KRONOLOGI PENIPUAN UMRAH KELOLAAN AGENSI PENGEMBARAAN ASARI MURNI SDN BHD SEPERTI YANG DILUAHKAN OLEH MANGSA..



Awal Oktober, 2013 -

Saya mendaftar di agensi terbabit selepas mendapati tiada agensi2 lain yg mengelola umrah November dan Disember 2013. Bayaran deposit RM2,000 dibayar untuk 4 orang, setiap seorang berharga RM67XX. Pakej Umrah yg saya pilih awalnya pada 14 November - 25 November 2013 (12 Hari).


Pertengahan dan akhir Oktober, 2013 -

Saya, my wife, mak mertua mula mengikuti kursus umrah di Agensi Asari Murni cawangan Bandar Baru Perda.


Awal November, 2013 -

Saya menerima panggilan pertama dari pihak agensi mengatakan tarikh penerbangan saya ditunda pada 24 November 2013 (Pakej ke-2 bermula 24 November - 5 Disember 2013). Alasan pertama yg diberika oleh pihak agensi ialah sistem visa elektronik belum dibuka lagi oleh pihak MoFA Kerajaan Saudi. Saya terima alasan tuh. Bayaran penuh telah dibuat oleh saya kepada pihak agensi secara TUNAI sebanyak RM20,000++


Akhir November ke-1, 2013 -

Isteri saya menerima panggilan daripada pihak agensi mengatakan penerbangan saya yg bertarikh 24 November 2013 ditunda kepada 5 Disember 2013 (Pakej ke-3 bermula 5 Disember - 16 Disember 2013), alasan yang diberikan sistem Visa elektronik belum lagi dibuka oleh MoFA, Kerajaan Saudi. Sekali lagi saya boleh terima alasan tersebut selepas atas inisiatif saya sendiri menghubungi pihak MoFA di Riyadh dan Kementerian Haji di Mekah mengatakan sistem Visa Elektronik akan dibuka pada 1 Safar 1435 Hijri (4 Disember 2013). Saya akur dengan prosedur MoFA dan Kementerian Haji Saudi.


Akhir November ke-2, 2013 -
Sekali lagi isteri saya menerima panggilan daripada pihak agensi mengatakan tarikh penerbangan saya ditunda pada 15 Disember 2013 (Pakej ke-4 bermula 15 Disember - 26 Disember 2013). Kali ini, saya mula meragui tindakan agensi, lalu saya mulakan penyiasatan pertama ; 1. Saya menghubungi ke pejabat Kedutaan Arab Saudi di KL, jawapan yang diterima semua Kedutaan Saudi diminta bersedia untuk memulakan pemprosesan visa jemaah umrah bermula 5 Disember 2013. ke 2, saya menghubungi sendiri dengan HQ Asari Murni di Jalan Sultanah, Alor Setar (Staff yg selalu bercakap dengan dalam talian ialah Cik S******, person-in-charge bahagian Visa), beliau menyatakan pihak agensi sudah menghantar semua pasport jemaah umrah Asari ke Travel Agency iaitu Falcon Travel Sdn Bhd memandangkan syarikat tersebut adalah syarikat yg diberikanan t'jwab untuk menguruskan visa. Ke 3, saya menghubungi pihak Falcon untuk mengetahui status sebenar pengurusan visa. Pihak Falcon menyatakan semua permohonan visa akan mula diproses di Kedutaan Saudi KL pada 5 Disember 2013. Penyiasatan saya terhenti disitu.


Awal Disember (1), 2013 -
Bermula tarikh 4 Disember 2013, saya mulai alert dengan kedutaan Saudi di KL, setiap hari (menghubungi kedutaan Saudi sehingga tarikh 15 Disember 2013) saya menghubungi Kedutaan Saudi untuk mengetahui status Visa saya, isteri, mertua dan ibu saudara. Dalam byk2 hari saya call ke Kedutaan Saudi, hanya 2x panggilan saya dijawab. Jawapan yg diterima, "terlalu byk visa yg perlu diproses, harap bersabar". Dalam minggu ke 2 Disember, saya mula memeriksa sistem visa online melalui website ini :http://eservices.haj.gov.sa/eservice...IdM3.undefined. Tetapi jawapan dalam sistem hanya tertera "VISA Status : The Umrah VISA request sent to embassy". Penyiasatan kedua saya bermula selepas saya menghubungi sendiri ke HQ Asari (setiap hari bermula 4 Disember 2013 sehinggalah terakhirnya malam tadi), penyiasatan nie bermula selepas saya mendapat tahu, sudah ada jemaah dari agensi lain yg sudah pun diluluskan visa seawal 8 Disember 2013 dan mula fly ke Jeddah pada 13 Disember 2013. Sedangkan perkembangan visa jemaah Asari Murni masih tiada apa2 berita.


Awal Disember ke-2, 2013 -

Saya mula menghubungi HQ Asari untuk mengetahu kedudukan visa saya, jawapan yg diterima, belum diproses lagi. Saya mula tak sedap hati selepas mendapat tahu oleh HQ Asari bhw status penerbangan tidak dapat diumumkan lagi (maknanya tiada tarikh sebenar keberangkatan ke tanah suci). Tanggal 13 Disember 2013, saya dimaklumkan oleh HQ Asari melalui call, bahawa Visa saya sudah pun approved tp dalam sistem visa elektronik Kementerian Haji masih jawapan seperti tertera diatas dan dikhabarkan tarikh penerbangan akan bermula 16 dan 17 Disember 2013 melalui Pen-Jeddah menggunakan pesawat Sudan Airways melalui Amman-Pen-Amman-Jeddah. Saya mula menyemak status Flight melalui KLAS tetapi dimaklumkan bahawa tiada pesawat Sudan Airways yang akan landing di KLIA atau di mana2 airport di M'sia dalam tarikh tersebut. Saya mula resah teramat sangat selepas menyemak status Sudan Airways yang sebenarnya syarikat penerbangan yg dibanned untuk menggunakan ruang udara Kesatuan Eropah gara2 kerap berlaku air crash accident, terbarunya pada tahun 2008.


Pertengahan Disember 2013 - 

Saya menghubungi HQ Asari kali ini saya bercakap dan bersemuka sendiri dengan person-in-charge umrah Asari iaitu Zamzuri. Saya dimaklumkan bahawa Asari akan fly pada 19 dan 20 Disember 2013 (lagi sekali flight ditunda), akan menggunakan pesawat Royal Jordanian (RJ). Saya ambil inisiatif sendiri menghubungi syarikat RJ di Amman, Jordan mengajukan apakah benar terdapat charted Flight RJ yg akan fly ke Penang seterusnya ke Jeddah, jawapan yg saya terima, tiada charted Flight oleh RJ untuk ke KLIA atau Penang. Saya menghubungi semula Zamzuri HQ Asari, mengajukan status penerbangan yg seterusnya, jawapan yg saya terima ; Jemaah asari akan fly ke Medan via Penang, dari medan direct ke Jeddah menggunakan pesawat RJ bertarikh 20 Disember 2013 (sekian kalinya flight ditunda). Pelik. Penyiasatan saya terhenti untuk kali ke-2.


