Sesiapa Belum Baca Mesti Baca:Penjelasan berhubung Kapal Selam SCORPENE & Pesawat SUKHOI SU30MKM












Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur

Daerah Timur Laut P.Pinang: Melayu Hampir Tidak Memiliki Tanah

DAERAH Timur Laut merupakan kawasan yang paling pesat membangun di negeri Pulau Pinang. Ia kini muncul sebagai pusat komersial terbesar di negeri itu sekali gus menyaksikan kaum Cina menumpu di daerah tersebut.

Penumpuan kaum Cina di kawasan bandar yang kini meliputi hampir seluruh daerah itu bermula sejak kedatangan Francis Light pada 1786 yang mana beliau bertanggungjawab membawa masuk banyak imigran dari China.

Kesannya adalah apa yang kita lihat sekarang iaitu daerah Timur Laut kini mempunyai penduduk majoriti Cina.

Perkembangan itu memperlihatkan kaum Melayu yang telah ada di pulau tersebut ‘ditolak’ ke kawasan yang lebih jauh dari pesisir pantai Timur Laut. Ini menyebabkan banyak kaum Melayu menumpu ke kawasan Barat Daya yang mana Balik Pulau merupakan salah satu kawasan majoriti berpenduduk Melayu.

Situasi tersebut sekali gus menjawab kenapa kaum Melayu hampir tidak memiliki tanah di daerah Timur Laut.

Ini dibuktikan dengan statistik terkini yang menunjukkan hanya 1.16 peratus kaum Melayu memiliki tanah di daerah tersebut, berbanding kaum bukan Melayu sebanyak 19.84 peratus. Peratusan lain tanah dimiliki oleh syarikat, agensi dan kerajaan negeri.

Faktor yang menyebabkan kaum Melayu kurang mampu memiliki tanah di daerah tersebut adalah kerana harga tanah yang terlalu tinggi. Jika ada pun kaum Melayu memiliki tanah yang ‘sekangkang kera’ itu, ia adalah tanah yang diwarisi daripada datuk dan nenek moyang mereka sejak ratusan tahun lalu.

Untuk memiliki tanah baru adalah mustahil bagi kaum Melayu Pulau Pinang memandangkan ada tanah terutama di Georgetown berharga RM400 sekaki persegi.

Ini menyebabkan kaum Melayu tidak ramai yang tinggal di daerah tersebut yang juga merupakan pusat komersial utama di Pulau Pinang.

Jika diteliti dari aspek ekonomi, memang satu kerugian besar kepada kaum Melayu yang tidak mampu membeli rumah dan tanah di daerah tersebut. Ketidakmampuan itu juga adalah kerana harga rumah yang terlalu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh kaum Melayu.

Rata-rata seunit rumah bertingkat iaitu pangsapuri kos sederhana dan pangsapuri mewah ditawarkan pada harga antara RM300,000 hingga RM500,000 seunit. Malah, ada yang menjangkau harga melebihi RM1 juta seunit. Rumah atas tanah pula seperti rumah berangkai, rumah teres dan banglo pula ditawarkan pada harga yang lebih mahal, iaitu melepasi tujuh angka.

Harga yang terlalu tinggi itu bukan sahaja menyebabkan kaum Melayu tidak mampu memilikinya, malah kaum Cina juga begitu. Ini kerana kebanyakan penduduk Cina yang kaya dan profesional kini lebih suka berhijrah ke luar negara.

“Saya ada banyak kawan berketutunan Cina yang bekerja sebagai jurutera di kilang-kilang di sekitar Bayan Lepas berhijrah ke luar negara, khususnya Australia,” kata seorang penduduk, Fatimah Ariffin yang telah bermastautin di Pulau Pinang sejak 21 tahun lalu.

Faktor semakin ramai golongan profesional Cina dan kaya raya berhijrah ke luar negara diakui oleh Pensyarah Kanan Pusat Kajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk.

Faktor berhijrah ke luar negara dan mempunyai anak yang sedikit dalam kalangan penduduk Cina menyebabkan jumlah penduduk majoriti Pulau Pinang hari ini adalah kaum Melayu.

Sumber daripada Jabatan Perangkaan Negeri Pulau Pinang menunjukkan Statistik Penduduk Pulau Pinang Bagi Tahun 2009 adalah 44.89 peratus penduduk bumiputera, manakala penduduk Cina sebanyak 44.27 peratus.

“Sungguhpun majoriti penduduk Pulau Pinang sekarang adalah kaum Melayu, tetapi jumlah mereka di bahagian pulau masih tidak dapat mengatasi jumlah penduduk Cina.

“Ini kerana orang Melayu tidak mampu membeli rumah yang terlalu mahal di pulau terutama di daerah Timur Laut. Ia sekali gus memaksa mereka memiliki hartanah di Seberang Prai.

“Mereka (orang Melayu) hanya berulang-alik dari seberang ke pulau untuk bekerja. Selain itu, kebanyakan kaum Melayu di daerah ini adalah kakitangan kerajaan. Dengan gaji kakitangan kerajaan, mana mereka mampu membeli rumah di sini,” katanya.

EDISI RAMADHAN: ATAS NAMA HAK ASASI PERKAHWINAN SEJENIS DIHALALKAN.

tak mustahil amalan ini diluluskan di malaysia sekiranya anwar jadi PM

Kebebasan, hak asasi agama baru dunia

ENAM ratus lima puluh sembilan (659) pasangan dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan sejenis di New York pada Ahad lalu, mencatatkan rekod jumlah perkahwinan gay dan lesbian yang terbanyak dalam sehari.New York adalah negeri yang keenam di Amerika Syarikat (AS) yang 'menghalalkan' perkahwinan sejenis. Ini bermakna 44 negeri sahaja lagi di negara pengeskport ideologi demokrasi, kebebasan dan hak asasi itu yang belum mengiktiraf seks dan perkahwinan sejenis. Lambat-laun negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak langkah New York. Logiknya hanya masa yang menunda pelaksanaan kebebasan yang amat bertentangan dengan syariat agama Islam ini.

Berita ini mungkin dibaca dengan senyum sinis oleh umat Islam di Malaysia. Pada akal kita, tidak mungkin budaya kuning yang Allah kutuk di dalam al-Quran itu akan menular ke Malaysia suatu hari nanti. Persoalannya adakah semua umat Islam benar-benar menjiwai dan beriman dengan al-Quran?Senyumlah atau ketawalah. Syaitan-syaitan juga sedang ketawa. Banyak perkara yang dulu kita ketawakan sudah menjadi budaya tiruan di Malaysia. Lihatlah betapa ada kumpulan wanita Islam di Malaysia yang mahu menghapuskan poligami walaupun ia dibenarkan Allah SWT.

Apabila nilai-nilai budaya itu datangnya dari masyarakat yang lebih maju dari segi keduniaan, akan mudahlah masyarakat yang kurang maju terkeliru dan meniru.Seks sejenis sebenarnya turut diamalkan oleh segelintir kalangan masyarakat Malaysia termasuk mereka yang dilahirkan sebagai orang Islam. Secara senyap-senyap ia mungkin merebak. Cuma mereka yang mengamalkannya masih menyorok daripada pengetahuan umum. Malu kepada manusia atau malu kepada Allah?

LGE Tunjuk Belang Lagi. Namakan Jalan P.Patto di Bagan. Sapa P.Patto?

Diberitakan pagi ini KM P.Pinang Paling musibat, Lim guan eng dan bapanya Lim Kit Siang,tersenyum lebar selepas merasmikan majlis menamakan Jalan P Patoo di Butterworth.
Semua perancangan ini dilakukan oleh bapaknya, Lim Kit Siang. Eloklah LKS,nasihatkan anak hang untuk menamakan semula jalan-jalan lain di Penang. Banyak lagi jalan yang ada untuk ditukarkan nama kepada bekas pemimpin DAP.

Cuma AS nak tanya, Apakah jasa-jasa orang-orang seperti Patoo telah curahkan kepada Penang? yang AS tau, dia pernah menjadi ahli parlimen selama sepenggal di Bagan dan pernah dikenakan tahanan ISA bersama Lim Kit Siang suatu masa dahulu. Lagi maklumat Patto di
SINI.

