Showing posts with label komunis. Show all posts
Showing posts with label komunis. Show all posts

Selagi Peluru Tertanam, Dendam Kepada Komunis Takkan Padam!

"Selagi masih tertanam peluru senjata komunis dalam badan saya, selagi itu dendam kepada pengganas tersebut tidak akan padam sehingga ke akhir hayat."

Demikian luahan seorang bekas polis, Bahari Ismail, 61, yang pernah bertugas di Batalion 19, Pasukan Polis Hutan (PPH) di Pengkalan Hulu, Perak dan diserang hendap sekumpulan pengganas pada 23 Disember 1976.

Katanya, tarikh tersebut merupakan sejarah hitam dalam hidupnya kerana pada hari itu, dia bersama tiga rakan lain ditembak bertalu-talu semasa dalam perjalanan pulang ke kem PPH di Pengkalan Hulu selepas selesai menjalankan operasi.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa konvoi PPH melalui kawasan berselekoh di Batu 29, Jalan Pengkalan Hulu-Gerik dan secara tiba-tiba kenderaan yang dinaiki telah diserang hendap oleh komunis yang dipercayai mahu melumpuhkan sistem komunikasi pihak berkuasa.

"Apabila sampai di satu selekoh, kenderaan kami dihujani peluru komunis yang memaksa saya dan tiga rakan melompat keluar dan berselindung di sebalik kenderaan.

"Namun, semasa cuba menyelamatkan diri itu, saya dan pasukan telah terkena tembakan menyebabkan kami semua cedera parah," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bahari berkata, tidak cukup dengan tembakan, pengganas komunis turut membaling beberapa bom tangan sehingga menyebabkan kenderaan dan alat komunikasi yang berada di dalamnya musnah sama sekali.

Bagaimanapun katanya, dalam suasana cemas itu, dia bersama rakan yang lain cuba bertahan dengan berlindung di belakang pokok berhampiran dan membalas serangan berkenaan sementara menunggu bantuan tiba 30 minit kemudian.

"Tempoh 30 minit dirasakan begitu lama, namun kami tidak mudah mengalah dan tetap memberikan tentangan dengan senjata yang kami bawa," katanya.

Menurutnya, pengganas komunis berundur apabila dua buah kereta perisai polis tiba untuk memberikan bantuan dan turut dibantu oleh platun meriam yang melancarkan serang balas tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya, selepas keadaan tenang dia mendapati keseluruhan badannya berlumuran darah dengan empat serpihan bom tangan yang mengenai dadanya.

"Satu persatu serpihan di dada saya cabut tetapi masa itu tidak berasa sakit sehingga tiba di Hospital Baling yang kemudiannya merujukkan saya ke Hospital Alor Setar kerana kecederaan yang terlalu parah," katanya.

Selesai dirawat katanya, baru dia menyedari bukan sahaja tercedera akibat serpihan bom tangan yang dilontar oleh komunis tetapi terdapat juga tujuh kesan tembakan di beberapa bahagian badannya.

Beliau berkata, daripada tujuh tembakan itu, tiga butir telah menembusi badannya dan empat lagi masih berada dalam tubuh badan sehingga kini iaitu masing-masing satu di lengan kanan dan pinggang dan dua di betis kanan.

Katanya, dia tidak berniat untuk mengeluarkan peluru berkenaan kerana tidak mahu membahayakan nyawa dan yang paling penting adalah sebagai bukti tentang kekejaman komunis.

"Ia akan menjadi lambang perjuangan saya dan rakan polis yang lain khususnya dari Skuad 69 yang bermandi darah memperjuangkan negara dari cengkaman komunis," ujarnya.

Jenazah Mat Indera Berbau Wangi? Kubur Pun Wangi?

"Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok elok kubur ini. Kubur ini ada jasad pejuang kita".

Itulah kata kata nasihat Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada rakannya yang dikenali Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.

Kisah ini diceritakan oleh penjaga tanah perkuburan ini yang hanya mahu dikenali Pak Kob kepada rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ustaz Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ustaz Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping pada 8 September lalu.

Kesempatan melawat pusara Mat Indera itu diambil oleh Ustaz Akmal menyampaikan sumbangan sebagai tanda penghargaan kepada Pak Kob selaku petugas yang menjaga tanah perkuburan termasuk kubur Mat Indera.

Beliau menyifatkan Pak Kob berhati mulia kerana menjaga kubur Mat Indera.

Bagi AS, jenazah berbau wangi mungkin ada logiknya setelah dimandikan dan dikafankan atau ini adalah dari kuasa Allah.
Tapi jangan menipu rakyat kononnya kubur berbau wangi tapi disebabkan kerana ada orang siram minyak wangi di pusara seperti nun di suatu tempat di Kedah tu.
Wallahualambissawab..

SMS Bini Mat Sabu Yang Baghal!


AS rujuk kepada artikel bro MPP di SINI
berkaitan demonstrasi di hadapan rumah Mat Sabu di Guar Petai,Tasek Gelugor semalam.

AS nak bagitau, baju kemeja hitam merah itu baju unform bagi Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM). Tadak kena mengena dengan UMNO! AS kenai sangat uniform kaler ni!

Satu lagi tipu bini Mat Sabu, mereka tadak gaya berkelakuan samseng pun dan wartawan pun ada 2-3 kerat saja! Yang lawaknya suruh lawan dalam FB balik, apa yang nak dilawannya Bini Sabu menggelabah sangat ni?
Bini yang mana 1 kalut sangat ni?

Bukan orang UMNO saja bengang dengan mat sabu, pakcik askar pencen,polis pencen ataupun yang masih belum pencen, semuanya dah bengang dengan Mat Sabu!
Mat Sabu dah bikin ramai musuh dalam sekelip mata. Kalau tengah jalan Mat Sabu Abu Dajjal (seperti tertulis di atas) kena sekeh kepala atau kena makan pelempang, jangan tuduh kerja UMNO. Lu pikiaq la sindri..

sms bini mat sabu berbunyi begini
- ''salam, baru skejap puak umno mai d umah g.petai. macam samseng.kunun nak hanta memo. bawa wartawn sermai mungkin k umah. tlg counter back dalam fb''

Bukti PKR P.Pinang Juga Sokong Komunis!


Banner ini dikatakan diletakkan di semua parlimen. Di Nibong Tebal juga ada tapi AS tak sempat ambil. Masih menunggu dari sumber di Nibong Tebal.
Lihatlah ye, betapa mereka menjulang komunis sebagai wira mereka!
Sungguh biadap!

Pabila Jins Shamsuddin Mula Bersuara Bidas Mat Sabu!

Filem Bukit Kepong yang mengisahkan serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dibuat berdasarkan sejarah sebenar tragedi berdarah pada 23 Februari 1950 itu, bukannya mengikut perspektif UMNO seperti dituduh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pengarahnya, Tan Sri Jins Shamsuddin berkata, beliau membuat penyelidikan rapi dengan menemu bual bekas anggota komunis yang terbabit dalam serangan itu, waris mangsa serta ahli keluarga terdekat Muhammad Indera, lelaki tempatan yang bersekongkol dengan pengganas komunis.

Justeru itu, beliau menolak kenyataan Mohamad atau Mat Sabu yang menganggap 200 anggota Pasukan Kompeni Keempat, Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh 25 anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka dalam tragedi itu, ialah hero sebenar.

Pada masa sama, beliau menafikan dakwaan kononnya Muhammad Indera mengetuai operasi itu bagi 'mengajar' anggota keselamatan yang mabuk.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Mat Sabu bahawa filem ini dihasilkan berdasarkan perspektif UMNO hanya kerana saya ahli UMNO. Filem ini digarap berdasarkan fakta sejarah yang sebenar dan saya sendiri menetap di Pagoh, Johor selama setahun.