20 Disember 2013, 12.10 tengahari -

Saya menerima panggilan pada pukul 12.10 tengahari (Satu jam sebelum masuk waltu solat Jumaat) dari HQ Asari Murni bahawa pesawat sudah ada di Medan dan akan direct fly ke Jeddah pukul 11 malam ini, meminta persetujuan saya samada mahu meneruskan pakej ini atau tidak, saya menyatakan persetujuan. Isteri saya menghubungi Zamzuri di HQ untuk double check mengenai status flight terkini, zamzuri sendiri mengesahkan penerbangan tersebut dan jemaah akan fly menggunakan pesawat Sudan Airways (Pulak dah, tadi bagitau akan fly guna RJ) dan meminta kami stand-by di Penang Airport sebelum pukul 4 petang memandangkan flight ke Medan akan dilakukan sebanyak 3x untuk membawa seramai 260 jemaah kumpulan pertama, flight pertama ke Medan bermula pukul 6.15 petang. Saya sebenarnya terkejut, kaget, was-was dengan jawapan Zamzuri, saya menghubungi En Shahril, Pengurus Umrah Asari Cawangan Perda, beliau terkejut dengan kenyataan saya sbb beliau tidak menerima info akan ada jemaah umrah asari dari penang akan berangkat Medan dan beliau juga diarahkan oleh HQ Asari untuk book all bound tiket yg ada untuk ke Medan (rupa-rupanya tiket belum ada untuk ke Medan), memandangkan pada pukul 2.30 petang,penyiasatan ke-3 bermula, saya mengambil inisiatif sendiri menghubungi ke Call Center di Kuala Namu International Airport, Medan untuk mengetahui status pesawat Sudan Airways dan Royal Jordanian, jawapan yg diterima ; "Maaf Pak, di Bandara Internasional Kuala Namu enggak ada pesawat Sudan Airways dan Royal Yordania untuk keberangkatan pada malam ini langsung ke Jeddah". Pang !, saya hampir pengsan tapi saya menyembunyikan perkara ini daripada pengetahuan isteri, mak mertua dan mak sedara saya memandang mereka terlalu gembira untuk berangkat ke Al Haramain (mak sedara isteri saya sampai melompat selepas mendapat berita keberangkatannya ke Jeddah menjadi kenyataan) . Dihati saya, hanya ALLAH yg MAHA MENGETAHUI ttg PENIPUAN ini. Pukul 2.30 petang, kami bertolak dari Sg Limau Yan ke Bayan Lepas. Sepanjang perjalanan ke Bayan Lepas, saya jadi tak keruan. Saya lihat isteri saya. Saya berbisik dengannya, "betul ker Zamzuri sahkan flight nie ?",isteri saya menjawab, "YA". Saya kemam mulut, dada berombak, mahu sahaja air mata mengalir laju, saya seka air mata tu. Ya Rabb, penipuan jenis apa nie ?.


20 Disember 2013 - 4.00 petang di Pen I'ntl Airport -

Saya sampai di Penang Airport tepat jam 4 petang, saya dapati sudah ada jemaah Asari yg berada di ruang legar tingkat satu Airport. Masing2 teruja walhal mereka tidak mengetahui penipuan terancang nie. Saya mula menyiasat untuk kali ke-4, saya mula mengira jumlah jemaah umrah Asari yg akan (kononnya) fly ke Medan. Sehingga jam 7 malam, jumlah jemaah yg ada di Airport (mengikut jumlah beg memandangkan setiap jemaah umrah dibekal 1 beg besar) seramai 182 orang. Saya terserempak dengan En Shahril (Pengurus Umrah Asari Cawangan Perda), mukanya gelisah, pucat lesi, beliau memberitahu saya bahawa semua flight ke Medan sudah penuh dan sudah tiada flight ke Medan selepas pukul 9 malam, tambahan pula padanya tiada sebarang dokumen jemaah umrah, passport, visa, boarding pass, name list jemaah yg akan ke Medan, wang untuk book tiket dan lain-lain lagi. Saya meminta beliau bertenang dan saya mula ke sisi ruang legar tingkat satu, disitu sunyi (antara ruang telefon awam dan sudut kiosk yg sedang diubahsuai), disitu SAYA MENANGIS SEMAHU-MAHUNYA, seluruh badan saya mengeletar bila mengetahui perkara ini daripada En Shahril. YA RABB, HA ZIHI MUSIBAH, KULLUHU. Kemudian, Bertalu-talu saya call ke HP Zamzuri, tiada jawapan, tetapi melalui 2 sms menyatakan beliau berada di Airport Office uruskan name list jemaah dan satu lagi sms menyatakan "sila berurusan dengan Shahril (En Shahril)", saya mulai curiga, lalui menghubungi Cik K***** di HQ untuk bertanya dimana Zamzuri berada sekarang, diairport atau dimana, jawapannya ; "Azizuddin, sebenarnya encik Zamzuri ada di pejabat, dia ada bersama Tn Hj Ahmad (Tokey Asari)".Ya ALLAH, dikala jemaah jadi kelam kabut di airport, dia boleh dok bersenang lenang di pejabat. BUTUH HANG !.


20 Disember 2013 - 8.00 malam Pintu ke-6 Tingkat 1, Pen I'ntl Airport.

Semua jemaah diarahkan berkumpul di ruang legar pintu ke-6, mutawwif yg sepatutnya mengiringi jemaah ke Medan seterusnya ke Jeddah, memulakan ucapan, katanya, beliau tidak menyangkan musibah penipuan ini (sambil berucap dengan keadaan sebak) beliau diminta oleh HQ untuk menempatkan jemaah di hotel2 berdekatan, dan insyaallah akan berangkat ke Medan, pagi esok (Sah !, Asari Murni sudah menipu dan apa yg saya jangka berlaku, mmg betul2 berlaku, sebenarnya tiada flight dari Medan terus Ke jeddah malam itu). Waris dan anggota keluarga jemaah sudah mula memberontak, siap dengan maki hamun segala bagai, sasarannya ialah En Shahril (yang dikambinghitamkan oleh HQ), jemaah umrah adalah terdiri dari jemaah Alor Setar, Langkawi (kebanyakkannya kedah), Penang, Perak Utara, Pahang, WP Kuala Lumpur dan Selangor. Wartawan daripada Akhbar Kosmo dan Utusan Malaysia hadir untuk memuat liputan.


20 Disember 2013, 9.30 malam Pintu ke-6 Pen I'ntl Airport -

En Asyraf wakil Asari Murni datang untuk memberikan taklimat, katanya jemaah akan berangkat ke Jeddah esok pagi menggunakan flight Merpati Airlines (Ya Rabb, asari berbohong lagi). Jemaah dan waris2 mula marah2, En Asyraf menunjukkan name list jemaah yg terlibat dalam penerbangan esok pagi, rupanya seramai 106 jemaah sahaja yg terlibat, sedangkan yg dihubungi oleh HQ untuk hadir ke Airport lebih daripada tuh bahkan nama saya, isteri, mak mertua dan mak sedara tiada dalam senarai tersebut !!!!. Ada waris jemaah bertanya, apakah status penerbangan esok, wujud atau tidak, En Asyraf tidak dapat memberikan jawapan. Lagilah menimbulkan kemarahan jemaah dan waris2.


20 Disember 2013 10.45 malam, Balai Polis Pen I'ntl Airport -

Jemaah umrah dan waris2 terlibat membuat laporan polis, saya dan isteri berbincang dan memutuskan, esok (hari ini) ke HQ Asari, claim refund duit umrah dan ambil balik semua dokumen2 dan kami balik semula ke Sg Limau pada jam 12 tengah malam. 12.30 mlm, En Zamzuri sending sms kepada saya bhw beliau akan menghubungi saya. Saya resend sms tersebut ; "Untuk apa nak call saya ?. Esok sediakan cash, saya nak ambil balik duit saya".


