BN Juara! Lee Chong Wei Naib Juara!!


Update: 19-21, set kedua LCW menang 21-14 dan tewas di set penentuan 16-21
Apapun Tahniah Chong Wei. Anda memberi tentangan yang terbaik..

Dalam debaran menanti keputusan PRK Tenang, apa kata kita hilangkan debaran itu dengan menonton perlawanan final yang dinanti - nantikan selama ini iaitu antara Dato Lee Chong Wei serta musuh tradisi beliau daripada China tak lain dan tak bukan ialah Lin Dan di Astro 811.

Walaupun Dato Lee Chong Wei adalah pemegang ranking nombor 1 dunia bagi kategori pemain perseorangan lelaki namun rekod sebelum ini menunjukkan dalam kesemua pertemuan antara mereka berdua sebelum ini sangat memihak kepada Lin Dan yang memenangi 14 daripada 21 pertemuan mereka sebelum ini.

Jadi, adakah sejarah yang sama akan sentiasa berulang dan adakah tuah akan sentiasa memihak kepada Lin Dan? Mari sama - sama kita saksikan Final Terbuka Korea 2011 hari ini. Moga Dato Lee Chong Wei mampu memberi tentangan yang sengit kepada Lin Dan.
Pemain yang bakal menang semestinya ialah pemain yang kurang melakukan kesalahan tetapi bijak memanfaatkan peluang. Semoga sekali lagi Dato Lee Chong Wei mencipta sejarah. Semoga berjaya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...