"Saya sendiri membuat penyelidikan dan hasil penyelidikan tersebut, faktanya langsung tidak bercanggah dengan apa yang diberikan oleh pihak polis. Malah, ahli keluarga Muhammad Indera sendiri datang berjumpa dengan saya bagi berbincang mengenai filem ini.

"Muhammad Indera terlibat secara langsung dalam serangan ini. Benar dia tidak membunuh dan ada menyuruh beberapa mangsa supaya melarikan diri tetapi hasil arahan dia yang menyebabkan 25 nyawa menjadi korban," katanya kepada pemberita di Studio Panca Delima di sini hari ini.

Beliau mengadakan sidang akhbar khas itu bagi mengulas kenyataan biadab Mat Sabu yang memperlekehkan pergorbanan anggota keselamatan dalam tragedi Bukit Kepong, sebaliknya mengagungkan pula pengganas komunis sebagai hero sebenar.

Mat Sabu semasa berceramah di Padang Menora, Tasik Gelugur dilaporkan berkata: "Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan sebenar, yang serang itu Mat Indera.

"Jins Shamsuddin buat filem, Jins Shamsuddin ini orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula jahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung."

Mengulas lanjut mengenai penyelidikannya, Jins berkata, berdasarkan keterangan daripada bekas anggota komunis, mereka mengesahkan bahawa operasi itu diketuai Mat Indera dan bekas guru agama tersebut yang bertanggungjawab mengarahkan serangan melalui tiupan trompet.

Tambahnya, operasi berkenaan juga dirancang dengan begitu rapi dan pengganas komunis sudah mula mengambil posisi dari atas Bukit Kepong sejak petang sebelum serangan bermula lagi.-utusan

Kiyai Salleh Pengkhianat, Mat Indera Hero?



Kiyai Salleh (tengah) bergambar bersama Polis Laut Johor.


Biodata Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim


Juga dikenali sebagai Salleh Hitam, Salleh Keling, Panglima Hitam, Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh dan Pawang Salleh. Lahir di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar. Ketika berumur 13 tahun (setelah tamat sekolah Melayu Jorak) merantau untuk mencari ilmu. Berketurunan Banjar

Begitu berminat dengan ilmu serta mendalami ilmu antaranya dengan Tuan Guru Haji Hussein (belajar agama, Al-Quran), Haji Alias, Haji Adam, Haji Ahmad. Ada juga yang mengatakan beliau pernah berguru dengan Syeikh Fadhil Al-Banten (yang membawa amalan Wirid Khawajakan)

Telah menetap bersama keluarga di Kayu Ara Pasong, Pontian. Mempunyai seorang isteri Esah bte Haji Abdul Rashid.beliau kemudiannya merantau ke Batu Pahat serta berniaga di sana. Beliau juga dikatakan telah menyertai komunis serta mengetahui banyak rahsia sulit komunis dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa. Pernah pada suatu ketika komunis memburunya kerana dikatakan tidak menyerahkan duit kutipan cukai. Sebenarnya beliau tidak pun mengutip cukai berkenaan dan terus pulang ke kampung halamannya. Komunis telah mengepung rumah beliau dan setelah serbuan mereka gagal menemui beliau walau pada ketika itu Kiyai Salleh sememangnya berada di dalam rumah tersebut.

Beliau dikatakan mempunyai kemampuan melembutkan besi serta mempunyai sebilah pedang yang berasal dari keturunan Raja-raja Riau. Beliau kemudiannya diminta mengetuai Persatuan Mahmuddiah bagi memulihkan kembali semangat orang-orang Melayu yang menderita akibat ancaman komunis. Beliau telah melancarkan serangan ke atas dua kawasan komunis di Bukit Simpor dan Batu Putih, Pancor pada 19 April 1945 dengan hanya berbekalkan senjata tradisional Melayu.

Kiyai Salleh kemudiannya mengetuai serangan ke atas kawasan-kawasan komunis antaranya di Air Hitam, Bukit Alam, Bukit Belah, Bakri, Bukit Berdiri, Separap, Bagan dan Batu 6, Air Hitam, Paril Jamil, Bukit Mor, dan Parit Jawa. Mereka telah membunuh semua komunis yang ditemui sehingga menjadikan mereka cukup digeruni komunis.

Amukan Kiyai Salleh di Muar akhirnya dihentikan oleh Dato' Onn Jaafar yang bertindak sebagai pendamai. Ada juga pendapat yang mengatakan Kiyai Salleh menghentikan serangan ke atas Muar setelah ditegah oleh guru beliau, Sheikh Fadhil Al-Bentan. Beliau juga pernah cedera di bahu akibat tembakan komunis ketika serangan di Semerah pada 1 Julai 1945. Terdapat juga pengikut-pengikut beliau yang syahid semasa serangan namun bilangan anggota komunis yang terbunuh dikatakan amat tinggi sehingga 10 lori diperlukan bagi membawa keluar mayat mereka.

Serangan kemudiannya diteruskan di Senggarang serta berjaya menawan 7 orang komunis berbangsa Melayu. Semasa mereka cuba mendapatkan maklumat, mereka kemudiannya diserang kembali oleh komunis menyebabkan kesemua 7 tawanan tersebut berjaya melarikan diri namun kesemua mereka ditemui kemudiannya mati lemas di sebatang sungai.

Selepas Jepun menyerah kalah, komunis bermaharajalela di Batu Pahat. Mereka amat percaya komunis di China akan datang membantu perjuangan mereka di Tanah Melayu. Mereka mengganas serta membunuh semua orang yang disyaki menjadi tali barut Jepun.

Kiyai Salleh kemudiannya menyusun strategi menyerang komunis di Batu Pahat dengan melancarkan serangan dari pelbagai arah. Kiyai Saidi, Kiyai Taha, Kiyai Hanan dan Kiyai Miskam mengetuai serangan dari arah utara Batu Pahat (Muar, Parit Jawa dan Air Hitam)

Dari Selatan (Senggarang dan Pontian) diketuai oleh Kiyai Salleh Kintol manakala dari Timur (Parit Sulong dan Bandan) melancarkan serangan serentak ke atas Batu Pahat. Mereka membunuh semua komunis semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat.

Orang-orang Cina di Batu Pahat amat bimbang tentang keselamatan mereka kemudiannya memberitahu Dato' Onn Jaafar tentang rancangan Kiyai Salleh untuk menyerang mereka. Atas nasihat Dato' Onn, Kiyai Salleh akhirnya membatalkan serangan tersebut.

Dato Onn bin Jaafar telah menjemput Kiyai Salleh untuk berunding ngan orang-orang Cina di Muar pada 15 sept 1945. Satu perjanjian damai dimeterai namun komunis telah melanggar perjanjian tersebut menyebabkan kumpulan yang dipimpin Kiyai Salleh mengamuk semua serta melancarkan serangan hebat ke atas mereka.

Dato' Onn kemudiannya mengaturkan perjanjian damai sekali lagi dengan menjemput ketua-ketua Bintang Tiga (komunis), ketua masyarakat Cina serta penghulu-penghulu di Batu Pahat. Sultan Ibrahim selaku Sultan

Sebagai menghargai jasa Kiyai Salleh, beliau dianugerahkan gelaran Panglima pada 26 Disember 1945 oleh Sultan Johor. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat serta diminta oleh Sultan Johor untuk terus menjaga keamanan negeri Johor. Kiyai Salleh sekali lagi dianugerahkan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) pada 17 sept 1955 atas jasa dan sumbangan besar beliau.


Mat Indera

Walaupun pentadbiran negara ditadbir oleh British kemudiannya, komunis masih lagi merupakan ancaman besar serta masih menjadi ancaman di seluruh Tanah Melayu. Kiyai Salleh menyerang Bakri yang ketika itu merupakan pusat bagi merekrut anggota baru Komunis.

