Kiyai Salleh Pengkhianat, Mat Indera Hero?
Biodata Haji Mohd Salleh bin Abdul Karim
Juga dikenali sebagai Salleh Hitam, Salleh Keling, Panglima Hitam, Panglima Salleh, Kiyai Salleh, Cikgu Salleh dan Pawang Salleh. Lahir di Tanjung Olak Batu, Bukit Pasir, Muar. Ketika berumur 13 tahun (setelah tamat sekolah Melayu Jorak) merantau untuk mencari ilmu. Berketurunan Banjar
Begitu berminat dengan ilmu serta mendalami ilmu antaranya dengan Tuan Guru Haji Hussein (belajar agama, Al-Quran), Haji Alias, Haji Adam, Haji Ahmad. Ada juga yang mengatakan beliau pernah berguru dengan Syeikh Fadhil Al-Banten (yang membawa amalan Wirid Khawajakan)
Telah menetap bersama keluarga di Kayu Ara Pasong, Pontian. Mempunyai seorang isteri Esah bte Haji Abdul Rashid.beliau kemudiannya merantau ke Batu Pahat serta berniaga di sana. Beliau juga dikatakan telah menyertai komunis serta mengetahui banyak rahsia sulit komunis dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa. Pernah pada suatu ketika komunis memburunya kerana dikatakan tidak menyerahkan duit kutipan cukai. Sebenarnya beliau tidak pun mengutip cukai berkenaan dan terus pulang ke kampung halamannya. Komunis telah mengepung rumah beliau dan setelah serbuan mereka gagal menemui beliau walau pada ketika itu Kiyai Salleh sememangnya berada di dalam rumah tersebut.
Beliau dikatakan mempunyai kemampuan melembutkan besi serta mempunyai sebilah pedang yang berasal dari keturunan Raja-raja Riau. Beliau kemudiannya diminta mengetuai Persatuan Mahmuddiah bagi memulihkan kembali semangat orang-orang Melayu yang menderita akibat ancaman komunis. Beliau telah melancarkan serangan ke atas dua kawasan komunis di Bukit Simpor dan Batu Putih, Pancor pada 19 April 1945 dengan hanya berbekalkan senjata tradisional Melayu.
Kiyai Salleh kemudiannya mengetuai serangan ke atas kawasan-kawasan komunis antaranya di Air Hitam, Bukit Alam, Bukit Belah, Bakri, Bukit Berdiri, Separap, Bagan dan Batu 6, Air Hitam, Paril Jamil, Bukit Mor, dan Parit Jawa. Mereka telah membunuh semua komunis yang ditemui sehingga menjadikan mereka cukup digeruni komunis.
Amukan Kiyai Salleh di Muar akhirnya dihentikan oleh Dato' Onn Jaafar yang bertindak sebagai pendamai. Ada juga pendapat yang mengatakan Kiyai Salleh menghentikan serangan ke atas Muar setelah ditegah oleh guru beliau, Sheikh Fadhil Al-Bentan. Beliau juga pernah cedera di bahu akibat tembakan komunis ketika serangan di Semerah pada 1 Julai 1945. Terdapat juga pengikut-pengikut beliau yang syahid semasa serangan namun bilangan anggota komunis yang terbunuh dikatakan amat tinggi sehingga 10 lori diperlukan bagi membawa keluar mayat mereka.
Serangan kemudiannya diteruskan di Senggarang serta berjaya menawan 7 orang komunis berbangsa Melayu. Semasa mereka cuba mendapatkan maklumat, mereka kemudiannya diserang kembali oleh komunis menyebabkan kesemua 7 tawanan tersebut berjaya melarikan diri namun kesemua mereka ditemui kemudiannya mati lemas di sebatang sungai.
Selepas Jepun menyerah kalah, komunis bermaharajalela di Batu Pahat. Mereka amat percaya komunis di China akan datang membantu perjuangan mereka di Tanah Melayu. Mereka mengganas serta membunuh semua orang yang disyaki menjadi tali barut Jepun.
