Setiap Orang Ada Klon, Siapa Klon Anwar Ibrahim Di Patpong Ini? (Gambar2 & Video)



PRESIDEN Obama dan jurufoto Indonesia, Ilham Anas.

PENYANYI Mawi dan ‘klonnya’ Saifulruddin.

"FENOMENA pelanduk dua serupa atau individu memiliki wajah yang hampir sama sering menarik perhatian orang ramai. Dalam kebudayaan Barat, mereka yang mempunyai wajah hampir seiras atau disebut ‘klon’ selalunya dikaitkan dengan personaliti hiburan, ahli politik atau kerabat diraja. Apakah Dato Seri Anwar Ibrahim juga mempunyai klonnya di Malaysia?

Sebelum ini klon Presiden Amerika Syarikat ditemui di Malaysia.
Bahkan ramai individu berwajah seiras dibayar untuk menjadi tetamu dalam majlis awam, menghadiri temu bual televisyen atau berlakon filem kerana wajah mereka seiras personaliti hiburan atau orang kenamaan.

Wajah mereka yang hampir seiras dengan individu terkenal ini boleh dilihat dalam banyak laman Internet termasuk gambar yang disediakan agensi fotografi profesional.

Bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein pula didakwa mengupah beberapa klonnya sebagai taktik politik semasa pemerintahannya.

Menurut program televisyen CBS, 60 Minutes pada Januari 2008, Saddam Hussein menafikan kepada penyiasat tentera Amerika Syarikat (AS) yang dia mengupah kumpulan ‘klon’ tersebut.

Semenjak tahun 2011, seorang lelaki mirip wajah jurulatih England, Sven Goran-Eriksson bernama Derek William telah diupah oleh pasukan bola sepak negara itu untuk menggantikan Eriksson dalam jemputan rasmi dan perlawanan persahabatan.

Seperti di Malaysia, sesetengah masyarakat Barat percaya terdapat tujuh individu berwajah serupa di dunia ini. Beberapa tahun lalu, seorang ahli perniagaan dari Pulau Pinang, Lee Peng Hock, 60, mencuri tumpuan kerana wajahnya mirip Abdullah.

Menurut Peng Hock, beliau tiba-tiba menjadi popular sehinggakan ada saja orang memanggilnya Pak Lah ke mana saja beliau pergi.
Pada Januari 2007, orang ramai digemparkan dengan kemunculan klon mirip juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi iaitu Saifulruddin Mohd. Idaham, 21, dari Cheras, Kuala Lumpur.

Saifulruddin yang merupakan seorang tukang masak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pernah diserbu orang ramai yang menyangka dia ialah penyanyi bergelar Raja SMS itu.

Pengarah Institut Perubatan Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal memberitahu, tidak mustahil setiap individu di dunia ini mempunyai wajah yang hampir serupa.

Katanya, walaupun kini bumi dihuni tujuh bilion manusia yang terdiri daripada pelbagai kaum, mereka berasal daripada Nabi Adam dan isterinya Hawa.

“Sebenarnya, semua manusia berasal daripada Adam dan Hawa. Jika diteliti susur galur dan keturunan, wajah seiras sememangnya boleh berlaku.

Ujarnya lagi, wajah klon kebanyakannya berlaku pada manusia yang mempunyai susur galur keturunan dan bangsa yang sama.

Namun sampai ke hari ni, klon individu seperti diatas yang dikatakan memang wujud itu masih belum diketemui walaupun pelbagai tawaran lumayan yang menanti.


Dan video terbaru intro aksi seks yang dipaparkan pagi ini di Bangkok, Thailand adakah menunjukkan 'klon' Anwar Ibrahim berada di semerata dunia? KL dan Bangkok? Dan tak mustahil selepas ini di Indonesia ataupun Eropah? Hehe

1 comment:

Bingai @ Bangang said...

kalau video dari kamera tersembunyi seperti ini dah ada bermakna ada kisah lanjutan di sebalik kisah seperti ini. Bila nak tayang? hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...