Mesti Baca: Pengalaman Akhir Dr Rahman Kadir Bersama Yusof Rono Yang Kononnya Diselamatkan Oleh Pengganas Komunis Mat Indera!

Sekali lagi AS bawakan artikel dari Dr Rahman Kadir yang telah menyumbangkan banyak artikel yang berkualiti dan mendapat sambutan ramai pembaca di blog AS.
Antara artikel yang telah disumbangkan boleh dibaca di

SINI ,SINI &SINI.

Kali ini beliau berkongsikan pengalaman beliau sebagai orang terakhir selaku Doktor yang bercakap dengan Arwah Sarjan Yusof Rono, yang mana kononnya orang yang telah diselamatkan oleh pengganas komunis Mat Indera.

Harap dapat disebarkan untuk dikongsi bersama.

Saya menulis artikel ini bagi menangkis pembohongan yang disiarkan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di dalam Malaysiakini bahawasanya Pengganas Komunis Mat Indera telah menyelamatkan Sarjan Yusof Rono.

1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.

10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam!

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Jauh sekali ada apa-apa pengiktirafan bahawa Mat Indera menyelamatkan nyawanya. Yang ada hanyalah cerita polis dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara!

18. Malah, Dato Onn yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika Peristiwa Bukit Kepong dan Tunku Abdul Rahman yang berkhidmat dengan Kerajaan Kedah, dikatakan sebagai Pegawai British! Status para Pegawai Polis dan Home Guards yang gugur di Bukit Kepong mempertahankan Balai Polis dan senjatanya secara tidak langsung dikatakan sebagai bukan pejuang tetapi sebagai perkakas British!

19. Ini selah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

20. Percubaan menyamakan pengganas Komunis dengan Mat Kilau, Dato Bahaman, Datok Maharajalela, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya adalah merupakan putar belit fakta sejarah ke tahap yang amat hina.

21. Pejuang-pejuang di atas (point no:20) telah berjuang menentang penjajah British dalam keadaan mereka masih taat kepada Raja-Raja Melayu serta mahukan negeri mereka diperintah semula dengan autonomi mutlak oleh Raja- Raja Melayu.

22. Komunis pula, perjuangan mereka adalah berpaksikan kepada Soviet International yang bertujuan menjadikan komunisme sebagai orde baru dunia di mana dunia diperintah oleh pekerja bukan Raja. Justeru itu, mereka melihat Raja-raja Melayu, Pembesar Melayu serta Pemimpin UMNO sebagai penyokong dan perkakas British. Jika mereka menang, maka dasar-dasar komunisme tidak memungkinkan Negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Adakah dengan ini mereka layak diiktiraf sebaris dan setaraf dengan Abdul Rahman Limbong, Datok Bahaman, Mat Kilau, To Ku Paloh dan sebagainya? Jika pejuang-pejuang Melayu ini berjumpa dengan Mat Indera dan sekutu-sekutu Komunisnya, nescaya akan dicincang-cincang lumat Mat Indera dan komunis-komunis ini serta bangkai mereka akan dibuang ke laut berserta dengan rumah dan tapak tanah rumah mereka dihumban ke laut sesuai dengan amalan mereka yang pantang derhaka pada Raja. Membandingkan pejuang-pejuang Melayu dengan pengganas komunis ini serupalah seperti membandingkan seekor kuda perang dengan najis Mughalazah.

23. Perspektif mereka bahawa mereka menentang Pegawai-pegawai British serta Raja-Raja Melayu tidak pernah berubah dan terbukti apabila mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara hingga mereka menyerah kalah pada 1989.

24. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

25. Berpandangan bahawa Mat Indera dan para pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan serta Dato Onn, UMNO dan pegawai-pegawai polis sebagai perkakas British adalah serupa dengan apa yang dianggap dan diperjuangkan komunis.

26. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

27. Sedihnya, yang menyokong serta beria-ia mendokong kenyataan Mat Sabu membela komunis ini adalah PAS sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

28. Komunisme adalah bertentangan dengan Islam. Islam menolak komunisme yang memerangi agama.

29. Pejuang Islam sebenar tidak akan sesekali mengiktiraf komunisme sebgaimana seorang Islam tidak akan sesekali mengiktiraf Abu Lahab dan Abu Jahal sebagai pejuang kemerdekaan Mekah.

30. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban untuk negara melawan komunis.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Al- Fatihah

Saya menulis artikel ini di atas kapisiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

23 comments:

Ms Pearl said...

saya BENCI komunis!

Anonymous said...

SAYA JUGA SANGAT BENCI DENGAN KOMINIS..!!!BENCI!! BENCI!! DAN BENCI!! walaupun saya tak pernah jumpa kominis.. Bersemangat sungguh baca artikel ni..

Mael Hashim said...

Rata-rata orang sebelah Muar menganggap Mat Indera memang talibarut komunis. Walaupun saya lahir selepas era komunis, tapi masa saya masih kecil, setiap orang tua di kampong saya menyebut Mat Indera sebagai komunis. Tak mungkin orang generasi sekarang seperti Mat sabu yang bukan orang daerah Muar boleh lebih tahu dari penduduk Muar sendiri tentang sejarah Mat Indera.

whiteorange said...

Kalau aku diberi peluang memenggal kepala Mat Sabu, aku akan lakukan walaupun aku takut pada darah dan keganasan ...

