PKR Di Nibong Tebal retak menanti belah! Di Tasek Gelugoq 100 orang dah belah!


Tahniah kepada ketua grup ni, iaitu Sdr S. Thevandas. Anda buat pilihan bijak. Sila jumpa BS Maniam, Ketua MIC Bahagian Tasek Gelugor yang AS kenali seorang yang sangat prihatin terhadap permasalahan kaum India di Tasek Gelugoq. Ustaz Budin pun jangan terlepas pandangan kelompok ni kerana kaum India memainkan peranan penting dalam Parlimen tasek Gelugoq. Jangan sangka Tasek Gelugoq tu kebal, PAS/PKR tak boleh tembus! YB Ustaz Shabudin selaku Ketua bahagian kena mainkan peranan lebih pro-aktif.

Yang di Nibong Tebal ni, pakat-pakat la belah dari Parti kelentong Rakyat ni. Grup PKR dah pecah 2. Satu Geng Rizal tmn Ilmu yg dah kuchiwa sebab kalah dgn YB Ust Mokhtar masa Pemilihan Ketua cabang tempohari. Puak-Piuak Rizal Hamid ni dah ambik keputusan tak mau terjebak dan terlibat dengan sgala program PKR Cabang Nibong Tebal! Nak harap MP, dah lari malam, keluaq PKR awai-awai lagi sebab dah tau Parti ni parti pemuhong besaq! Last-last, rakyat Nibong Tebai yang jadi mangsa!


100 anggota PKR Tasek Gelugor keluar parti, sertai BN

TASEK GELUGOR, 23 Jan. - Seramai 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tasek Gelugor di sini mengambil keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama parti berkenaan selepas hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan rakyat.

S. Thevandass yang mewakili kumpulan itu berkata, tindakan mereka keluar dari PKR juga disebabkan kecewa dengan parti itu yang gagal menunaikan janji kepada penduduk di kawasan Ladang Mayfield, di sini.

"Semua janji yang ditabur sebelum pilihan raya hanya janji kosong semata-mata, mereka (PKR) kata nak bantu orang India, tapi sampai sekarang apa pun mereka tidak beri,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang penyertaan mereka kepada Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Tasek Gelugor Dr. Mohd. Rozi Yusuf. - Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Kuburkan PKR cepat lg cepat lagi bagus. I Like..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...