Cikgu Mala dan PAS harus pohon maaf kerana berhati busuk!


Demi mendapat kuasa, PAS sanggup apa sahaja terutamanya memain isu-isu agama demi mendapat undi. Inikah Islam sebenar ???

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

Isteri dan anak-anak Allahyarham Abdul Latif Subri Mohd Din kesal dengan tindakan Pas menabur fitnah dan mempolitikkan kematian Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang di sini baru-baru ini.

Lebih menyentuh hati Maimunah Hendon 54, dan anak-anaknya apabila Pas menuduh keluarga membiarkan jenazah Allahyarham tanpa diurus semata-mata untuk menunggu diziarahi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kebetulan berada di Felda Tenang pada hari berkenaan.

Tuduhan Pas itu terkandung dalam edisi kedua Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diterbitkan Badan Perhubungan Pas negeri sempena Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Tidak cukup dengan itu, Pas menerusi buletin itu mendakwa kononnya Allahyarham meninggal dunia kerana ‘risau menguruskan kedatangan PM ke Felda itu’.
Perasaan sedih dan rasa terkilan Maimunah itu tidak dapat disembunyikan ketika beliau ditemui wartawan di rumahnya di Bandar Putra di sini petang ini.

“Saya rasa terkilan, benda macam ini terjadi. Tak sangka pula kedatangan Normala Sudirman (calon Pas) dan beberapa orang lain menziarahi jenazah suami saya di masjid pada hari itu dan mengambil gambar kami, rupa-rupanya untuk diputar belit dan dipolitikkan serta disiarkan dalam surat khabar (Buletin Tenang).

“Banyak benda bohong disiarkan. Janganlah soal mati pun hendak dijadikan bahan politik,” katanya.

“Dia (Normala) datang bertanyakan nama saya dan nama arwah suami saya dan mengucapkan takziah kepada saya. Memang saya sedar gambar itu diambil oleh beberapa orang tetapi saya tidak fikir apa-apa pun masa itu.

“Sebagai orang Islam, saya bersangka baik dengan mereka, takkan pula nak halang mereka datang. Sebab itu sekarang saya terkilan sebab perkara ini kecoh, kawan-kawan beritahu cerita dan gambar saya keluar surat khabar,” katanya.

2 comments:

Anonymous said...

PAS memang gampang.

Anonymous said...

Allah telah mengutuskan rasul/nabi bagi membimbing manusia kejalan yang lurus,bagi kita Nabi Muhamaad meninggalkan Al-Quran dan sunnahnya sebagai pertunjuk kejalan yang lurus.Syaitan/iblis pun Allah biarkan berkeliaran untuk mengasut mangsa supaya kaleh haluan dari yang lurus.sebagai hamba Allah pilihlah pertunjuk yang telah diwahyukan kepada Muhamaad SAW dan kenalilah syaitan/iblis yang telah menjelma dalam diri manusia bagi memutar belitkan pengikut Muhamaad ini.Menganuti agama hanya mengikut buta tuli daripada orang yang mengaku ustaz/ustazah tampa menkaji dengan mendalam maka akan hanyut nanti satu hari(Hari soal jawab dengan Allah SWT). Ref:Surat Ibrahim ayat 21.berhati-hatilah dengan manusia yang telah dirasuk oleh iblis ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...