MESTI BACA! PERTEMBUNGAN UMNO-DAP CETUSKAN DEBAT PERKAUMAN

1. Pertembungan UMNO dan DAP sebenarnya mencetuskan perdebatan yang tidak sihat kerana melibatkan perdebatan perkauman.

2. Sebelum ini, pernah berlaku pertembungan antara UMNO dan PAS yang mencetuskan perdebatan agama seperti hukum hudud dan Negara Islam. Sekarang perdebatan agama sudah tidak kedengaran lagi kerana pertembungan yang berlaku sekarang bukan lagi antara UMNO dan PAS tetapi UMNO dan DAP. Perdebatan perkauman kini mengambilalih.

3. Ramai bukan Melayu menganggap Melayu dan Pertubuhan Melayu tertentu yang menyuarakan pendapat mereka berhubung hak mereka dianggap rasis . Sebenarnya orang Melayu hanya bersikap responsif, iaitu rangsangan daripada perasaan bimbang mereka terhadap suara-suara tertentu yang menidakkan atau "mengacah" hak mereka yang sudah ditulis dalam Perlembagaan.

4. Suara mereka mestilah ditafsirkan dari sudut ensklusif iaitu dari orang Melayu untuk orang Melayu. Ini harus diambilkira. Memang benar ada juga golongan yang perkauman namun jumlah ini sedikit dan tidak mewakili orang Melayu secara keseluruhannya. Salahkah orang Melayu berpesan-pesan atau menegur kepada saudara mereka yang kini hanyut dibuai nafsu demi mengejar populariti dan keuntungan politik sempit dan membahayakan masa depan generasi mereka?

5. Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO sebuah parti Melayu sederhana yang memerintah selama 50 tahun dan diakui telah berjaya merapatkan jurang antara kaum tidak pula dianggap perkauman selama ini. Apabila kuasa politik Melayu terhakis pada PRU12 Mac 2008, UMNO yang selama ini tidak dituduh perkauman kini dianggap perkauman.Begitu juga Pertubuhan Melayu dan orang Melayu yang sekadar menyuarakan kebimbangan mereka.

6. Sebaliknya Pakatan Rakyat, sebuah parti yang tidak pernah terlibat pun dalam membina negara bangsa, dan selama ini memperjuangkan hak kumpulan atau golongan atau individu tertentu sahaja, baru saja naik dalam PRU12, dan memenangi beberapa negeri sudah pandai melabelkan orang lain sebagai perkauman. Ada baiknya mereka mencerminkan diri mereka terlebih dahulu dan bertanya kepada diri sendiri adakah mereka yang bersifat perkauman?

6. Siapa pula yang mengatakan hak orang Melayu dalam perlembagaan adalah bersifat sementara? UMNO atau PKR? Siapa pula yang selama ini menuduh bekerjasama dengan parti bukan Islam adalah kafir? UMNO atau PAS?

7. Sebagai sebuah parti yang ditunjangi oleh pemimpin Melayu mereka seharusnya tidak dijangkiti idealisme DAP. Secara logiknya merekalah yang harus mempengaruhi DAP untuk melahirkan ideal yang baik untuk rakyat tanpa membangkitkan sensitiviti bangsa Melayu berhubung maruah bangsa dan agama mereka. Bukankah mereka sendiri yang mendakwa pemimpin Melayu dalam PKR dan PAS akan membela maruah bangsa Melayu dan agama Islam? Sebaliknya, mereka berbuat perkara sebaliknya.

8. Mungkinkah Anwar sengaja membangkitkan perkara-perkara yang menyinggungkan hati orang Melayu dan Islam agar orang Melayu ini berasa marah dan responsif? Maka kemarahan atau respon mereka akan menakut-nakutkan kaum bukan Melayu, maka seterusnya bukan Melayu akan melarikan diri daripada BN lalu beralih menyokong PR?

9. Mari sama-sama kita fikirkan tentang perkara ini.

10.Sebenarnya perkauman tidak pernah wujud. Barisan Nasional telah pun berjaya merapatkan perhubungan antara kaum Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya selama ini. Kita menyaksikan kestabilan, keamanan dan keharmonian, pada masa itu DAP dan PKR masih belum kuat lagi. Dan sekarang golongan yang telah berjaya menyatukan bangsa yang pelbagai ini didakwa mengamalkan perkauman.

