Hot! Rakyat dalam DUN Cempaka Berdemo Bantah Nik Aziz Makan Gaji Buta!


Nik Aziz yang yang asyik sibuk dengan kerjanya mendoakan kecelakaan orang dan mempertahankan segala tindak-tanduk DAP sebenarnya telah lupa tanggungjawab dia sebagai ADUN di kawasannya sendiri iaitu Chempaka.

Apa cerita ni? Makan duit haram ke elaun YB tu? Tempat sendiri rakyat kompelen dah 7 tahun tadak sebarang tindakan diambil pun?


KOTA BAHARU, 22 Jan (Bernama) -- Penduduk di lima buah kampung di sini, hari ini mengadakan perhimpunan secara aman mendesak Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN)Cempaka yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan masalah kerosakan jalan di kawasan itu.

Demonstrasi secara aman yang disertai 50 orang wakil penduduk kampung itu berlangsung kira-kira 20 minit di Kampung Pantai Sabak iaitu kawasan yang terletak dalam DUN berkenaan.

Dakwa penduduk, mereka kini tiada daya kerana masalah kerosakan jalan telah berlanjutan hampir tujuh tahun dengan pelbagai aduan telah dipanjangkan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian.

"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap..apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela," kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak.

Syukri berkata laluan tersebut merupakan laluan utama bagi 5,000 penduduk dari lima buah kampung iaitu Kampung Pantai Sabak, Pulau Gajah, Tanjung Kuala, Kemeruk dan Limau Purut selain turut menjadi laluan pelancong untuk ke Pantai Sabak dan ke kampung-kampung berdekatan.

Seorang penduduk Pulau Gajah, Latifah Rani, 40, pula berkata keadaan jalan yang teruk itu membahayakan pengguna kerana keadaan jalannya yang berlubang.

"Pernah suami dan anak saya tergolek di atas jalan apabila motosikal yang dinaiki terjatuh akibat melanggar lubang besar sehinggakan anak saya terpaksa dirawat di hospital. Bayangkanlah, sudahlah cedera, motosikal pula perlu dibaiki kerana rosak," katanya kesal.

Bagi Che Azam Ibrahim, 48, pula, berkata mereka yang memiliki kenderaan juga terpaksa menanggung kerugian kerana jalan yang rosak teruk itu menyebabkan tayar kenderaan sering pancit selain bumper dan rim pecah dan bengkok.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung Sabak Em Ahmad Rasydan berkata masalah itu telah beberapa kali diadukan kepada pihak kerajaan negeri tetapi akhirnya ia seperti mencurah air ke daun keladi.

"Bukan kami berdiam diri, kami berusaha berjumpa dengan pihak berkaitan tetapi tetap tidak ada tindakan sewajarnya yang diambil. Ini bukan soal politik, kami hanya mahu kebajikan kami terbela, kami mahu Nik Aziz yang memegang kawasan ini turun dan ambil tindakan sewajarnya selesaikan masalah penduduk," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

Asyik berpolitik sehinggakan tugas dan tanggung jawab sebagai wakil kepada rakyat terabai, bukan kerana apa, kerana terlebih fatwa, anak menantu diutamakan rakyat ditingalkan, nak sangat kepimpinan ulamak, undi lah lagi.......kah..kah..kah.

putrarahman said...

Ada gambar jalan yang rosak tu ke? Kalau ada lagi berdaya saing cerita ini.

Kalau betul seperti dakwaan penduduk, pihak yang bertanggungjawab hendaklah menunaikan amanah dan janji mereka kepada rakyat semasa PRU dahulu. jika mereka tidak memenuhi janji yang telah dibuat, di dalam islam dinamakan munafik. Di dalam Islam ada hukuman tertentu kepdada orang munafik.

Anonymous said...

mentang2 la wakil rakyatnya tok guru nik aziz...cuba periksa kwsan najib kat Pekan tu...semua jalan elok2 ke???Yang berdemo buleh bilang dgn jari...Dah xde modal ke nk rampas kelantan...Dasar UMNGOK!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...