hakikatnya lukisan dilukis lebih awal, iaitu 10 tahun sebelum tragedi yang mengerikan itu terjadi. Artis Willie Gardner telah meninggal dunia pada bulan November tahun lepas pada usia 78 tahun, dan telah dikuburkan dia tanah perkuburan yang sama ketika ia mendapat ilhamkan melahirkan karya beliau ini.

Lukisan itu menunjukkan gambaran rambut seorang gadis yang berjuntai. Kelihatan juga seperti api dan asap naik ke langit dari salah satu menara tersebut.

Lukisan itu telah digantung di penerimaan Unit Pendidikan Komuniti Grangemouth di Stirlingshire.


Gambaran

Ramai pelawat yang menyangkakan bahawa gambaran atau tujuan lukisan itu dihasilkan sebagai satu penghormatan kepada warga yang terkorban di dalam serangan di New York pada 9/11 itu.

Cook Lex yang bertugas sebagai Penyelaras Unit Pendidikan di pusat itu pada akhir 1980-an berkata: "Ia mungkin antara 1988 atau 1989 ketika saya mula-mula melihat lukisan Willie ini. Ketua di pusat sini pada masa itu suka kepada karya itu dan Willie telah memberikannya untuk dipaparkan di pusat tersebut.

"Setakat yang saya tahu Willie melukisnya semasa ia menjadi ahli Kelab Seni di sini. Saya masih ingat pada itu ketika saya melihat lukisan ini dan cuba untuk memahami apa yang ia cuba tunjukkan. Ia agak mencuri perhatian tetapi juga aneh dalam masa yang sama.

Saya tidak sangka ia dikaitkan dengan serangan terhadap Menara Berkembar kerana saya telah melihatnya untuk sekian lama. Sehinggalah kemudian datang seseorang yang baru pertama kali melihatnya, dan bertanyakan sama ada ianya merupakan satu penghormatan kepada mangsa-mangsa 9/11."

Pembantu Rumah MASAK SUP Majikan Dengan DARAH HAID!


Seorang warga Singapura baru-baru ini telah mewujudkan halaman Facebook yang dikenali sebagai "Dangerous Maids" untuk rakyat Singapura berkongsi cerita 'menakutkan' tentang pembantu rumah.

Pencipta halaman tersebut, "Hylda Low", berkata bahawa pembantu rumahnya telah mengumpulkan darah haid untuk dibuat sup untuk keluarga mereka.

Menurutnya lagi, darah itu akan dipungut dengan pad kapas muka dan dimasukkan ke dalam beg teh yang telah digunakan untuk membuat sup. Beliau percaya bahawa pembantu rumahnya itu berbuat demikian untuk melakukan sihir ilmu hitam ke atas keluarga.
Gambar Dewi Hermina di dalam profil agensi pembantu rumah

Beliau juga mendedahkan nama pembantu rumah, "Dewi Hermina" yang berasal dari Jawa Barat, Bogor.

"Hylda Low" menyatakan bahawa tujuan halaman itu diwujudkan untuk mendedahkan pembantu rumahnya yang melakukan "amalan keji dan jahat terhadap majikan mereka". Beliau berharap ia dapat memberi amaran kepada orang ramai mengenai pembantu rumah ini, dan membiarkan orang ramai tahu bahawa bukan semua pembantu rumah selalu menjadi mangsa.

Gempar! Hantu Mak Lampir Masuk Berita (Video)


Cerita hantu di Indon yang gempat kononnya ia 'real'.
Lawak juga AS tengok media Indon ni. Sampai berita sampah dan tak munasabah pun nak masukkan dalam berita. Untuk naikkan ratung agaknya. Ada sapa-sapa readerblog AS yang percaya ke?


Kalau kita yang waras dan bijak tengok video hantu tu boleh komfemkan bahawa ia sebenarnya palsu dan amat mudah untuk direka. Ni dia, siap ada tutorial lagi berkenaan pembikinan hantu palsu tersebut.

Gempar! Lebih 70 Isteri Wakil Rakyat Diracun Di Terengganu??

pic hiasan

Lebih 70 isteri wakil rakyat yang menyertai Program Tahunan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional Se-Malaysia 2011 di sini, semalam mengalami keracunan makanan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A. Rahman Mokhtar berkata kejadian bermula pada kira-kira 11 pagi apabila beberapa daripada mereka mengalami simptom seperti muntah dan cirit birit dan dirujuk ke klinik statik di hotel penginapan mereka di sini.

Katanya daripada lebih 70 orang yang mengalami simptom itu, seramai 18 terpaksa dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Hanya 15 yang ditahan di wad kerana simptom yang dialami mereka lebih serius namun keadaan mereka stabil dan tidak membimbangkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa melawat para isteri wakil rakyat berkenaan di HSNZ di sini hari ini.

Katanya punca kejadian masih disiasat namun beliau tidak menolak ia mungkin berpunca daripada makanan yang dihidangkan dalam satu majlis makan malam sebelum itu.

"Semua sampel makanan sudah dihantar ke Jabatan Kimia untuk pemeriksaan lanjut, katanya.

Sementara itu, isteri Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Selangor, Datin Norliah Mohd Nazir ketika ditemui di HSNZ memberitahu beliau mengalami muntah-muntah selepas majlis makan malam yang dihadiri bersama isteri wakil rakyat lain.

"Selepas muntah-muntah saya cuba dapatkan rawatan di Klinik Statik di Hotel Permai tapi keadaan saya tidak bertambah baik dan saya dihantar ke sini (HSNZ) untuk dapatkan rawatan lanjut," katanya.

Namun katanya, beliau menganggap peristiwa tersebut sebagai insiden tidak dijangka dan tidak menyalahkan pihak penganjur atas kejadian tersebut. - BERNAMA

AS: MENGAPA PERLU BERLAKU KEJADIAN SEBEGINI? ADAKAH ADA UNSUR-UNSUR KECUAIAN DIDALAM PENYEDIAAN HIDANGAN TERSEBUT ATAUPUN ADA UNSUR SABOTAJ DALAM INSIDEN INI??

Hangpa Perasan Tak Fenomena Matahari Tengahari Tadi?


Off Topic Sat,

Subhanallah.
Gambar yang diambil tengahari tadi jika kita tengok kat langit ada sesuatu fenomena yang agak pelik dimana ada lingkaran luar seakan-akan pelangi mengeilingi matahari tesebut.

Yang AS tau kalau macam ni orang panggil 'halo'. Adakah di Penang atau diseluruh Malaysia boleh lihat kejadian ni? Atau sesiapa bijak pandai yang arif boleh huraikan fenomena ini?

Badan Tinggal separuh, Tapi Masih Hidup




Badan tinggal separuh tetapi masih hidup. AS rasakan video ini mampu memberikan kita rasa keinsafan, kesyukuran, atau sekurang-kurangnya membuatkan kita ingat kepada Allah. Semoga menjadi manfaat kepada anda yang menonton insya Allah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...