Bukti Dibawa Mat Sabu Lemah! Tak Boleh Pakai!
Buku Pengukir Nama Johor tidak layak dijadikan bukti bagi mengangkat nama Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan seperti yang dibangkitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.
Pensyarah Fakulti Sains Teknologi dan Pembangunan Insan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Mohd Akbal Abdullah (gambar) berkata, buku tersebut bukan bukti dalam ilmu sejarah kerana ia hanya pendapat penulis, Ismail Adnan.
Beliau yang juga ahli panel penulis buku Siri Tokoh Johor berkata, Mat Sabu tidak boleh menggunakan tulisan itu sebagai hujah kerana tidak mampu meletakkan Mat Indera sebagai pejuang.
“Tidak memadai dengan tulisan 10 halaman saja untuk kita anggap Mat Indera pejuang kerana dia (Mat Sabu) sepatutnya baca tesis dan buat penyelidikan sendiri.
“Jika tulisan sebanyak itu dijadikan rujukan, ia terlalu lemah dari segi ilmiah. Saya tak kata lemah hingga perlu kita tolak tapi perlu dibuktikan. Apa lagi menggunakan artikel Mat Indera sebagai hujah adalah kurang tepat dan tidak sempurna dari segi ilmu sejarah,” katanya, semalam.
Mohd Akbal berkata, beliau mengenali penulis buku itu, Ismail dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat rajin menulis.
“Apa yang saya tahu, Ismail hanya merujuk kepada Internet tanpa membuka dokumen rasmi kerajaan dan ia dilahirkan daripada pandangan beberapa pihak serta bukan pandangan majoriti,” katanya.
Menurutnya, Ismail berkhidmat dengan Yayasan Warisan Johor (YWJ) dengan jawatan timbalan pengarah.
Mohd Akbal mempersoalkan, jika benar Mat Sabu mahu mengangkat hero kemerdekaan, mengapa pula beliau menolak perjuangan Datuk Onn Jaafar yang turut ditulis dalam buku tersebut.
“Saya mohon Mat Sabu jangan politikkan buku ini dan kaitkan siapa-siapa (penulis) atau Kerajaan Johor, kerana beliau perlu bertanggungjawab atas kenyataannya mengangkat komunis,” katanya.
Buku Pengukir Nama Johor merupakan buku siri ketiga yang diterbitkan iaitu dua siri sebelum ini iaitu Pejuang Terbilang Johor dan Tokoh Ternama Johor yang dimasukkan dalam Siri Tokoh Johor yang mula diterbitkan pada 2002.
Penulis yang dilantik menyumbang karya dalam buku tersebut terdiri daripada Ahli Persatuan Sejarah, Persatuan Penulis, peminat sejarah Johor yang mempunyai kemampuan menulis.
Mohd Akbal berkata, dakwaan Kerajaan Negeri mengiktiraf Mat Indera selaku pejuang menerusi terbitan YWJ yang dinaungi Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman adalah tidak benar.
“Buku tersebut merupakan pendapat penulis tentang Mat Indera di mana kami kumpulan penulis dan Ismail dipilih YWJ.
“Projek ini dibiayai oleh Kerajaan Negeri dan idea serta segala apa yang ditulis hanya pendapat penulis, bukannya pendapat Kerajaan Negeri dan pasukan penulis Pewaris. Dengan jelasnya, tidak semestinya pendapat penulis dan pendapat Kerajaan Negeri adalah sama,” katanya.
Mohd Akbal berkata, kumpulan penulis yang terdiri daripada 20 orang itu telah dibentuk enam tahun sebelum percetakannya yang dipilih dari segi kemahiran dan pengetahuan.-SH-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
mangkag blog ni..kokok berderai2 ekor ada taik..berak tgah jalan pas tu tuduh org len..
Dah agak dah, penulis asal pun jenis tak buat pembacaan dan kajian teliti, sebab tu kesimpulan pun berat sebelah. Kenapa tak di cerita pasal orang kampung yang dibunuh oleh komunis? Kalau komunis2 melayu lain dihambat sampai keluar ke selatan thailand dan tak balik2, apa rasionalnya mengangkat mat indera sebagai hero? Tanya lah, buat temuramah dengan warga2 keturunan orang yang pernah hidup dan kenal mat indera. tak ada yang anggap mat indera sbg hero. hero apa membunuh saudara sekaum seagama sendiri. kalau nak sangat menentang penjajah inggeris, serbu je la rumah pegawai inggeris.
satu lagi benda yang nyata kat sini, mentang2 mat sabu rujuk kat hasil kajian separuh masak ni, terus je penyokong2 nya anggap buku ni macam satu2nya pendapat yang benar, begitu sungkupnya akal mereka. jadilah mereka bertaklid buta pada mat sabu.
moga Allah ampuni dosa kita, dan selamatkan kita dari fitnah akhir zaman.
Post a Comment