21 Disember 2013 10.00 pagi - HQ Asari Murni Jalan Sultanah -

Saya tiba di HQ, Zamzuri menyambut saya (tanpa ada perasaan bersalah pada mukanya) dan isteri saya yg bercakap mahukan semua duit dan semua dokumen.


21 Disember 2013 11 pagi - Asari Murni Jln Pegawai A. Setar -

Hajah Munirah (bini tokey Asari) menandatangani cek bernilai RM20000++ dan isteri saya memberikan amaran, "KALAU INI CEK TENDANG, SAYA AKAN BAWA REPORTER KE SINI". Jawapan Hjh Munirah "Bawak ler".
TERKINI: CEK YG DIBERI ADALAH CEK TENDANG


Sekian kronologi isu ini. Sebenarnya masih byk yg berlaku tetapi saya singkatkan kepada perkara2 penting. Difahamkan, pagi tadi hanya terdapat 22 jemaah yg degil yg masih mahu meneruskan penerbangan yang tak pasti ke Jeddah tetapi kali ini mereka dibawa ke KLIA dengan bas. En Shahril (Pengurus Umrah Asari Caw. Perda) menghubungi saya memaklumkan perkara tersebut dan beliau sudah puas memujuk jemaah supaya membatalkan sahaja niat untuk ke Jeddah. Walhal penerbangan tersebut kononnya dari KLIA ke Jakarta dan dari Jakarta terus Ke Jeddah. Saya hanya mampu menggelengkan kepala. Hassbunaallahu wa ni'mal wakil.


Yang benar dan sahih,
Ustaz Nor Azizuddin Bin Abdul Manan. (tuan badan)

Didalam surat khabar:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html

http://www.bharian.com.my/bharian/ar...88381481237582

http://www.utusan.com.my/utusan/Dala...h-dakwa-ditipu

http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=ne_04.htm

Sumber:https://www.facebook.com/norazizuddi...60885213997549

RINGKASAN FAKTA KES PENIPUAN UMRAH OLEH AGENSI PENGEMBARAAN ASARI MURNI SDN BHD

Jumlah jemaah terlibat : 713 orang (based on statement by Zamzuri Desa HQ Asari Murni)

Tarikh penerbangan pertama sepatutnya : 14 November 2013

Kos setiap pakej untuk seorang : RM6,790.00

Jenis2 pesawat yg kononnya akan digunakan :
i. Sudan Airways -dimaklumkan sendiri oleh Zamzuri Desa
ii. Royal Jordanian - juga dimaklumkan oleh Zamzuri Desa
iii. Merpati Airlines - dimaklumkan oleh Asyraf wakil HQ Asari Murni 

Hotel yg kononnya ditempah oleh Asari Murni :
Hajar Movenpick Hotel -50m ke Plaza Al Haram Makki 

Jumlah jemaah yang berkumpul di PEN Airport ;
Malam Rabu 18 Disember 2013 - 40 jemaah telah berada di ruang legar tingkat 1, seawal jam 3 pagi. Akhirnya ditipu. 

Petang Jumaat 20 Disember 2013 - 182 jemaah sudah berada di ruang legar Airport, selebihnya 200 jemaah ditempatkan di hotel2 berdekatan Airport.

28 comments:

Sharifah Rashidah bt. Syed Ahmad said...

Dia orang ni manusia ke apa ha....kalau bkn manusia, penyamun la nampaknya..Harap mangsa bersabar byk2..insyaallah Allah akan bagi ganjaran di atas kesabaran tuan...

Fina Ibrahim said...

saya juga salah seorang "mangsa".. saya juga berasa kecewa tidak dapat pergi seperti dijadualkan dan beberapa kali tarikh ditangguh.. Saya juga faham perasaan tuan namun saya punya perspektif yg berbeza. Saya rasa melabel agensi itu penipu mungkin tak berapa kena. Saya tidak menyalahkan semuanya pada syarikat Asari Murni. Saya faham, isu Visa di luar kuasa mereka. kerana semua masalah ini berpunca dari kelewatan pengeluaran Visa yg selalunya mengambil masa 1-3 hari shj. Kelewatan Visa berpunca drpd satu dua agensi yg cuba 'memalsukan' dokumen jemaah mereka. Berikutan masalah itu, pihak Arab Saudi menjadi sgt tegas menyemak segala doc. Ini menyebabkan proses itu lama dari kebiasaan. Apabila visa mula dikeluarkan, semuanya keluar hampir sekali gus yg menyumbang kepada masalah penerbangan. Penerbangan yg sepatutnya berlepas seperti dijadualkan tidak dapat berlepas kerana jemaah banyak yg tak dpt visa.. dan penerbangan ini semua dibatalkan. Saya difahamkan utk menyediakan penerbangan 'adhoc' sgt rumit kerana mmerlukan banyak kelulusan dr pelbagai agensi kerajaan Malaysia & luar negara. Bukan saja memerlukan kelulusan untuk mendarat malah kelulusan perlu utk terbang di ruang udara beberapa negara. Pada saya agensi tersebut berusaha sedia upaya utk menerbangkan jemaah mereka.. Macam mana mereka menipu kalau syarikat mereka tidak ditutup dan masih boleh dihubungi. saya tak nampak untungnya mereka menipu kerana pekerja2 mereka bekerja hingga lewat malam utk menyelesaikan masalah ini. Saya tak nafikan ada beberapa kelemahan dlm pengurusan mereka terutama dlm menyampaikan maklumat secara berkesan pd jemaah mereka. Agensi Asari Murni ini adalah sbhgn dr konsortium.. yg juga terdiri dr beberapa lg agensi pengelola lain. mereka berkongsi menyewa penerbangan khas agar lebih ramai jemaah berpeluang mengerjakan umrah. Sudah beberapa tahun mereka beroperasi sedemikian, semuanya berjalan lancar sehingga timbul masalah ini. Mereka juga punya track record yg baik selama ini.. dan saya rasa insiden ini adalah utk kita semua muhasabah diri.. termasuklah agensi2 terlibat.. mungkin ada ruang yg perlu diperbaiki. dan kita sbg jemaah mesti selalu ingat.. Bukan senang nak jadi tetamu Allah. Ini bukanlah pakej percutian ke London.. Paris.. kita nak pergi utk beribadat.. jgn cacatkan niat kita.

Anonymous said...

