Akhirnya.. Lobai Kulup PAS Mengaku Bersalah!


Alhamdulillah, akhirnya Allah bukakan hati AJK Masjid Cheras Jaya untuk mengakui kesilapan yang dilakukan oleh mereka berhubung kes membenarkan YB Teo Nie Ching bersenamrobik dengan memakai baju ketat dalam perkarangan masjid mereka.

Bukan susah pun, dah buat salah, mengaku sajalah. Buat apa nak tegakkan benang yang salah. Kita tnggu apa Nik Aziz nak kata pulak berhubung pengakuan ni.
Nik Aziz la sorang-sorangnya yang bermatian mempertahankan tindakan TNC itu yang bagi beliau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan. Seperti biasa kononnya untuk kuatkan hujah dangkal beliau dia Nik Aziz pun keluarkanlah sirah rasulullah yang sememangnya tersasar jauh dari isu TNC ni..

SHAH ALAM 27 Jan. - Ahli Jawatankuasa (AJK) Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong mengaku membuat silap apabila membiarkan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching memakai baju ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai program senamrobik di pekarangan masjid itu, Disember lalu.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Hussin berkata, semasa siasatan dijalankan berhubung kes itu, JAIS mengambil keterangan daripada AJK terlibat dan mereka mengakui kesilapan tersebut.

Sehubungan itu jelasnya, AJK masjid itu diberi surat amaran mengikut prosedur Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi memastikan kesseumpama itu tidak berulang.

"Jadi, kita anggap kes ini sudah selesai dengan AJK masjid terbabit telah diberi surat amaran dan tiada tindakan lain diambil selepas itu,"katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas perkembangan siasatan kes Nie Ching yang memakai baju ketat dan tidak menutup aurat semasa menyertai program senamrobik di Masjid Taman Cheras Jaya pada Disember lalu.

Gelagat Nie Ching itu disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 30 Disember lalu.Marzuki menjelaskan, pihaknya tidak memberi sebarang surat amaran kepada Nie Ching kerana siasatan kes itu hanya membabitkan AJK masjid terlibat.

Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan 'tazkirah' di dalam sebuah surau di Kajang Sentral pada Ogos tahun lalu.

Kelakuan Ahli Parlimen daripada DAP itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan kemarahan umat Islam dinegara ini.

Nie Ching bagaimanapun telah memohon maaf kepada baginda atas perbuatannya itu.

2 comments:

blogenstarz said...

Penangan Kushrin nampaknya tu....

Anonymous said...

Kira ok lagi la tu.. Nama pon kapiaq. Tapi yang pelik tu puak2 putri & wanita umno. Depa ni melayu Islam ka melayu kapiaq? Haram tak tutup aurat. Bek telanjang ja lagi senang. Ekekek

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...