Selepas kantoi dan malu serta tak pohon maaf atas fitnahnya terhadap Rosmah dan anaknya berhubung pembelian mutiara di Australia, kali ini pula dia keluarkan isu remeh-temeh yang tiada asas sama sekali.
Mudah saja bagi AS, Najib bagi lembu untuk dikorbankan kepada rakyat. Untuk beramal ibadat bagi ibadah qurban.
Dan tiada salahnya gunakan wang rakyat kembali kepada rakyat. Bukannya Najib seleweng ke arah yang tak bermanfaat pun!
Di mana isunya disini?? Coba habaq mai??
Cuba hangpa bandingkan keratan diatas dengan berita di bawah yang mana Khalid Ibrahim berikan 516 lembu untuk rakyat Selangor.
Ada A.S kesah?
Selagi benda yang dibelanjakan itu bermanfaat untuk umat Islam dan mendatangkan pahala tiada salahnya.
Tapi blogger pro BN yang bijak dan tidak ketandusan modal tidak menjadikan ini satu isu remeh untuk menghentam Khalid!
Hangpa nampak dan beza mentality blogger pro bn dan pro pakatan haram yang setakat lutut saja tu? haha
SHAH ALAM,2 Nov: Kerajaan Negeri Selangor menyediakan 516 ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha Ahad ini.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata lembu-lembu itu akan diagihkan kepada masjid-masjid di sembilan daerah di Selangor, selain untuk Masjid Negeri dan Masjid Universiti Teknologi MARA di sini.
Lembu-lembu itu juga akan diagihkan kepada badan-badan bukan kerajaan seperti Angkatan Belia Islam Malaysia, Briged Amal Selangor, anak-anak syarikat kerajaan negeri dan penduduk asal di Selangor yang beragama Islam, katanya pada majlis penyerahan sumbangan lembu itu di sini hari ini.
"Pihak kerajaan berharap, di sebalik penyerahan lembu-lembu ibadah korban ini, amalan ini mampu menimbulkan kesedaran kepada umat Islam agar lebih mengimarahkan sambutan Hari Raya Aidiladha dengan memperbanyakkan majlis ibadah korban di kawasan masing-masing," Pada majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan 14 ekor lembu kepada wakil anak-anak syarikat kerajaan negeri, JAIS dan pejabat daerah.
Milo basi dan bloger pakatan haram lain, tolong jangan serlahkan lagi kebebalan anda yang memang sediakala bebal. kesian A.S tengok..:)
No comments:
Post a Comment