1000 orang hadir Bertekad merampas kembali Nibong Tebal!

S dapat lihat kesungguhan UMNO Bahagian Nibong Tebal yang diterajui oleh Tok Non selaku ketua bahagian bagi merampas kembali kerusi UMNO di Parlimen Nibong Tebal dan DUN Sungai Bakap serta mempertahankan satu-satunya kerusi UMNO di Nibong tebal iaitu DUN Sungai Acheh.

Pada majlis perasmian serentak Cawangan-Cawangan dalam Bahagian Nibong Tebal baru-baru ini, dianggarkan 1000 orang ahli UMNO dari cawangan-cawangan hadir bagi menunjukkan semangat dan kesungguhan dalam perjuangan parti UMNO. Kehadiran ahli seramai ini begitu bermakna dalam menyuntik semangat dalam menghadapi PRU13 yang bakal menjelma.

InsyaAllah, berkat kesungguhan dan usaha semua ahli-ahli UMNO Cawangan dalam Bahagian Nibong Tebal, tidak mustahil kerusi Parlimen Nibong Tebal dapat dirampas kembali.

Hampir 1000 orang yang membanjiri Dewan ILP
Dato' Zainal Bersama Kepimpinan UMNO Bahagian Nibong Tebal
Semua Kerusi Dewan Dipenuhi Oleh Kepimpinan UMNO cawangan-cawangan
Hadirin tekun mendengar Ucapan Tok Non

Gambar dari blog PEMUDA NIBONG TEBAL

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...