Salam Ustaz
saya terpanggil untuk berkongsi pendapat. saya juga adalah "mangsa"
Asari Murni yg dijadualkan berangkat pada pada 5/12 dan beberapa kali terpaksa ditangguh atas sebab2 visa dan penerbangan yg belum confirm.
Sebenarnya saya bersetuju dengan pendapat pn fina ibrahim kerana setelah saya kaji dan dapatkan maklumat dari pelbagai pihak, ianya bukan kes penipuan seperti yang diwar2kan.kerana beberapa syarikat travel agen yg besar2 di tanahair (nama agen tidak perlu dinyatakan) jugak mengalami kes yg sama. kerana ada ahli keluarga saya di KL pun tidak dapat berangkat beberapa kali disebabkan kes visa dan penerbangan. Sebenarnya saya telah beberapa kali pernah menunaikan umrah bersama Asari Murni dibawah kelolaan hj.zamzuri di ibu pejabat. pada mulanya saya juga menyangka asari murni menipu. tetapi setelah saya datang beberapa kali ke pejabat mereka, barulah saya tahu mereka sendiri pun tidak cukup tangan melayan jemaah, panggilan masuk dan hj zamzuri sendiri pun tidak menjawap beratus panggilan masuk ke hanponnya mmg dia sendiri pun sgt sibuk mana lagi dgn jemaah yg datang ke pejabat.
saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya rasakan ustaz menuduh mereka menipu rasanya tidak patut. dan pada anggapan saya klu mereka menipu dah lama dah bisnes mereka lingkup,dan teguran ikhlas saya jgn lah memaki mereka "BUTUH HANG"..kerana anda adalah seorang ustaz dan pasti akan menjejaskan kredibiliti anda sebagai seorang ustaz.
Yaa..siapa yang tidak marah, semua org marah. tapi biar ada hadnya. pada hari berangkat 20 Dec saya sendiri hendak pastikan kemana hj.zamzuri pergi kerana beliau jugak tidak menjawap panggilan saya dan stafnya bagitau saya beliau ke airport uruskan tiket penerbangan dan memang betul beliau dia airport (sya telah check dengan saudara saya di mas airport)
saya juga mulanya keliru dengan dengan penjelasan staff mereka Cik Samsiah dan Cik Aziyah kejap kata jordan kejap sudan airlines. Setelah saya dapatkan penerangan dari hj.zamzuri, penerbangan yg digunakan adalah Jordan Airlines yang menggunakan permit dan lesan dari pihak Sudan Airways.
Saya juga telah melaporkan kes ini ke Kemeterian Pelancongan, kata mereka dokumen asari murni lengkap termasuk pengesahan penerbangan Jordan yg disewa khas. Bermakna tidak ada unsur penipuan dan asari murni tidak merancang kearah itu. Dua tahun berturut saya dan keluarga menunaikan umrah bersama asari murni dibawah kelolaan hj zamzuri dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dan besok kami akan berangkat ke Tanah Suci dengan penerbangan Airasia yg diuruskan oleh hj.zamzuri dan staffnya yg bertungkus lumus siang malam. Mungkin pengurusan Asari Murni perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan bilangan Jemaah yg ramai.
Kpd Pengurusan Asari Murni..teruskan mengurus Tetamu Allah ke Tanah Suci dan jatuh sekali tidak bermakna jatuh selamanya asalkan niat kita ikhlas dan suci

Anonymous said...

Salam Ustaz
saya terpanggil untuk berkongsi pendapat. saya juga adalah "mangsa"
Asari Murni yg dijadualkan berangkat pada pada 5/12 dan beberapa kali terpaksa ditangguh atas sebab2 visa dan penerbangan yg belum confirm.
Sebenarnya saya bersetuju dengan pendapat pn fina ibrahim kerana setelah saya kaji dan dapatkan maklumat dari pelbagai pihak, ianya bukan kes penipuan seperti yang diwar2kan.kerana beberapa syarikat travel agen yg besar2 di tanahair (nama agen tidak perlu dinyatakan) jugak mengalami kes yg sama. kerana ada ahli keluarga saya di KL pun tidak dapat berangkat beberapa kali disebabkan kes visa dan penerbangan. Sebenarnya saya telah beberapa kali pernah menunaikan umrah bersama Asari Murni dibawah kelolaan hj.zamzuri di ibu pejabat. pada mulanya saya juga menyangka asari murni menipu. tetapi setelah saya datang beberapa kali ke pejabat mereka, barulah saya tahu mereka sendiri pun tidak cukup tangan melayan jemaah, panggilan masuk dan hj zamzuri sendiri pun tidak menjawap beratus panggilan masuk ke hanponnya mmg dia sendiri pun sgt sibuk mana lagi dgn jemaah yg datang ke pejabat.
saya tidak menyebelahi mana-mana pihak, tapi saya rasakan ustaz menuduh mereka menipu rasanya tidak patut. dan pada anggapan saya klu mereka menipu dah lama dah bisnes mereka lingkup,dan teguran ikhlas saya jgn lah memaki mereka "BUTUH HANG"..kerana anda adalah seorang ustaz dan pasti akan menjejaskan kredibiliti anda sebagai seorang ustaz.
Yaa..siapa yang tidak marah, semua org marah. tapi biar ada hadnya. pada hari berangkat 20 Dec saya sendiri hendak pastikan kemana hj.zamzuri pergi kerana beliau jugak tidak menjawap panggilan saya dan stafnya bagitau saya beliau ke airport uruskan tiket penerbangan dan memang betul beliau dia airport (sya telah check dengan saudara saya di mas airport)
saya juga mulanya keliru dengan dengan penjelasan staff mereka Cik Samsiah dan Cik Aziyah kejap kata jordan kejap sudan airlines. Setelah saya dapatkan penerangan dari hj.zamzuri, penerbangan yg digunakan adalah Jordan Airlines yang menggunakan permit dan lesan dari pihak Sudan Airways.
Saya juga telah melaporkan kes ini ke Kemeterian Pelancongan, kata mereka dokumen asari murni lengkap termasuk pengesahan penerbangan Jordan yg disewa khas. Bermakna tidak ada unsur penipuan dan asari murni tidak merancang kearah itu. Dua tahun berturut saya dan keluarga menunaikan umrah bersama asari murni dibawah kelolaan hj zamzuri dan Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.
Dan besok kami akan berangkat ke Tanah Suci dengan penerbangan Airasia yg diuruskan oleh hj.zamzuri dan staffnya yg bertungkus lumus siang malam. Mungkin pengurusan Asari Murni perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa memandangkan bilangan Jemaah yg ramai.
Kpd Pengurusan Asari Murni..teruskan mengurus Tetamu Allah ke Tanah Suci dan jatuh sekali tidak bermakna jatuh selamanya asalkan niat kita ikhlas dan suci

Anonymous said...

Harap dapat pergi.. Tapi ini jelasagensi ini tidak mampu uruskan...jadi bagi saya ia tetap penipuan kerana ini melibatkan urusan profesional... Bulan isu amerika, london, us atau makah. buat kerja pandang kemampuan... Jangan redah saja....menyusahkan orang... Tiap tahun ko dapat pergi. Orang kampung ni kumpul duit ... Piang betullah..

Anonymous said...

pada pandangan hamba klu dah tak boleh pegi then ambiklah duit balik.
bukannya hangus pun duit tu!
kalau dah tak dapat berangkat lepas tu duit tak dapat balik itu baru kes menipu. ini duit dapat balik.

(mcm bangang jee ustaz nie) camner leh jadi ustaz arr

Anonymous said...

Salam.saya terpanggil untuk bertanya dekat 'ustaz'..apa kah benar cheque yg diterima adalah cheque tendang?kerna khabarnya jemaah yang lain menerima bayaran balik dengan senang...

