Zaid Berdengung! Pecat Pemimpin KITA Dengan SMS Saja!

Ramai dari CWC, Jawatan Kerja Pusat Parti KITA merasa tidak puas hati dengan tindakan Presiden nya Zaid Ibrahim yg menggantung dan memecat ahli jawatan kuasa parti dengan alas an yg tidak kukuh, kata Mohd Zahrein Zakariah yg juga ahli Jawatan Kuasa Parti itu.

Beliau juga berkata akan mengadakan satu mesyuarat agung luarbiasa bagi mendesak presiden parti KITA supaya meletak jawatan kerana sudah banyak melanggar prinsip pertubuhan parti itu.

Datuk Zahid Ibrahim telah menggantung keahlian Mohamad Firdaus bersabit mempertikaikan belanjawan opreasi parti itu. Manakala beliau memecat Abdul Latif kerana kegagalan nya untuk memberi password laman KITA kepada presiden.

Turut dipecat ialah bendahari Rashid Azad Khan, dan dikatakan kerana alasan yg kurang kukuh serta cara memecat dan menggantung keahlian dengan tanpa surat rasmi hanya dengan melalui khidmat pesana ringkas, SMS saja.
- Bernama

1 comment:

org dalam said...

Zahrein bukannya AJK Pusat yang sah, kenyataannya untuk menggulingkan ketua parti adalah kerana hubungannya dengan Firdaus, Hj Latif bkas Setiausaha dan Rashid. Mereka digantung/dipecat setelah dikesan telah melakukan 'major-misconduct', menggagalkan pergerakan parti dan juga membuka hal dalaman parti kepada orang luar.
Bekas Setiausaha Parti, Hj Latif diberi sms pemecatan serta merta agar tidak lagi menguruskan hal parti , dan surat pemecatan secara rasmi akan di keluarkan kelak.
Secara mudah untuk gambaran sebenar ialah mereka adalah kawan-kawan Zaid yang diambil untuk jawatan dalam parti agar dapat sedikit sebanyak membantu Ketua Parti dalam bidang pengurusan. Mengikut perlembagaan parti, terdapat 5 jawatan AJK Pusat personally dilantik oleh Ketua Parti. Mereka ini dibayar elaun yg besar atas dasar persahabatan. Setelah sekian lama tiada apa-apa sumbangan dalam parti, elaun mereka dihentikan. Sejak itu mereka mula kelihatan seperti mahu mensabotaj parti dalam segala hal, menjadi musuh dalam selimut hinggalah berlakunya pemecatan tersebut.
Zaid telah mengesan tumor yg kian merebak dalam parti dan tindakan ini sejajar dengan situasi menjelang PRU13 ini. Tetapi ini tidak bermakna persahabatan mereka terjejas kerana mereka telah lama saling mengenali dan mempunyai visi yang sama dalam politik.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...