Mat Indera, seorang ketua komunis berbangsa Melayu yang dikatakan kebal telah cuba menyerang Mukim Empat namun dibatalkan kerana Kiyai Salleh telah mengetahui serangan tersebut serta bersedia 'menyambut' kedatangan mereka dengan parang dan pedang. Mat Indera kemudiannya cuba menyerang Pagoh pula namun gagal. Mat Indera dikatakan bernasib baik apabila berjaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong serta membunuh ramai anggota Polis di sana.

Gerakan parang panjang Kiyai Salleh dihentikan selepas Mat Indera di tangkap di Sri Medan tetapi sebenarnya mereka masih berperanan besar menjaga keamanan apabila menyertai 'homeguard'. Kiyai Salleh akhirnya meninggal dunia pada21 April 1959. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan roh beliau di kalangan hamba-hambanya yang syahid demi kerana agamanya.

BUKU

1) Perihal 53 (MOTIVASI TINGGI CARA SALLEH), m/s 291: Membina Jati Diri Gemilang. AUTHOR: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
2) PANGLIMA. SALLEH. SELEMPANG MERAH (Panglima Salleh Of. The Red Sash), Penulis : Zaharah Nawawi

Oh Mat Sabul! Sarjan Hassan Pun Nak Politikkan Ke?

Mat Sabul makin kronik nampaknya. Sampaikan watak rekaan dalam filim pun nak dijadikan modal politik. Mat Sabu nampaknya makin keliru dan terus akan mengelirukan oran lain. Simpati AS tengok kebiolannnya dari hari ke hari.

Lepas nih sape plak nak dijadikan modal Mat sabu untuk memutarbelitkan fakta sejarah?
Leftenan Adnan? Dol Said? Ataupun Prebet Badul? Hehehe


Selepas mendakwa komunis sebagai hero dan menuduh filem Bukit Kepong sebagai satu pembohongan sejarah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini mempersoal pula penayangan filem Sarjan Hassan.

Ini kerana menurut Mohamad, setiap kali tiba sambutan Hari Pahlawan, stesen televisyen akan berlumba-lumba menayangkan filem itu yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Tan Sri Jins Shamsudin.

Beliau mendakwa, biarpun watak Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee merupakan seorang yang baik dan setia, namun dia berkhidmat untuk ketuanya iaitu orang Inggeris dan melawan Buang yang menjadi ejen Jepun.

"Saya suka filem ini tapi tak perlulah tayang pada Hari Pahlawan saja. Tayanglah pada hari lain sebab Hassan yang baik adalah ejen British, manakala Buang yang jahat dilakonkan oleh Salleh Kamel adalah ejen Jepun, jadi dua-dua wakili penjajah.

"Kenapa tak buat filem yang menceritakan tentang pejuang kemerdekaan tanah air yang sebenar dan adakah penapis filem kita tak izinkan cerita-cerita macam itu," katanya ketika berucap di Juru, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mohamad terus mempertahankan dakwaannya bahawa Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya, jika Allahyarham Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, nama-nama seperti Ishak Muhammad (Pak Sako), Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan beberapa orang lagi nasionalis Melayu tidak harus dilupakan.

"Selain itu, sekiranya Rashid Maidin dan Abdullah CD adalah penggerak komunis dan pemberontak, kenapa ada pihak di kalangan UMNO sendiri yang sudi membantu mereka?" katanya.

Justeru katanya, sejarah memang perlu diubah dan banyak yang perlu diceritakan kepada generasi muda agar mereka memahami apa yang tersirat di sebalik sejarah negara.

Panas! "Kematian Mat Indera bukan syahid"

“Kematian Mat Indera tidak boleh diiktiraf syahid kerana dia berjuang bersama kelompok Parti Komunis yang menentang Tuhan,” kata Pesuruhjaya Persatuan Warga Melayu Terengganu, Mohamad Jusoh ketika mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas Mat Sabu berhubung isu dakwaan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan.

Mohamad yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Dungun berkata, Komunis ketika itu sebenarnya bukan menentang British, sebaliknya ingin mengambil alih pemerintahan negara dengan membentuk pemerintahan sendiri dan melalui fahaman komunis.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Serban dalam kalangan masyarakat tempatan dalam temu bualnya berkata, beliau bukanlah menyifatkan Mat Indera sebagai orang yang tidak alim, namun perjuangannya itu tidak tepat kerana berada dalam kelompok yang jahat iaitu berada bersama perjuangan komunis.

Mohamad berpendapat, kelompok yang menentang Tuhan termasuklah yang bersekongkol dengan komunis tidak boleh diiktiraf perjuangannya kerana perjuangan mereka menyebarkan fahaman komunis tidak betul.

“Bila masa komunis nak mati syahid sebab dia tiada Tuhan?, kalau Mat Sabu kata yang berjuang bersama komunis mati syahid peliklah sebab komunis tiada Tuhan.

“Sejarah juga adalah hak milik negara, bukan parti, ia sudah tertulis, sudah 54 tahun ia termaktub, tambahan pula kalau nak angkat pejuang pun, carilah mujahid yang berjuang atas jalan ALLAH SWT,” katanya. -SH-

Cerita Sebenar Dari Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh

Bekas Ketua Polis Daerah Pagoh Kongsi Kisah Insiden Berdarah Bukit Kepong

"Tuan jangan risau, kami akan pertahankan tempat ini, biar putih tulang, jangan putih mata!"

Itulah kata-kata keramat yang masih segar dalam ingatan bekas Ketua Polis Daerah Pagoh Datuk Seri JJ Raj ketika mengimbas kenangan insiden berdarah Bukit Kepong 61 tahun lepas.

Beliau yang ketika itu menjaga 20 balai polis di sekitar daerah Pagoh termasuk Bukit Kepong berkata lelaki yang menuturkan kata-kata itu ialah Sarjan Jamil Mohd Shah, antara 20 anggota polis yang berjuang menentang komunis ketika serangan pada 23 Feb, 1950.

"Itulah kata keramat terakhir, dan tabik hormat terakhir daripada Sarjan Jamil yang sedikitpun tidak nampak gentar dan berjanji akan mempertahankan Bukit Kepong, orang awam dan keluarga mereka," katanya pada sidang media anjuran Yayasan Pengaman Malaysia (Pengaman) di sini, Khamis.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi Pengaman Tan Sri Norian Mai, bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdul Rahman dan dua pemegang amanah Pengaman Tan Sri Jamil Johari dan Datuk Seri Azman Ujang.

Raj berkata serangan oleh kira-kira 180 anggota komunis yang bermula kira-kira 4.30 pagi pada 23 Feb itu mengorbankan 27 nyawa iaitu 14 anggota polis, empat isteri, empat kanak-kanak dan lima polis bantuan.

Beliau berkata kesemua mereka meninggal dunia selepas diserang serta dibakar oleh pengganas komunis tanpa belas kasihan.

"Sarjan Jamil masih berdiri sendirian di kubu polis sedangkan di sekelilingnya, rakan-rakan dan anggota keluarga maut bergelimpangan. Malah, beliau masih mahu berlawan walaupun ditawarkan untuk menyerah diri.

"Tiga kali tawaran menyerah diri dibuat oleh Mat Indera meminta Jamil berundur dan dia tidak akan diapa-apakan tetapi ketiga-tiga tawaran itu ditolak mentah-mentah dan beliau teguh dengan pendirian tetap melawan biarpun sendirian dan walaupun mempertaruhkan nyawa," katanya.

Bagi Raj yang kini berusia 90 tahun, sebagai orang yang mengalami sendiri peristiwa Bukit Kepong, beliau terpanggil untuk membuka kembali kisah sedih itu walaupun pedih kerana mahu orang menilai sendiri pengorbanan mereka yang mempertahankan negara.

"Saya bercerita, anda nilai sendiri...adakah mereka yang berjuang hingga saat terakhir dikatakan sia-sia dan mereka yang menawarkan supaya polis menyerah diri dan bersama komunis itu bagaimana pula," katanya.