Hangpa ingat lagi tak masa Nizar lambai memerintah negeri Perak selama 11 bulan dulu,jalan Silibin di Ipoh pernah nak ditukarkan kepada Jalan P Patoo tetapi bila rakyat perak protes terhadap Nizar dengan 2 sepupu tu rancangan itu tak menjadi kenyataan dan sebaliknya meraka pindahkan ke Butterworth.

Sebenarnya banyak lagi bekas ahli-ahli parlimen dan ADUN yang banyak penggal yang telah berjasa kepada penang,tapi belum ada jalan di namakan atas nama mereka pun.

Cukup bahaya permainan puak cauvinis ini. Berhati-hatilah!

Belum puasa sudah beraya!

Di Kuala Lumpur jemputan untuk berbuka puasa telah diterima seawal seminggu sebelum tarikh melihat anak bulan. Anak bulan masih dalam perut ibunya, orang sudah berebut-rebut untuk berbuka puasa.

Seorang Tan Sri menjemput saya dan isteri untuk berbuka puasa di kediaman beliau di Jalan U Thant, satu kawasan perumahan mewah di pinggir bandar, pada 18 Ogos, Khamis malam Jumaat.

Undangan juga diterima daripada beberapa syarikat besar. Turut awal mengundang berbuka puasa ialah beberapa kementerian, yang dihantar oleh Bahagian Perhubungan Awam menerusi faks atau e-mel, dengan pesanan: “Masukkan undangan ini dalam diari tuan!”

Demikianlah, orang KL berebut-rebut menjemput berbuka puasa, walaupun anak bulan Ramadan masih belum kelihatan. Apakah ini tanda kemewahan? Atau, pertanda awal pembaziran?

* LEBIH menarik lagi ialah tawaran-tawaran hari raya yang mendahului waktu. Permulaan puasa belum ditetapkan – Syawal masih jauh! – kempen membeli belah Aidilfitri telah bermula.

Kotak pos di rumah diasak beraneka risalah dari pasar raya dan pusat beli-belah, menawarkan berbagai potongan harga pembelian menyambut hari besar itu.

Sama ada anda hendak membeli keperluan membuat kuih-muih, kain langsir, perkakas rumah, hatta perkhidmatan mencuci permaidani atau mengecat rumah, semuanya ditawarkan pada harga istimewa. Hubungi sahaja nombor telefon disertakan, semuanya tanggung beres.

Seminggu sebelum puasa, iklan-iklan jualan istimewa hari raya juga sudah mula disiarkan baik menerusi akhbar atau radio dan TV. Tawaran potongan harga hingga 80 peratus .

Pusat-pusat beli-belah sudah menggantung replika ketupat warna kuning dan hijau, dan lemang di premis masing-masing. Malah, hotel-hotel besar mengiklankan tawaran mengadakan rumah terbuka, sama hebat dengan juadah berbuka.

Pendek kata Ramadan dan Aidilfitri diiklankan seolah-olah ingin menimbulkan persepsi bahawa puasa dan raya ada acara makan-makan dan berbelanja besar untuk umat Islam.

Mengapa tidak ada iklan atau risalah yang mengajak umat Islam mengimarahkan masjid dan surau pada bulan al-Mubarak ini? Mengapa yang ditonjolkan hanya makanan dan bermewah-mewah, tetapi tidak ada kempen besar-besaran meningkatkan ibadat pada bulan besar itu?

Atau, apakah orang kita memang megahkan makanan dan kemewahan kebendaan, berbanding meningkatkan ibadah?

* SEPERTI biasa kita akan mendengar lagu-lagu lama setiap kali menjelang raya. Pihak berkuasa agama meminta hotel-hotel memohon sijil dan logo ‘halal’ sekiranya hendak menawarkan pakej buka puasa.

Banyak hotel, termasuk berstatus lima bintang, tidak mengendahkan arahan Jakim supaya mendapatkan logo dan sijil penting itu. Bagi mereka tidak ada tanda halal pun orang penuh juga makan di situ.

Sebenarnya soal halal atau tidak bukan masalah pihak berkuasa agama, tetapi masalah pengguna. Kalau pelanggan sendiri tidak mengendahkan hukum agama, siapa pun tidak boleh membantu.

Bayangkan setelah letih dan dahaga berpuasa sepanjang hari, kita berbuka di hotel yang tidak disahkan halal. Tidak payah ditanya apa hukumnya berpuasa dengan berbuka juadah tidak halal. Fikir sendiri!

Setiap kali raya kita kurang bekalan daging dan ayam. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberi jaminan bekalan mencukupi.

Katanya, negara dijangka memerlukan tambahan 340,000 ekor sehari bagi menampung keperluan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini. “Kita akan pastikan bekalan mencukupi, harga tidak naik,” katanya. Mudah-mudahan apa yang dikata, akan dikota!

* AKHIR kalam, walaupun dengan sokongan dan semangat berkobar beribu penonton, Harimau gagal menewaskan Singa di Bukit Jalil, Khamis lalu. Maka pasukan bola sepak negara pun tersingkir untuk pusingan awal Piala Dunia.

Kita terus dilanda kemarau dan terpaksa menunggu untuk kelayakan perlawanan paling berprestij itu yang akan diadakan di Rusia 2018. Ada tujuh tahun lagi untuk Harimau kita menajamkan taring, dan menguatkan ngauman!-sh-

Ekonomi US:Dunia gementar!

Setiap bulan, ada satu statistik Amerika yang 'membahayakan' orang yang main saham atau emas-perak mahupun bond.

Ini data yang diperhatikan satu dunia kewangan, bukan saja di Amerika, kerana negara itu ialah ekonomi terbesar di dunia.
Memang ada beberapa statistik lain (GDP growth, inflation rate, CRB index), tapi yang paling penting namanya ialah Non-farm Payroll data.

Ia menunjukkan kekuatan atau kelemahan ekonomi US of A.
Berapa banyak kerja dapat ditambah dalam sebulan yang lalu - berapa pekerja ditambah kepada payroll majikan.
Ada perkataan 'non-farm' di depannya, kerana data itu TIDAK termasuk berapa orang pekerja baru di sektor farming.
Ini kerana ladang-ladang di Amerika (jagung, gandum, apel, lembu, babi, etc) akan mengambil ramai pekerja sambilan bila masa menuai atau musim sembelih, tapi lepas tu pekerja sambilan dihentikan kerja.
Jadi payroll yang diperhatikan dunia ini ialah setiap bulan berapa ramai pekerja baru yang diambil sepenuh masa oleh para majikan di Amerika.

Data untuk May baru keluar tadi.
Terkejut dolar Amerika, indeks saham Dow Jones, emas-perak, bond.
Malah, sejak beberapa hari ini, dah teruk pun pasaran satu dunia.
Ini kerana jika ekonomi terbesar di dunia lemah, dan rasanya akan terus lemah, maka barangan yang dikeluarkan satu dunia - lekronik di Maysia dan Singapork, tekstil Bangla, minyak-gas Arab, kasut Indonesia, benda kecik-kecik seperti paku dan pinggan dari China - semuanya mungkin tak laku sangat.

Jika ekonomi Amerika lingkup (recession), lagi hancus satu dunia, melainkan jika ekonomi kedua terbesar China, ketiga terbesar Jepun dapat berkembang pantas.
Tapi errr.... China pun lagi problem jugak - inflasi tinggi, harga rumah makin mahal hingga rakyat marah, sibuk gaduh nak bebas bersuara (eh, eh, sama macam Maysia! Sama macam Singaporkie!).
Ekonomi Jepun? Sejak 15tahun ni kat situ juga. Dan kerana baru kena gempanaminuke, lutut makin lemah.

Jadi non-farm payroll May untuk US yang keluar tiga jam lalu lebih penting lagi! Jika China goyang dan Jepun lemah, tapi US terus steady bagus sungguh.

Beritanya buruk - hanya 54,000 orang dapat kerja baru bulan lalu.
Ini jauh di bawah jangkaan para economists. Maknanya ekonomi US lebih lemah dari yang dijangka.

