Kali ni, aku bawakan khas untuk para pembaca blog Anak Seberang yang dihargai satu lagi artikel menarik garapan dari Dr Rahman Kadir.
Dr Rahman Kadir pernah menyumbangkan satu artikel panas di blog AS di SINI yang mendapat perhatian ramai pembaca dimana mencecah 20,000 pageviews dan 415 komen.
Korang baca dan hebahkanlah..
-PDRM, WIRA YANG TAK DIDENDANG-
1. Sejak kecil saya amat membenci polis.
2. Saya bersifat sedemikian kerana semasa saya darjah 1, saya kerap dibuli oleh anak-anak polis.
3. Saya masih ingat ada seorang budak darjah 6 yang akan membuli saya setiap kali saya menaiki bas untuk pulang ke rumah. Pada mulanya saya akan ditolak jatuh, beg dan botol air saya dirampas serta saya akan diejek dengan panggilan-panggilan yang mengguris hati dan perasaan.
4. Saya tidak ingat siapakah namanya budak gila itu tetapi kemuncaknya adalah apabila dia mula menampar saya di dalam bas. Selama ini saya tidak pernah mengadu kepada ibu saya tentang kejadian-kejadian buli ini. Saya diancam akan dibuli lebih teruk lagi jika mengadu kepada guru atau ibubapa.
5. Kejadian dia menampar saya itu telah mendesak saya mengadu kepada abang saya.
6. Abang saya telah pergi ke sekolah dan menyuruh saya menunjukkan budak darjah 6 tersebut. Apalagi! Teruk lah budak itu diganyang oleh abang saya. Dia berjanji tidak akan lagi menggangu saya.
7. Akan tetapi, pada sebelah petangnya, sebuah kereta polis mengunjungi rumah saya. Di dalam kereta tersebut ada budak jahat itu diiringi oleh seorang polis. Polis itu adalah bapanya. Saya tidak mendengar sangat perbualan antara abah saya dengan polis tersebut kerana disuruh abah duduk diam- diam di dalam bilik. Abang saya telah lari menyelamatkan diri awal-awal lagi.
8. Skil diplomasi abah saya memang tiada tandingannya, saya dan abang terlepas. Rupa-rupanya polis itu adalah kenalan abah juga.
9. Demikian saya membesar dengan pandangan yang negatif pada polis.
10. Mereka angkuh, kasar dan ganas. Serta yang paling utama serta yang paling saya benci kuat makan suap.
11. Saya membesar dalam keadaan saya tidak menyukai mereka. Hanya Police Story 1,2 & 3 lakonan Jackie Chan pada setiap perayaan Tahun Baru Cina yang saya suka.
12. Semasa saya belajar di Universiti, saya bertambah tidak menyukai mereka.
13. Saya dikelilingi kelompok manusia yang selalu memburuk-burukkan polis dengan menggambarkan mereka sebagai penguasa yang zalim, alat kepada pemerintah, tidak bersembahyang, garang serta tidak boleh bertoleransi utk rakyat.
14. Sebagai mahasiswa yang merupakan aktivis pembangkang di kampus, kami didoktrinkan untuk membenci polis. Polis adalah hamba politik kerajaan. Polis double standard. Polis tidak mesra rakyat. Polis juga ada di mana-mana. Malah beberapa warden asrama yang tidak pro pembangkang dicop serta dimomokkan sebagai SB (mata-mata) polis.
15. Kes Anwar Ibrahim pada 1998/1999 serta demonstrasi jalanannya membuatkan kami bertambah membenci polis. Berapa kali saya sendiri dirempuh FRU, disesah dengan belantan serta ditembak dengan air gatal kerana enggan beredar setelah diarahkan. Dengan pidato-pidato panas, kami bertambah bersemangat dan berani melawan 'kezaliman' di hadapan kami. Polis jahat bagi kami. Polis mengahalang kami ber'jihad'.
16. Setelah saya bekerja, saya juga amat marah dengan polis. Saya mempunyai saman ekor yang agak banyak setiap tahun dan setiap kali saya menerimanya, mulut tidak pernah lekang dari memarahi polis.
