Showing posts with label mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label mahasiswa. Show all posts

Tu Dia! Saifuddin Terus Didesak Letak Jawatan!

Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) terus mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah agar meletakkan jawatan atas alasan seolah-olah memihak kepada kumpulan pelajar mengadakan perhimpunan dan demonstrasi menggesa Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dimansuhkan.

Presiden Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah berkata, ia merupakan langkah susulan daripada tindakan mereka sebelum ini yang memberi Saifuddin agar meletakan jawatan dalam masa 14 hari selepas menerima memorandum mereka 21 Disember lalu.

Sehubungan itu katanya, mereka akan mengumpulkan tandatangan dan menyerahkan surat desakan agar meletakkan jawatan kepada Saifuddin, yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno.

"Walaupun tempoh yang kami beri kepada Saifuddin untuk letak jawatan sudah tamat, itu tak bermakna kita akan berdiam diri. Kita akan hantar surat kepada Datuk Saifuddin mendesak agar dia meletakan jawatan berserta tandatangan daripada pihak berkepentingan dalam institusi pendidikan negara.

"Jika perlu, tandatangan ibu bapa mahasiswa yang menyokong, pensyarah dan kakitangan juga kami akan ambil.

"Tujuan kami mudah. Kami tidak mahu nasib adik-adik kami yang masuk universiti dikelirukan oleh pemimpin parti politik yang tidak bersama dengan aliran kerajaan," katanya pada sidang media Aspirasi menolak mahasiswa menyertai Himpunan 901 di Univeristi Teknologi Mara (UiTM) hari ini.

Selain itu, Shahar berkata, pihaknya akan mengumpulkan sebanyak mungkin tandatangan dan akan terus mendesak sehingga Saifuddin melepaskan jawatannya.

Jelasnya, tindakan Saifuddin yang menyebelahi kumpulan pelajar yang berdemonstrasi itu seolah-olah sebuah golongan minoriti yang ingin mentadbir negara, sama seperti parti pembangkang yang bercita-cita menawan Putrajaya.

"Jika dia betul-betul 'gentleman', saya minta agar dia keluar daripada kerajaan," ujarnya.-SH

Ternyata Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah Juga Peka Dengan Nur Amalina



A.S : Moga begitulah doa seorang mukmin kepada muslim yang lain..
Bukan menghina tapi mendoakan. Jadilah muslimin yang baik..

Mahasiswa Pro Pakatan Hangin Satu Badan Dengan Hassan Ali!

Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Hasan Ali tidak menyokong perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari ini dan tidak akan menghadiri demonstrasi itu.

Perhimpunan itu dianjurkan oleh PKR dan akan dihadiri oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat sebagai menunjukkan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika keputusan perbicaraan liwat II yang membabitkan ketua pembangkang itu diumumkan.

Sehubungan itu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya Selangor menasihatkan mahasiswa dan pelajar khususnya yang sedang menghadapi peperiksaan dalam tempoh ini supaya tidak menghadiri perhimpunan itu.

"Walaupun terdapat arahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman bagi ahli-ahli (PAS) suapaya hadir, saya merasakan bahawa ini adalah tidak sesuai.

"Saya telah semak sebelum ke sidang media ini, tidak terdapat arahan oleh mana-mana pesuruhjaya PAS negeri lain yang mengeluarkan arahan seumpama itu. Tiada juga arahan yang dikeluarkan oleh pemimpin atasan supaya hadir. Oleh itu, saya tidak akan hadir," katanya.

Hasan, bekas ahli akademik dan bekas ketua Biro Tatanegara, berkata sebagai pelajar mereka perlu menumpukan perhatian pada pelajaran dan tidak terpengaruh apa-apa yang mungkin berlaku kepada Anwar.

"Tumpukan perhatian pada pelajaran dan masa depan anda. Saya difahamkan kebanyakan universiti seperti Universiti Malaya, Universiti Industri Selangor, Universiti Teknologi Mara, Universiti Pertanian Malaysia sedang mengadakan peperiksaan dalam tempoh ini.