Jumlah orang tidak bekerja di USA ialah 9 peratus!
Maknanya jika ada 100 orang, 9 tidak bekerja. Dan mereka bukan baru hilang bekerja bulan lalu, tapi dah berbulan-bulan!!!

UNTUK kita di dunia sebelah sini, jika ekonomi Amerika terus begini, payah beb. Nak buka akaun emas baru pun makin takut, nak beli kereta atau rumah baru pun seram, sebab takut kena buang kerja dalam setahun dua ini.

Tak kira sama ada BN atau Pakatan jadi pemerintah. Benda-benda ekonomi ini - yang menentukan ialah negara besar, bukan Kak Mah atau Abang Nuar.-oped

Kak Jat sedih tak sempat bantu Ashraf

Menteri Pembangunan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa sedih tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi tadi. Mohd Ashraf meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu, pukul 5 pagi tadi setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Shahrizat (gambar) berkata kementerian itu sudah sejak awal menawarkan bimbingan kepada Ashraf kerana berasa prihatin dengan kedudukan pemuda berusia 25 tahun itu, bagaimanapun takdir Allah mendahului segala-galanya.

“Kita dari mula lagi kita amat rasa perihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang,” katanya dipetik Bernama Online. “Kita sebaliknya cuba memahami dan membimbing sesiapa juga yang memerlukan bimbingan, terutamanya kepada mereka yang terjebak dalam keadaan terdesak seperti kes Ashraf ini tetapi apakan daya ajalnya sudah tiba,” tambahnya. Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan berharap mereka dapat bersabar dan menerima takdir itu dengan hati yang terbuka.

“Kita harap keluarganya menerima takdir ini dengan hati terbuka dan jika keluarganya memerlukan bantuan, diharapkan dapat menghubungi saya (Shahrizat) atau pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat secepat mungkin,” katanya.

Menurut beliau, ajal yang telah ditentukan Allah tidak memungkinkan pihaknya yang menawarkan bantuan bimbingan kepada Mohd Ashraf dapat ditunaikan kerana pemergian mengejutkan itu.

Allahyarham yang sebelum ini membibitkan kontroversi selepas memohon kepada Jabatan Pendaftaran Negara untuk menukar namanya, menghembuskan nafas terakhir selepas menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu akibat masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Pada 18 Julai lalu, permohonan Mohd Ashraf untuk menukarkan nama dalam Mykadnya kepada nama wanita iaitu Aleesha ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu selepas mengambil kira tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin semasa pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman.

Lelaki itu membuat permohonan berkenaan 25 Mei lepas dan telah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009 setelah disahkan layak dari seri psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai.

Permohonan dibuat bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran dan kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita-MI

Luahan: Rakyat kecewa rumah mahal di Pulau Pinang !!!

Di negara maju, sesebuah syarikat itu dianggap berjaya bukan saja kerana keuntungan besar. Ia turut membabitkan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sama ada terhadap kakitangannya, alam sekitar, kebudayaan, pendidikan dan masyarakat.

Di Malaysia sumbangan syarikat yang menjalankan CSR diiktiraf kerajaan dan diberi anugerah. Pada 2010, syarikat seperti CIMB Group, Sunway Group, Malakoff Corporation Berhad dan Telekom Malaysia (TM) adalah antara beberapa syarikat yang menerima Anugerah CSR Perdana Menteri 2010. Syarikat ini bukan saja mencatatkan keuntungan besar, malah membelanjakan sejumlah wang yang besar dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, pembangunan wanita dan orang kelainan upaya (OKU), pembangunan komuniti dan memberi biasiswa pendidikan.

Pulau Pinang mengalami pembangunan begitu pesat sejak 1970-an dan melalui transformasi yang berasaskan ekonomi tradisional dan bandar pelabuhan kepada sebuah negeri perindustrian bertaraf antarabangsa. Ini menyebabkan pembangunan hartanah, terutama perumahan dan komersial mengambil tempat dengan begitu rancak sekal.

Selepas lebih 30 tahun, tanah di Pulau Pinang yang boleh dibangunkan perumahan dan pembangunan komersial menjadi sangat terhad. Justeru, ia menjadikan harga tanah melambung tinggi. Dengan menggunakan alasan ini, rumah yang dibina oleh pemaju perumahan di Pulau Pinang dijual pada harga terlalu mahal sehingga tidak lagi mampu dibeli dan dimiliki rakyat tempatan.

Umum mengetahui rumah teres dua tingkat di Pulau Pinang sekarang ini paling murah dijual pada harga RM700,000, manakala rumah teres tiga tingkat berharga sekurang-kurangnya RM1 juta. Harga banglo yang dijual pada 2010 dan 2011 ialah di antara RM2.5 juta sehingga RM10 juta seunit. Kondominium yang dibina dijual pada harga di antara RM500,000 sehingga RM3 juta seunit.

Fenomena ini membimbangkan semua pihak di Pulau Pinang yang peka akan keseimbangan sosioekonomi dan kualiti hidup rakyat. Kebimbangan ini mengakibatkan berlaku bantahan yang diluahkan pelbagai pihak sama ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), individu atau pemimpin masyarakat sehingga berjaya menarik perhatian pihak pemaju perumahan melalui organisasi yang mewakili mereka iaitu Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (REHDA) untuk mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar untuk memberi penjelasan serta pendirian pihak pemaju perumahan.

Mereka menganjurkan beberapa siri dialog dan perbincangan dengan NGO, kerajaan Pusat dan kerajaan negeri bagi menjelaskan keadaan atau masalah yang dihadapi oleh pemaju perumahan untuk dianalisis oleh kumpulan yang peka mengenai masalah kurang kemampuan memiliki rumah dibina oleh mereka, dan mencari jalan penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua pihak.

Penulis berpendapat pendekatan yang paling baik ialah pemaju perumahan di Pulau Pinang mengadaptasikan CSR secara ikhlas, berkesan dan menyeluruh dalam amalan atau model perniagaan masing-masing. Mengapa dikatakan REHDA perlu ikhlas? Ini kerana penulis mendapati pemaju perumahan ini mencari jalan mudah dengan membina rumah kos rendah untuk rakyat yang didapati sempit, tidak selesa didiami, tiada kemudahan asas yang mencukupi dan seterusnya menjenamakan usaha ini sebagai CSR yang kononnya sudah dipenuhi. Tindakan ‘melepas batuk di tangga’ seperti ini yang sudah diamalkan pada masa lalu mengakibatkan timbulnya lebih banyak masalah baru daripada menyelesaikan masalah sedia ada.

Pembangunan yang dibawa pemaju perumahan di kawasan Gelugor, Balik Pulau, Tanjung Tokong, Batu Maung, Teluk Kumbar, Sungai Ara dan banyak kawasan lain yang sedang pesat membangun di Pulau Pinang jika tidak dikawal, bukan saja akan mengakibatkan rakyat Pulau Pinang kehilangan tempat tinggal, malah akan mengubah landskap, kegiatan ekonomi dan kehidupan di sesuatu kawasan itu, seterusnya mengakibatkan penduduk asal Pulau Pinang akan terpinggir serta dihimpit pembangunan pesat yang lebih mementingkan pembeli rumah mewah dari luar negara seperti pelabur dari Jepun, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Eropah.-
Yasir Hafiz-

Lim Kit Siang Buta Kerana Ditimpa Bala?

"Bangkit daripada tidur dan mendapati dirinya menjadi buta adalah perkara yang langsung tidak dibayangkan oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang", itulah luahan oleh pemimpin Cina DAP lahanat yang sentiasa membenci agama Islam

Lim Kit Siang kini sudah dibutakan mata oleh Allah oleh kerana doa puluhan juta umat Islam yang sering berkumandang agar seorang kafir seperti Lim Kit Siang wajar dihapuskan.

Lim Kit Siang segera dikejarkan ke sebuah klinik pakar mata di Kuching dan diberitahu doktor bahawa Lim diserang “jangkitan yang aggresif” yang telah merebak ke mata kirinya akibat pembedahan membuang katarat pada mata kanannya,

"Doktor kata jika tidak ada perkembangan, saya perlu menjalani pembedahan dan mereka tidak dapat melakukannya di sana. Jadi saya mengambil penerbangan ke Pulau Pinang pada hari yang sama,kerana di Pulau Pinang beliau boleh menggunakan semua fasilitas anaknya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang” kata Lim.