11. Politiking DAP dan PKR yang bermain dengan api cuma menimbulkan suasana tidak sihat, dan tiba-tiba juga perdebatan perkauman mulai muncul di kalangan rakyat. Hak orang Melayu dalam Perlembagaan tiba-tiba dibicarakan. Islam pula disama tarafkan dengan agama lain. Perkara sensitif inilah yang menyebabkan orang Melayu bersuara.

12. Dan mereka dituduh perkauman apabila bersuara. Takut dikatakan perkauman, maka senyap sahaja. Inilah yang dikatakan oleh Tun Mahathir, Melayu akan terlucut hak di negara sendiri kerana tidak boleh berkata tentang bangsa mereka sendiri. Jika bersuara, akan dianggap perkauman.

13. Sekali lagi, apa yang disuarakan oleh orang Melayu dan pertubuhan Melayu berhubung bangsa mereka harus dilihat ensklusif. Saya percaya kaum tertentu juga ada menyuarakan sesuatu yang ensklusif iaitu khas untuk bangsa mereka. Itu adalah hal keluarga masing-masing, tapi dalam kita membicarakan sesuatu yang ensklusif ini, pokok pangkalnya rakyat Malaysia harus bersatu padu, saling menghormati perbezaan dan tidak membangkitkan sensitiviti yang seterusnya membangkitkan perdebatan perkauman.

14. Satu Malaysia yang dipelopori oleh BN adalah satu cara asuhan yang baik kerana dalam Satu Malaysia mengutamakan kekuatan dalam kepelbagaian. Melayu yang kuat, Cina yang kuat, India yang kuat, Iban, Kadazan, Bidayuh, Murut dan sebagainya yang kuat akan menyaksikan Bangsa Malaysia yang kuat.

15. Kepelbagaian kita memberi warna yang indah kepada Negara Malaysia. Jangan kerana kepelbagaian dan perbezaan kita digali jurangnya agar semakin jauh, sebaliknya kepelbagaian dan perbezaan dilihat sebagai cara kita mengenali lebih dekat dan merapatkan jurang malah paling terbaik jika dapat melupakan terus jurang yang ada.

16. Membangkitkan sensitiviti dan perkara-perkara yang sudah dipersetujui oleh pengasas negara hanya mengguriskan perasaan , baik dalam mana-mana bangsa apa pun. Oleh itu mari kita bersatu padu, dan jauhi anasir yang merosakkan ukhuwah dan persahabatan yang sudah kita bina sejak negara kita mengecapi kemerdekaan.

17. PKR, PAS dan DAP dalam pada ini sepatutnya mengikut haluan yang sudah dibina dan jangan cuba mengubah haluan mengikut corak dan citarasa mereka demi keuntungan politik sempit mereka yang hanya menguntungkan diri mereka tanpa membawa kebaikan kepada rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

emel dari pembaca blog AS-Ikmal

1 comment:

Penditakainsingkat said...

Salam,

Anak kunci kepada kejayaan UMNO-BN menguruskan rakyat dan negara selama 51 tahun adalah terletak pada perpaduan kaum. Elemen kelianan bangsa, budaya dan agama tidak menghalang perpaduan di kalangan rakyat, malah menguatkannya lagi sebagai satu keunikan tersendiri.

Pakatan Pembangkang amat menyedari perkara ini. Oleh itu strategi pertama yang mereka ambil adalah merobohkan perpaduan ini secepat mungkin.

DAP berusaha menyatukan kaum China dengan idealisma bahawa kaum China yang memiliki kekayaan ekonomi perlu menguasai politik untuk menjadi dominant. Bangsa China tidak layak berada di bawah penguasaan Melayu-Peribumi dan Islam. Malaysia mesti jadi seperti Singapura. Kini mereka berjaya menguasai P. Pinang yang mustahil dibebaskan kembali.

PKR hanya berusaha merealisasikan cita-cita dan nafsu peribadi Nuar Berahim. Perpaduan kaum juga menjadi modal utamanya untuk mendapatkan sokongan kaum China. Berusaha bersungguh-sungguh supaya kaum China dan bangsa Melayu bertelagah dan bermusuhan dengan mengapikan ketidakadilan.

Pas secara berterusan mengekalkan perpecahan di kalangan umat islam dengan fahaman agama sempit dan penyelewengan tafsiran yang disengajakan.

Perpecahan Melayu dan solidariti kaum China adalah gerakan politik semasa sadang berlaku sekarang. Matlamatnya untuk mengekalkan kegagalan UMNO-BN menguasai 2/3 kerusi Parlimen.

Kaum China terus bersatu walaupun berada dalam parti dan agama yang berlainan.

Umat islam terus berpecah walaupun menganut agama yang satu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...