Lokman Balun Bershit & Anwar di Sungai Acheh

Pada 21 Julai yang lalu, Pemuda Nibong Tebal dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri P.Pinang yang diterajui oleh Sdr Ir Shaik Hussein telah menganjurkan suatu program yang dinamakan Pentas Pemuda di Dewan Perda Sungai Acheh. Kehadiran agak memberangsangkan pada malam itu dimana sekitar 400 orang telah hadir.

Program Penerangan ini telah menjemput Sdr Lokman Noor Adam selaku Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang juga bekas setiausaha AMK Pusat. Turut hadir, YB Dato' Mahmud Bin Zakaria selaku ADUN Sungai Acheh. Sdr Lokman banyak menekankan kepada isu tuntutan Bersih yang disifatkan mempunyai agenda jahat yang lain dan juga isu 'evergreen' yang sungguh tak jemu didengar, perihal DS Anwar Ibrahim berkenaan pelbagai isu dan dakwaan terhadap beliau.

AS perhatikan, PPUBNT tanpa rasa jemu terus mengadakan siri penerangan seperti ini demi untuk menyampaikan maklumat sebenar kepada rakyat dan mendedahkan siri pembohongan yang telah dilakukan oleh puak pakatan.


2 comments:

jb said...

teruskan usaha kalian
moga rakyat celik dpt menilai tembelang si pakatan..

Anonymous said...

teruskan bro...tahniah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...