Tetapi masih ada orang Islam Pas yang sudi menderma mata kepada Lim Kit Siang semata-mata mahu Lim Kit Siang sihat bagi menduduki kerusi Perdana Menteri Malaysia.
-SRO

Kerajaan Selangor yang celaka!


Kerajan pakatan haram di Selangor akan menutup Asrama-asrama mereka dengan 3 alasan yang sungguh bodoh!:
1. Lalulintas - jalan jem - pelajar lambat pergi/balik sekolah
2. Keselamatan - susah kawalselia murid di luar asrama
3. Jimatkan Kos!

Dua dua asrama iaitu Asrama Tun Dr Ismail & Toh Puan Norashikin akan dirobohkan tanpa ada ganti atas alasan diatas yang bagi aku sangat tak logik dan sungguh remeh. Boleh dikatakan kebanyakan sekolah berada di tepi jalan yang sibuk. Untuk pendidikan anak-anak melayu pun nak berjimat kos? Orang yang buta hati saja masih tak nampak belang jahat pakatan celaka ini.

Kalau dah roboh tu, susah la nak ganti balik.

Yayasan Selangor dulu banyak menempatkan anak-anak orang Melayu yang memperolehi keputusan cemerlang semasa peperiksaan UPSR, Apa dah jadi sekarang ?

Beginilah keadaan nya kalau kalau Salangor dibawah Pakatan Haram, pemimpin melayu semakin dah melupakan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu.

Kesian anak melayu di Selangor, peluang menuntut ilmu menjadi semakin sempit dan mencacar.

Edisi Jumaat! Kisah Benar: Kalau setiap bulan itu Ramadan

Aku bawakan kisah ni untuk dikongsi bersama para pembaca sempena kita nak menyambut Ramdhan yang bakal menjelma tak lama lagi.

Ketika kami berjumpa setahun lalu, Sahak, mentor yang membimbing saya dua tiga hari membuat liputan berita di awal 70-an, ketara macam dahulu juga; lawa, ceria, kalau cakap susah berhenti dan suka berjenaka.

Walaupun sedikit gempal, beliau nampak lebih muda daripada umurnya yang sudah masuk 60; dan dengan ketampanan dan suara yang lunak hasil anugerah Tuhan itu, beliau masih mendapat undangan ke sana sini menjadi MC dan yang berkaitan perhubungan awam.

Kami berbual hampir dua jam, bertanya khabar mengenai kesihatan, perkembangan hidup masing-masing, ketawa mengingati kisah lama, cerita lucu tentang rakan-rakan di pejabat, gelagat bos-bos yang terkenal dengan ayat-ayat tidak ditapis dan apa sahaja yang kami ingat. Jelas Sahak masih sihat dan ceria.

Minggu lalu, saya terima SMS kawan lama saya itu.

“Salam, perkembangan terbaharu mengenai rawatan barah hidung saya. Saya berjumpa pakar ENT (telinga, hidung dan kerongkong) Sabtu lalu. Alhamdulillah, semuanya beres. Cuma saya perlu jumpa doktor setiap tiga bulan untuk pemantauan.

Kini saya perlu naikkan berat badan yang sudah turun daripada 85 kg kepada 60 kg disebabkan kesan rawatan. Saya telah jalani enam siri chemotherapy dan 35 pusingan radiotheraphy hingga April lalu. Saya ingin ambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada semua atas mesej anda yang positif, doa, ziarah yang semuanya itu memberi saya dorongan hadapi cabaran.

Saya sudah menyiapkan diri bagi kembali ke padang golf. Walaupun muscles saya sudah tiada, ‘the swing’ (ayunannya) masih ada lagi!.”

Insya-Allah Sahak, saya berdoa semoga anda sembuh seperti sediakala dan saya berazam akan menziarahi anda sebelum bermulanya puasa lima hari lagi. Saya juga hendak ziarah Salim, kawan pejabat yang tinggal sebilik masa bujang dahulu.

Ketika berjumpa dengannya kira-kira lapan bulan lalu, Salim, macam juga Sahak, suka bercerita. Tubuhnya gempal sedikit dari dahulu dan nampak sihat. Kalau bercakap, tanpa perlu mengguna pembesar suara.Beliau jenis orang yang bercakap sama banyak dengan ketawa, suka berterus-terang dan sedia menolong orang bila-bila masa.

Salim juga SMS pada saya baru-baru ini.

“Saya menjalani rawatan cuci darah tiga kali seminggu,” kata Salim, ringkas. Saya balas SMSnya. Cuba menyelami lebih mendalam masalah kesihatannya. Beliau tidak mahu menceritakan lebih mengenai perkara itu. Saya tarik nafas panjang dan berdoa moga sahabat saya itu sembuh.

Sebelum mula puasa ini. saya juga berazam menziarahi jiran saya, Pak Hamid, seorang pesara agensi berkaitan ladang.

Saya masih ingat apa yang beliau kata pada saya selepas sembahyang Aidilfitri pada 1999. “Entah sempat atau tidak saya sembahyang raya tahun depan,” kata Pak Hamid, ketika saya pegang lengannya untuk turun tangga surau masa itu.

Beliau hadapi masalah lutut dan perlu guna tongkat dan duduk atas kerusi ketika solat. Namun beliau kerap ke surau dan lepas solat subuh, beliau, saya dan tiga empat orang kawan lain, kerap bersama ke gerai roti canai.

Kini - 12 tahun kemudian - Pak Hamid, masih ada. Allah mahu panjangkan umurnya. Beliau kini berusia 86 tahun. Cuma, beliau sudah tidak mampu memanjat tangga surau lagi; Masalah lututnya semakin tidak mengizinkan beliau berjalan. Saya tetap doakan untuk kesihatannya, moga kami dapat beraya bersama hujung bulan hadapan dan seterusnya. Insya-Allah.

Balik kepada kita. Puasa hanya lima hari lagi. Apa azam kita kali ini? Berjanji pada diri sendiri tidak mahu terlepas solat terawih walaupun sekali? Hendak khatam al-Quran sebelum malam lailalatul qadar? Mahu banyakkan sedekah; kurangkan dosa penglihatan, pendengaran dan pertuturan. Atau hendak berhenti hisab rokok? Langsingkan badan?

Atau jaga tutur kata dan perasaan supaya kita tidak mengamalkan tabiat menuduh, menghina, mengutuk, mencari kesalahan orang, buruk sangka dan memfitnah?

Sabda Rasulullah SAW: “Telah datang kepada mu Ramadan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa kamu, memakbulkan doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperoleh kebaikan yang besar dan berbangga mengenai mu di hadapan malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini.

Hipotetikal; alangkah baiknya kalau setiap bulan itu Ramadan! Tapi Allah lebih mengetahui.-SH-

VIDEO PENDIRIAN DATO SAIFUDDIN ABDULLAH TERHADAP BERSIH 2.0


Kredit Yuseri Yusoff

AS: So camna? Pak Menteri ni cakap berbelit-belit jugak. Hari tu masa wacana nadanya lain, sekarang sudah lain.. Apa cerita ni?

Akhirnya Chelsea Buat Bantahan Rasmi Kepada FAM Isu Benayoun Diejek.

Merujuk entry AS berkenaan isu ini seblum ini diSINI, akhirnya pasukan Chelsea membuat bantahan rasmi kepada FAM berkenaan tingkahlaku penyokong Malaysia yang mereka sifatkan keterlaluan terhadap Benayoun.

Secara tak langsung, imej Malaysia di mata asing akan terjejas dengan insiden ini. Tapi bagi As biarlah, biar masyarakat antarabangsa tau 'stand' Malaysia dan rakyatnya yang sememangnya anti Israel dan bersimpati dengan Palestin.

Petikan Dari Dailymail

Having reviewed the match, in which Benayoun's every touch was jeered, the club believe abuse directed at the Israel international was anti-Semitic in nature and have therefore complained to the Malaysian FA.

A statement read: 'Notwithstanding most fans behaving appropriately on the night, we believe Yossi was subjected to anti-Semitic abuse by a number of supporters at the game.

baca seterusnya

Apa Hang Melalut Lid Oii!!