“Tumpukan pada peperiksaan dan lakukan yang terbaik.

"Saya kasihan terhadap Anwar tetapi beliau tidak seharusnya menjadikan masalah peribadinya sebagai isu negara dan mengheret orang lain bersama. Pelajar sekolah menengah juga harus kekal di sekolah-sekolah dan tidak menjejaskan pelajaran mereka," katanya.

Suffiah Yusof Budak Genius Menyesal Jadi Pelacur!

Wanita genius matematik yang juga bekas pelajar Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 23, menyesal dengan tindakannya terbabit pelacuran.

Perkara itu didedahkan Pengarah Perancangan dan Strategi Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang), Hanafi Abdul Malek yang dihubungi Harian Metro, semalam.

Untuk mengesahkan perkara itu, Hanafi berkata, pihaknya menghubungi pengurusan yang pernah menjadi ejen wanita itu menjual tubuh yang turut mengakui dia tidak lagi terbabit dengan kegiatan itu.

“Dia dah tak buat lagi kerja tu dan kini hanya aktif melakukan kerja amal. Melalui e-mel yang dihantar kepada saya kira-kira seminggu selepas Aidilfitri lalu, Sufiah kata dia betul-betul menyesal dengan perbuatan itu.

“Kami juga ada menghubungi agensi teman sosial yang menguruskan Sufiah dan mengesahkan mereka tidak dapat menghubunginya serta tidak tahu di mana dia berada,” katanya.

Kisah kehidupan Sufiah disiarkan akhbar News of the World keluaran 31 Mac lalu yang mendedahkan wanita yang dianugerah kepintaran semula jadi itu menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun Sterling (RM845) bagi satu sesi.

Wanita itu bertemu wakil akhbar terbabit yang menyamar sebagai pelanggan di laluan masuk ke fletnya dengan hanya memakai skirt pendek, but kulit dan baju-T.

Apabila wartawan itu berbual dengannya, Sufiah menyatakan dia masih belajar untuk mendapatkan ijazah sarjana dalam bidang ekonomi menerusi kursus separuh masa selama dua tahun di London.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup.

Dia dikatakan menjalani kehidupan di flet terbabit dengan menjual tubuhnya untuk membayar sewa.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi hitam yang menimpa hidupnya sejak zaman kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang begitu berprestij.

Pendedahan akhbar itu berlaku serentak ketika bapanya, Farooq yang berasal dari Pakistan mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

Mengulas lanjut, Hanafi berkata, Sufiah kini lebih tenang selain senang dan gembira dengan rakyat negara ini yang mengambil berat mengenai dirinya.

“Bagaimanapun melalui e-mel sama, dia jelaskan belum bersedia untuk bertemu keluarga, terutama ibunya (Halimaton Yusof).

“Sungguhpun begitu, saya gembira dengan perkembangan positif ditunjukkan Sufiah dan menasihatkannya supaya sentiasa ingat serta memohon pertolongan kepada Allah,” katanya.

Kata Hanafi, rancangan untuk merawat Sufiah menggunakan kaedah Islam mungkin dapat dilaksanakan sekitar bulan depan.

Ini kerana dia akan ke Belanda atas urusan kerja sebelum ke England untuk bertemu Sufiah.-myMetro

A.S : Alhamdulillah. Ini Yang Kita mahukan.
Semoga terbuka lagi hatinya melihat kebenaran.
Semoga Allah swt melimpahkan lebih hidayah dan rahmah kepada beliau untuk berubah.

Inilah Padahnya Jika Mahasiswa Dibiarkan Aktif Berpolitk!


blog Double Y hari ini mendedahkan keputusan akademik pelajar2 yang dok sibuk nak berpolitik dan mahu AUKU di mahsuhkan . Rupa-rupanya muka-muka yang dok kalut mahu kebebasan akademik ini sebenarnya gagal dalam akademik dek kerana sibuk sangat berpolitik dan berdemo .

