Student Malaysia dirogol di Cairo,Mesir ?? [Korban Rusuhan mencecah 100 org]


Bagaimana keadaan di Mesir sekarang sebenarnya? Kalau menurut status FB diatas amatlah merisaukan sekali kerana anak saudara AS sedan menuntut disana. Namun kalau berdasarkan berita di bawah keadaan nampak terkawal.

Apapun, AS harap Kerajaan Malaysia dapat ambil tindakan yan sewajarnya bagi melindungi rakyat-rakyat Malaysia yang sedang berada di sana.
Kita tak mau dengar, bila apa-apa dah terjadi, baru kelam kabut nak ambil tindakan. Tapi AS yakin kerajaan Malaysia akan bertindak dengan sewajarnya dalam menangani kemelut ini seperti kes-kes sebelum ini.
KUALA LUMPUR 30 Jan. - Situasi kesemua pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas berlakunya demonstrasi bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan sejak 25 Januari lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, buat masa ini tiada keperluan untuk membawa balik kesemua pelajar terbabit ke tanah air.

Bagaimanapun, katanya, pihak kerajaan serta Kedutaan Malaysia di Kaherah telah menyediakan perancangan kontigensi bagi menjaga keselamatan pelajar termasuk rakyat Malaysia jika keadaan terus berlarutan dan kritikal.

''Ini termasuk memantau perkembangan keselamatan di Mesir dengan lebih teliti, mengesan dan menghubungi kesemua pelajar Malaysia bagi memastikan mereka berada di dalam keadaan selamat.

''(Dan) menyediakan pelan kontigensi untuk memindahkan mereka ke negara-negara jiran yang berdekatan iaitu Jordan, Arab Saudi dan Libya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kedudukan terkini pelajar-pelajar Malaysia di Mesir selepas berlakunya demonstrasi besar-besaran bagi mendesak Hosni meletak jawatan.

Muhyiddin menambah, berdasarkan angka terkini jumlah pelajar Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia adalah sebanyak 10,328 orang.

Pada masa sama, beliau berkata, terdapat juga beberapa pelajar Malaysia dari Jordan yang membuat lawatan ke negara itu semasa demonstrasi.

''Oleh itu, jumlah sebenar pelajar Malaysia di Mesir sedang dikemaskini oleh Kementerian Luar,'' katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kerajaan juga tidak menghalang mana-mana pelajar Malaysia di Mesir untuk pulang ke tanah air atas pembiayaan sendiri.

''Pihak Kedutaan Malaysia di sana akan memberikan kerjasama dan bantuan nasihat mengenai syarikat penerbangan yang boleh digunakan,'' katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga telah membentuk satu kumpulan kerja dipengerusikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan dianggotai oleh Kementerian Luar, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan agensi berkaitan.

''Tujuannya untuk memantau situasi keselamatan pelajar Malaysia di Mesir dan mengkaji pelan tindakan yang perlu diambil bagi menjamin keselamatan setiap pelajar terlibat,'' katanya lagi.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini mengesahkan semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir berada dalam keadaan selamat.

"Ibu bapa dan keluarga dinasihatkan tidak begitu risau kerana Pejabat Pendidikan Malaysia dan kedutaan di Kaherah sedang memantau situasi ini dengan dekat dan kerap berhubung pelajar serta rakyat kita di sana," kata kenyataan itu.

Kementerian dan kedutaan Malaysia di Kaherah telah menubuhkan bilik operasi dan boleh dihubungi pada bilik operasi kementerian di talian 03-88892746/03-88874570.

Bilik operasi Kedutaan Malaysia di Kaherah pula dapat dihubungi di talian 00 202 37610013 00 202 37610013 end_of_the_skype_highlighting sambungan 116 atau 00 202 37610164 begin_of_the_skype_highlighting
00 202 37610164 end_of_the_skype_highlighting.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (Perubatan), Muhammad Husaini Saleh ketika dihubungi di Kaherah berkata, pihak kedutaan telah meminta para pelajar Malaysia sentiasa berhati-hati.

"Kebetulan kami sedang bercuti selama dua minggu, maka ia tidak mengganggu pembelajaran.

''Seramai 600 penuntut Malaysia menuntut di Universiti Kaherah,'' katanya.

4 comments:

jo labu said...

harap gomen cepat2 buat keputusan yg bijak..
aku rasa budak tu komen dlm fb main2 je kot..

Anonymous said...

Harap kerajaan menganggap komen tersebut betul sehingga dibuktikan komen tersebut tidak betul.

Tindakan pantas perlu dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Jika perlu gunakan tenaga TUDM dan TLDM kerana jika ada situasi yang cemas, pasukan ini dapat menangani dengan bijak dan berkesan.

Anonymous said...

aku tak rasa dorang main-main sebab benda ni benda serius....

Cerita Luar said...

benda ni mmg x main-main.Anak saya pun ada kat cairo. baru ja contact dia...dia maklum, mmg adapun kes rogol tu...kerajaan kena bertindak cepat...sesiapa yang boleh acces ke pihak authority...tlglah maklum benda ni...sama2 kita doa utk keselamatan rakyat malaysia kat sana...pn anie, johor.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...