Kalau nak teruskan beroperasi, cakap je la nak ikut cakap ROnie Liu. Jangan nak bagi 1001 alasan yang memang semua orang tau.
Apsal nak kaitkan sektor pelancongan semata-mata dengan Pusat hiburan! mai tang ni, pandai cakap hak orang Islam.

Bila kerajaan BN buat keputusan mengenai keperluan orang bukan Islam yang sensitif terhadap orang Islam seperti judi dan arak, pandai plak puak-puak pakatan labelkan UMNO macam-macam.

Buka pusat hiburan untuk menggalakkan pelancong asia barat berhibur di bulan puasa? kahkahkah
Apa hang merepek ni Lid oii? Ada ke pusat hiburan seperti pub dan disko yang tidak membelakangkan ajaran Islam seperti imej arak dan pergaulan bebas bukan muhrim?
Kalau tak reti cakap, jangan cakap, tolong jangan serlahkan kedunguan anda wahai Khalid!
Cakap je direct yang hang takut sama Ronie and the gang!

Bukan Di Penang Saja, Di Sungai Petani Pun Bercambah Pusat Hiburan..

PUSAT HIBURAN BERTAMBAH BILANGANNYA DENGAN DRASTIK SEKALI DI SG.PETANI, KEDAH..
PAS OH PAS....MEMANG SEMUA PERMOHONAN LESEN PUSAT HIBURAN KAU PAS KAN.
DI BAKAR ARANG PUN MALAM SEMALAM MALAM JUMAAT SIAP ADA OPEN KONSERT LAGI..
PAS OH PAS..
NI LAH CONTOH BUAT KERJA CARA ISLAM CARA OSTAD ZIZAN..
PBT BERKUASA DALAM HAL NI KALAU NAK BENTERAS, TAPI KENAPA JADI SYAITON BISU WAHAI PAS OII!!

Apa Nak jadi? La Ni Trend Wanita Bertudung Hisap Rokok Ke? (Pics)

Trend merokok dikalangan perempuan melayu Malaysia bukan sahaja dikalangan gadis berimej sosial, tapi kini trend merokok di kalagan gadis bertudung telah meningkat dan ianya bukan satu pandangan yg aneh lagi buat masa kini di bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur.

Wanita berimej "perempuan melayu terakhir" ini telah rosak dari dalam, walaupun luarannya masih berimej sopan dan muslimah. Apa komen kalian?
Hangpa layan je gambar-gambar aku sedia ni.





Najib Ikut Jejak Mat Sabu?

Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa beliau akan menjalani pembedahan kecil pada lutut kiri di Hospital Kuala Lumpur Isnin ini, ekoran kecederaan yang pernah dialaminya semasa bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lepas.

Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak akan mengambil masa lama untuk pulih dan beliau boleh pergi ke pejabat selepas tiga hari.

"Ia satu kecederaan lama semasa aktif bersukan. Saya mengalami kecederaan ini semasa bermain bola sepak, ketika itu saya menjawat Menteri Belia dan Sukan, dalam perlawanan terakhir bagi Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

"Selepas bertahun lamanya, kecederaan ini berulang dan ini berlaku semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain pada program Belia Futsal," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Belia 1Malaysia di sini.

AS:Jangan marah ye! Saja kenen nama Mat Sabu.
Ini betul-betul punya pembedahan tetapi minor je tu.
Diharapkan DS Najib dapat pulih dengan cepat dan seterusnya meneruskan khidmat bakti kepada rakyat!

Gaddafi diramal bunuh diri!

Seorang bekas menteri Muammar Gaddafi semalam meramalkan pemimpin Libya itu akan mengikut jejak langkah Adolf Hitler dengan membunuh diri daripada menyerah kuasa.

Mustapha Abdeljalil, yang menjadi Menteri Kehakiman sehingga beliau meletak jawatan minggu lalu kerana membantah tindakan ganas rejim Gaddafi terhadap penunjuk perasaan memberitahu akhbar Sweden, Expressen, beliau menjangka Gaddafi akan melaksanakan ikrarnya untuk mati di bumi Libya daripada hidup dalam buangan.

“Masa Gaddafi sudah berakhir. Beliau akan mengikut jejak langkah Hitler. Beliau akan membunuh diri,” kata Mustapha.

Hitler membunuh diri dalam kubunya di Berlin pada April 1945 selepas menyaksikan perpecahan empayar Nazi Jerman.

Dalam kenyataan yang disiarkan menerusi laman web akhbar itu, Mustapha berkata, Gaddafi secara peribadi mengarahkan pengeboman pesawat di ruang udara Lockerbie pada 1988 yang menyebabkan 270 penumpang terbunuh dan berkata, beliau mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan itu. - AP

AS: Adakah logik di sini Muammar disamakan dengan Hitler? Bagi AS tak mungkin..

AS takut Abang Belalai je yang buat keje ni disebabkan tak tahan dan tertekan dengan pelbagai siri kekantaoian demi kekantoian yang berlaku ke atas dirinya!

150 Orang Je Hadir Program PM Di Kedah..



Buah reverse psycho untuk penyokong Pakatan je bagi tajuk di atas.

Gambar yang diterima dari seorang rakan di Kedah semasa Program lawatan kerja PM ke Guar Chempedak tengahari tadi menceritakan segala-galanya.

Angle kiri dan kanan ada lagi ramai sama banyak yang tak masuk dalam kamera katanya. Menurut juru acara, dianggarkan lebih 15,000 rakyat Kedah telah hadir bagi memberi sokongan kepada PM.
Lautan manusia ini sanggup berpanas dan berbahang demi untuk mendengar amanat dari PM yang disayangi. Kehadiran ni dah double dari BERSIH. Nih baru di Guar Chempedak. Ini barulah dinamakan 'majority rakyat'.

Diatas sambutan dan kehadiran melaut ini, MB Kedah Ostad Zizan diharap terus dapat tidur lena kerana katanya seluruh rakyat Kedah menyokong kepimpinan hamPAS yang kononnya berkebajikan.

InsyaAllah, dengan usaha lebih gigih dan berterusan tak mustahil Kedah dapat dimiliki kembali oleh BN. BN Boleh!

PDRM Harap Bersedia. Ada Beruk Bersih Akan Bikin Sarkas Di Bukit Jalil Malam Ni!


Nampaknya ada macha kuncu-kuncu Jayakumar PSM dengan angkuh nak buat kacau di stadium malam ini. Hampir 100,000 Rakyat Malaysia nak ke bukit Jalil malam ini dengan hadir bersemangat patriotik untuk menyokong pasukan Malaysi malam ini, bukan nak tengok publisiti murahan dari hangpa.

KDN dah jelaskan 6 orang ahli PSM ditahan mengikut ordinan darurat. Suatu kegiatan yang mengancam keselamatan negara. Sindri pahamlah. Aku amat berhara jangan ada pulak puak hamPAS especially Nizar Lambai join sekaki main lilin malam ini sudahlah!
PDRM harap bersedia, jangan biarkan puak-puak ni menghasut rakyat dan menimbulkan kekacauan dikala rakyat Malaysia nak menyokong pasukan harimau Malaya. Bukan nak tengok beruk sarkis ni buat show!

Kapal RM14.5B Yang Dikatakan Milik Robert Kuok Hanya Cerita Palsu!

Syarikat yang membina kapal itu iaitu Baia Yachts Of Italy menafikan yang kapal itu kononnya diperbuat dari emas, platinum dan berlian. Tidak logik kata mereka untuk menggunakan 100 tan emas bagi pembikinan kapal tersebut.

Namun 2 kemusykilan masih ada disini, mereka tak menyatakan harga sebenar kapal itu jika tidak sampaipu RM14.5Bilion & Mereka juga tak menafikan yang kapal itu milik Robert Kuok. Robert Kuok atau wakil sehingga hari ni tidak tampil untuk menafikan dakwaan tersebut!