Adakah ibubapa /waris kepada pelajar2 ingin melihat anak mereka mengikut jejak langkah budak2 mahasewel ini ?? Jadi awasi anak anda dari terjebak menjadi mahasiswa robot kepada Anwar Ibrahim .





Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan






Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)


Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa


Sumber:GPB

Suatu Entry Untuk DIhayati Oleh Adam & Rakan-Rakan


AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (Kenyataan Oleh Tun Mahathir)

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.

3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.

4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.

6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.

8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.

9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.

11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.

Kasihan Nur Amalina, Namanya Juga Digunakan Laman Lucah!!


Rasanya carian popular Malaysia pada ketika ini ialah berkaitan Nur Amalina Che Bakri. Ia mengalahkan berita-berita lain, sebabnya hanya kerana fotonya yang tersebar. Melalui carian google berkaitan Amalina, namanya juga digunakan di laman-laman tak senonoh.

Ini kerana namanya dah tersohor sebelum ini, mungkin dah digunkan waktu namanya tersohor dahulu atau mungkin juga baru digunakan kini. Inilah dunia online, yang tersohor itu yang digunakan.

Melalu carian juga, tajuk yang paling malang digunakan blogger Malaysia berkenaan kes Amalina ialah;

Tentunya Nur Amalina paling sedih dengan tajuk ini!!

Tidak elok rasanya kita menghukum Amalina dengan tajuk sebegitu. Walaupun agak seksi tetapi belum bogel dan kenapa kita sesedap rasa dan jari menaip. Menaip tajuk yang agak melampau.

Apakata kalau kita lebih berhati-hat

-Ekeleh

Hot! Respon Amalina Selepas Tersebarnya Gambar Beliau!



Respons Nur Amalina pelajar cemerlang SPM 2005 di facebook miliknya berikutan tersiarnya gambar-gambar miliknya yang jelas memperlihatkan akan kejutan budaya yang diterimanya hinggakan telah mengubah dirinya dari seorang gadis timur yang bertudung kepada sebaliknya..

Tulisnya dilaman facebook miliknya "I don’t care what people say about me as I wear my pain everyday.

Maknanya lebih kurang "Saya tak peduli apa orang lain kata tentang saya... susah dan senang saya tanggung sendiri..

Ikut cara budaya barat yang bebas tanpa ikatan peraturan dan hukum dikatakan yang hidup yang cool yang digambarkan Nur Amalina Che Bakri yang meluas tersebar di internet.

Nur Amalina pelajar cemerlang memperolehi 17A keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2004 rekod pendidikan Malaysia yang diumumkan March 2005.

Amalina telah ditaja Bank Negara Malaysia (BNM) melanjutkan mengajian perubatan peringkat Universiti Edinburghdi United Kingdom, London selepas memperolehi A-Level di Cheltenham Ladies College di UK.

Namun menghadapi kegagalan kali kedua pengajian perubatannya di universiti Edinburgh.

Gadis melayu Sufiah genius Mathematik jadi pelacur, Aarif genius pun jadi berkahwin GAY, yang ni genius SPM 17A dah jadi begini... Apa la silapnya... Hurm...Biar orang bodoh dihantar keluar negara balik boleh jadi pandai. Orang genius jangan dihantar ke luar negara jadi teruk sebab belum tentu baik.. sebagai teladan.

Di zaman digital dan di era twitter, facebook, blog yang kini semakin meluas ke segenap kota dan desa meliputi peringkat umur tau dan muda, seharusnya kita semua perlu berwaspada. Malah jika tiada semua pun, sebagai umat Islam kita perlu meyakini bahawa Allah Maha Melihat dan Maha mengetahui apa juga yang kita lakukan dan Allah berhak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu - samada untuk memuliakan atau menghinakan.