Katanya apabila memikirkan mereka yang terkorban dan balai polis Bukit Kepong berjaya ditawan serta dibakar, malah mayat mangsa yang terbunuh dicampak ke dalam api itu dikatakan sia-sia, ia adalah sangat menyedihkan.

Beliau berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak terbabit sangat mendukacitakan dan mengecewakan.

Pengerusi Pengaman Tan Sri Samsuri Arshad berkata tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang memberikan gambaran bahawa polis dan anggota keluarga yang terkorban sebagai orang British manakala Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan hero adalah pembohongan, manipulasi dan putar belit.

Beliau berkata Mohamad memang terkenal dengan sikap 'rebel rouser' iaitu cenderung kepada membakar semangat rakyat dan menghasut ke arah pemberontakan atau revolusi.

Katanya kenyataan Mohamad tidak dilihat daripada aspek siapa Mat Indera, bukan juga daripada aspek memperbetulkan fakta sejarah sebaliknya ia adalah helah dan kepentingan politik pemimpin PAS itu.

"Kami kenal siapa Mohamad, dan kami akan bongkar Mohamad sebagai 'rebel rouser' dalam sidang media akan datang selepas mengumpul segala maklumat yang diperlukan.

"Komunis telah membunuh lebih 4,000 anggota keselamatan sejak sebelum Merdeka hingga sekarang dan mereka bukan pejuang kemerdekaan sebaliknya mahu mewujudkan kerajaan Bintang Tiga," katanya.

Bagi Pengaman, katanya rumusan isu yang berlaku bukan berkenaan Mat Indera atau isu fakta sejarah kemerdekaan tetapi berkaitan dengan Mohamad yang mendewa-dewakan komunis dan mungkin sudah terpedaya dengan ideologi komunis sehingga tergamak menghina polis.

Sehubungan itu, Samsuri berkata Pengaman mahu siasatan dibuat terhadap PAS untuk mengetahui sejauh mana ideologi dan pengaruh komunis menyusup masuk dalam parti itu menerusi Mohamad.

Menurutnya kenyataan Mohamad itu sangat mengguris perasaan mereka yang terbabit serta anggota pasukan keselamatan yang sentiasa bersedia berkorban mempertahankan negara.-Bernama

Surat Chenta Untuk Mat Sabu Dari Polis Pencen!

MAZLEE JAAFAR
Bekas PPH 1/72
Ras Com Sibu, Sarawak
GAMBAR anggota polis dan petikan berita serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong.

SEBAGAI rakyat yang cintakan negara, kami sanggup mempertaruhkan nyawa dan darah.

Untuk pengetahuan Yang Berhormat (YB), kami adalah bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) 1/72 yang berkhidmat di Sarawak sejak tahun 1972 hingga 1981 yang ditempatkan di Batalion 14, Batalion 15 dan Batalion 16. Kemudian di Sabah iaitu Batalion 17 dan Batalion 18.

Apakah Mat Sabu menidakkan perjuangan kami yang telah mengorbankan nyawa dan kecederaan tubuh badan sehingga kekal ke hari ini? Termasuk memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan yang gugur dalam mempertahankan negara seperti mana peristiwa berdarah di Bukit Kepong?

Tahukah Mat Sabu bahawa serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar yang di bawah pentadbiran OCPD Khalid Dato’ Kelana Putra dan Supritendan H.M. Strenthen pada 23 Februari 1950 adalah satu sejarah perjuangan murni rakyat yang cintakan negara.

Mereka sanggup berjuang sehingga ketitisan darah terakhir demi kedaulatan dan maruah negara.

Peristiwa Bukit Kepong adalah tragedi pilu bermandi darah dan air mata yang mengorbankan 26 nyawa terdiri daripada 19 anggota polis, 2 orang isteri dan 2 orang kanak-kanak serta 2 orang awam.

Ingin diperingatkan kepada Mat Sabu iaitu tarikh tersebut adalah hari kedua Tahun Baru Cina. Seramai 180 orang komunis telah mengepong dan menyerang Balai Polis Bukit Kepong dengan kekuatan hanya 18 anggota polis dan tiga sukarelawan diketuai oleh OCS Sarjan Jamil. Mereka berjuang hampir empat jam setengah mempertahankan diri, balai dan maruah.

Komunis bertindak ganas dan zalim dengan membakar berek dan balai polis. Terdapat di sana sini mayat anggota polis bergelimpangan dengan keadaan yang mengerikan. Tubuh badan mereka hangus terbakar. Sia-siakah pengorbanan mereka wahai YB?

Dalam usaha banyak pihak termasuk bekas pejuang lampau, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pencinta keamanan yang tampil dengan laporan polis, maka di sini disenaraikan mereka yang gugur dalam kekejaman komunis, biar Mat Sabu tidak terus mencarut dan celupar mulut melukai hati kami dan waris yang terkorban.

1. SJN 3493 JAMIL MOHD SHAH
2. KPL 7068 MOHD. YASSIN WAHAB
3. KPL 7186 JIDIN OMAR
4. KON 9136 HASSAN OSMAN
5. KON 5674 ABU MOHD. ALI
6. KON 3933 HAMZAH AHMAD
7. KON LAUT 60 IBRAHIM ADAM
8. KON LAUT 68 AWANG ALI
9. KON LAUT 181 BASIRON ADAM
10. KON 7493 MUHAMMAD @ AHMAD JAAFAR
11. KON 7862 ABDUL KADIR JUSOH
12. KON 8600 JAAFAR HASSAN
13. EPC 3795 JAAFAR ARSHAD
14. EPC 3475 MOHD. TOP LAZIM
15. AP 2130 SAMAD YATIM
16. AP 1912 MAHMUD SAAT
17. AP 1925 ALI AKOB
18. AP 2098 REDZUAN ALIAS
19. AP 2127 OTHMAN YAHYA

KELUARGA POLIS TERKORBAN
20. FATIMAH YAABA - Isteri
21. HASSAN ABU BAKAR - Anak
22. SAADIAH - Isteri
23. ARAFAH YUSOFF - Isteri
24. SIMAH ABU BAKAR - Anak

ORANG KAMPUNG TERKORBAN
25. EMBONG LAZIM
26. KOH AH CHENG

Cuba Mat Sabu bawa bertenang, yang terkorban adalah anak bangsa dan sesama agama. Siapa lagi yang sanggup mempertahankan negara kalau bukan sebangsa Mat Sabu baik dulu, sekarang dan masa hadapan?

Bagaimanakah sekiranya di antara yang terbujur kaku itu adalah anak YB? Semua yang terkorban, mahupun waris tidak kenal siapa itu Mat Sabu.

Malah mereka juga tidak minta Mat Sabu melawat ke pusara atau mengalung bunga atau melawat mereka yang masih hidup. Cakap kasarnya, mereka tidak pernah menyusahkan sesiapa. Mereka hanya pejuang di waktu itu demi kesejahteraan negara. Kenapa YB memperlekehkan dan memperlecehkan mereka yang berkorban dengan darah dan nyawa?

Mudah-mudahan selepas membaca surat terbuka ini, YB tidak terus mencemuh panjang ke atas pejuang lampau termasuk kami dan rakan-rakan seperjuangan yang meredah hutan belantara Sarawak dan Semenanjung sehingga Mat Sabu dapat menghirup udara bahagia dan hidup selesa hari ini.

Buatlah muhasabah diri. Jangan nanti sebab mulut badan binasa. Tidak mengejutkan jika semua bekas pejuang yang berselerak di segenap pelosok negara bangun dan bertindak. Tetapi kami tidak akan lakukan sebab kami masih waras. Masih boleh berfikir secara bijaksana.

