Must Read! Kisah Tragis Bagaimana Melayu PP Dinafikan Haknya Membeli Rumah di Pulau Pinang!


Muslihat pemaju rumah di P.Pinang

SAYA merupakan seorang anak jati Pulau Pinang dan amat terkilan kerana masyarakat bumiputera yang berkemampuan untuk membeli rumah teres di Pulau Pinang cuba ditipu oleh pemaju perumahan swasta yang tidak bertanggunjawab.

Pada bulan Ogos tahun lepas saya mendapat tahu ada sebuah projek perumahan baru yang sedang dalam pembinaan di Minden Heights dan saya telah cuba mendapatkan maklumat pemaju dari laman sesawang dan terus bergegas berjumpa dengan pemaju untuk menilai harga yang ditawarkan kepada lot-lot bumiputera bagi projek ini.

Syarikat ini sedang memajukan projek rumah teres sebanyak 73 unit di Minden Heights. Hasil pertemuan saya dengan kerani syarikat tersebut pada bulan Ogos 2010, beliau menyatakan terdapat tiga unit bumiputera yang masih belum dijual dan harga unit yang saya berminat dijual pada harga RM796,888 dan harga ini adalah melebihi harga permulaan RM788,888 yang ditawarkan pada permulaan pengiklanan projek ini.

Memandangkan saya ketika itu dalam proses menguruskan pinjaman perumahan kerajaan bersama isteri dan pada masa sama merancang untuk menjual sebuah rumah flat saya di Bayan Lepas, saya telah menghubungi pemaju semula pada 11/10/2010 dan alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu unit sama yang tidak terjual tersebut dinaikkan harga sehingga ke RM828,888.

Ini ternyata dilakukan oleh syarikat pemaju ini untuk mengaut keuntungan yang lebih besar dan seterusnya menidakkan kaum bumiputera untuk membeli rumah tersebut.
Keadaan ini telah lama berlaku di kalangan pemaju-pemaju perumahan di Pulau Pinang dan walaupun perkara ini dibawa kepada pengetahuan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, namun alasan yang diberikan ialah harga yang ditawarkan itu adalah lebih rendah daripada harga siling Jabatan Perumahan Negara.

Saya memohon agar pihak kerajaan menyiasat perkara ini. Setahu saya, pihak pemaju tidak boleh menaikkan harga rumah dalam pembinaan sewenang-wenangnya dan semua lot bumiputera haruslah diiklankan terlebih dahulu tetapi hampir kesemua pemaju perumahan di Pulau Pinang tidak berbuat demikian.

Pada masa yang sama pemaju hanya memikirkan keuntungan dengan menjual projek-projek berkenaan kepada warga asing. Saya juga telah menghubungi kembali pemaju berkenaan beberapa kali dan mereka memberi alasan bahawa pengarah syarikat tiada untuk membuat keputusan bagi menjual unit bumiputera tersebut. Saya hairan kenapa setiap kali saya menghubungi mereka, alasan yang sama diberikan.

Ini menunjukkan mereka ingin menarik harga unit tersebut dan seterusnya mengaut keuntungan dengan menidakkan pembelian di kalangan masyarakat bumiputera.
Golongan bumiputera di Pulau Pinang sudah lama mengalami kemelut perumahan dan terus dipinggirkan terutamanya di bawah pentadbiran kerajaan pembangkang dan saya berharap agar satu penyelesaian segera dapat dilakukan oleh agensi yang berkenaan.

ANAK JATI
Pulau Pinang

AS:Nampaknya agenda Kerajaan DAP Pulau Pinang nak jadikan pulau pinang sama seperti Singapura lagi ketara dengan menjadikan kaum melayu sebagai kaum minoriti di sana bertujuan utk meraih undi kaum mijoriti iaitu kaum cina.Bila dah org cina dapat pegang pulau pinang,senang la minta kat kerajaan pusat utk di asingkan pulau pinang dari negara malaysia dan membentuk sebuah NEGARA BARU..

Yang AS pelik bin ajaibnya,awat la kerajaan pusat seolah-olah tutup mata dengan keadaan yg berlaku dalam NEGARA MALAYSIA ni sendiri. Kaum melayu telah di anak tirikan di negara SENDIRI.Ini amat memalukan.Sepatutnya kerajaan pusat harus bertegas dengan kerajaan tempatan pulau pinang bila dikaitkan dgn isu perkauman.AS berkata benar walaupun pahit.

Bila org melayu diperlekehkan, pihak 'berkenaan' tak amik pusing tapi bila kaum cina,kaum india wat aduan itu ini, org melayu kita juga pertahankan.Aduhai..konon nak tunjuk baik la melayu macam ni sampai kena pijak kepala kat tanah air sendiri..sedarlah wahai pemimpin melayu.

1 comment:

Anonymous said...

SEBENARNYA TEKNIK YG SAMA SPT YG DICERITAKAN OLEH ANAK JATI PP BERLAKU DI SELURUH NEGARA DAN SUDAH LAMA PUN. BILA PERGI TANYA LOT2 UNTUK KUOTA BUMI JAWAPANNYA DAH HABIS TERJUAL, SEDANGKAN TIDAK. BILA SAMPAI MASA LOT2 ITU AKAN BERPINDAH TANGAN KPD BUKAN BUMI. ALASANNYA BUMI TAK MAHU BELI.

SOAL NAK NAIKKAN HARGA ADALAH PERKARA KEDUA. SOAL RASIS YG LEBIH UTAMA.

APA YG BOLEH KITA BUAT. TAK SUSAH MALAYSIA BOLEH. 1M BOLEH.

masmerah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...