RM14.5b gold yacht story is a hoax
KUALA LUMPUR, July 27 — Baia Yachts of Italy said yesterday that reports of the existence of a 100-foot bespoke yacht purportedly composed almost entirely of gold, platinum and diamonds are false.
The UK’s Daily Mail ran a story on June 20 claiming an anonymous Malaysian businessman had spent GBP3 billion (RM14.5 billion) on the construction of a superyacht called History Supreme out of 100 tonnes of precious metals — with a genuine T. rex dinosaur bone thrown in for good measure.

The Sun, on the other hand, said the yacht had been commissioned in Italy and completed in Malaysia two weeks ago.

In a report on its website, Motorboat & Yachting quoted Mario
Borselli, a sales manager at Baia, as saying that the tabloids had taken pictures from their official website without permission.

He carried on to deride the story as “so stupid” that the company wasn’t considering pursuing any legal action.

“Who would believe that a boat would have 100 tonnes of gold on
board?” Borselli was quoted by the website as saying.

Motorboat & Yachting also said extensive calls to Stuart Hughes, the Liverpool-based jeweller who claimed to have customised the vessel, have gone unanswered.

Edisi P.Pinang: Nasi Kandaq Atas Lantai

AS:MPPP/MPSP harap buat keja lebih lagi. Jangan tau ikut cakap Guan Eng robohkan kedai rakyat sahaja!
Kalu boleh dedahkan saja kedai nasi kandaq mana yang duk buat pengotoq macam ni!
Memalukan P.Pinang betul!


Nasi kandar atas lantai, itulah realitinya yang berlaku ketika operasi pemeriksaan dijalankan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di sebuah kedai nasi kandar di Lebuh Queen.

Daripada sumber yang diperoleh kedai nasi kandar berkenaan sememangnya menjadi tumpuan orang ramai.Malah ketika operasi dilakukan, pelanggan beratur panjang untuk mendapatkan lauk di kedai berkenaan.

Keadaan di bahagian luar nampak biasa sahaja, tapi siapa tahu rupa-rupanya dua periuk nasi kandar diletakkan begitu sahaja di atas lantai, malah ada bahan mentah yang turut diletakkan di bawah saja.

Tambahan lagi MPPP sudah mengeluarkan kompaun berikutan lantai restoran nasi kandar itu kotor kerana basah dan berminyak.Bukan itu sahaja, keadaan lantai di bahagian dapur juga kotor dan tidak bersih sepertimana di bahagian tempat duduk pelanggan.

Ketika Bahagian Perlesenan MPPP membuat pemeriksaan di bahagian dapur didapati ada antara pekerja kedai nasi kandar sibuk membasuh bahagian tempat masak kerana bimbang dikompaun.

Namun, kesalahan mereka masih lagi dapat dikesan apabila kuali dan periuk dibasuh di bahagian bawah dengan tidak menggunakan perangkap gris.Sedangkan singki yang dipasang dengan perangkap gris langsung tidak digunakan untuk membasuh peralatan memasak. -sinar-

Biadap! Kepala Najib Dipotong (Vid)

Gambar ni aku rasa lama dah. Dah 2 tahun lebih rasanya. Billboard ni merupakan ucapan tahniah kepada DS Najib sempena perlantikan sebagai PM Malaysia yang baru pada masa tu.
Takpalah, yang dah tengok tu tak mengapa. Aku nak kongsi dengan yang belum tonton.:)

Video ini menunjukkan suatu kerja sabotaj paling kurang ajar dan juga vandalism.
Tampak puak yang buat kerja ni sungguh desperado nak jadi PM.
Aku tak mau tuduh sesapa. Tapi kita boleh pikir la ni keja puak mana yang mentalitinya ditahap paling rendah atau zero!!
Adakah ajaran dan prinsip parti mereka menghalalkan perlakuan sebegini?

Aku yakin budak-budak yang potong tu telah diupah. Masakan tidak, sanggup depa nak susahpayah gadaikan nyawa mereka buat kerja paling bodoh itu! Kalau kata lah jatuh, tak ke mati katak?
Ada ke puak pakatan nak tanggungjawab sebagaimana kematian peserta demo harambersih tempohari dimana mereka hanya tau salahkan kerajaan!

Adakah Ini Gadis Yang Bikin Khairul Fahmi@Apek Lupa Diri? (Pics)

Pagi-pagi ni aku nak layan dengan hangpa cerita keeper Malaysia yang jadi kegilaan sekarang nih sempena perlawanan hidup mati malam ni untuk kelayakan Piala Dunia.
Jangan salah paham, blog aku tetap blog politik untuk menghentam pakatan haram tapi skali skala tak salah rasanya nak jadi kaki gosip jugak. Hehe.

Inilah gadis yang dikatakan namanya Dahlia Teck. Dari sumber, minah ni ada hubungan dengan Apek. Seserius mana aku pun tak pasti. Laki mana yang tengok pun cair kan?

Nih SS Facebook dari tunang Apek yang menggambarkan seolah-olah wujud satu ketegangan perhubungan yang amat dahsyat sampaikan dikatakan apek meninggikan suara kat bakal mak mertua dia.
Dasyhat la jugak tahap stress Elia si tunang Apek sekarang ni.

Pompuan mana yang tak jaki kalau tengok tunangnya bermesra dengan pompuan lain. Seksi plak tuh!

Gambar masa hari pertunangan Apek dan Elia. Aku doakan jodoh depa ada, banyakkan bersabar menghadapi segala rintangan dan dugaan yang hadir.

Yang penting, kalau ESOK apek jadi 1st eleven, JANGAN SESEKALI HILANG FOKUS DAN PAMERKAN AKSI TERBAIK UNTUK MEMBANTU MALAYSIA MENGATASI SINGAPURA! INI YANG PALING PENTING!! ADA PAHAM!!

Amacam? Tak reti aku nak jadi ala-ala blog beautifulnara yang menggosip sana sini pasai selebriti dan artis. Sekali sekala layan je le..

Pelik Tak Gambar Ni?? ADUN P.Pinang Kantoi!



Cuba belek betul-betul di bahagian tajuk atas sebelah kiri yang bulatan merah tu:
'Sumbangan Bantuan untuk peniaga kecil-kecilan'. tapi yang hadir menerimanya adalah Wan Azizah, isteri tersayang Nuar.. Bila masa Wan Jijah jadi peniaga kecil-kecilan? Nak menipu pun agak-agak la!

Kenapa Wan Azizah selaku Presiden parti hanya menjadi wakil kepada 'peniaga kecil-kecilan' untuk menerima sumbangan hanya dari seorang Adun pakatan? Disaksikan pula oleh LGE musibat! Cuba kita sendiri fikir, apakah motif sekiranya sumbangan bantuan diberi untuk orang sendiri.Bila Rakyat akan dapat manfaat??

YB Raveentharam dah terkantoi di situ! kahkahkah..

Edisi Pok Nik: Surau Pun Guna Air Busuk!

Masalah yang dihadapi oleh lebih 100 jemaah Madrasah Pak Kassim Kampung Alor Hijau, Selising dekat sini yang terpaksa menggunakan air berbau busuk untuk berwuduk, mendapat perhatian Yayasan Tengku Temenggong Kelantan (YTTK).
Dalam kunjungan ke madrasah itu hari ini, Tengku Muhammad Fakhry Petra bersama rombongannya, telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM4,000 bagi membolehkan pembinaan menara tangki air sedia ada di madrasah tersebut disiapkan segera.

Tangki air itu jika disiapkan, akan membolehkan madrasah berkenaan menerima bekalan air bersih berbanding ketika ini mereka bergantung pada sumber air perigi.

Sumbangan itu diterima Imam madrasah berkenaan, Mahmod Zakaria dalam satu majlis ringkas.

Pengerusi jawatankuasa madrasah itu, Mohamad Yaakub berkata, keprihatinan kerabat diraja Kelantan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, amat melegakan ahli jemaah terutama menjelang bulan Ramadan ini.

"Kami bagi pihak pengurusan madrasah mengucapkan berbanyak terima kasih dengan peruntukan bantuan yang dihulurkan kepada rakyat jelata," katanya.

AS:Alhamdulillah. Nasib baik ada Yayasan Kerabat Kelantan sudi membantu.

Nak harapkan poknik bekalkan air bersih untuk orang beribadat, yang tau keje dia nak celakokan orang je lah.

