Seks 30 Minit di Penang


LOKASI premis yang berselindung di sebalik pusat kesihatan dipercayai
menawarkan perkhidmatan seks di kalangan wanita tempatan di Jalan Penang.

Sindiket pelacur tempatan di Jalan Penang, Lebuh Chulia

GEORGETOWN: Satu sindiket pelacuran beroperasi di sekitar Pulau Pinang dipercayai merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pekerja seks atau 'teman wanita sementara' kepada pelancong asing dan rakyat tempatan yang berkunjung ke negeri ini.

Kebanyakan gadis tempatan yang direkrut berusia 20-an dan mempunyai pekerjaan termasuk peniaga makanan, pekerja kilang, pengurus jualan langsung, kakitangan firma kewangan dan tidak ketinggalan kakitangan kerajaan.

Mereka dibayar kira-kira RM110 bagi setiap 30 minit perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Bagi ejen yang berjaya membawa pelanggan akan dibayar RM80 iaitu RM50 ditanggung oleh pelanggan, manakala RM30 lagi dibayar oleh rumah urut.

Sindiket itu dikatakan sudah lama beroperasi di rumah urut berlesen di beberapa tempat seperti Jalan Penang dan Lebuh Chulia di sini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sumber memberitahu, sindiket merekrut gadis tempatan itu dilakukan bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa dan juga orang ramai sekiranya mengambil warga asing.

Sebelum ini, sindiket mengambil wanita Filipina, China, Thailand dan Vietnam untuk bekerja tetapi kebanyakan mereka sudah dicekup pihak berkuasa. Sejak itu, sindiket membuat keputusan tidak lagi mahu menggunakan perempuan warga asing.
"Tindakan mengambil warga asing amat berbahaya dalam perniagaan ini dan ia juga menyebabkan senang dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, ramai gadis tempatan rela melakukan pekerjaan sebagai pekerja seks bagi mendapatkan pendapatan lebih, selain untuk berseronok mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang lazimnya pelancong asing.

"Semua perempuan dari setiap negeri di Malaysia ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang berminat. Malah, hampir semuanya boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik.

"Sindiket pelacuran ini juga mempunyai kelebihan kerana pekerja seks terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India termasuk perempuan etnik Sabah dan Sarawak," katanya.

Sumber memberitahu, sindiket berkenaan akan mendapatkan perempuan tempatan melalui ejen yang dilantik untuk melakukan tinjauan di kawasan pejabat, kilang dan kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah dan pusat rekreasi.

Katanya, ejen akan mendekati gadis yang difikirkan berpotensi untuk bekerja dengan sindiket dan akan menawarkan peluang pekerjaan menjadi 'teman wanita sementara'.

Beliau berkata, biasanya, mereka hanya mahu bekerja sementara dan tempoh bekerja ialah pada waktu malam saja.

"Malah, pernah berlaku beberapa gadis tempatan yang datang sendiri mahu berjumpa dengan tauke untuk memohon pekerjaan sebagai 'teman wanita sementara'.

"Gadis yang bekerja dengan sindiket akan diajar mengenai beberapa petua penting untuk menarik perhatian dan mengambil hati pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan," katanya.
Berita Harian

MANA PENGUATKUASA? DUK KALUT PEROBOH GERAI SAJA KERJA, GERAI NI TAK MAU ROB0OH KE? MAIPP BUAT APA? DUK BEREBUT KUASA TAK ABIS-ABIS LAGI? MANA SALLEH MAN? DUK KALUT JILAT LGE SAJA KE?
KALAU NAK HARAP LGE BENTERAS, JANGAN MIMPI LE, LAGI DIA TAMBAH PUSAT-PUSAT HIBURAN ADA LA..

3 comments:

UjangRanggi said...

Jalan yang hang tunjuk ni...kat belakang Hotel Peking sebelah Hotel Cititel, Penang Road tu...gua suka gak lepak kat Soho depan tu..lepas tu kena sup Hameed...perghh...panas wei..

hangkedee said...

mamat itik pi cekek babi ke

Lintau Perak said...

Inilah antara sebab mengapa china DAP nak sangat memerintah Malaysia.

Mereka boleh kembangkan perniagaan secara terbuka tanpa berselindung lagi kat belakang hotel peking (kata Ujang Ranggi la).

p/s: http://lintau-perak.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...