Anonymous said...

salam...saya merupakan jemaah yang terkandas untuk menunaikan umrah dari 14 november lagi.untuk makluman "ustaz nor azizuddin" saya dah menunaikan umrah bersama asari sebanyak 5 kali..alhamdulillah perkhidmatan sebanyak 5 kali itu cukup memuaskan hati saya...sebab itu saya masih mahu manggunakan khidmat asari murni untuk kali ke 6 dan mungkin seterusnya (WALAUPUN KALI INI TERKANDAS)..tidak mungkin untuk syarikat yg beroperasi 25 tahun ini mahu menipu sedangkan mereka menhantar submition untuk visa ( di pasport saya terdapat stamping visa valid for one month) ..persoalan sekarang saya juga mendapt rfund melalui cek sebnayak rm 37,000.00 dan alhamdulillah cek tersebut bukan cek tendang...( betul ke cek "ustaz azizuddin cek tendang..tak baik putar belit sedangkan awak tu ustaz" )nanti awak yg akan dpt azab....untuk pengetahuan "ustaz" 28 dec -30 dec jemaah asari sudah mula terbang ke jeddah..ini berdasarkan maklumat saudara mara saya yang masih mahu menunaikan umrah bersama asari murni..(saya tidak dpt bersama kerana terliat dengan cuti sekolah")..."ustaz" muhasabah diri banyak2..mungkin ada sebabnya ustaz dpt kesana..pikirkan positif sebagai seorang ustaz...untuk pengetahuan ustaz insyaallah saya akan mendaftar semula dengan asari untuk umrah marc 2014...
Note" sebagai seorang ustaz tidak baik anda memaki "butuh hang"..kerana ia akan menjatuhkan maruah anda jauh lebih rendah dari asari "

Anonymous said...

astafirullahalazim......

Anonymous said...

astafirullahalazim......

Anonymous said...

Kpd yg ustaz yg berkenaan..renungkanlah..dengan adanya org2 spt ustazlah mennyebabkn keadaan menjadi sulit kpd jemaah lain dn juga pihak agensi kerana Allah hanya menerima tetamu yg benar2 layak shj utk mengunjungi tanah suci..bersihkanlah diri anda luar dan dalam takut nnti dng ajensi lain pun yg akn mmbawa anda akn menerima nasib yg sama dgn asari...
bertaubatlah...jgn seronok sangat nk mendedahkn kesilapan org sbb anda telah mendedahkan sikap sebenar anda yg amt memalukan ustaz2 yg lain.
Kpd pihak pengurusan dan seluruh kakitangan asari murni...harap tabah dgn ujian ini dan harap dpt memperbaiki lagi mutu perkhidmatan utk masa2 yg akn dtg. Saya salah seorang dari ribuan jemaah yg telah anda bawa ke tanah suci, sgt berpuas hati dgn perkhimatan syarikat ini...

Anonymous said...

Kpd yg ustaz yg berkenaan..renungkanlah..dengan adanya org2 spt ustazlah mennyebabkn keadaan menjadi sulit kpd jemaah lain dn juga pihak agensi kerana Allah hanya menerima tetamu yg benar2 layak shj utk mengunjungi tanah suci..bersihkanlah diri anda luar dan dalam takut nnti dng ajensi lain pun yg akn mmbawa anda akn menerima nasib yg sama dgn asari...
bertaubatlah...jgn seronok sangat nk mendedahkn kesilapan org sbb anda telah mendedahkan sikap sebenar anda yg amt memalukan ustaz2 yg lain.
Kpd pihak pengurusan dan seluruh kakitangan asari murni...harap tabah dgn ujian ini dan harap dpt memperbaiki lagi mutu perkhidmatan utk masa2 yg akn dtg. Saya salah seorang dari ribuan jemaah yg telah anda bawa ke tanah suci, sgt berpuas hati dgn perkhimatan syarikat ini...

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz Azizudin.

Kami (Pihak Asari Murni) telah menyemak penyata bank kami dan mendapati cek yg diberikan kepada pihak tuan sudah di tunai kan. Dan ini telah disahkan oleh isteri tuan sendiri apabila dihubungi oleh pihak kami. Pihak kami kesal dan memohon maaf dengan segala kesusahan/kesulitan yang telah di alami oleh pihak tuan. Walaubagaimanapon, kami terkilan dengan kenyataan pihak tuan yang mengatakan cek yang kami beri itu adalah “cek tendang”. Kenyataan itu amat serius kerana ia cuba meyakinkan orang ramai seolah olah kami menipu pihak tuan. Pihak kami sedar banyak ruang yg perlu kami perbaiki, tetapi niat kami dengan ikhlas ingin membawa jemaah-jemaah kami menunaikan umrah secepat mungkin. Jemaah-jemaah kami yang telah membuat keputusan untuk membatalkan umrah mereka bersama kami, telah pun kami pulangkan kesemua wang yang telah mereka bayar kepada kami. Untuk pengetahuan tuan, jemaah-jemaah kami yang masih ingin meneruskan niat mereka telahpun kami hantar dengan 3 penerbangan.

Kami meminta jasa baik tuan menarik balik kenyataan “cek ditendang” dan memperbetulkan/memperjelaskan isu ini di dalam facebook dan blog tuan. Kami tidak melarang pihak tuan untuk meluahkan ketidakpuasan hati tuan terhadap kami di laman web sosial. Namun dengan membuat kenyataan tidak benar adalah salah kerana ia nya “fitnah” dan bertentangan dengan ajaran Islam dan imej tuan sebagai seorang ustaz.

Pihak kami tidak pernah “banned/blacklist” sesiapapun. Sekiranya pihak tuan ingin lagi berurusan dengan kami, kami terima dengan terbuka. Jika tidak, kita anggaplah perkara ini berakhir disini. Kami berharap pihak tuan dapat memperbetulkan kenyataan itu secepat mungkin sebelum melibatkan sebarang tindakan undang-undang.

Sekian terima kasih.
Pengurusan Syarikat Pengembaraan Asari Murni.

sila rujuk link ini;

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=267790506707517&set=pcb.267790580040843&type=1&theater


https://www.facebook.com/photo.php?fbid=267790493374185&set=pcb.267790580040843&type=1&theater

Anonymous said...

Klu check tendang nape x call jew wartawan .... buat report kew..nape org lain duit refund ok jer...
Nm jew ustaz tp kaki auta...

Anonymous said...

Alhamdulillah saya salah seorang yang mengikut rombongan umrah baru-baru ini. Kami dilayan dengan baik ketika di Jakarta (siap dibawa berjalan 6 hari dijakarta). Kami juga dilayan dengan baik ketika di Mekah dan Madinah. Mungkin ada pelbagai ujian, tetapi perkara tersebut diluar jangkaan disebabkan masalah dengan kedutaan dan syarikat penerbangan.

Saya tidak bersetuju menuduh Syarikat Asari Murni sebagai penipu.

Jamaly
Peserta Jemaah Umrah Asari Murni Disember 2013-Januari 2014

Anonymous said...

Saudara Saya (yang mengadu dan yang mengkomen):

Setiap kejadian yang berlaku adalah kehendaki Ilahi SWT. Dalam menghadapi dan menangani takdir Ilahi, kita perlu berhati-hati kerana akhirnya nanti kita seolah-olah membantah takdir Ilahi. Tentu kita faham erti membantah kehendak Rabbi. Cuba kita renungi keadaan kita sebelum, semasa, dan akhir peristiwa kerana di situ ada sesuatu yang Rabbi 'berbicara'. Muhasabah diri dengan renungan ke dalam diri dengan dalam, seni dan suci akan membawa kita ke selangkah tingkah muqqarabin. Menyalahkan orang lain/organisasi tidak dapat menyelesaikan masalah tetapi kemudiannya akan menyalahkan diri sendiri. Kepada saudara mengikuti perkembangan saudara ini, diharap tidak membuat sesuatu yang'membakar' tetapi carilah kebenaran melalui banyak saluran. Ishtiqarah banyak-banyak dan mengadulah kepada Rabbi yang Maha Merancang, jawapannya pasti ada.

Bersabar, Bersolat dan Berlemahlembut dalam menyelesaikan masalah sesama kita dalam melaksanakan ibadat. Dan, jangan mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain atas kelebihan yang kita ada.

Am said...

