PETROL RON 97 NAIK 10 SEN TENGAH MALAM INI ?

Benarkah Berita Ini? Jika benar,apakah alasan,asas dan pertimbangan kerajaan dalam menaikkan harga petrol ron97 ini. AS faham, sudah pasti kerajaan ada alasan kukuh dan tindakan ini sudah tentu perlu dalam merencanakan ekonomi negara.

Tambahan pula ron97 hanya digunakan untuk kenderaan berprestasi tinggi sahaja. Tak perlulah rakyat yang tiada kaitan dan yang hanya guna ron95 nak melenting tak tentu pasal!

Tetapi bagaimana harus kami selaku kepimpinan kecil di peringkat cawangan dan bahagian mahu berdepan dengan masyarakat yang sudah pasti menjadikan ini sebagai suatu isu politik?
Tambahan pula baru semalam BN mengecapi kemenangan bergaya di Tenang, sudah pasti dan sudah berbunyi pun suara-suara sumbang ini adalah hadiah dari kerajaan diatas kemenangan PRK Tenang! KITA TAK MAHU LAGI ISU INI DIPOLITIKKAN! TAK SEDAR LAGIKAH APAKAH SALAH SATU PUNCA UTAMA TSUNAMI PRU12 MENIMPA KITA DULU ??

MOHON PIHAK YANG BERKENAAN JAWAB ISU INI SEKIRANYA BENAR !!

Harga petrol RON97 naik 10 sen seliter
January 31, 2011
KUALA LUMPUR, 31 Jan — Harga petrol RON97 naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu bahan api RON97 akan dijual RM2.50 seliter.

Ini kenaikan kali kedua tahun ini. Ia mengalami kenaikan, juga10 sen seliter berkuat kuasa 5 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

“Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah,” kata sumber ketika dihubungi The Malaysian Insider.
sini

8 comments:

Anonymous said...

RON97 KERAJAAN SUDAH MAKLUMKAN DARI AWAL LAGI...KERAJAAN MENGAPUNGKAN MENGIKUT HARGA PASARAN DUNIA...KERAJAAN TIDAK MENGAWAL LAGI RON97 SEPERTI MANA RON95 MASIH DIBERIKAN SUBSIDI BAGI MENGEKALKAN HARGANYA DI PASARAN MALAYSIA....RON97 AKAN TURUN APABILA HARGA MINYAK DUNIA TURUT TURUN....YANG PASTI SUKAR DITURUNKAN..SEBABNYA KENA TANYA OPEC...

Anonymous said...

Tak perlu mencari alasan lg AS, memang itulah cara KERAjaan anda memainkan dan menyusahkan rakyat

Amarah rakyat akan sekali lagi membawa tsunami pada 15 JUN 2011 ini dlm PRU13

Anonymous said...

Eh, kenapa naik sikit sangat...

Naiklah lebih sikit...50 sen ke, 80 sen ke...baru sedap...

Hidup UMNgOk dan Kerajaan Barang Naik (BN).

usin said...

wah!! berani betul menteri yg bertanggungjwb pasal naik harga barang ni buat keputusan naikkan harga petrol ron97? baru semalam bn menang di tenang, 2 hari lps tu naikkan harga minyak? jom kita pakat2 tengok pulak apa alasan dia. kalau dia kata harga minyak ron97 kita masih antara yg terendah dikalangan negara kejiranan, kita jgn wat apa. kita pakat gelakkan dia ramai2. bagus kalau ada yg guling2 sambil ketawa terbahak2...ISMAIL SABRI YAAKOB, camane awk buat kerja aaaa? marah kt pengundi tenang ke???

Anonymous said...

mcmlah korg pakai ron97..
pakai pun idak nak bising2lak.
pooorah

Anonymous said...

aku nak tanya sikit,hampa semua bubuh minyak kereta ron95 ka atau ron97? kalau ron95, hampa jngan dok bising hrga dia tetap 1.90 jugak.kalau ron97 itu untuk org yang banyak duit,depa tak kisah pun.kalau hampa jenis tadak duit buat cara tadak duit jngan dok berlgak mcm orng banyak duit.Yang dok takut harga brang naik itu semua pemborong,peniaga saja nk ambik kesempatan, lori depa pakai minyak diesal saja.Kita tau bangsa yang suka ambil kesempatan tu?

Anonymous said...

hangpa pencacai2 UMNGOK ni bagi la alasan apa sekalipun...rakyat takkan biaq kat hangpa dah.

Ada akai ka hujah budak sekolah cam tu?

Awat RON97 naik utk org kaya saja, yg tak guna minyak tu takyah sibuk? Habis tu barang2 kegunaan yg lain naik tu, org kaya saja kot yg beli?
Org miskin beli ada diskaun?

GST pun la ni dok jalan dah dlm diam2.

Mcm hangpa ahli UMNGOK takpa la beli barang ada diskaun bila tunjuk kad ahli UMNGOK.

Tunggu la PRU13 ni, nak tersungkoq ka nak menyuloq ka....

hafiz said...

Jawapan Untuk RON 97 dah ada dalam diri masing2..nak terima atau tak nak jer la..yang pasti isu ni kerajaan dah clear..rakyat yang tak paham sebab buat2 tak paham...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...