Lagi Penindasan Kerajaan Kedah Terhadap Rakyat

Kesian kan? Rakyat Kedah yang dah 40 tahun gunakan laluan tu hasil kutipan dari penduduk dimusnahkan begitu sahaja oleh anak-anak buah Ostad Zizan yang tiada hati perut.

Sudahlah kerajaan Pusat bagi dana untuk membaiki jalanraya, mereka gunakan untuk benda lain, mereka menganiaya lagi rakyat dengan merobohkan laluan yang rakyat gunakan.

Ada ka patut?

PROTES... Kira-kira 100 pesawah dari Kampung Kalai, Kampung Bukit Minyak dan Kampung Kura membuat bantahan terhadap tindakan anak syarikat kerajan negeri Kedah yang merobohkan laluan yang telah digunakan lebih 40 tahun oleh penduduk untuk ke kawasan sawah di Kampung Asam Pagi, mukim Padang Peliang, Pendang.

Penduduk kecewa dan kesal kerana laluan pintas yang mereka merentangi anak sungai dimusnahkan pihak berkenaan hingga menimbulkan kesukaran kepada mareka.

Laluan yang dahulunya diperbuat kos hampir RM6,000 adalah hasil kutipan penduduk.-BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Anak syarikat kerajaan negeri Kedah yg mana tu? Nanti kita buat piket ramai-ramai....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...