Ustaz ni tak patut pakai title ustaz...bnyk fitnah dalam penulisannya...saya kenal dan dengar sendiri dari teman rapat saya yang pergi sama tarikh dengan "ustaz" ni...dia terkandas di Indonesia selama lebih kurang 9 hari kembali ke Malaysia 2 hari...tp sentiasa dijaga oleh baik oleh Asaari Murni...dia dapat menunaikan umrah dengan sempurna kerana dipilh menjadi tetamu Allah...yg tak dpt pergi sebenarnya tak mau pergi bukan tak boleh pergi....tak yakin pada ketentuan Allah kurang iman dan tidak sabar... siapa yg percaya cerita "uataz" ni dinasihatkan buat siasatan dan pengesahan dulu.

Am said...

Pn Sharifah please don't jump to conclusion. Pls read the comments beliw

Anonymous said...

Assalaimualaikum warahmatullahi wabarakahtu’ Ustaz Nor Azizuddin.
Pertama-tama sekali saya mohon maaf atas tulisan saya ini. Walaupun entri ustaz ini sudah lama tapi saya baca dengan menghayatinya dan berulangkali memehati di beberapa bahagian yang saya fikir perlu. Bila baca dan baca di entri blog/web lain maka banyaklah perkara berkaitan ini yang saya temui. Bila banyak membaca (bukan rajin baca Cuma cerita ini saja) saya temui masalah berkaitan. Bila saya googling dengan tajuk ‘Penipuan Umrah”, terdapat 2,890 results. Jumlah ini agak banyak di tulis oleh manusia yang sememangnya kena tipu atau menganggap diri mereka tertipu. Juga satu perkara tentang ranking blog us. Saya juga rasa hairan bila banyak baca maka saya jadi rajin menulis pula. Bila banyak menulis, sudah pasti aka nada banyak perkara yang menyinggung dan menyakitkan hati orang lain, oleh yang demikian saya di awal ini memohon kemaafan terlebih dahulu. Kepada mana-mana pembaca yang tak berkaitan, eloklah tak usah meneruskan membaca komen ini, tak berkaitan.
Mula saya rasa nak Tanya Ustaz!
1. Ustaz sihat? Alhadullilah sihat. Badan masih kuat kerana masih muda.
2. Ustaz ada selera makan? Amat berselera.

GOOGLING
1. Googling mula dengan ‘penipuan umrah’ pada malam , terdapat 2,890 keputusan dengan kedudukan http://panggungopera.blogspot.com/ dengan tajuk yang di bincang ini.
2. Bila google lagi dengan nama ustaz ‘ Ustaz Nor Azizuddin Bin Abdul Malik’ blog ustaz juga berada di tempat pertama,
3. Bila terus google dengan nama ‘AGENSI PENGEMBARA ASARI MURNI SDN BHD’ BLOG USTAZ JUGA BERADA DI TEMPAT TERATAS DARI 101,000 KEPUTUSAN. Tahniah untuk kesemua rangking itu.

Sampai di sini saya tak mahu google lagi pasal tajuk ini, terlalu banyak dan rangking blogspot ustaz berada di kedudukan no satu. Ustaz kena berbangga besar kerana tulisan ini telah melonjakan blogspot ustaz ke tahap teratas seperti naiknya harga barang. Ketiga-tiga saya google telah Berjaya melihak blog ustaz ini berada di kedudukan No1. Sekali lagi saya katakana ustas kena bangga besar atas kejaya tersebut.


panggungopera
Saya tidak hairan dengan tulisan itu telah meletakan blog Ustaz Nor Azizuddin kerana kebolehan ustaz menghasilkan blogspot yang bagitu canggih ini. Bila saya selak beberapa entri bloh ini di entri lain tapi tak ada tanaga nak baca lagi:
1. Blogspot yang canggih dan setaraf dengan blogspot yang berada di kedudukan atas. Pautan siaran kepada blog yang rank tinggi. Blog sebagini selalunya menyampaikan dengan baik samaada penulisan, pengolahan dan tatabahasa. Saya juga faham bahawa blog tidak terikat dengan mana-mana undang-undang penulisan, tetapi mereka juga ada etika berblog. Jadi perkara yang kurang elok tak sepatutnya di masukan kedalam penulisannya seperti yang terdapat dalam entri ini.
2. Blog ini panggungopera.blogspot.com agaknya lebih condong kepada politik, condong kearah parti tertentu dengan penyampaian yang baik-baik dan penyampaian kurang elok kepada parti lain. Mungkin juga dengan berblog ini ustaz akan dapat wang yang lebih banyak dan boleh menunaikan umrah berkali-kali dengan beberapa orang di bawa bersama,
3. Perhatian saya juga tertumpu kepada tulisan berkait dengan artis wanita terutama yang agak sexy, maklumlah saya ini jantan mestilah suka kepada subjek seperti itu dan maaf belum baca lagi tak cukup masa. Ustaz juga suka kepada artis wanita yang bergaya agaknya ya.. Kitakan sama lelaki= serupa la tu.

Sekian untuk kali ini, kalau komen ini di siarkan pasti saya akan sambong lagi jika di izinkan Allah dan panjang umur.

Bersambong……………….

Anonymous said...

Assalaimualaikum warahmatullahi wabarakahtu’ Ustaz Nor Azizuddin.
Terima kasih atas kesudian ustaz menyiarkan komen mlm tadi. Terima kasih.

Malam nanti saya akan cuba sambung komen lagi jika di izinkanNya.

Anonymous said...

Assalaimualaikum warahmatullahi wabarakahtu’

Kedua kali saya masuk ke ruangan komen ustaz dan mohon kemaafan atas kesalahan dan kesilapan bila menulis kedua kali ini. Lebih banyak bercakap akan mendedahkan kelemahan bagi diri si bercakap, demikian juga dengan penulisan saya ini, bila semakin panjang saya menulis akan terserlahlah lagi kelemahan tulisan dan pemikiran saya, oleh itu pohon kemaafan dan keampunan dari ustaz dan pembaca yang lain.
Malam ini adalah malam kedua saya enter ke blog Anak Seberang di tajuk yang sama iaitu “KRONOLOGI PENIPUAN UMRAH ......” yang telah di tulis oleh Ustaz Nor Azizuddin Bin Abdul Manan. Juga sebagai janji saya akan menyambung komen malam sebelumnya bila komen tersebut di siarkan.
Sebelum ke blog ustaz ini, saya juga ada meninjau ke beberapa web/blog/forum yang berkaitan penipuan, sebelum ini juga pernah membaca perkara yang sama. Saya dapati rata-rata bakal jemaah umrah yang di anggap kena tipu atau memang kena tipu adalah yang memilih pakej harga murah. Tapi pakej yang ustaz telah pilih bukanlah pakej harga murah bila ustaz katakan RM6790/pax. Jadi tidaklah dapat di katakan keseluruhan yang menganggap dirinya kena tipu/memang kena tipu adalah dari kalangan yang memilih pakej harga murah sahaja. Cuba lihat entri di web Saudara Mazidul tentang penipuan di sebelah Selangor, harga pakej boleh tahan juga. Yang lainnya Makcik-makcik dari Kelantan yang kena tipu dan sudah ke LCCT tapi tak juga bertolak. Dari Trengganu pun ada yang terkena dan boleh kata dari setiap negeri ada kes seperti ini. Bukan dari kumpulan ustaz sahaja yang menerima nasib sebagini.

Anonymous said...

