Populariti Najib Ikut Kajian Merdeka Centre: Kencing Je Tu!


AS rujuk pada artikel penyangak malaysianinsider yang mana ketepatan kaji selidik ini boleh dipertikaikan. Sampel yang diambil nyata tidak mewakili dan menggambarkan keseluruhan populasi rakyat Malaysia.

Tapi kalau AS petik komen Dr datuk rahman Dahlan, mempunyai seorang PM yang memiliki lebih 50 peratus sokongan merupakan pencapaian besar mengikut senario politik semasa dalam negara kita. Adakah Datuk rahman (MP) Kote Belud seorang yang mudah berpuas hati?

Apa yang nyata, kita jangan terlalu risau atas momokan pakatan haram yang mempergunakan mempergunakan Merdeka Centre untuk melakukan propaganda murahan. Anwar Brahim sendiri dah angkuh kononnya 'rakyat' dah tak suka Najaib, padahal dia tak cermin muka dia sendiri yang mana majority rakyat memang dah lama jelak, benci, meluat dan melugai dengan dia!

Beberapa pemimpin Sabah hari ini mempersoalkan ketepatan sebuah kaji selidik yang menunjukkan tahap populariti atau puas hati rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah merosot.

Mereka berkata populariti di kalangan rakyat lebih meningkat daripada sebelum ini dan beliau dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Maklum balas tersebut diberi ekoran kajian Merdeka Centre For Opinion Research yang melaporkan penarafan Najib menurun enam peratus dari 65 peratus pada Mei 2011 kepada 59 peratus pada Ogos ini. Dalam reaksi spontan semalam, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim meragui kaedah persampelan digunakan dalam kaji selidik itu, sambil berkata ianya tidak menimbang perspektif komuniti luar bandar, masyarakat India dan penduduk di Kuala Lumpur yang menyokong padu perdana menteri itu.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup berdasarkan interaksinya dengan rakyat, perdana menteri mempunyai penafaran populariti yang tinggi. Perdana Menteri adalah seorang yang 'simple' sekali yang dekat di hati rakyat dan memahami masalah mereka supaya dia boleh memperoleh maklum balas yang cukup apabila membuat sesuatu perancangan, katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri yang dihoskan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan barisan kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, di sini hari Rabu.

Lebih 40,000 orang mengunjungi rumah terbuka itu dari pukul 10 pagi hingga 2 petang tadi. Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, berkata Najib merupakan seorang pemimpin berinovasi yang memastikan semua pembangunan dalam negara ini membawa manfaat sehingga ke peringkat akar umbi termasuk di kawasan luar bandar.

Ketua MIC Sabah, Datuk V. Jothi bersetuju dengan Dr Rais bahawa hasil kaji selidik itu tidak mencerminkan sentimen komuniti India kerana golongan itu sebenarnya mula memperbaharui sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN) selepas melihat usaha Najib menyatupadukan semua masyarakat di negara ini.
"Dia (Najib) sentiasa bertolak-ansur. Dia mahu memberi lebih peluang kepada setiap kaum dan tiada yang terpinggir. Masyarakat India amat menyokong perdana menteri dan kerajaan pada masa ini. Mereka sebenarnya kembali semula kepada BN. Mereka sedar hanya BN sahaja boleh membawa kemajuan kepada mereka," katanya.

Setiausaha BN Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata kajian populariti itu amat bergantung kepada isu-isu semasa.
"Seperti kita ketahui, sejak beberapa bulan lepas, pembangkang menggerakkan kempen menentang Najib bermula dengan Bersih 2.0 dan ianya sedikit sebanyak memberi persepsi negatif terhadap pentadbiran negara dan perdana menteri. "Tetapi secara serius, mempunyai seorang perdana menteri yang memiliki lebih 50 peratus sokongan merupakan pencapaian besar mengikut senario politik semasa dalam negara kita. "Saya fikir beliau adalah konsisten sejak dulu dalam pendekatan ketika kita mendekati pilihan raya akan datang. Saya fikir sokongan sebenar untuk perdana menteri akan menjadi kenyataan dan itu yang amat penting," kata Anggota Parlimen Kota Belud itu.

Pengerusi Gerakan Sabah Datuk Gordon Leong berkata apabila melihat keadaan sekitar, pada hakikatnya rakyat memang sayangkan perdana menteri. "Sekiranya anda lihat reaksi rakyat setiap kali Najib melawat Sabah, ianya jelas beliau amat dihormati. Di mana sahaja beliau melawat, ramai yang berpusu-pusu untuk berjabat tangan. "Konsep 1Malaysia diterima secara meluas di Malaysia dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebenarnya telah banyak menghasilkan manfaat," katanya. Leong berkata adalah silap untuk menyatakan populariti Najib telah merosot kerana beliau sedang melakukan sesuatu untuk membangunkan rakyat dan negara dan ia memerlukan masa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...