Kiyai Salleh kemudiannya menyusun strategi menyerang komunis di Batu Pahat dengan melancarkan serangan dari pelbagai arah. Kiyai Saidi, Kiyai Taha, Kiyai Hanan dan Kiyai Miskam mengetuai serangan dari arah utara Batu Pahat (Muar, Parit Jawa dan Air Hitam)
Dari Selatan (Senggarang dan Pontian) diketuai oleh Kiyai Salleh Kintol manakala dari Timur (Parit Sulong dan Bandan) melancarkan serangan serentak ke atas Batu Pahat. Mereka membunuh semua komunis semasa dalam perjalanan ke Batu Pahat.
Orang-orang Cina di Batu Pahat amat bimbang tentang keselamatan mereka kemudiannya memberitahu Dato' Onn Jaafar tentang rancangan Kiyai Salleh untuk menyerang mereka. Atas nasihat Dato' Onn, Kiyai Salleh akhirnya membatalkan serangan tersebut.
Dato Onn bin Jaafar telah menjemput Kiyai Salleh untuk berunding ngan orang-orang Cina di Muar pada 15 sept 1945. Satu perjanjian damai dimeterai namun komunis telah melanggar perjanjian tersebut menyebabkan kumpulan yang dipimpin Kiyai Salleh mengamuk semua serta melancarkan serangan hebat ke atas mereka.
Dato' Onn kemudiannya mengaturkan perjanjian damai sekali lagi dengan menjemput ketua-ketua Bintang Tiga (komunis), ketua masyarakat Cina serta penghulu-penghulu di Batu Pahat. Sultan Ibrahim selaku Sultan
Sebagai menghargai jasa Kiyai Salleh, beliau dianugerahkan gelaran Panglima pada 26 Disember 1945 oleh Sultan Johor. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Penghulu Mukim Empat serta diminta oleh Sultan Johor untuk terus menjaga keamanan negeri Johor. Kiyai Salleh sekali lagi dianugerahkan Pingat Sultan Ibrahim (PIS) pada 17 sept 1955 atas jasa dan sumbangan besar beliau.
Mat Indera
Walaupun pentadbiran negara ditadbir oleh British kemudiannya, komunis masih lagi merupakan ancaman besar serta masih menjadi ancaman di seluruh Tanah Melayu. Kiyai Salleh menyerang Bakri yang ketika itu merupakan pusat bagi merekrut anggota baru Komunis.
Mat Indera, seorang ketua komunis berbangsa Melayu yang dikatakan kebal telah cuba menyerang Mukim Empat namun dibatalkan kerana Kiyai Salleh telah mengetahui serangan tersebut serta bersedia 'menyambut' kedatangan mereka dengan parang dan pedang. Mat Indera kemudiannya cuba menyerang Pagoh pula namun gagal. Mat Indera dikatakan bernasib baik apabila berjaya menyerang Balai Polis Bukit Kepong serta membunuh ramai anggota Polis di sana.
Gerakan parang panjang Kiyai Salleh dihentikan selepas Mat Indera di tangkap di Sri Medan tetapi sebenarnya mereka masih berperanan besar menjaga keamanan apabila menyertai 'homeguard'. Kiyai Salleh akhirnya meninggal dunia pada21 April 1959. Semuga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau serta menempatkan roh beliau di kalangan hamba-hambanya yang syahid demi kerana agamanya.
BUKU
1) Perihal 53 (MOTIVASI TINGGI CARA SALLEH), m/s 291: Membina Jati Diri Gemilang. AUTHOR: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
2) PANGLIMA. SALLEH. SELEMPANG MERAH (Panglima Salleh Of. The Red Sash), Penulis : Zaharah Nawawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya lahir dan dibesarkan di sebuah kampung di Mukim 4, Batu Pahat. Bersetentang dengan Kampung Separap.Sungai Simpang Kiri yang merupakan penghubung utama waktu dulu memisahkan kampung kami. Waktu kecil sering juga orang-orang tua dikampung yang berjuang bersama Kiyai Salleh (termasuk arwah ayah) menceritakan tentang kisah ini. Juga tentang kisah yang berlaku waktu pemerintahan Jepun. Juga diceritakan satu lokasi berhampiran rumah kelahiran saya dijadikan tempat menyeksa dan membunuh serta perkuburan tanpa tanda. Sedih dan menyayat hati.
Post a Comment