Dalam kes ustaz ini saya berpendapat tidak kena tipu cuma terkena permainan travel agen sahaja. Banyak kes lainpun adalah terkena permainan ini. Bila travel agen bermain dengan cara mereka, berlaku penangguhan, tangguh lagi mereka akan kata ini adalah ujian, cubaan, dugaan dan mereka tidak akan mendedahkan kelemahan mereka bila perancangan mereka gagal. Bagi kebanyakan makcik, pakcik, maklong akan terimalah sebagai ujian dan akan berakhir bila dapat berangkat ke Tanah Suci atau jika tak jadi pergi ke Tanah Suci bila wang di kembalikan. Permainan TA akan saya komen di lain waktu jika di izinkan.
Ustaz Nor Azizuddin Bin Abdul Manan bukan calang-calang orang, perkara berkaitan ugama tak usah di tanya lagi tapi saya melihat kehebatan ustaz yang dapat mencari info seperti yang di tuliskan melalui kronologinya terutama yang melibatkan MoFA dan pihak-pihak luar negara seperti , Kementerian Hajj Arab, beberapa syarikat penerbangan dan tidak kurang agensi dalam negara, semuanya dapat di zahirkan. Sungguh hebat, Saya juga tumpang dapat ilmu perhubungan dari entri ustaz ini, terima kasih. Cuma yang saya muskil sikit pasal pemilihan syarikat TA yang mencadangkan pemergian UMRAH pada tarikh yang tak boleh dapat VISA. Visa selepas musim haji 2012 hanya di buka pada awal jan 2013, dan sebelum di ketahui visa bila buka selepas haji 2013, kenapa ustaz tak cari infonya. Melalui pengalaman yang mereka ada (TA), Saya pasti dan amat pasti bahawa TA tahu bila tarikh visa akan di keluarkan walaupun tidak 100% tepat, mustahil akan dapat seawal bulan nov 2013.Walaubagaimanapun ustaz telah akur dengan kedudukan visa ini seperti kronlogi ustaz.

Anonymous said...

Pengeluaran visa pada 4 atau 5 dec adalah lebih awal dari yang di ramalkan, mustahil bagi TA yang jujur dan bukan nak kumpul orang buat pakej lebih awal dari tarikh itu. Ada TA yang lebih bertanggungjawab nak buat akhir bulan dec pun tak berani tatapi bila mengetahui visa dah dapat awal dec sudah mula kumpulorang dan mula mohon visa, bila visa dapat sudah tak dapat tiket bagi kesemua jamaah pula di samping itu susah nak dapat hotel terutama di Mekkah. Kesemua TA belum membeli tiket penerbangan sebelum mereka mendapat visa, kebiasanya mereka tempah saja, bila pihak syarikat minta bayaran penuh, mereka terpaksa fikir nak bayar penuh dan bagaimana kalau visa tak keluar. Walaupun tiket mereka boleh ubah, tapi denda tetap di kenakan oleh syarikat penerbangan. Demikian juga dengan hotel, mereka kena tempah dan kadang kena bayar penuh, jika tidak hotel boleh batal, Kalau mereka belum bayar dan bila visa di perolehi, maka timbul kesukaran nak dapat kekosongan dalam penerbangan bagi menampung jumlah jemaah menghampiri setengah muatan pesawat. Kalau boleh dapat jumlah jamaah untuk satu penerbangan, mudah kerja TA itu.
Saya percaya penuh ustaz juga telah mencari/membaca perihal berkaitan umrah tak jadi/tipu, banyakan! Pelbagai masalah yang berlaku tahun 2013 terutama di sebelah akhir tahun tetapi tidak berlaku di awal tahun 2014 hingga sekarang. Inilah salah satu faktor yang saya katakan bahawa itu bukan ujian, bukan cubaan walaupun penganjur akan meletakkan faktor ini sebagai punca, saya tetap kata faktor manusia yang merancang TIDAK BETUL sesuai dengan kata-kata yang selalu kita dengar “manusia merancang, Allah juga merancang.....” .
Kita meninjau lagi kepada mana-mana TA yang dapat membawa jemaahnya pada pertengahan bulan dec 2013 walaupun terpaksa terbang melalui Bangkok dan transit lagi dan berjaya sampai, tapi timbul pula cerita penginapan di Hotel Mekkah. Satu TA yang dah bayar penuh untuk tempahan hotel yang bersebelahan dengan Haram Mekkah pun di batalkan di sebabkan keluarga raja arab yang ikut mengerjakan umrah pada dec yang lalui, bila raja mereka turun Mekah maka raja-raja dan pembesar tempat lainpun ikut ke Mekkah, maksud negara lain. Ikuti komen-komen pedas jamaah walaupun dapat pergi, yang menarik diri tak masalahlah sebab dapat duit balik.
Kepada ustaz yang saya sanjungi melalui penulisan blognya ini, usahlah bersedih atau terlalu kecewa dengan tidak jadi pergi pada tarikh tersebut. Wangpun sudah dapat balik dan saya percaya ustaz sudahpun sampai ke Tanah Suci dalam tahun 2014 ini. Saya katakan tadi, tahun 2014 ini sudah tiada masalah lagi walaupun tidak pergi musim cuti sekolah 2013. Kalau jadi melalui Syarikat Pengembaraan Asari Murni kerana kata Pengurus pemasarannya bahawa syarikat mereka tidak tidak pernah “banned/blacklist” sesiapapun termasuklah ustaz.
Komen ini adalah dari diri saya yang tiada kaitan dengan pengajuran umrah, segala yang lemah dari diri saya sendiri dan mohon maaf.

Jumpa lagi kalau di izinkan Allah dengan komen terhadap TA jika komen kali ini di siarkan.

Terima kasih.

Anonymous said...

Comment moderation has been enabled. All comments must be approved by the blog autho

Anonymous said...

Salam.

Maaf buat kali ini lambat membalas komen kerana lambat buka ruangan ini. Bagi maksud mainan TA dalam pakej umrah yang dia nggap tertipu, suka saya menyikap permainan ini dari satu artikat berkaitan.

Tulisan ini bukan bermaksud menyatakan pakej yang ustaz dakwa itu benar tipu.

Ini adalah petikan bagi maksud di atas:

"Tetapi ramai sebenarnya tidak menyedari bahawasanya Tawaran Umrah Harga Rendah ini banyak mengundang risiko. Kekadang tu ada juga rasa cuak tetapi keinginan untuk ke Tanah Suci telah mengatasi segalanya. Mereka yang berani mengambil risiko ini sentiasa berdoa dan berharap semoga kabar-kabar negatif mengenai Umrah mereka tidak berlaku.

Risiko utama ialah Penipuan Pakej Umrah. Sudah banyak kali didedahkan di dada akhbar mengenai Kes Penipuan Umrah. Harga yang ditawarkan memang tidak munasabah tetapi kerana pertimbangan dibuat atas kemahuan dan bukannya fakta menyebabkan ramai yang terjerat. Memang kesian kepada mereka yang mengalaminya. Kerana kebanyakkan dari kalangan mereka terdiri dari warga emas dan bukan jenis orang berada pula.

Bukan Semua Yang Menipu!

Tetapi bukan semua Tawaran Pakej Harga Rendah berniat untuk menipu dari awal. Tetapi jemaah gagal menunaikan Umrah atau tertangguh Umrah mereka disebabkan berlakunya Permasalahan Pakej Umrah yang disebabkan oleh faktor atau Kes seperti di bawah.