Kepada semua pencinta keamanan dan kesejahteraan, tolong tepuk dada tanya diri sendiri. Inikah yang dikatakan jiwa pemimpin yang hendak kita sandarkan harapan? Jauh panggang dari api. Bertaubatlah wahai Mat Sabu!

Kami mohon kepada ALLAH S.W.T. semoga jiwa Mat Sabu tidak terus bercelaru. Jadilah pemimpin yang budiman dengan memohon maaf sebab tidak ada manusia yang sempurna. Pasti ada cacat celanya.

Kisah Menarik! Antara Darah Maruah & Penghargaan


ANTARA DARAH MARUAH DAN PENGHARGAAN

Saya terima e-mel daripada PW2 Haji Abdul Ghani bin Haji Abdul Kadir (B), mantan 'X' Skuadron. Beliau menceritakan pengalaman dalam operasi menyelamatkan seorang pegawai tentera yang telah ditangkap oleh pengganas komunis ketika berkelah di Batu 16 Jalan Gombak (jalan lama). Saya hanya edit nama pegawai tersebut, yang lain-lain...as is where is.

PENULIS :Hj.Abdul Ghani bin Hj.Abdul Kadir
MULA BERKHIDMAT :6Hb.Spt.1968
BERSARA :5Hb.Spt.1990
PANGKAT :PW 2
PASUKAN :REJIMEN GERAKHAS MALAYSIA


Selama lebih kurang 22 tahun berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia berbagai suka duka yang saya tempuhi membuatkan saya begitu berpengalaman dalam menghabiskan sisa-sisa hidup selepas bersara.

Masih terbayang jelas difikiran saya yang kini seolah-olah menjadi trauma apabila saya kenang-kenangkan.

Banyak peristiwa,dan operasi yang saya ikuti,tapi tidak seperti operasi yang saya tempuhi ini.

Ianya sungguh meninggalkan kesan memberikan kenangan hingga ke hari ini.

Sudah lebih dari 20 tahun saya bersara dari Angkatan Tentera,tetapi peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan saya.

Kejadian berlaku pada tahun 1987.
Ketika itu hanya 3 tahun lagi perkhidmatan yang akan saya jalankan bagi mencukupi 21 tahun persaraan wajib bagi seseorang tentera.

Satu gerakan pembersihan kawasan telah ditugaskan terhadap pasukan kami.

Ianya bermula dari sebelah Ulu Selangor menuju ke Pahang.

Saya dan ketua Sekuarden Mej. Damian Christoper Anak Dalang bersama-sama Kapt Muzaini Ssgt. Idris, Sgt Md. Zain, Lk. Yusof Tpr Zam Zam, Tpr Zulkifli sebagai kumpulan tadbir.

Kami ditempatkan di Bukit Cincin Genting Highland, bersama-sama askar WATANIAH yang menjaga kawasan tersebut.

Sebagai kumpulan TADBIR aku sentiasa mengawas pergerakan rakan-rakan hari demi hari.

Aku sentiasa berada dalam keadaan siap sedia.

Bimbangkan rakan-rakan yang sedang menjalani gerakan,kalau-kalau bertempur dengan pengganas atau terpijak jerangkap samar yang merata-rata ditanam oleh pihak musuh.

Setelah 16 hari lebih kurang pasukanku menjalani gerakan pembersihan ,Aku masih ingat ketua sekuardenku menerima satu massage (BERITA) melalui anggota semboyan dari Markas Gerakan yang sentiasa memantau pergerakan kami.

Berita berbunyi demikian; Dua Pegawai Tentera telah ditangkap oleh PGK semasa berkelah di batu 16 Jalan Karak Highway.

Mej.Damian memanggil ku serta menunjukkan massage yang baru diterima sabentar tadi.

Aku secara bergurau mengatakan sekejap lagi habislah Pegawai tu... taulah Pengganas, di Serawak dulu pun peristiwa begitu pernah terjadi.

Tuan,dipotongnya kemaluan dan disumbat kedalam mulut dan macam-macam lagi penyiksaan yang dilakukan hingga mati.

Aku menceritakan satu kisah yang serupa terjadi di Serawak dulu.

Lebih kurang 10 minit berselang dari penerimaan massage yang pertama, datang lagi satu massage yang berbunyi "Anda dikehendaki menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun".

Ternyata markas gerakan telah dapat mengesan kumpulan kami yang kini sedang menjalani gerakan,itulah sebabnya massage ditujukan khas kepada kumpulan kami yang berada diBukit Cincin Genting Highland.

Dengan tidak melengahkan masa, Ketua Sekuardenku, Mej. Damian memanggil aku dan Kapt Muzaini untuk membahagi-bahagikan anggota yang hanya ada 8 orang sahaja kepada 2 kumpulan iaitu 4 orang satu kumpulan.

Satelah berkemas menyiapkan peralatan dan senjata serta mendengar taklimat ringkas aku dan kumpulan terus menaiki 2 buah LandRover menuju ketempat yang diarahkan.

Jam ketika itu baru 2.30 petang.

Ketika berada didalam LandRover, puas aku memikirkan bagaimana pegawai itu ditangkap oleh Pengganas, bagaimana keadaannya sekarang berada didalam rumah, terikat atau bagaimana?

Bukan satu tugas yang mudah untuk menyelamatkan seseorang tawanan jika berada ditempat yang tidak menentu ,maksudku dihutan lainlah kalau didalam bangunan,segala tumpuan kita terhadap bangunan tersebut sahaja.

Lebih kurang setengah jam perjalanan kami pun sampai ke destinasi yang dituju.

Pergerakanku agak laju kerana perjalanan menurun bukit.

Sesampai sahaja aku ditempat kejadian kami berpecah dua ,kumpulan satu diketuai oleh Mej. Damian,terdiri dari aku sendiri dan Tpr Zam Zam Tpr Zulkifli.

Manakala kumpulan kedua diPimpin oleh Kapt. Muzaini anggotanya terdiri Sgt Md. Zain Kpl. Yusof dan SSgt Idris Q-Skn.

Kumpulanku menaiki bukit yang menghala ke sasaran ,manakala kumpulan Kapt Muzaini Bergera kasebelah kiri kami bagi mengawasi jika sekiranya ada pihak musuh yang sedang menahan Kapt Xxxx .

Kumpulan kami yang diketui oleh Mej. Damian bergerak perlahan menuju ke sasaran , apabila sampai sahaja di pertengahan bukit, Mej. Damian memberitahu Tpr Zam Zam yang beliau akan balik semula kebawah (tempat permulaan) untuk menunggu pasukan 8 Melayu Diraja yang akan datang membantu.

Berita ini disampaikan oleh Tpr Zam Zam kepadaku atas perintah Mej Damian.

Aku bergerak lagi kedepan lebih kurang 10 langkah ,aku terpaksa merangkak oleh kerana dihadapanku tiada apa-apa perlindungan lagi.

Alangkah terkejutnya aku apabila terpandang 5 orang Pengganas,terdiri daripada 2 Perempuan dan 3 lelaki sedang mengacu sesuatu terhadap Kapt Xxxx.

Aku terus membetulkan senjataku ke arah sasaran yang ku lihat sekarang. Ketika pejera senjataku tepat menghala ke sasaran, aku terfikir sejenak...terlintas di fikiranku sekiranya aku tembak seorang pengganas yang berhampiran Kapt. Xxxx, bagaimana dengan pengganas yang lain, sudah tentu mereka akan menembak Kapt Xxxx, dan tentu sekali MISSIONKU gagal, sedangkan perintah yang ku terima ialah menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekalipun.

Sekiranya terbunuhlah Kapt Xxxx dalam Gerakan ini, bererti UTUSANKU gagal. Jika dengan tembakanku membunuh musuh yang pertama menyebabkan matinya Kapt Xxxx ke mana...di mana dan dengan siapa aku akan bergantung nasib? Siapakah yang akan membela aku jika terjadi demikian? Kerana aku benar-benar melanggar perintah yang diarahkan iaitu Menyelamatkan Kapt Xxxx dengan apa cara sekali pun.

