Kompas Hanya Mohon Maaf Tapi Tak Tarik Balik Artikel Fitnah Itu!


Maaf sudah di buat, Tapi artikel Kompas tentang Isteri Pm Najib dan Cincin 24 Juta Dollar masih tetap ada di Site Kompas, seperti tiada apa yang terjadi. Sangat mencurigakan.

Kompas adalah surat khabar terbesar di negara Indonesia juga baru baru ini membuat berita gempar dengan laporan khas mereka berkenaan Cincin milik Rosmah dan Besan Rosmah yang ada kaitan dengan Mafia dari Russia. Selang beberapa hari, mereka meminta maaf pula kepada PM najib dan keluarga atas kenyataan mereka kerana laporan dan isu tersebut tidak benar. STESEN Malaysia, TV3 juga ada menyiarkan satu laporan khas permohonan maaf oleh akhbar Indonesia, Kompas kerana menyiarkan laporan cincin 24 juta milik Rosmah Mansor yang didakwa oleh TV3 sebagai tidak tepat.



Yang menjadi pertikaian kini, setelah permohonan maaf telah dibuat dengan rasminya oleh Kompas, Kenyataan berkenaan isu yang sama masih terdapat lagi di site Kompas tampa sebarang penukaran dan apa apa perubahan.

Apakah yang sebenarnya Isu disebalik Kompas meminta maaf ini, adakah ia dibuat dengan tidak rela hati atau paksaan atau mereka benar benar silap dan rela hati mereka meminta maaf. Perkara ini benar benar Memalukan Negara dan Rakyat Malaysia. Bayangkan Isu Keluarga PM dan kontroversi Isterinya juga di ceritakan sehingga ke negara jiran kita. Amat Memalukan!

Jika benar Isu ini hanya sekadar Fitnah Semata Mata, Diharap PM ambilah tindakan sewajarnya untuk mendiamkan isu ini, Maaf sahaja tidak cukup. Kalau fitnah lah.. kalau tak Fitnah?
Malu Lah Malaysia dan Rakyatnya…sumber

1 comment:

Anonymous said...

kalu indon mmg tetap indon.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...