EDISI KETEGAQ! SEKSUALITI MERDEKA AKAN DITERUSKAN DALAM MASA TERDEKAT

Penganjur Seksualiti Merdeka yang berhadapan dengan reaksi berbelah bahagi daripada publik hari ini menegaskan, program itu tidak mengandungi unsur-unsur mencabar norma masyarakat Malaysia dan oleh itu bercadang untuk meneruskannya dalam waktu terdekat.

Polis telah mengharamkan program itu berkuat kuasa semalam manakala beberapa pertubuhan bukan kerajaan dan politik pula mengecam penganjurannya.

Berikutan kontroversi dan dakwaan mengatakan mereka memperjuangkan kebebasan hak gender dan mereka yang menghadapi masalah identiti seksualiti, Pengarah Seni program itu Phang Kee Teik, mereka akan membuat pengumuman dalam masa terdekat.

“Kami belum memutuskan berkenaan penganjuran program ini lagi, segala makluman akan diberitahu kemudian,” katanya yang enggan mengulas lanjut apabila ditanya kemungkinan akan menghentikan terus penganjuran program yang didakwa memperjuangkan hak golongan gay, dwiseks, lesbian, dan transgender itu.

Phang yang juga jurucakap program tersebut bagaimanapun menegaskan, pihaknya tetap mempertahankan program berkenaan yang berlangsung sejak 2008 atas alasan ia tidak mengandungi unsur-unsur yang bertentangan dengan norma masyarakat Malaysia.

“Dakwaan sesetengah pihak berkenaan program ini salah, kami bukan berusaha memperjuangkan hubungan seks songsang, tetapi ia sekadar satu perjumpaan untuk bertukar pendapat dan perbincangan sahaja,” katanya yang menolak tanggapan salah banyak pihak terhadap perkara itu.

1 comment:

usin said...

cubalah teruskan, kalau tak sayang anu korang dicantas. ini lebih baik dpd korang mengajak anu2 rakyat negara ini mencari sasaran yg salah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...