17. Namun semua itu adalah merupakan satu salah faham yang amat tidak patut dan tidak adil bagi institusi polis.
18. Tidak semua polis yang jahat. Kerana nila setitik rosaklah susu sebelanga.
19. Polis hanya menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan undang-undang. Dalam proses menguatkuasakan undang-undang tersebut, mungkin ada beberapa kes di mana caranya mungkin tidak kena pada selera sesetengah pihak akan tetapi kemaslahatan rakyat terbanyak yang menjadi keutamaan kepada polis.
20. Kekasaran polis yang dipaparkan di dalam Youtube merupakan satu usaha untuk memburuk-burukkan pihak polis.
21. Dalam setiap pengisahan ceritera, mesti ada antagonis dan polis sentiasa menjadi pilihan untuk menjuarai watak tersebut. Dalam istilah lain, mengkambing hitamkan polis adalah merupakan escapism terbaik bagi ramai pelacur-pelacur politik dalam merealisasikan watak mereka sebagai pejuang rakyat.
22. Saya bertugas semasa Bersih 2.0 dan menyaksikan bagaimana berhemahnya polis di dalam menangani provokasi, cemuhan, kritikan, serangan serta tohmahan serta fitnah para jembalang politik tanahair ini dalam menghalalkan perjuangan songsang mereka.
23. Jika kami yang dari Kesihatan juga terseksa serta merana dek demonstrasi haram Bersih ini, bayangkanlah polis yang menjadi nadi utama memastikan negara selamat.
24. Saya lihat sendiri seawal jam 7 pagi bagaimana sekatan jalan raya dilakukan oleh PDRM dan setiap pengguna jalan raya marah- marah serta memprovokasi polis yang menjaga tersebut kerana tidak membenarkan mereka masuk. Dari wajahnya yang tersenyum awal-awal melayan kerenah, bertukar juga menjadi muram dan kusam kerana diasak serta dicabar. Saya banyangkan bilamana waris pesakit seramai 10 orang bertanya soalan yang sama kepada saya tentang pesakit yang sama, saya juga akan marah, inikan pula asakan dari demonstran bersih.
25. Saya lihat bagaimana pasukan polis menangkap seorang demonstran di hadapan SOGO yang memiliki pisau. Bila saya bertanya kepada pegawai yang bertugas, demonstran kah itu? Jawapan pegawai itu adalah, "Peduli apa, dia demonstran Bersih ke, Patriot ke, Perkasa ke, Indon atau Bangla. Kami hanya menjalankan tugas menyelamatkan negara dari ancaman domestik, mahupun luar negara."
26. Polis hanya menjalankan tugas. Maklumat risikan yang diperolehi menunjukkan ada potensi huru-hara berlaku serta anasir-anasir subversif dan musuh-musuh negara menangguk di air yang keruh. Justeru itu, takkanlah kita mengharapkan pihak polis berdondang sayang atau berdikir barat apabila menguatkuasakan undang-undang? Sedikit kekerasan adalah perlu bagi memberikan kegerunan kepada pesalah-pesalah ini.
27. Saya melihat sendiri bagaimana pihak polis bersolat secara berjemaah walaupun menjalankan tugas menguatkuasakan undang-undang.
28. Saya mendengar sendiri rintihan hati mereka yang dipandang serong hanya kerana menjalankan amanah menjaga keselamatan negara. Ada diantara mereka yang tidak besama keluarga selama 7 hari semata-mata ancaman demonstrasi jalanan. Kami yang dipihak Kesihatan ini pun sudah terasa terbeban dengan hanya standby serta persediaan selama 2 hari, itupun boleh balik ke rumah dan tidur walaupun pada jumlah detik yang minima, inikan pula Polis Diraja Malaysia.
29. Ramai antara jururawat saya yang bersuamikan polis dan mereka begitu risau akan keselamatan suami mereka yang terdedah kepada ancaman keselamatan. Mereka juga sedih kerana kehidupan rumahtangga mereka terganggu akibat demonstrasi jalanan. Sepanjang bertugas ternampak raut kerisauan di wajah misi- misi ku yang membuat panggilan telefon dari semasa ke semasa bertanya tentang perkembangan serta keselamatan pasangan mereka.
30. Ketika para demonstran haram ini dilayan istimewa dengan makan nasi minyak di pusat tahanan PULAPOL, polis-polis di hadapan saya hanya makan nasi bungkus belauk timun dan seketul ayam goreng.