Masa terus berlalu, kira-kira 10 minit kemudian selepas Mej Damian keluar ke tempat Permulaan, aku terdengar bunyi brek 3x3 ton tentera di luar sana yang tidak jauh dari kedudukan kami. 5 minit kemudian, ku dengar satu tembakan dan diikuti dua tembakan (double tap). Ku tahu tembakan double tap ialah tembakan dari rakanku, kerana kumpulan kami dilatih menembak double tap sekali tembak. Pada mulanya, aku menyangka yang kami telah mendapat bantuan dari 8 Melayu Diraja, tapi sebenarnya dua orang pengganas wanita telah cuba untuk membuat serang hendap terhadap pasukan tentera yang datang dengan truck sebentar tadi. Pemergiannya ke lokasi tersebut telah bertembung dengan Kpl yusof yang berada di situ, dan melepaskan tembakan satu das dan dibalas oleh Kpl Yusof dengan double tap. Selepas menembak Kpl Yusof, penggganas tersebut terus menghilangkan diri. Kedua-dua tembakan tidak mengena sasaran.

Dengan kedengaran tembakan tadi, pengganas yang bersama Kapt Xxxx terus membiarkan Kapt Xxxx dari jagaannya, bagi menyelamatkan dirinya. Sangkanya kumpulan tentera telah masuk ke lokasinya berpandukan bunyi brek kenderaan serta bunyi tembakan sebentar tadi.

Dari pemerhatianku, Kapt Xxxx telah bebas dari ketiga-tiga pengganas yang mengawasinya kerana menyelamatkan dirinya. Aku tidak pasti dari sudut mana mereka menghilangkan diri. Suasana hening seketika. Aku dan kumpulanku, kecuali Mej Damian, masih di kedudukan yang sama. Lebih kurang 10 ke 15 minit selepas itu, datanglah Panglima Markas Kor Lt Jen Dato' Zzzz bersama-sama beberapa orang panglima lagi serta beberapa orang Pegawai Kanan yang mengiringi beliau. Setelah mendengar taklimat ringkas dari Mej Damian mengenai operasi yang berjalan tadi, lantas beliau berkata yang beliau ingin berjumpa dengan anggota-anggota yang terlibat.

Aku, Mej Damian, Kapt Muzaini, Kpl Yusof serta beberapa orang lagi datang berjumpa Panglima Markas Kor Lt Jen Dato' Zzzz. Beliau mengarahkan supaya Kpl Yusof yang terlibat dengan tembak-menembak tadi, menceritakan apa yang berlaku. Kpl Yusof, berdiri di sebelah kedudukanku, menceritakan apa yang berlaku terhadapnya sebentar tadi. Memulakan cerita, beliau berkata '.....setelah kedengaran bunyi brek 3x3 ton di luar sana, aku mengawasi kawasan hadapanku. Seketika kemudian, aku terdengar seperti ranting kayu dipijak orang. Aku terus berpusing menoleh ke belakang. Ketika itulah musuh menembakku dan aku terus membalas tembakan tersebut tapi musuh sempat melompat melarikan diri. Jarakku dengan musuh lebih kurang 10 meter dari kedudukanku'.

Panglima Markas Kor terus mengemukakan soalan terhadap Kpl Yusof. Katanya....'Kamu dengar tak kalau orang melompat di jarak 10 meter?' Soalan ini ku (Ghani) fikir harus ku jawab bagi mententeramkan keadaan. Dengan perasaan separuh berani, aku mengemukakan soalan terhadap Panglima Markas Kor. Kataku '....Dato', jika saya tembak musuh tadi, matilah Kapt Xxxx dalam kumpulan itu. Saya nak bergantung dengan siapa Dato'?'

Panglima Markas Kor menjeling ke arahku, mungkin agaknya dia marah kerana soalan yang dikemukakan terhadap Kpl Yusof masih tidak berjawab. Kemudian beliau terus menyambung '...Orang melompat di jarak 10 meter kamu dengar tak?' Lantas aku terus menjawab '...Dengar Dato''. Beliau terdiam sejenak, mungkin sedang memikirkan pertanyaanku tadi. Akhirnya beliau berkata '...Orang habis juta-juta ringgit cari musuh. Kamu dapat musuh kamu lepas. U..L..S Komando'. Kemudian beliau bangun dan beredar dari kedudukannya, serta diiringi oleh pegawai-pegawai kanan yang mengikutinya.

U..L..S atau T.K G..A....begitulah yang aku dan rakan-rakanku terima setelah aku dan rakan-rakanku mempertarungkan nyawa menyelamatkan Kapt Xxxx. Sekiranya Kapt Xxxx Xxxxxx terbunuh dalam usaha menyelamatkannya tadi, sudah pasti komando dipersalahkan. Sebaliknya Kapt Xxxx selamat, komando juga dipersalahkan.

Sidang pembaca yang saya hormati, untuk memakai BERE HIJAU dan bergelar KOMANDO yang diiktirafkan, kami terpaksa menjalani kursus selama 2 bulan lebih, pelbagai derita yang kami tempuhi. Hanya orang-orang yang tabah sahaja dapat menghabiskan kursus yang penuh cabaran itu.

Aku menulis cerita ini sekadar untuk meluahkan perasaan yang terpendam agar ianya tidak menjadi trauma yang menghantui fikiran. Kepada Kapt Xxxx yang khabarnya telah berpangkat kolonel ketika cerita ini ku tulis, banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah yang telah menyelamatkan nyawanya dalam peristiwa tersebut. Kalau ada kelapangan, carilah seorang demi seorang anggota KOMANDO yang terlibat dalam menyelamatkan nyawa tuan. Cuma 8 orang sahaja dan kini cuma tinggal 7orang lagi yang masih ada. Kerana baru-baru ini Kapt Muzaini telah pulang ke rahmatullah. marilah kita MEMBACA AL-FATIHAH untuknya. AL-FATIHAH.~

Saya telah menghubungi Kol Xxxx untuk mendapatkan cerita beliau. Kerana kesuntukan masa, tidak banyak maklumat yang dapat dicatatkan. Menurut beliau, insiden ini berlaku Ahad, Februari 1987, 2-3 hari sebelum Tahun Baru Cina. Beberapa keluarga telah pergi berkelah di Batu 16 Jalan Gombak, berhampiran dengan kuil Hindu. Itu sahaja yang dapat dicatatkan. Saya akan cuba mendapatkan cerita selanjutnya, insyaAllah.

PW2 Haji Abdul Ghani....Saya tabik spring kepada Encik terhadap keikhlasan meluahkan apa yang terpendam dalam diri selama ini. Saya berbangga dengan semangat setiakawan/esprit de corps anda yang tak berbelah bagi terhadap pasukan anda. Terima kasih
.
sumber

Mat Sabul Ada Telor Ke Nak Jumpa Bekas tentera OKU Nih?

AS kongsikan keratan akhbar ini untuk ditatap bersama betapa bekas-bekas tentera ini sampai mengalami kecederaan parah semasa bertempur dengan pihak komunis. Mat Sabu kalau ada telo pergilah jumpak mereka ceritakan apa sebenarnya masalah dia dengan bekas askar dan polis ni! Ada brani ka Mat Sabul?

berita harian

Baca Buku Ni Hangpa Kenai la Sapa Mat Indera! hamPAS Ranjau Kuat!


Para pembaca blog AS ada ka yang dah baca buku Memoir Abdullah CD (Bahagian Kedua) seperti di atas?- Penaja Dan Pemimpin Rejimen Ke-10. Siapa Abdullah CD ni? Abdullah CD adalah orang kanan Ketua Parti Komunis Malaya, Chin Peng dan seangkatan dengan Shamsiah Fakeh.
Hangpa nak tau apa Abdullah CD kata?
Dalam Muka surat 112 - 120, Abdullah CD ada menulis siapa Mat Indera. Menurut beliau, Mat Indera adalah Ketua Rejimen Komunis Melayu Johor.