Itulah KEBENARAN semua orang tidak menafikan dan gambar disiarkan bukan bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan peribadi malah bertujuan supaya Nur Amalina bertaubat dan kembali kepada yang baik, berpekerti muslimah dan tidak lagi melakukan perkara-perkara lebih besar iaitu mendatang fitnah kepada umat Islam.

Allah tidak menzalimi kita tetapi sebaliknya kitalah yang sering menzalimi diri sendiri.

Allah s.w.t. telah memperingatkan:
وَمَا أَصَابَكُم مِّن مُّصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَن كَثِيرٍ
“Dan musibah saja yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (kesalahan-kesalahanmu). ”[Asy-Syura: 30]

Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan makna ayat di atas, “Musibah apapun yang menimpa kalian wahai manusia, penyebabnya tidak lain karena dosa-dosa yang kalian kerjakan.” [Tafsir Ibnu Katsir, 7/208, cetakan Dar Thaybah 1420 H]

Selatan Online

Apa Rebel-Rebel? Mau Tau Beza Rebel Cina Dengan Rebel Melayu!


1. Rebel Cina Namawee Memang Kurang Ajar Sebab Dia Tak Ada Adab Melayu Islam.

2. Rebel Melayu UPSI PKR Lebih Kurang Ajar Sebab Dia Ada Adat Melayu & Agama Islam.

3. Rebel Cina Buat Perkara Creative Mempersendakan Lagu NegaraKu

4. Rebel Melayu UPSI PKR Tak Creative & Merusuh Pecahkan Harta Awam - Klinik & Mengganggu Ketenteraman Awam

5. Rebel Cina Lepas Belajar Graduate & Dapat Geran Buat Filem Nasi Lemak, Orang Bayar & Dia Dapat Duit

6. Rebel Melayu UPSI PKR Tak Graduate Lagi, Mungkin Kena Buang, Berhutang PTPN & Yang Lebih Malang, Melayu Yang Jamin Dia Kena Tanggungjawab Hutang PTPN Melayu Bodoh UPSI PKR

Rebel Cina Dapat Untung, Rebel Melayu Buat Pekung, Nama Melayu & UPSI Busuk Melantung.

Rebel : Pemberontak

ADAM ADLI JANGAN SAMPAI BUDAK SEKOLAH BERDEMO DEPAN HANG!

CITA-CITA : GURU

TEMPAT BELAJAR : UPSI, TANJUNG MALIM


AKTIVITI: :DEMONSTRASI JALANAN


KESIMPULAN A.S : ADAKAH TEKNIK BERDEMONSTRASI AKAN DISUBURKAN DI SEKOLAH-SEKOLAH PULA SELEPAS INI ??
BAGAIMANA JIKA ANAK MURID BERDEMONSTRASI SEMASA ANDA MENGAJAR? HANGPA MESTI MARAH & GERAM BUKAN???

PANDANGAN A.S : BUANG SAHAJA MEREKA INI, MENYEMAK DAN LOW CLASS. RAMAI LAGI ANAK MELAYU YANG NAK MASUK IPTA & NAK JADI CIKGU,

Kereta Budak Nazak Dipecah!


Menurut twitter AdamAdli, budak musibat dari UPSI yang menjadi salah sorang kepala geng tidur atas jalan di depan pintu masuk UPSI malam tahun baru kelmarin, kereta milik Safwan Anang yang dikatakan 'nazak' telah dipecahkan.

Betul ke cermin tu pecah atau kena sembur cat?
Ataupun ini hanya satu lagi publisiti murahan demi nak raih simpati?
Orang kalau nak hentak, tak buat la macam ni, buang masa saja nak rosakkan kereta orang macam tu!
Puak Pakatan Haram banyak la perangai macam tu!

Katanya depa ni born to rebel, rebel apa macam ni?
Sikit-sikit nak ngadu menangis celah ketiak mak!Huhuhu..

Blogger Pakatan Panas Pungkok: Fitnah La Lagi!