Anonymous said...

mat sabun bodoh baghal tahap cipan. jgn risau tuan2 puan2... ini konspirasi anuwar buat kita lupa pasal kes liwat dia.... jom humban mat syabun ngan anuwar dalam bamboo river. Berliwatlah mereka di dalam sana... sapa balun sapa tu ikut lah.

Anonymous said...

Awat la En Sabu ni dapat anak yang maca si Mat ni ha? Sumpah kena panah petir saja dia nih!!

Brahim Nyior said...

Arwah Tuk sedara aku cukup hebat dalam persilatan di Kg Tanjung Batu, Segari. Diparang tak lut, ditembak tak kena. Akhirnya komunis ikat kakinya dengan batu, dibuang ke laut dekat Tanjung Antu, Lumut.

Jenazahnya tidak bertanda.

Sampai bila-bila pun aku anggap komunis tu pengganas.

esempoi said...

entah betul entah tidak cerita ni

Anonymous said...

minta share....

Anonymous said...

Arwah ada cerita pasal polis mabuk2 tak?

Arwah akan cerita yang baik2 shj.Polis baik ,Mat Indera jahat.

So? fikir sendrik lah. artikel ini xde value

Anonymous said...

Anon 1.09pm

Jadi kerana polis2 dan keluarga mereka tu pemabuk, kerana itulah mat indera pejuang kemerdekaan yang baik itu bertindak membunuh mereka. Apalah punya sewel otak engkau.

XPressMinda said...

pinjam artikel bro. info yg menarik utk dikongsi.

Mael Hashim said...

Orang mabuk boleh melawan ke ?

Anonymous said...

Apabila kita dalam nikmat kemerdekaan kita terlupa hakikat kepayahan dan kegetiran melawan pejarahan komunis.

Agak-agak yang beriya-iya nakkan komunis tu tentu suka Malaysia bermandi darah. Baru thrill!

Tak suka hidup aman damai makmur sejahtera. Tentu suka hidup macam di Somalia, Sahara Barat atau Sudan Selatan.

TQ tuan... atas info yang menarik.

-jln. ledang kw kg. gelam-

Anonymous said...

PAS la suda mabok

Anonymous said...

suka mat indera pejuang kemerdekaan menentang british tapi benci komunis

Anonymous said...

sape yg suke atau sokong mat indera dan komunis mmg bangsat dan pngkhianat melayu..org2 mcm ni mmg patut matu sbb mnyusahkn bangsa sndri..btol2 sial la org mcm ni..

Anonymous said...

sya benci bangsat-bangsat yg putar belitkan fakta negara..
dalam tentera sya banyak belajar tentang sejarah "orang lama"..
jaga keamamanan negara yg telah merdeka..

Supar Yop said...

Sesungguhnya pengalaman yg dikongsi oleh Dr Rahman dgn Allahyarham Yusof Rono sangat berharga dan tidak boleh dibandingkan dgn segunung emas yg sedang mencecah tinggi nilainya sekarang.
Kalaulah penyokong komunis mengatakan cerita ini rekaan semata2 , kita dapat tengok kebenaran akan munculnya pejuang komunis yg telah bersalin kulit dalam bentuk baru walaupun ia telah lama diharanmkan.Itulah Mat SABU dan Lim Guan Eng - klon terbaru Mat Indera dan CHin Peng

Anonymous said...

komunis zaman sekarang berjalan secara subversif. dicucuk2 kononnya mereka berjuang untuk orang tempatan, disorokkan penyeksaan, pembunuhan, penganiayaan dan keganasan mereka. bahlul2 yang buta dan tidak mahu mengkaji sejarah mudah terpedaya kalau mereka sekadar membaca tanpa menyelidik.

chiauki said...

Zaman Bukit Kepong tu zaman penjajah. Polis masa tu polis british.penjajah jugak..Mat Indera berjuang nak bebaskan dari British. tapi silap nya Mat Indera ikut Komunis.Kira masa tu Mat Indera dengan Polis sama jer dua-dua talibarut. Habis cerita

Anonymous said...

Mat Indera "berjuang" dengan membantu komunis membunuh polis yang mengawal keselamatan. Komunis berjuang dengan memeras, menyiksa dan membunuh orang kampung. Mengangkat Mat Indera sama seperti menyokong kejahatan komunis. Orang2 tempatan yang merasa kekejaman komunis tak pernah menganggap Mat Indera sebagai hero. Sila baca perjuangan Kiai Salleh menentang komunis. Yang menyokong Mat Indera ni kemungkinan besar jenis malas membaca dan akal pendek. Ingat berjuang tu macam main perang2? Polis yang dibunuh tu ialah POLIS, bukan ASKAR BRITISH. Peranan polis ialah menjaga keselamatan penduduk, cuma zaman tu Tanah Melayu masih dijajah jadi terpaksa kerja dengan British. Zaman sekarang dah merdeka pun ramai yang jaid talibarut penjajah New World Order macam saudara Anwar Ibrahim.

Anonymous said...

Kalau betul Mat Indera nak bebaskan Malaya dari British, kenapa sekongkol dengan mulhid2@atheist Cina komunis bunuh polis Melayu yang muslim? Kenapa tak serbu rumah Pegawai british terus? Dah tu tabur fitnah konon polis mabuk untuk mengaibkan keluarga si mati? Ini pengkhianat, bukan pejuang. Buka2 lah mata, rajin2 berfikir dan membaca dari pelbagai sudut, bukan takat dengar ceramah dan ikut buta tuli sampai otak jadi benak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...