Kes 1 – Penipuan Tiket Penerbangan

Seperti mana jemaah yang tertarik dengan Harga Murah, Penganjur Pakej pun begitu juga. Jika ada pihak yang boleh menawarkan Harga Tiket yang amat murah, maka pastinya peluang ini direbut dahulu. Apabila tiba masanya baru tahu perkara tersebut tidak benar. Yang kasihannya ialah jemaah kerana turut sama menjadi mangsa.

Sebenarnya manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar kebendaan, hatta dalam Industri Haji dan Umrah. Bayangkan sekiranya Penganjur Pakej yang mendapatkan Tiket Flight dari Agen, tiba-tiba mendapati di saat akhir Tiket Flight mereka tiada. Tiada tiket tetapi wang mereka dikembalikan. Dan ada juga yang Tiada Tiket dan wang mereka juga turut lesap.

Ketika hal ini terjadi, apa langkah susulan yang perlu Penganjur Pakej ambil ? Jika wang dikembalikan mungkin boleh dicari Tiket lain. Tetapi jika wang tak dikembalikan ? Kerana itu berlaku jemaah tidak dapat terbang disebabkan oleh masalah sebegini.

Kes 2 – Penukaran Tarikh Penerbangan

Penukaran Tarikh Penerbangan boleh jadi disebabkan lambat memperolehi Visa. Atau boleh juga disebabkan oleh Kes 1 di atas. Jika ini berlaku maka Penganjur terpaksa mencari Flight Alternatif. Dan di saat-saat akhir amat sukar memperoleh Tiket Flight dalam kuantiti yang banyak untuk satu Kumpulan Umrah. Maka ahli Kumpulan Umrah terpaksa dipecah-pecahkan kerana Penganjur Pakej hanya mendapat Tiket yang sedikit dan tidak cukup untuk satu Kumpulan.

Apabila dipisahkan ahli Kumpulan, maka ianya perlu juga dirujuk dengan ahli yang ada kaitan Mahram. Jika anggota Mahram dipisahkan dan ambil Flight yang berbeza, pasti masalah akan timbul semasa di sana nanti. Dan sudah pasti Harga Tiket yang dicari dalam lingkungan budget Harga Rendah mereka supaya tidak mengalami kerugian atau sekurang-kurangnya kerugian boleh diminimakan.

Kes 3 – Pertukaran Tempahan Hotel

Anonymous said...

Kes 3 – Pertukaran Tempahan Hotel

Apabila Kes 1 dan/atau Kes 2 berlaku, maka Penganjur terpaksa membatalkan Tempahan Lama dan membuat Tempahan Baru untuk kemasukan Jemaah di Hotel Madinah dan Makkah. Penganjur terpaksa menanggung kerugian kerana pembatalan Tempahan Lama kerana biasanya wang deposit tidak dikembalikan. Tambah malang sekiranya bayaran sudah dibayar kesemuanya. Memang tak boleh dapat balik duit tu. Dalam masa yang sama, Tempahan Kemasukan Hotel yang baru juga perlu dibayar.

alharam madinahTempahan Hotel pada saat-saat akhir memang menyukarkan. Jika dapat pun, biasanya Harga bilik jadi lebih mahal. Dan yang lebih trajis hingga di saat-saat akhir tempahan bilik hotel gagal diperolehi. Atau 1 malam menginap di hotel lain dan malam berikutnya di hotel yang lain pula. Jika ini berlaku, pastinya ramai jemaah yang tidak berpuas hati. Di pihak Penganjur, yang penting jemaah mendapat tempat penginapan, walaupun hakikatnya mereka kini menanggung kerugian. Kekadang saya dapat merasai kesedihan yang ditanggung oleh Penganjur Pakej, Dah lah rugi, kena marah pulak tu”

Kes 4 – Kegagalan Menunaikan Umrah

Kemuncaknya ialah kegagalan jemaah menunaikan Umrah. Bagi Penganjur Pakej yang bertanggungjawab, sedaya upaya mereka berusaha menunaikan hajat jemaah ke Tanah Suci. Tetapi jika Penganjur Pakej yang mempunyai masalah kewangan? Bagaimana nak menampung kos jemaah untuk ke sana sekiranya wang bayaran tiket Penerbangan dan juga bayaran Hotel di Tanah Suci telah dibelanjakan kesemuanya dan tidak dapat dikembalikan ? Di pihak jemaah pula memang menyedihkan. Mereka tidak dapat ke Tanah Suci bukan disebabkan oleh mereka.

Tulisan ini bukan bertujuan untuk membela Penganjur Pakej. Yang penting bakal jemaah dapat memahami mengapa sesuatu Permasalahan Umrah itu terjadi. Kerana sebaiknya bakal jemaah ambil sikap lebih berhati-hati dalam memilih sesuatu Pakej Umrah supaya permasalahan yang diceritakan di atas tidak berlaku pula kepada mereka nanti."

Terimakasih kepada pembaca yg telah baca komen sampai kesini dan pemilik blok yang telah menyiarkan komen.
Saya akan menulis komen lagi jika komen ini di siarkan, insyaalah

awwad communication said...

SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY http://awwadcommunication.blogspot.com/
Assalamualaikum W.R.T
- SIM Kad Arab Saudi MOBILY khas untuk Jemaah Umrah Malaysia yang diedarkan Oleh Awwad Communication dijual harga RM 45.00 dan mempunyai nilai kredit SAR 35.00, DATA 50 MB YANG BERNILAI SAR 5.00 & 10 MINIT PANGGILAN ANTARABANGSA YANG BERNILAI SAR 5.00
- Tempoh sahlaku kad selama 120 hari dari tarikh pengaktifan sebaik sahaja Jemaah tiba di Arab Saudi.
- Kami mengenakan caj tambahan RM 6.00 bagi kos perkhidmatan Pos dan kurier.
- Pihak kami juga ada melakukan penjualan dan penerangan secara terus kepada Jemaah di lapangan terbang KLIA/LCCT sebelum mereka berangkat mengerjakan Umrah.
- SIM Kad Umrah adalah untuk kemudahan anda sepanjang berada di tanah suci.
- Dapatkan lebih penjimatan panggilan ke Malaysia sehingga 70% sekiranya anda mengaktifkan nombor panggilan favorite anda. Sila ikuti arahan dan maklumat di bawah.
- Kadar panggilan tempatan adalah SAR 0.55 / minit dan SMS tempatan dan atarabangsa (ke Malaysia dan lain-lain negara) adalah SAR 0.25 / minit.
- Untuk maklumat lanjut tentang kadar panggilan, sila layari www.mobily.com.sa
- Untuk maklumat lanjut mengenai Sim Kad Arab Saudi MOBILY, Sila berhubung dengan Sdr Adam di talian 012 2537106.
KELEBIHAN MEMILIKI SIM KAD ARAB SAUDI MOBILY KHAS UNTUK JEMAAH UMRAH.
- Setiap SIM KAD telah didaftarkan.
- Siap dengan ID no untuk urusan tambah nilai.
- Baki credit yang cukup banyak SR 35.00
- Free 50 MB Data. Tak perlu bersusah payah untuk menambah nilai bagi membeli data.
- 10 minit International call (FREE).
- Disertakan juga no telefon untuk kemudahan waris menghubungi Jemaah ketika di tanah suci.
- Hanya perlu masukkan sim kad ke dalam telefon dan boleh terus guna.
- Mengelak kan di tipu oleh penjual-penjual sim kad di airport Arab Saudi. (boleh rujuk pada mereka-mereka yang pernah ke sana).
0122537106 (adam)

Norharlina Noor said...

Betul tu...klu x mampu nk urus knp berat org korang terima

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...