A.S sokong 1000% dengan pihak polis terhadap tindakan ini.
Makin dibiarkan makin melampau jadinya.
Fitnah, adudomba dan mengada-adakan cerita yang tak wujud memang menjadi rutin dan tugas harian mereka.
Kasi tangkap dan dakwa je blogger pakatan haram ni di mahkamah.
Biaq depa rasa.
Biaq depa tau langit tinggi ke rendah!


Polis akan menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berunsur fitnah dalam beberapa blog berhubung isu penuntut universiti dipukul polis dalam satu perhimpunan haram di Perak, semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan, berkata polis juga mempunyai bukti yang kukuh untuk menyangkal fitnah yang dilemparkan itu.

"Semasa perhimpunan haram itu, beberapa jurugambar dan jururakam polis ditugaskan untuk merakamkan kejadian tersebut sebagai bukti polis tidak menggunakan kekerasan termasuk mencederakan mana-mana penuntut.

"Oleh itu, saya mengarahkan satu kajian dilakukan pasukan khas tersebut bagi menunjukkan dakwaan yang dilemparkan itu adalah tidak benar," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, sekiranya dakwaan yang dibuat dalam blog tersebut terbukti palsu, polis akan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan tuduhan memfitnah pasukan keselamatan tanpa usul periksa tidak berulang.

Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata, siasatan menunjukkan klinik yang dirempuh kumpulan penuntut dalam perhimpunan haram tersebut mengalami kerosakan dianggarkan mencecah RM10,000.

Polis sebelum ini menafikan dakwaan anggotanya menggunakan kekerasan ketika menyuraikan perhimpunan haram anjuran kumpulan penuntut Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) selepas sambutan Ambang Tahun Baru di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak, awal pagi semalam.

Kira-kira 70 penuntut beberapa universiti dilaporkan berhimpun secara haram di pekarangan UPSI atas alasan menuntut kebebasan akademik dengan menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Selain itu, mereka mendesak agar penuntut UPSI, Adam Adli Abdul Halim, yang menurunkan bendera tertera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat UMNO pada 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tatatertib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA

Orang luar dalang kekecohan UPSI!

Orang politik diminta tidak masuk ke universiti dan menerap budaya politik yang kurang ajar sehingga mengganggu kehidupan siswa yang sepatutnya memberi tumpuan terhadap pelajaran.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi), Mohd Shahar Abdullah berkata, apa yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi), Tanjung Malim pada awal pagi 1 Januari lalu adalah contoh campur tangan orang politik dalam kehidupan pelajar.

"Saya berani katakan majoriti penuntut Upsi tidak mahu kehidupan mereka diganggu. Mereka ada cita-cita untuk belajar hingga dapat genggam ijazah. Itu matlamat mereka," katanya.

Mohd Shahar berkata, apabila insiden seperti itu berlaku, sudah tentu ramai yang tertekan, terutama pelajar perempuan.-SH

"Mereka tidak biasa dengan tindakan seperti ini. Mereka harus beri tumpuan pada pelajaran, apa lagi sekarang adalah minggu ulang kaji terakhir sebelum peperiksaan," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi 1 Januari lalu, kira-kira 100 pelajar dari pelbagai universiti di Lembah Klang, berhimpun di hadapan Upsi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) selain menggesa penarikan balik tindakan terhadap penuntut Upsi, Adam Adli Abdul Halim yang akan dihadapkan ke perbicaraan tata tertib universiti 9 Januari ini.

Perbicaraan itu adalah susulan tindakannya menurunkan bendera bergambar Perdana Menteri ketika menyertai perarakan sekumpulan mahasiswa ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menempatkan ibu pejabat Umno 17 Disember lalu.

Mohd Shahar berkata, hanya dua orang penuntut Upsi sahaja terlibat termasuk Adam Adli dan seorang pelajar wanita yang telah dibuang dari universiti itu kerana menghadapi masalah disiplin.

Katanya, perhimpunan tidak mendapat sambutan kerana kebanyakan yang hadir bukan penuntut Upsi.

