Baru Nak Kelam Kabut Pulang Balik!

Akur dengan teguran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan mengarahkan guru besar Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat 2 di sini supaya memulangkan serta-merta wang RM50 yang dipotong daripada bantuan persekolahan RM100 yang diberi kepada para pelajar sekolah tersebut.

Pengarahnya, Datuk Khairil Awang berkata, sekolah berkenaan adalah satu-satunya sekolah di Wilayah Persekutuan yang membuat pemotongan sebanyak RM50 daripada bantuan persekolahan RM100 yang sepatutnya diterima pelajar.

Beliau menegaskan, masalah tersebut tidak sepatutnya berlaku memandangkan semua sekolah telah dimaklumkan supaya tidak membuat sebarang pemotongan menerusi satu taklimat baru-baru ini.

Guru Besar SK Datuk Keramat 2 ketika ini ialah Abd. Hadi Mohamed Zin.

"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan saya sendiri telah menghubungi guru besar sekolah tersebut semalam supaya memulangkan wang RM50 itu dengan segera.

"Saya jangka pelajar sekolah itu akan menerima wang mereka semula yang dipotong untuk yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu hari ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.-KOSMO

A.S: HA! BARU NAK KALUT KEMBALIKAN BALIK. BUAT LAGI KERJA MEMANDAI-MANDAI!

SELALUNYA KAKITANGAN AWAM MACAM NILAH YANG MEMBURUKKAN IMEJ KERAJAAN DAN SETERUSNYA MENJATUHKAN KREDIBILITI KERAJAAN BN.

KERAJAAN PUNYA PERANCANGAN DAN NAWAITU DAN CANTIK, TAPI MAI TANG BAB PERLAKSANAAN KADANGKALA ADA KECACATANNYA. KECACATAN NI SELALUNYA DATANG DARI PENJAWAT AWAM YANG PRO PAKATAN HARAM JE!

3 comments:

rakab said...

Apa kena dengan guru besar tu..??
macam orang kurang cerdik jer..

Kerajaan ikhlas nak bagi duit tu pada murid atau ibu bapa mereka...

walau pun cuma seratus untuk satu kepala, tetapi rakyat gembira dan semua pihak menyambut baik
pemberian terus secara tunai oleh pihak kerajaan itu.

Pihak pentadbiran sekolah janganlah merosakkan usaha murni kerajaan tu...

Anonymous said...

ngam tu bro!
tu belum ambil kira lagi ada kakitangan awam @ kerajaan tiap ujung bulan cucuk kad d ATM ambil duit gaji dari kerajaan tapi berabis sokong pembangkang...tak tau malu!

Anonymous said...

setuju sangat dgn AS...ada lagi pegawai kerajaan yang buat macam tu..dah HM tu..ambil tindakan le!!!Memang boleh ambil yuran..tapi buat program tah ape! ape

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...