Bukan UMNO kata. Tapi komunis sendiri yang mengaku. Buku ini tahun 2007 terbitan syarikat pro pembangkang iaitu SIRD.

Sudah terang lagi bersuluh. Betui la ada kawan bloger lain tanya! Nak percaya Abdullah CD atau nak percaya cakap budak berumur 4 Tahun (Adik Mat Indera Yang Tak Tau Apa Masih Hingusan Pada Masa Tuh!)

Bukti Dibawa Mat Sabu Lemah! Tak Boleh Pakai!


Buku Pengukir Nama Johor tidak layak dijadikan bukti bagi mengangkat nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Pensyarah Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd Akbal Abdullah (gambar) berkata, buku tersebut bukan bukti dalam ilmu sejarah kerana ia hanya pendapat penulis, Ismail Adnan.

Beliau yang juga ahli panel penulis buku Siri Tokoh Johor berkata, Mat Sabu tidak boleh menggunakan tulisan itu sebagai hujah kerana tidak mampu meletakkan Mat Indera sebagai pejuang.

“Tidak memadai dengan tulisan 10 halaman saja untuk kita anggap Mat Indera pejuang kerana dia (Mat Sabu) sepatutnya baca tesis dan buat penyelidikan sendiri.

“Jika tulisan sebanyak itu dijadikan rujukan, ia terlalu lemah dari segi ilmiah. Saya tak kata lemah hingga perlu kita tolak tapi perlu dibuktikan. Apa lagi menggunakan artikel Mat Indera sebagai hujah adalah kurang tepat dan tidak sempurna dari segi ilmu sejarah,” katanya, semalam.

Mohd Akbal berkata, beliau mengenali penulis buku itu, Ismail dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin menulis.

“Apa yang saya tahu, Ismail hanya merujuk kepada Internet tanpa membuka dokumen rasmi kerajaan dan ia dilahirkan daripada pandangan beberapa pihak serta bukan pandangan majoriti,” katanya.

Menurutnya, Ismail berkhidmat dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan jawatan timbalan pengarah.

Mohd Akbal mempersoalkan, jika benar Mat Sabu mahu mengangkat hero kemerdekaan, mengapa pula beliau menolak perjuangan Datuk Onn Jaafar yang turut ditulis dalam buku tersebut.

“Saya mohon Mat Sabu jangan politikkan buku ini dan kaitkan siapa-siapa (penulis) atau Kerajaan Johor, kerana beliau perlu bertanggungjawab atas kenyataannya mengangkat komunis,” katanya.

Buku Pengukir Nama Johor merupakan buku siri ketiga yang diterbitkan iaitu dua siri sebelum ini iaitu Pejuang Terbilang Johor dan Tokoh Ternama Johor yang dimasukkan dalam Siri Tokoh Johor yang mula diterbitkan pada 2002.

Penulis yang dilantik menyumbang karya dalam buku tersebut terdiri daripada Ahli Persatuan Sejarah, Persatuan Penulis, peminat sejarah Johor yang mempunyai kemampuan menulis.

Mohd Akbal berkata, dakwaan Kerajaan Negeri mengiktiraf Mat Indera selaku pejuang menerusi terbitan YWJ yang dinaungi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman adalah tidak benar.

“Buku tersebut merupakan pendapat penulis tentang Mat Indera di mana kami kumpulan penulis dan Ismail dipilih YWJ.

“Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan idea serta segala apa yang ditulis hanya pendapat penulis, bukannya pendapat Kerajaan Negeri dan pasukan penulis Pewaris. Dengan jelasnya, tidak semestinya pendapat penulis dan pendapat Kerajaan Negeri adalah sama,” katanya.

Mohd Akbal berkata, kumpulan penulis yang terdiri daripada 20 orang itu telah dibentuk enam tahun sebelum percetakannya yang dipilih dari segi kemahiran dan pengetahuan.-SH-

Mesti Baca: Pengalaman Akhir Dr Rahman Kadir Bersama Yusof Rono Yang Kononnya Diselamatkan Oleh Pengganas Komunis Mat Indera!

Sekali lagi AS bawakan artikel dari Dr Rahman Kadir yang telah menyumbangkan banyak artikel yang berkualiti dan mendapat sambutan ramai pembaca di blog AS.
Antara artikel yang telah disumbangkan boleh dibaca di

SINI ,SINI &SINI.

Kali ini beliau berkongsikan pengalaman beliau sebagai orang terakhir selaku Doktor yang bercakap dengan Arwah Sarjan Yusof Rono, yang mana kononnya orang yang telah diselamatkan oleh pengganas komunis Mat Indera.

Harap dapat disebarkan untuk dikongsi bersama.

Saya menulis artikel ini bagi menangkis pembohongan yang disiarkan oleh Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat di dalam Malaysiakini bahawasanya Pengganas Komunis Mat Indera telah menyelamatkan Sarjan Yusof Rono.

1. Saya adalah doktor terakhir yang merawat Sarjan Hj. Yusof Rono pada tahun 2005 di Hospital Melaka.

2. Pada masa itu saya bertugas di Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Rapi Hospital Melaka.

3. Yusof Rono adalah merupakan satu-satunya wira terakhir Peristiwa Bukit Kepong yang masih hidup pada ketika itu.

4. Beliau dimasukkan ke ICU kerana masalah pendarahan pada usus yang amat banyak (Lower GI bleed initially attributed to Angiodysplasia).

5. Setelah percubaan merawatnya secara konservatif gagal, dan pendarahannya tidak berhenti, maka keputusan dibuat oleh Pakar Bedah untuk membedah Tn Hj Yusof Rono.

6. Sayalah doktor bius baginya yang telah intubate dan menjaganya sepanjang pembedahan yang memakan masa hampir 3 jam tersebut.

7. Saya masih ingat, sebelum pembedahan tersebut, Allahyarham seorang yang sungguh berani dan tabah. Apabila diajar mengucap kalimah, sebutannya lancar sebelum saya memberinya ubat bius.

8. Malangnya keadaan Allahyarham sangat tidak stabil semasa pembedahan dan dihantar ke ICU untuk rawatan lanjut. Beliau meninggal dunia di ICU dan sebab kematiannya adalah disebabkan oleh pendarahan akibat ketumbuhan pada usus kecil (gastro intestinal stromal tumour).

9. Sepanjang saya menjaga beliau sebelum pembedahan di Ward High Dependency Unit (kini ICU Orkid), saya tidak melepaskan peluang bertanya tentang pengalamannya berjuang menentang komunis.

10. Beliau seorang pejuang sejati. Darah yang mengalir dalam tubuhnya, darah patriot. Seorang yang cukup cintakan negara. Dalam keadaan yang lemah sakit itu, beliau begitu berkobar-kobar menceritakan kepada saya peristiwa tersebut seolah-olah ia baru berlaku semalam.

11. Dengan bangganya beliau menyelak pakaiannya menunjukkan parut-parut kesan dari peluru komunis yang menembusi tubuh beliau.

12. Dalam keadaanya yang lemah itu pun Allahyarham tidak jemu-jemu bercerita kepada saya peri keganasan komunis serta bencinya beliau terhadap komunis. Kemerdekaan yang kita kecapi mesti dihargai katanya.

13. Melalui beliaulah saya pertama kali mendengar nama Mat Indera. Rupa-rupanya, yang mengarahkan serta mengetuai serangan terhadap Bukit Kepong adalah seorang Anak Melayu yang beragama Islam!

