Beginilah Nasib Melayu jika DAP memerintah Malaysia!


Aku dengar sendiri cerita seorang wakil rakyat BN pasal sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini, aku dah naik geram. Nasib baik aku tak jadi wakil rakyat. Kalau tidak, mahu aku jerkah si kurang ajar DAP dari Seri Delima itu. Aku saksi melalui TV pun aku dah geram tengok perangai buruk wakil rakyat DAP itu. Macamlah negeri ini bapa dia yang punya. Berlagak samseng dan kurang ajar tak kena tempat. Cuba buat samseng awak tu di kampung nak tengok, baru tahu apa yang nak jadi. Baru jadi pemerintah di Pulau Pinang dah tunjuk kuasa yang gila-gila.

Memang pun DAP berkuasa dalam dewan dan juga negeri Pulau Pinang ini. Mereka boleh halau wakil rakyat BN keluar dewan. Sebut 'kerajaan DAP' tak boleh, speaker halau keluar. Tapi kata 'UMNO monyet', tidak pula Speaker ambil tindakan. Tiada keputusan dibuat untuk tarik balik perkataan itu. Begitulah speaker yang dicucuk hidung seperti lembu di tambatan. Nampak jelas ketidakadilan speaker itu.

Speaker pun takut kepada Guan Eng dan lebih takut kepada Guan Eng daripada Allah SWT. Yang tak reti bahasa pun ada. Kata 'dua tiga kerat' pun dihalau keluar dewan. Beginilah kuasa yang mereka guna. Mereka tunjuk kepada rakyat macam mana mereka berkuasa di Pulau Pinang ini. Nak tengok macam mana mereka guna kuasa tengoklah macam mana berlakunya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...