10 justifikasi keangkuhan DAP!


1. tindakan YB ADUN DAP Kedah mengugut Kerajaan Negeri Kedah dan mengisytiharkan keluar daripada Kerajaan Pakatan Rakyat semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar;

2. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan Sdr. Razali, Ahli Majlis Pulau Pinangdan Jemaah Islah Malaysia sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kerajaan pimpinan YAB Lim Guan Eng;

3. kenyataan YB Jeff Ooi melabelkan PKR dipenuhi sampah-sarap keranakritikan terbuka beberapa orang wakil rakyat dan kepimpinan PKRterhadap kerajaan YAB Lim Guan Eng;

4. kegagalan kerajaan Pakatan Rakyat melantik YB Ust Salleh Man, ADUN PAS Permatang Pasir ke dalam Exco ataupun sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan di dalam pilihanraya kecil Permatang Pasir;

5. aduan tiga orang YB ADUN-ADUN di Perak yang tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk dan sikap kepimpinan DAP yang akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada Pakatan Rakyat dan menyebabkan tumbangnya Kerajaan Pakatan Rakyat Perak;

6. tindakan biadap YB Tony Pua yang mendesak YB Datuk Hasan Ali, Ahli Exco dan Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran penjualan arak di kedai serbanika di dalam negeri Selangor;

7. tindakan YB Ronnie Liu mencampuri urusan dan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam dalam isu perampasan arak di kedai serbanika di Shah Alam;

8. tindakan YB Ronnie Liu yang tidak menghormati langsung YB Speaker Teng Chang Kim dalam sidang jawatankuasa Selcat mengenai aduan terhadap perbelanjaan peruntukkan YB Ronnie Liu yang mencurigakan;

9. Tindakan YAB Lim Guan Eng yang mahu YB Datuk Seri Zahrain Hashim dipecat sebagai Pengerusi KGBJ selepas dikritik dengan tegas oleh YB Datuk Seri Zahrain;

10. Perisytiharan dasar 'Middle-Malaysia'oleh YAB Lim Guan Eng yang pada asasnya bercanggah dengan dasar danaspirasi Pakatan Rakyat;

http://zul4kulim.blogspot.com

1 comment:

Ms Pearl said...

Tak pasti PAS sedar atau tidak kekuatan mereka selama ini TANPA DAP DAN PKR?

Jika PAS tidak kuat takde lah bertahan dari I kecik sampai umur dah masuk era 30 an.

Hmmm apa apa pun biar lah ... Yang penting I tak sabar nak mengundi PRU 13 - Insyallah there 'll be huge difference.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...