Kalau tak boleh supplykan air bersih untuk setiap rumah, at least tempat ibadat untuk kegunaan ramai pun takkan tak mampu nak buat?

Syabas MPK, Anda Tidak Takut Disergah DAP!

Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.

Yang Dipertua MPK, Datuk Zulkifli Yaacob, berkata keputusan itu diluluskan pada mesyuarat MPK di sini hari ini dan tarikh penguatkuasaannya akan ditetapkan nanti. Beliau berkata, semua ahli majlis MPK bersetuju dengan cadangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sebelum ini agar umat Islam dilarang bekerja di pusat hiburan yang menghidangkan minuman keras di bandar ini. "Hasil kajian yang dilakukan mendapati 85 peratus pekerja pusat hiburan terdiri daripada orang Melayu yang beragama Islam dan mereka terdedah untuk meminum minuman yang memabukkan itu.

"Selain itu, ianya juga secara tidak langsung memberi kesan negatif apabila GRO beragama Islam, sekalipun tidak meminum tapi mengangkat dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat MPK.

Katanya, berdasarkan beberapa siri pemeriksaan yang dijalankan pihak JAIP, kastam, polis, imigresen dan MPK mendapati ramai pekerja pusat hiburan terbabit meminum minuman keras.

Zulkifli berkata, selain itu GRO juga sering dikaitkan dengan masalah sosial dan perbuatan tidak bermoral.
"Kita juga akan mempertingkatkan kerja-kerja operasi bersepadu di kalangan agensi penguatkuasa bagi mencegah orang Islam meminum minuman keras," katanya. -BERNAMA

Guan Eng Rakus & Merugikan Rakyat!

Ketua Pembangkang Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim menyifatkan tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) yang mengarahkan premis Pusat Komuniti Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga dikosongkan, sebagai tindakan rakus dan merugikan rakyat.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri berkata pusat itu menjadi tempat pertemuan wakil rakyat dengan penduduk kampung bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk dan sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

"Yang datang ke pusat itu pun bukan penyokong Barisan Nasional (BN) sahaja, ramai orang PAS yang kebanyakannya nelayan datang minta bantuan, saya terima kehadiran mereka dan hulurkan bantuan sewajarnya tanpa memikirkan latar belakang politik.

"Tetapi sifat rakus kerajaan negeri yang tidak peduli kepentingan rakyat inilah yang merugikan rakyat, buat ikut suka dan tidak ada perancangan. Saya tiada kepentingan peribadi, pusat itu adalah untuk rakyat," katanya.

Pada Selasa Hakim Datuk Rohana Yusof menolak permohonan semakan kehakiman itu di dalam kamar untuk mencabar arahan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara yang mengeluarkan arahan mengosongkan premis Pusat Komuniti Adun Penaga.

Dalam permohonan yang difailkan Disember tahun lepas, Azhar menamakan Pegawai Daerah Seberang Perai Utara dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sebagai responden.

"Saya terima keputusan hakim yang berpihak kepada kerajaan negeri, saya tidak marah cuma rasa kecewa, Jumaat ini peguam saya Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos akan hantar permohonan untuk penggantungan sementara keputusan itu," katanya.

Pusat komuniti berkenaan mula beroperasi sekitar tahun 2006 semasa kerajaan negeri itu diperintah BN, dibina khas untuk pelbagai aktiviti melibatkan kepentingan dan kebajikan penduduk di Penaga.

Azhar berkata sejak pemerintahan kerajaan negeri dipegang DAP, operasi pusat komuniti itu berjalan seperti biasa sehingga 18 Nov lepas, iaitu setelah arahan penyerahan kunci dibuat Pegawai Daerah berkenaan.- BERNAMA


PEPERANGAN AKHIR ZAMAN DAN HUBUNG KAIT HURU HARA POLITIK MALAYSIA !

PEPERANGAN AKHIR ZAMAN DAN HUBUNG KAIT HURU HARA POLITIK MALAYSIA MENGGIKUT PANDANGAN AHLI HAKIKAT DAN ATSAR YANG DIRIWAYAT KAN OLEH SAYIDINA ABU HURAIRAH, SAYIDINA IBNI ABBAS DAN SAYIDINA ALI BIN ABI THALIB..

(Perlu dibaca hingga akhir untuk fahaman)
Sebelum kita membicarakan tentang Sejarah yang berlaku dan rentetan Peristiwa dunia yang akan dikaitkan dengan huru hara di Malaysia…mari kita lihat sepintas lalu akan kejadian yang menimpa…

Perang saraf (ideologi), perang mulut (caci mencaci), debat (hujah menghujah), fitnah (sebaran bathil) sehingga lah Demonstrsi Jalanan (kemuncak Penderhakaan) pada 9 Julai 2011 jelas memaparkan bahawa Hakikat huru hara telah bermula dan wujud dibumi Malaysia….

Pergaduhan Puak dan Kumpulan samada kumpulan politik (UMNO, PAS, PKR, DAP dan lain-lain) dan juga badan bebas NGO seperti (PERKASA, BERSIH, PATRIOT samada berdaftar atau pun tidak dan apa saja yang di panggil) jelas telah mengZahir kan Rangkaian Sejarah dan samaran Peristiwa Peperangan Akhir Zaman…Wallahualam...

Mungkin ada yang pernah terbaca mengenai hadis di bawah dan ada juga yang mungkin tidak pernah tahu. Bagi yang tak pernah tahu, kini anda semua akan tahu. Kemungkinan Hadis ini akan buatkan anda mengeletar dan rasa seram sejuk.

Hadis ini dipetik dari sahabat Rasulullah SAW yang mulia iaitu Abu Hurairah R.A:"Aku telah menghafal dua karung ilmu daripada Rasulullah SAW adapun salah satunya telah aku sebar luaskan, sedangkan yang satu lagi andaikata aku sebar luaskan maka (pasti) leher ini akan dipenggal."{1}

Imam Ibn Hajar menulis di dalam Fathur Bari bahawa Saidina Abu Hurairah mengetahui nama-nama para amir, raja dan ayah mereka. Abu Hurairah pada mulanya menyembunyikan ilmunya mengenai hal itu kemudian menyampaikannya menjelang kematiannya kerana takut dosa di atas perbuatan menyembunyikan ilmu.

Dan Ini adalah Atsar yang diriwayatkan oleh Sayyidina Abu Hurairah, Sayydina Ibn Abbas, dan Sayydina Ali bin Abi Thalib. Dia berkata pada orang-orang disekelilingnya :


"Aku mempunyai maklumat mengenai peperangan-peperangan yang terjadi di akhir zaman." Maka orang-orang berkata : "Beritahukanlah kepada kami, tidak mengapa semoga ALLAH memberikan pahala yang lebih baik." Maka beliau pun berkata : "Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun dan hendaklah kalian menghitung beberapa dekad kemudian, Raja Romawi berpendapat bahawa Perang Dunia yang melibatkan seluruh dunia pasti terjadi maka ALLAH mengkehendaki peperangan baginya.

Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi berkuasalah seorang lelaki dari negara bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri bersalju dan kaya, maka ia berada di dalam murka ALLAH. Setelah berlangsung tahun-tahun api, dia dibunuh secara hina oleh rahsia Rusy atau Rus."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1300 tahun, hitunglah lima atau enam, Mesir akan diperintah oleh seorang lelaki yang digelar sebagai Nashir, oran-orang Arab menyebutnya sebagai 'syuja' ul arab' (Pemberani Orang Arab), ALLAH menghinakannya dalam sebuah peperangan dan sebuah peperangan lagi; dia tidak mendapat kemenangan. ALLAH mengkehendaki untuk memberikan kemenangan bagi Mesir, kemenangan sejati bagi-Nya, pada bulan yang paling dicintai-Nya dan milik-Nya, maka Pemilik Rumah dan Bangsa Arab menyenangkan Mesir dengan Asmar Sada, ayahnya Anwaru Minhu - lebih bercahaya daripada dia, akan tetapi dia membuat perjanjian damai dengan pencuri-pencuri Masjidil Haram di negeri yang penuh duka.

