Ingat! Dalam Politik Tadak Istilah Esok Masih Ada!


Semua parti komponen BN perlu bekerja keras secara jujur, ikhlas dan rela hati untuk memperkasa serta memperkukuhkan lagi faktor kepemimpinan Perdana Menteri serta sistem penyampaian BN itu sendiri demi memastikan kemenangan yang lebih cemerlang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Ingatlah proses pemantapan politik ini perlu dilakukan secara berterusan tanpa henti kerana dalam politik tidak ada istilah ‘esok masih ada’. Memetik kata-kata Najib ‘berubah ataupun rebah’.

Parti-parti komponen BN perlu menjadikan ‘kejutan politik 2008’ untuk mengkaji semula, merombak serta mengemaskinikan jentera parti masing-masing. Keluarlah daripada sindrom penafian, retorik dan keangkuhan politik yang boleh menjejaskan peluang BN. Perkuatkanlah semangat kerjasama antara satu sama lain atas nama ‘Barisan Nasional barisan kita penegak wawasan rakyat Malaysia’ di bawah satu bumbung.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...