31. Jauh berlainan sekali layanan pihak polis kepada para demonstran berbanding tahun 1998/99 dahulu. Mereka juga bijak dengan merakamkan pergerakkan mereka meleraikan perkumpulan haram ini demi mengelakkan mereka dikambinghitamkan sekali lagi.
32. Tapi bagaimana pun mereka berusaha, Polis akan tetap dipandang sebagai perkakas kerajaan dalam menjayakan agenda politik kerana itulah yang sentiasa dimomokkan pembangkang.
33. Kami dapat merasakan secubit garam dari yang dirasai oleh Polis saban hari apabila pesakit yang meninggal dunia di katakan tidak diambil oleh ambulans hospital. Ini merupakan satu fitnah yang keji dan sangat jahat.
34. Malah ada percubaan jahat untuk menggambarkan seorang pesakit yang meninggal dunia kerana serangan jantung sebagai mangsa keganasan polis. Bukti forensic telahpun mengesahkan bahawa terdapat sumbatan pada arteri koronari mangsa yang mengesahkan sebab kematian. Namun secara jahatnya, memorandum diserahkan kepada polis yang berbunyi, "Bagaimanapun, memorandum hari ini mendakwa beberapa tulang rusuk allahyarham patah, giginya hilang sebatang dan terdapat luka pada bibir." Sedangkan kesemua kecederaan itu adalah merupakan kesan rawatan CPR (Cardiopulmonary Resuscitation) yang diberikan kepada pesakit itu dan merupakan sesuatu yang agak lumrah. Sekali lagi, Polis menjadi mangsa prasangka.
35. Bersuara senada dengan kerajaan di Malaysia dipandang sebagai barua kerajaan, dan bersuara anti-kerajaan dianggap neutral dan berkecuali. Sebenarnya, tidak ada media atau pihak yang berkecuali di Malaysia. Ia adalah samada pro kerajaan atau pro pembangkang.
36. Kami juga seperti polis, adalah merupakan kakitangan kerajaan. Dengan itu kami menyokong dasar kerajaan. Jika kerajaan yang sedia ada ditumbangkan melalui pilihanraya dan terlantiknya kerajaan baru, maka PDRM dan seluruh agensi kerajaan akan taat setia kepada kerajaan baru tersebut.
37. Sehingga itu, bersabarlah dan hentikan perbuatan menghina kami kakitangan kerajaan yang berkhidmat untuk negara!
38. Polis telah menjalankan tugas dengan amat cemerlang pada 9 Julai 2011 dan Kuala Lumpur aman semula dan kembali selamat seperti biasa. Tidak ada keresahan pada warga Kuala Lumpur.
39. Yang ada hanyalah imej negara yang diburuk-burukkan melalui video-video suntingan dan artikel-artikel yang bertujuan memburukkan imej polis dan kerajaan Malaysia.
40. Dan buat Polis Diraja Malaysia, anda adalah wira tidak berdendang.
-Dr Rahman Kadir
12 comments:
apa bila hati dan jiwa belum BERSIH dan SUCI- bagaimana nak kenal yg HAQ atau BATIL-POLIS,Tentera,JPA,KKM- adalah wira yg x d dendang- bravo dR rAHMAN- keep posting natural and to dear follower - justify dgn ketinggian akal dan budi- itu pun kalau ada akal la-
Saya terharu membaca pengakuan berani Dr Rahman Kadir.
Mohon disebarluaskan..
nampak sangat org umno ni...
ok2 kesimpunnye...PAS jahat...
UMNO baik...
cam tu ke???
WTF!!!!!
Contests Doc for appreciating the people who suffered j so much to give peace and protect us the Malaysian citizen.
