Rosmah Mansor Didesak Untuk Bertudung oleh Wanita UMNO! Syabas Anda Berani!

Menurut dari info yang AS perolehi, pada Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Permatang Pauh yang bersidang semalam, salah satu dari usul yang diluluskan untuk diperbahaskan ialah mendesak isteri PM kita, Datin Seri Rosmah Mansor untuk sentiasa mengenakan tudung kepala bagi menutup aurat.

Dikatakan desakan ini untuk membolehkan beliau menjadi idola wanita Islam di negara ini selain dari menepis tohmahan negatif dari puak pembangkang serta menyelamatkan beliau dari terus digelumangi dosa membuka aurat. Selain itu, ia amat sesuai berdasarkan kedudukan beliau sebagai 'wanita pertama' negara yang agama rasminya ialah Islam

Syabas AS ucapkan kepada Wanita UMNO Permatang Pauh yang berani menyatakan yang benar serta menyeru kearah kebaikan. Diharapkan jika usul tersebut tidak sampai kepada DS Rosmah, harap-harap melalui blog ni sampai la kat DS Rosmah kot. Usul ini adalah benar, bukan rekaan atau retorik semata-mata.

14 comments:

Sekilas Ingatan... said...

Elok sangatlah tu.Belajar-belajarlah untuk mengikut syariat Islam yang sentiasa memberikan penekanan terutamanya dalam bab menjaga dan memelihara aurat.Kepada panglima UMNO yang proaktif tu...berkata benarlah biarpun pahit...

Unknown said...

usul untuk Ketua Wanita UMNO takde ke?

Anonymous said...

sokongan terhadap BN akan meningkat jika RM bertudung insyaallah...

usin said...

keuntungan yang teramat banyak, dunia & akhirat. untuk tuan punya badan, memenuhi syariat Islam krn anda sentiasa berada diluar rumah & sentiasa berurusan dgn bukan muhrim. mileage yg amat bnyk utk umno-bn krn mematikan tohmah/fitnah pas-pkr. menaikkan rating pm/umno/bn dimata masyarakat. ayoh, highlightkan usul ini. doakan terbuka hati dsrm.

taipingmali said...

Usul untuk Ikon Artis kita Datuk CT? alalala.. jom la.. syok tau..

Unknown said...

Lebih baik jika DS Rosmah bertudung berdasarkan keikhlasan hati dan bukan paksaan. Tetapi sebagai wanita Islam wajib kita menutup aurat dan adalah tanggungjawab suami untuk menyuruh dan memperingatkan isteri dalam hal menutup aurat. Ada seorang hamba Allah berkata wanita yang cantik ialah wanita yang menutup auratnya dan membasuh muka dengan air wudhu.

Anonymous said...

Asas bertudung mengikut syariat adalah untuk menutup aurat... tapi adakah wanita yang bertudung sekarang bertudung mengikut syariat atau mengikut fesyen... Kenapa bertudung dengan menampak bauh dada, berbaju ketat sehingga menampakkan susuk tubuh... itu syariat ke fesyen. Ada yang aku tengok dah jadi trend sekarang atas pakai tudung, bawah pakai skirt... gila atau sakit mental budak2 ni... Samalah macam suruh anak jangan merokok, bahaya tapi diri sendiri merokok... biul betul.. fikirkan lah...

Anonymous said...

Teramat bersetuju .....salah satu sebab mengapa puak pakatan membenci Najib oleh kerana isterinya tidak memakai tudung....susah sangat ke pakai tudung tu....klu sayangkan suami pakailah tudung tolonglah sikit Rosmah...

Anonymous said...

hey ! hey ...! dengar sini aku nak cakap , puluhan juta rakyat setuju dengan apa yg diperkatakan , Rosmah harus berubah ...wajib berubah ! pakailah tudung , awak tu dah tua , buat apa lagi nak bergaya sakan , awak tu bukan muda remaja lagi ! semakin Rosmah bergaya sakan ..semakin menjadi liabiliti kepada pemerintahan dan imej peribadi Najib ! PAS jadikan ia sebagai satu modal menyerang dan melemahkan karektor Najib ! pas kata bagaimana Najib nak pimpin negara sedangkan isteri sendiri tak terpimpin ?? hey ...dengar tak ? awak tu saja je nak malukan suami !

Hey Rosmah , dengar sini ! tutup kepala tu !!

Anonymous said...

kalau Rosmah benar 2seorang isteri , dengarlah cakap suami ! jgn banyak songeh ..jgn buat alasan ituini , pakai tudung bukan pakai baju penuh bom ! berat sangat ke tudung tu , emas berlian ditangan tu lagi berat !

Mbah Rosmah malulah sikit pada anak-anak2 ..

Anonymous said...

Semua orng islam tahu bahawa wanita islam yg tidak menutup aurat bukan sahaja tak dapat masuk syurga malah mencium bau nya pun tak dapat.Kita harus rasa malu pada majoriti yg memakai tudung,terutama kanak2 sekolah walaupun muda tetap mengikut perintah Allah.Apa lagi yang nak ditunjukkan,kita dah tua dah. Persepsi masyarakat pada yang tidak memakai tudung mereka itu jahil,dan kurang beriman. Mereka takut untuk berkata tapi faham2 lah malah orang akan membenci kita didalam hati mereka.

Anonymous said...

si semah tu kalau pakai tudung pun...setakat kenakan selendang...jambul remoih tu kena maintain...sayang nak tinggal...fesyen kepala hotak lah katakan....

Dot said...

yg benar elokla diwar-warkan. tak rugi jika ds rosmah mamakai tudung utk mengikut syariat yg Allah SWT telah tetapkan.

lagipun, ini akan dapat menutup mulut2 mrk yg selama ini cukup gemar menghina beliau dgn cara yg amat keterlaluan sedangkan ada di antara mrk gagal utk mentarbiahkan kaum perempuan di kalangan keluarga sanak saudara mrk sendiri utk menutup aurat...

ramai orang2 perempuan dari kelantan yg masih tidak memakai tudung dan memakai tudung dgn cara yg betul. bertudung tapi memakai baju adik (baju ketat singkat nampak pusat & menampakkan ketiak & lurah dada) walaupun ada tudung tp kecil/scarf shj atas kepala-ala2 sophia loren gitu.

bahkan ada yg berpura2 memakai tudung hanya bila mrk pulang ke kampung di kelantan tapi tidak memakainya di luar kelantan!!

pelajar2 perempuan yg memakai tudung di sekolah shj tp dogeng kepala di rumah & keluar bersiar2..terlalu ramai pelajar2 perempuan yg begitu!

paling pelik, muslimah yg nak ke mana2 bertudung labuh tapi berada di sekitar rumah, menyapu sampah di laman, menjemur baju di belakang, mrk hanya berkemban gantung!!! kadang2 pakai tarbus shj, ramai yg begini...apa nak kata?

Dot said...

perempuan2 yg tidak wajib memakai tudung:

kanak2 yg belum akil baligh iaitu yg belum datang haid. cuba tengok tok arab. mrk tidak paksa anak2 perempuan mrk bertudung hinggalah anak2 itu akil baligh..

wanita tua yg sudah hilang daya tarikan, menopos, beruban rambut...

yg peliknya, makin tua makin labuh tudung sedangkan sudah tidak wajib...kesian tengok mrk terkial2 bila ditiup angin...

nasihatkanlah nenek2 yg dah tua, tak perlulah memakai tudung2 labuh ..cukup sekadar memakai selendang tp tak dosapun jika mrk tak memakai..apa adakah lagi pemuda2 yg rasa gila ka nenek2 tua?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...