Nik Aziz dah kantoi, DAP ulangi pendirian tolak negara Islam


DAP ulangi pendirian tolak negara Islam

KUALA LUMPUR: DAP mengulangi pendirian menolak pembentukan negara Islam diperjuangkan Pas, tetapi menyambut baik kesediaan kerajaan Kelantan meminda Undang-undang Tubuh Negeri bagi membolehkan orang bukan Melayu beragama Islam menjadi Menteri Besar negeri itu.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ketika dihubungi berpendapat pembentukan negara Islam tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat diterima pakai kerana ia bukan asas perjuangan parti itu.

“Jika Perlembagaan Persekutuan 1957 tak sebut perkara ini, tidak payah reka, perjuangan kita berdasarkan perlembagaan, kalau perlembagaan tak sebut, ia memang tak wujud, tak perlu dibangkitkan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz, semalam yang mendakwa DAP kini sudah dapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini


DAP cuma mengkulibatakkan melayu2 bangsat dalam PAS dan PKR untuk kepentingan politik mereka.
Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, ketika dihubungi berpendapat pembentukan negara Islam tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat diterima pakai kerana ia bukan asas perjuangan parti itu.

“Jika Perlembagaan Persekutuan 1957 tak sebut perkara ini, tidak payah reka, perjuangan kit
statement paling bodoh dan hina.
kalau yang menguntungkan bagi mereka kena rujuk perlembagaan, kalau hak orang lain tak payah rujuk kerajaan, terus jatuh hukum racist, perkauman.


Petikan terdahulu stetmen Nik Aziz

Nik Aziz: DAP sudah boleh terima penubuhan negara Islam

PETALING JAYA, Dis 28 —Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa DAP kini sudahdapat menerima rancangan penubuhan sebuah negara Islam yangdiperjuangkan oleh PAS selama ini.

Nik Aziz berkata kesediaan pemimpin DAP membawa lambang PAS dalam Pakatan Rakyat ketika ini membuktikan mereka semakin memahami dan dapat menerima dasar perjuangan PAS.

"Saya rasa bangga dan terharu dengan perubahan yang ditunjukkankepimpinan DAP kini, yang selama ini dengan jelas membantah dasar Islamyang akan dilaksanakan oleh PAS dalam usaha melaksanakan sebuah negaraIslam sekiranya berkuasa kelak.

"Lo ini (sekarang) alhamdulillah semua tuduhan yang dilemparkan(DAP) terhadap hasrat PAS untuk melaksanakan dasar negara Islam itusudah diterima oleh mereka," kata beliau dipetik Berita Harian hariini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dilaporkan berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Perhimpunan Kesedaran Wanita Kelantan dekat Temangan, Machang.

Beliau mengakui turut memakai lambang parti DAP, Parti KeadilanRakyat dan PAS untuk membuktikan kesetiaan dan hubungan baik yangdijalin antara mereka dalam Pakatan Rakyat ketika konvensyen sulungmereka di Shah Alam, Selangor 19 Dis lalu.

Kata beliau semua pemimpin memakai baju yang memaparkan lambangtiga parti termasuklah Pengerusi DAP Karpal Singh dan Presiden PASDatuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis itu tanpa dirancang.

"Apa salahnya menggunakan lambang roket? Dulu DAP menentang PASpasal hukum hudud, namun sekarang mereka sudah faham mengenai hukumhudud," katanya.

Nik Aziz berkata pemimpin DAP sepatutnya sudah lama menyedari yangpenubuhan sebuah negara Islam yang dicadangkan PAS dikuatkuasakanterhadap orang Islam sahaja.

Katanya selain membantah cadangan itu DAP juga pernah menuduhkerajaan PAS Kelantan di bawah pimpinannya menzalimi orang bukan Islamtetapi gagal membuktikan dakwaan itu sehingga kini.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Nik Aziz berkata "di dada Karpal ada bulan" merujuk kepada lambang PAS bulan.

Kedua-dua Nik Aziz dan Karpal buat pertama kali bertemu di satu pentas.

Karpal dalam ucapannya pula berkata beliau bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan Hadi.


http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/47762-nik-aziz-dap-sudah-boleh-terima-penubuhan-negara-islam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...