“Pengacau berkenaan sebenarnya tidak menghormati suara majoriti (pelajar Upsi yang tidak sertai perhimpuan) dalam masa yang sama memanjat pagar menceroboh kawasan universiti.

“Yang saya hairan, kenapa mereka memecah cermin sebuah klinik di depan Upsi? Adakah mereka mahu menganggap kecederaan itu dilakukan pihak berkuasa? “Yang saya dapati laporan perubatan Hospital Slim River, Perak orang luar, iaitu Safwan Anang Talib cedera kerana serpihan kaca,” katanya.

Beliau menyokong tindakan yang dilakukan polis dan pihak keselamatan Upsi kerana menahan orang luar daripada menceroboh dan melakukan kekecohan.-SH

Bukan FRU Yang Sebenarnya Meleraikan Insiden Di UPSI Semalam!

Dibawah adalah petikan dari blog wartawan terkemuka, Mazidul Akmal yang menceritakan kejadian sebenar insiden di UPSI semalam.
Mazidul yang memang diketahui umum seorang wartawan yang berprofil tinggi pastinya tidak akan melaporkan sesuatu yang palsu kerana ini pasti bertentangan dengan etika tugasnya.

Sudah terbukti nyata bahawa portal dan blog pro pakatan haram hanya memainkan isu fitnah yang menyatakan bahawa FRU digegaskan ke tempat kejadian bagi mengawal malaun-malaun mahasiswa yang kurang hajar ini.
FRU yang dimaksudkan semalam adalah hanya polis biasa iaitu LSF.

Semua propaganda ini hanyalah satu lakonan drama tamil yang terhebat di hari pertama tahun 2012 ini. Ia hanyalah untuk meraih publisiti murahan disamping propaganda untuk menjatuhkan imej polis sekali lagi.
Kumpulan seragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF, dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim. Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senam, Ipoh, Perak atau dari Pulau Penang.
Baca lebih lanjut di
Mazidul

Update: Video Ucapan KP UMNO Penang Untuk Adam & SMM Tatapi. Ada Provokasi Dari mamat PAS!

Tonton hingga minit ke-9, ada seorang juak PAS datang nak jadi hero membela Adam cuba nak buat provokasi! Bercakap dengan biadap dan kurang hajar!
Apa cerita ni??

Pendirian pemuda UMNO jelas, Adam tak akan diapa-apakan.
Adam akan diberikan ruang seluas-luasnya untuk berucap..


Penantian kehadiran mahasiswa minority iaitu Adam Adli dan SMM oleh Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Malaysia yang sayangkan PM di Dataran Pidato yang dihadiri lebih 100 orang. Lebih tiga jam menanti, akhirnya tak kunjung tiba.

Nampak benar mereka bersalah, jika mereka di pihak yang benar mengapa harus gentar?
Ketua Pemuda, Sdr Ir Shaikh Hussain bersama para wartawan-wartawan yang turut setia menanti.



Semuanya bagai menanti buah yang tak gugur-gugur.



kredit: Pemuda UMNO Pulau Pinang- Gelombang Biru

Jaminan Dah Diberi Takkan Di Haria, Namun Adam Tetap Tak Kunjung Tiba!


Menurut info yang A.S terima, si mamat mangkok Adam Adli & SMM ni mahukan jaminan agar tidak diapa-apakan oleh 'peminat-peminat' dia semasa dia ke Padang Kota.
Ketua Pemuda UMNO Negeri, Sdr Shaikh Hussain yang berada disitu sudah bagi jaminan semasa sidang akhbar yang diadakan..

Walaupun jaminan telah diberi oleh 'peminat-peminat Adam, namun Adam tetap tak kunjung tiba.. selepas hampir 3 jam menunggu,
Tak tau lah A.S kalau dia mai juga selepas 'peminat-peminat' Adam dah pun berangkat balik.
Kalau SMM & Adam benar, kenapa mesti gentar?
Pejuang mahasiswa apa ni?
Pejuang taik kucing??