14. Tidak ada kata-kata pujian yang keluar dari mulut Allahyarham serta keluarganya mengenai Mat Indera ini. Yang keluar hanyalah kejian dan celaan terhadap perjuangan songsang Mat Indera sebagai seorang pengganas, tali barut komunis dan pengkhianat bangsa. Jauh sekali ada apa-apa pengiktirafan bahawa Mat Indera menyelamatkan nyawanya. Yang ada hanyalah cerita polis dibakar hidup-hidup berserta isteri-isteri polis serta anak polis yang kecil juga dibakar hingga rentung.

15. Saya diberi ingatan oleh Allahyarham bahawa, pada setiap masa, akan ada orang-orang seperti Mat Indera ini di dalam masyarakat kita. Malah, saya masih ingat beliau berkata, Komunis belum mati kerana tali barutnya masih bergerak secara subversif dan bersembunyi, hanya menunggu masa untuk bangkit kembali memporak perandakan negara.

16. Kata-kata beliau terbukti benar.

17. Hari ini kita melihat pemimpin-pemimpin parti politik sanggup menidakkan fakta sejarah serta suara-suara yang menyeru diiktiraf Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin, Mat Indera dan lain-lain pengkhianat negara ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan negara!

18. Malah, Dato Onn yang merupakan Menteri Besar Johor pada ketika Peristiwa Bukit Kepong dan Tunku Abdul Rahman yang berkhidmat dengan Kerajaan Kedah, dikatakan sebagai Pegawai British! Status para Pegawai Polis dan Home Guards yang gugur di Bukit Kepong mempertahankan Balai Polis dan senjatanya secara tidak langsung dikatakan sebagai bukan pejuang tetapi sebagai perkakas British!

19. Ini selah-olah meludah, kencing dan berak di atas kubur mereka-mereka yang telah berkorban untuk negara.

20. Percubaan menyamakan pengganas Komunis dengan Mat Kilau, Dato Bahaman, Datok Maharajalela, Abdul Rahman Limbong dan sebagainya adalah merupakan putar belit fakta sejarah ke tahap yang amat hina.

21. Pejuang-pejuang di atas (point no:20) telah berjuang menentang penjajah British dalam keadaan mereka masih taat kepada Raja-Raja Melayu serta mahukan negeri mereka diperintah semula dengan autonomi mutlak oleh Raja- Raja Melayu.

22. Komunis pula, perjuangan mereka adalah berpaksikan kepada Soviet International yang bertujuan menjadikan komunisme sebagai orde baru dunia di mana dunia diperintah oleh pekerja bukan Raja. Justeru itu, mereka melihat Raja-raja Melayu, Pembesar Melayu serta Pemimpin UMNO sebagai penyokong dan perkakas British. Jika mereka menang, maka dasar-dasar komunisme tidak memungkinkan Negara kita diperintah oleh Raja dan Sultan! Adakah dengan ini mereka layak diiktiraf sebaris dan setaraf dengan Abdul Rahman Limbong, Datok Bahaman, Mat Kilau, To Ku Paloh dan sebagainya? Jika pejuang-pejuang Melayu ini berjumpa dengan Mat Indera dan sekutu-sekutu Komunisnya, nescaya akan dicincang-cincang lumat Mat Indera dan komunis-komunis ini serta bangkai mereka akan dibuang ke laut berserta dengan rumah dan tapak tanah rumah mereka dihumban ke laut sesuai dengan amalan mereka yang pantang derhaka pada Raja. Membandingkan pejuang-pejuang Melayu dengan pengganas komunis ini serupalah seperti membandingkan seekor kuda perang dengan najis Mughalazah.

23. Perspektif mereka bahawa mereka menentang Pegawai-pegawai British serta Raja-Raja Melayu tidak pernah berubah dan terbukti apabila mereka meneruskan penentangan secara bersenjata mereka (PKM) ke atas Negara sekalipun setelah pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan berterusan sehingga 1989! Mereka tidak pernah mengiktiraf kemerdekaan serta kedaulatan negara hingga mereka menyerah kalah pada 1989.

24. Dalam tempoh itu, betapa banyak anggota Angkatan Tentera Malaysia serta rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman komunis? Apakah segala pengorbanan mereka ini hanyalah sia-sia?

25. Berpandangan bahawa Mat Indera dan para pengganas Komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan serta Dato Onn, UMNO dan pegawai-pegawai polis sebagai perkakas British adalah serupa dengan apa yang dianggap dan diperjuangkan komunis.

26. Benarlah kata Allahyarham Sarjan(R) Tn Hj. Yusof Rono, petualang dan pengkhianat bangsa dan negara belum mati tetapi bersalin kulit serta bertukar wajah. Akan tetapi, nada perjuangan mereka tetap serupa.

27. Sedihnya, yang menyokong serta beria-ia mendokong kenyataan Mat Sabu membela komunis ini adalah PAS sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

28. Komunisme adalah bertentangan dengan Islam. Islam menolak komunisme yang memerangi agama.

29. Pejuang Islam sebenar tidak akan sesekali mengiktiraf komunisme sebgaimana seorang Islam tidak akan sesekali mengiktiraf Abu Lahab dan Abu Jahal sebagai pejuang kemerdekaan Mekah.

30. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh para pejuang kemerdekaan yang telah berkorban untuk negara melawan komunis.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Al- Fatihah

Saya menulis artikel ini di atas kapisiti saya sebagai orang yang terakhir bercakap dengan Allahyarham Tn Hj. Yusof Rono.

hamPAS Mahu Tapi Malu Nak Ngaku UMNO Pejuang Kemerdekaan!


PAS, pada Selasa menegaskan bahawa parti itu menolak ideologi dan perjuangan komunis dan pada masa yang sama menerima hakikat bahawa Umno memang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Berbeza dengan kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebelum ini, Setiausaha Agung parti itu Datuk Mustafa Ali memberitahu sidang akhbar di ibu pejabat Pas di ibu negara bahawa parti itu tidak menafikan bahawa Umno memperjuangkan kemerdekaan.

Mustafa berkata, terdapat dua kaedah perjuangan menuntut kemerdekaan iaitu secara konfrontasi menolak British dan cara 'peaceful cooperation' (kerjasama damai) yang dilakukan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar.

"Kita nak sebut perjuangan (kemerdekaan) tak bermula dengan penubuhan Umno. PAS juga menolak ideologi dan menolak perjuangan komunis.

"Perjuangan sudah mula lama sejak Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan), dan banyak lagi lain, menentang penjajahan Inggeris," katanya.

Mustafa berkata, kenyataan hari ini adalah pendirian rasmi PAS selepas meneliti kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas yang antara lain dipetik sebagai berkata bahawa Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950 sebagai wira atas alasan mangsa yang terkorban adalah polis penjajah British.

Sementara itu Mohamad yang turut hadir dalam sidang akhbar itu berkata nama Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar wajar diletakkan sebagai tokoh pejuang kemerdekaan, tetapi tambahnya perlu disertai dengan nama-nama pejuang yang lain.

Mohamad berkata, polis juga sudah memanggilnya untuk memberi kenyataan dua hari lepas berhubung kenyataannya di Tasek Gelugor itu.

Sebelum ini, lebih 500 laporan polis dibuat di seluruh negara oleh pelbagai pihak, terutama bekas anggota pasukan keselamatan negara, yang marah terhadap kenyataan kontroversi oleh Mohamad Sabu yang mendakwa pengganas komunis sebagai hero. - BERNAMA

AS NAK KATA, PAS NI BUTA SEJARAH Ka??
Perjuangan Datuk Maharajalela di Perak, Datuk Bahaman (Pahang), Dol Said (Melaka dan Negeri Sembilan), Tok Janggut (Kelantan) dan lain-lain dimasukan dalam buku sejarah Malaysia, yang merintis kemerdekaan Malaysia.
Semua tu memang dah lama ada dalam sejarah Malaysia.

Pas tak belajar sejarah! Patutlah tak tau pun sejarah Malaysia.
Pas memang bodoh sombong!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...