MISI SELAMATKAN AL-MAHDI 090112


Ibarat Sivaji The Bos...dari 3 hingga 8 Januari ini Datuk Seri Anwar Ibrahim nak buka gelanggang 'mahkamah rakyat' pusing keliling ke 18 bandar di semenanjung untuk bikin heboh menjelang keputusan kes liwatnya 9 Januari ini.

Alasan mudah, main tuduh saja perbicaraan tidak adil,ada konspirasi dan macam-macam lain.Ini salah satu transformasi sistem perundangan negara yang mereka terlupa nak gariskan dalam Buku Jingga.

Al kisahnya Anwar akan menjelajah ke 18 lokasi utama di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur untuk mengisi jadual tersebut.

Roadshow itu akan diisi sepenuhnya oleh Anwar untuk berceramah, termasuk di tiga perhimpunan besar pada malam terakhir di Lembah Kelang, sebelum mahkamah membuat keputusan pada Isnin.

Masih ada lagi orang melayu yang tak tau menilai perangai dan tabiat manusia.
Bawak-bawaklah berfikir yang mana kebenaran dan yang mana palsu dan pura-pura.
Kalau tak salah apa yang nak ditakutkan.
Kalau buat salah berani buat berani tanggung.
Tak perlu nak berdemontrasi 901, tak payah tunjuk lagak nak roboh tembok batu penjara. Semua tu buang masa saja.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...