Dan di Iraq Syam, ada lelaki yang sangat kejam...dan...Sufyani, pada salah satu daripada kedua matanya ada kasal, 'kelopak mata yang turun' sedikit. Namanya diambil daripada pecahan kata shidam dan dia 'shaddam liman aradhahu' (penghancur bagi siapa saja yang menentangnya, dunia berkumpul menyerangnya di (Kut) kecil yang dimasukinya dan dia tertipu. Tidak ada kebaikan di dalam diri Sufyani kecuali dengan Islam. Dia adalah orang yang baik dan jahat dan kecelakaan bagi pengkhianat al-Mahdi al-Amin."

"Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... akan muncul al-Mahdi al-Amin (pemimpin yang mendapat petunjuk dan dapat dipercayai), memerangi seluruh dunia, bersatu memeranginya ialah orang-orang yang sesat (Nasrani), orang-orang yang dimurkai (Yahudi), serta orang-orang yang keterlaluan dalam kemunafikannya di negeri Isra' dan Mi'raj dekat gunung Mageddon. Akan keluar menghadapinya Ratu Dunia dan tipu muslihat, penzina namanya (Amerika).

Ia merayu dunia pada hari itu dalam kesesatan dan kekafiran. Yahudi ketika itu berada di puncak ketinggian, menguasai Al-Quds dan kota suci. Seluruh negeri datang dari laut dan udara kecuali kecuali negeri-negeri salju yang sangat dingin dan negeri-negeri panas yang sangat panas. Al-Mahdi melihat bahawa seluruh dunia sedang membuat tipu muslihat terhadapnya dan yakin bahawa ALLAH boleh membuat tipu muslihat yang lebih rumit.

Dia yakin bahawa seluruh alam adalah milik ALLAH, kepada ALLAH saja semua akan kembali. Seluruh dunia adalah pohon baginya yang akan dikuasai dari ranting hingga akarnya maka ALLAH melempari mereka dengan anak panah yang paling dahsyat, yang membakar bumi, laut dan langit mereka. langit pun menurunkan hujan yang buruk dan seluruh penduduk bumi mengutuk semua orang kafir di bumi dan ALLAH mengizinkan hilangnya semua kekufuran."{2}

Huraiannya adalah seperti berikut :

Nama-nama Tokoh dunia yang besar dan bercita-cita besar tetapi penuh dengan Nafsu Amarah berserta Tamak Haloba telah di ketahui … Hitler (German) Anwar Sadat (Mesir) Sadam Hussain (Iraq ataupun Syam) dan akhir nya disebabkan perlakuan mereka maka kuasa-kuasa besar telah hancurkan keseluruhan Negara dan akhirnya Rakyat dan mereka yang tak berdosa menjadi mangsa….Pengebomam dan di serang dari laut,darat dan udara oleh Negara Perikatan (disebut dalam Atsar diatas Negeri bersalju/salji dan kaya)

Oleh yang demikian maka Kaji lah watak-watak mereka yang terlibat dan peristiwa yang dibangkit kan oleh mereka yang terlibat adakah mereka telah mencetus kan huru hara sehingga boleh menggundang kuasa-kuasa asing untuk campur tangan atau adakah mereka telah berkomplot dengan Bukan Islam untuk mendapat kuasa diBumi Islam…..cari jawapan nya…!!!

Perang Dunia Pertama :
Disebutkan - Pada dekad-dekad Hijriyah setelah 1300 tahun dan hitunglah beberapa dekad... yakni kita menghitung beberapa dekad setelah tahun 1300 H. Demikianlah jumlah dekadnya masih kabur. Satu dekad adalah 10 tahun. Dan benar, pada tahun 1914 Masihi atau sekitar tahun 1332 H, terjadilah peperangan. Bererti, jumlah dekad yang masih kabur itu adalah tiga dekad ditambah kira-kira dua tahun lagi.

Perang Dunia Kedua :
Disebutkan - Tidak lama masa berlalu, satu dekad dan satu dekad lagi, berkuasalah seorang lelaki dari negara yang bernama Jirman (Jerman), ia mempunyai nama 'hirr' (kucing), ia ingin menguasai dunia dan memerangi semua negeri... dan benar, hanya 20 tahun kemudian (2 dekad bersamaan sebutan Abu Hurairah, satu dekad dan satu dekad lagi) meletuslah Perang Dunia Kedua yang digerakkan oleh as-Sayyid al-Kabir (pemimpin besar atau Hitler). Di Jerman orang memanggilnya Hitler.

Perang Dunia Ketiga :
Disebutkan - Pada dekad-dekad hijriyah setelah 1400 tahun, hitunglah dekad itu dua atau tiga... bermaksud peperangan akan terjadi diantara tahun 1420 H hingga 1430 H. Kita sekarang berada pada tahun 1431 H, maka peperangan itu sudah berada diambang pintu, boleh meletus pada bila-bila masa saja.

Jika anda rasa ianya bermanfaat untuk anda dan keluarga anda, sebarkanlah..

Wallahualam...

Sumber:
1.Hadith riwayat Bukhari di dalam Sahihnya, kitab al-'Ilm, bab: Menghafal Ilmu, hlm 213
2.Al-Fitan, hlm 216. Tempat yang bertitik..adalah tulisan yang terhapus pada manuskrip asal. Lihat Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 47-50
3.Huru-Hara Akhir Zaman, hlm 49-51

Tok Non: Kerajaan DAP Buat Liat!


AS: INIKAH CONTOH KERAJAAN NEGERI YANG PRIHATIN TERHADAP KEPERLUAN RAKYAT??

Senda Pagi Untuk Mat Sabu!

Aku kongsikan disini kartun nukilan Miki yang mencuit hati. Sindiran tajam menikam buat puak hamPAS yang terlalu mengagungkan Mat Sabu yang suka pemuhong depa hidup-hidup walhal cerita Mat Sabu berbelit-belit macam lidahnya.

Nur Fathia.. Stetmen Mu mengecewakan Aku..

Edisi Luahan Hati Tak Boleh Lena Dari AS.. Hehe

Hangpa kenai dak pelakon ni? AS duk ikut juga masa drama Nur Kasih. Tengok penampilan dia dalam filem tu cukup menyejukkan hati.

Gambar bertudung labuh diatas dalam drama Hani. Sejuk aku tengok.
Walaupun ramai yang tau dia ni memang bukan jenis bertudung, tapi jangan la sampai kuaq stetmen macam ni yang menyebabkan aku kuciwa sekali!

Bila keluar stetmen gini, tak terkata apa dah.. Jikalau Fathia tak bersedia untuk bertudung sepenuh masa sekalipun, jangan la cakap macam ni.. Apa salahnya tampil di layar TV dengan imej bertudung?
Nampak sangat hang nak menjauhi agama!
Aku harap Fathia diberikan hidayah untuk dia berubah dan menyesali atas apa yang telah dia ungkapkan.


Fathia nampaknya lebih suka berpenampilan sebegini. Kuciwa betull.. :(

Update: Video Penuh 2 Jam Wacana 'Apa Selepas 9 Julai'

Aku kompilasikan khas buat pembaca blog AS yang dikasihi..
Hangpa tonton dan nilaikan sendirilah.
SPR dah beri penerangan cukup jelas, tapi masih ada puak-puak yang sengaja membutakan hati mereka. Selamat menonton

Kredit to TV Sunah







Video Wacana: Apa Selepas 9 Julai? Balaci Ambiga Biadap!



Lihatlah! Inilah ajaran puak ajaran syaitan. Di kala timbalan Pengerusi SPR memebri penjelasan berkenaan tugas dan peranan mereka, puak-puak jenis dasar tak reti menghormati majlis boleh mem'boo' wakil SPR yang sedang bercakap?

Puak-puak pakatan juga dikhabarkan telah bertindak biadap dengan membuat kecoh dan menjadikan susana dalam dewan karangkraf itu menjadi seperti pasar!

Apa lagi yang mereka mahukan sebenarnya? Tolonglah dengar penjelasan dengan hati yang terbuka.

Dasar biadap dan kurang jar. Jenis buta hati semuanya nak salahkan kerajaan!

Edisi Penuh Video Di Blog AS di http://panggungopera.blogspot.com/2011/07/saksikan-video-penuh-2-jam-wacana-apa.html