Don't Worry, Papa Di Belakang!

Kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh segelintir kecil mahasiswa ini memang terbukti ada dalang yang berada di belakangnya. Usahlah nak menafikannya lagi.
Pakatan haram memang dasar bacul, mempergunakan mahasiswa demi untuk keuntungan politik muraha mereka!

Mahasiswa Geng Adam Adli Hanyalah Minoriti! Jangan Perasan!


A.S amat yakin bahawa kononnya 'mahasiswa' yang menyokong tindakan si biadap Adam Adli dalam kononnya memperjuangkan hak mahasiswa adalah golongan yang amat kecil jumlahnya. Janganlah si Adam perasan bahawa majority mahasiswa merestui protes murahan dan tindakan biadap terhadap PM itu. Lihat dari statistik majlis perwakilan pelajar jelas menunjukkan bahawa pro-aspirasi menguasai dalam kebanyakan universiti awam di Malaysia.

Melalui pengalaman A.S semasa di University dahulu juga jelas memberi pengalaman bahawa majority pelajar ingin menumpukan 100% terhadap pembelajaran bagi mendapatkan segulung ijazah. Terlalu kecil bilangan pelajar yang ingin mengambil 'port' dan mencampuri urusan dalam hal ehwal politik negara. Yang 'over' dan melebih-lebih dari apa yang A.S perhatikan hanyalah mahasiswa dari kaum Melayu saja. Kaum lain??

Mak bapak hantar belajar bagi menggapai cita-cita yang tinggi dalam pelajaran, maka tunaikanlah amanah itu dengan jujur dan penuh tanggungjawab.
Habis belajar esok, buat macam A.S, nak politik sampai tunggang terbalik pun ikut sukalah selagi kita mematuhi undang-undang negara.

Video Budak U Yang 'Kononnya Kreatif Main-Mainkan Kemarahan Arman!

Nak kreatif sekalipun, tapi biarlah bertempat!
A.S nak nasihat budak-budak ni jangan la buat lawak bodoh!
Benda ni serius, bukannya gurauan!
Maruah pemimpin negara adalah satu hal yang tak boleh dikompromi.
Ada benda kita boleh melawak, ada yang kita kena serius.

Jangan tunjuk tahap mentality kita sebagai seorang mahasiswa yang low class!
Memalukan betul!
Bayangkan gambar mak bapak budak-budak ni yang dibuat main-main di tempat awam!
Hangpa akan marah tak?



Aksi menarik ketua Pemuda Umno Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah terhadap mahasiswa yang menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak hari ini mengundang reaksi di internet melalui lakonan mengejek sekumpulan pemuda.

Selain mempermainkan-mainkan kenyataan Armand di Youtube yang mengugut mahu meludah dan menampar mahasiswa yang bertanggungjawah dalam insiden Sabtu lalu, mereka juga meniru, menokok tambah dan memperolokkan gayanya.

we are all adam adli facebook fanpageBagaimanapun, dalam video itu, sambil memperkenalkan diri sebagai pengguna laman sosial Myspace, mereka mengkritik tindakan mahasiswa yang menggunakan Facebook sebagai gantinya.

Sambil menyifatkan diri mereka sebagai "panglima perang", Armand semalam membuat ancaman itu ke atas penyelaras Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli.-mkini

Anda Kenal Ini Budak??


Sori, sebenarnya A.S pun tak kenai. Tapi A.S 'admire' sangat kat dia samaikan terpaksa buat special entry untuk dia.
Rasa nak tergelak sangat tengok kelaku budak ni

Serius A.S cakap, tengok muka tak bleh blah. Body figure, muka, spek, rambut tengok macam lawak pun ada. haha
Bukannya nak minta maaf atas kebiadapan mereka dan kesilapan mereka, lagi mau tunjuk samseng nak lawan orang yang lebih tua dari mereka.
Anak sapa lani?
Cuba check? Berapa pointer CGPA dia kat U tu?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...