Sedarlah kamu kaum India, PKR ialah Parti Kelentong Rakyat!


Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Daerah Klang hari ini meminta polis menyiasat Dr. Xavier A. Jayakumar yang didakwa menyalah guna kuasa dalam pengagihan Tabung Dana Sekolah-Sekolah Tamil Selangor berjumlah RM1.67 juta tahun lalu.

Permintaan itu terkandung dalam laporan polis yang dibuat oleh anggota jawatankuasa PIBG Daerah Klang, G. Jeganathan, 44, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini hari ini.
Xavier yang merupakan Exco Kerajaan Selangor didakwa mengagihkan wang tabung tersebut yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Tiga NGO yang didakwa menerima peruntukan itu adalah Pusat Pembangunan, Pembelajaran dan Maklumat Kanak-Kanak (CHILD), Yayasan Penyelidikan, Kebajikan dan Pendidikan (EWRF) serta Yayasan Tamil.

"Sepatutnya wang peruntukan itu diberikan terus kepada lebih 90 sekolah Tamil atau PIBG di Selangor," kata Jeganathan ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Menurut beliau, laporan itu dibuat kerana pihaknya tidak berpuas hati dengan tindakan Xavier menyalurkan wang RM1.67 juta itu kepada tiga NGO dan bukannya kepada pihak PIBG atau sekolah-sekolah Tamil Selangor seperti yang sepatutnya. Beliau mendakwa, jika wang tersebut disalurkan kepada NGO, dibimbangi ia tidak akan digunakan untuk membangun dan menaik taraf sekolah-sekolah Tamil di Selangor yang kebanyakannya daif.

Dakwanya, ini terbukti kerana tiada wang diserahkan oleh pihak NGO terlibat kepada sekolah-sekolah Tamil setakat ini. Kata Jeganathan, beliau telah menghantar surat kepada Xavier untuk mendapatkan penjelasan mengapa peruntukan itu disalurkan kepada NGO tetapi masih belum mendapat jawapan.

Anak Seberang:

Xavier, duit PIBG pun ada hati mau sebat ka? Sembang macam bagus, poodah chit, u lagi tak bley pakai!Baru jadi Exco, belum lagi jadi Menteri. Kalau jadi menteri, habis dijudinya DUIT rakyat beli saham itu ini yang menguntungkan diri sendiri. Kalau jadi Menteri Besar? Poket sure la kena besar, baru muat isi duit rakyat dalam poket. Songlap sana sini, tipu rakyat dan bangsa sendiri kononnya busy dengan meeting, kena pergi majlis bangsawan untuk sign kontrak untuk kroni. Kahkahkahkah!

RM1.67 juta belum diagihkan lagi sebab pening, camne nak tipu rakyat sambil songlap duit berjuta-juta tanpa pengetahuan rakyat Selangor. Kenalah buat projek tipu, projek bina kandang babi, projek turap jalan tapi 30% saja diturap, projek bersihkan kawasan hutan terbiar tapi tebas lalang jer. PIBG tunggu punya tunggu sampai beberapa minggu lagi nak PRU 13 baru PIBG dapat duit. Masa tu ayat manis keluar tak ingat dunia. Bila menang PRU 13, kembali buat perangai lagi. India Tipu India. Apa barang jadi wakil rakyat ini macam macha? Letak jawatanlah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...