Doc need to spin more to the bersih bloggers.
mmg pas merapu pun, ada ke koyak ligamen, Mat Sabu cakap masuk besi...punyala bohong..
wahai anonymous 9:17, polis bukan umno. harap tahu mentafsir dengan berhemah. jangan nak maki orang je. jangan nak tambah bukti bahawa puak pembangkang ni memang suka memfitnah, maki hamun orang yang tidak sependapat dengan mereka.
apa yang kita baca mengenai polis bukan cerita umno. kalau umno yang berkuasa dalam polis tentu pemuda umno tidak diberikan semburan air dan gas seperti pendemonstrasi bershit!~
faham balaci pembangkang!
anon 9.17
itu ajer ker komen yang mampu ko beri.? memang dasar barua pas kapir, tak dapat nak terima kebenaran. kesian..
u la go and fuck the spider..
din trg.
selama ini pun polis yg menjaga keselamatan dlm bandar, pekan & kampung. kalau tak dak polis, aku rasa nak keluar rumah pergi kerja, pergi jalan2, pergi hantar anak sekolah dllpun tak berani punyala..bayangkan kena samun/rompak/cabul/rogol/bunuh memanjang??!!
mrk yg anti polis hanyalah fobia sendiri @ memang ada masalah dalaman yg kronik
Saya berlainan sekali dgn pengalaman Dr.Rahman. Dulu sy anak polis (ayah dah meninggal) kawan2 tak suka nak kawan. Mereka kata polis suka makan suap sebab tu anak polis bodoh. Kami dinilai dari atas sampai bawah. Sy ingat lagi ada satu ustaz yg terang2 menghina polis didalam kelas. Bila balik rumah, sy beritahu ayah. Ayah kata biarlah. Rupanya satu hari sy dapat tahu ustaz tu ada kes polis. Macam2 watak hipokrit yg saya tengok bila orang menyalahkan polis tapi polis juga yang membantu mereka bila anak mereka dirogol, kes dadah, rompak, penggal kepala dan macam2 lagi.
Satu peristiwa yg sy tak boleh lupa sampai sekarang ialah bila ayah saya menahan 11 orang Indonesia. Mereka ini pekerja kontrak yg tiada permit. Mereka tak dibayar gaji oleh taukeh. Yg mereka dpt cuma beras, tepung dan gula secara catuan. Gaji kononnya dibayar bila habis kerja. Bila kerja mereka siap, taukeh akan telefon polis utk tangkap pendatang haram dan menipu mereka. Apabila mereka dibawa kebalai, 11 orang tu dlm keadaan yg daif sekali, memang menitis airmata lah kalau tengok. Ayah berkomunikasi dlm loghat jawa dan dapat semua info. Kemudian ayah order roti canai dan air untuk mereka dgn duit sendiri. Mereka makan dlam tangan bergari. Kalau nak ikutkan buat apa ayah nak buat baik dengan pendatang haram. Polis akan bantu sapa saja sebab mereka pun ada hati perut.
Alhamdulillah, kami adik-beradik 8 orang menjadi juga - ada master/degree. Syukur saya pun dapat juga mencari rezeki di negara orang.
sanagat terharu dengar cerita anak polis. saya juga ada abang ipar polis. kerja tak tentu masa. pkai baju koyak rabak untuk undercover dan kurang bercakap supaya rahsia tak bocor tapi sangat taat perintah agama. syabas polis
Saya bersependapat dengan Dr...
Kalau dah bekerja dengan kerajaan tentulah sokong kerajaan yang memerintah. Takkanlah nak sokong pembangkang. Betul tak Doc?
Semasa Anwar jadi TPM dia mempergunakan Rahim Noor untuk melepaskan Nalla atas tuduhan memiliki peluru hidup.
Apabila ditangkap akibat demo yang tak berkesudahan Anwar hamun Rahim sebagai anjing kerajaan! Tu yang lebam bijik mata.
Kalau tiada perkhidmatan polis, agak-agak siapa yang akan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam?
Abang Ipar saya pun polis gek. Semasa beliau bertugas di Titi, Negeri Sembilan, dia amat disenangi oleh orang-orang Cina di Pekan Titi. Siap beri dua ekor ayam sembelihan halal untuk sambutan Aidil Fitri.
Pernah mendapat sogokan tapi ditolak oleh kesemua anggota sepasukan kerana berjaya menahan lori yang membawa dadah bernilai jutaan ringgit (kejadian berlaku tengah malam selepas melakukan road block). Akibatnya satu balai dipindahkan dikhuatiri keselamatan kesemua anggota polis tersebut.
Itupun polis jahat ke? Polis Malaysia mempunyai integriti kukuh.
-jln. ledang ke kg.gelam-
Post a Comment