Rumah Tangga Safee Sali Bergelora?


Safee Sali tarik balik permohonan kembali taat

Penyerang bola sepak negara yang bermain untuk kelab Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali hari ini menarik semula permohonan perintah kembali taat yang difailkan terhadap isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada November tahun lepas.

Peguam Syarie Norrasyada Osman yang mewakili Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya mengambil langkah itu atas alasan kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan perkara berkenaan di luar mahkamah. Hakim syarie Drs. Atras Mohamad Zin membenarkan permohonan itu dan berterima kasih kepada kedua-dua pihak kerana bersetuju untuk mengakhirinya secara baik.

Bagaimanapun, Safee Sali dan Sabarina yang diwakili peguam syarie Junaidah Bakar tidak hadir di mahkamah. Hasil perkahwinan mereka, pasangan itu dikurniakan dua anak perempuan, Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, setahun. – BERNAMA

****************

Aku doakan agar hubungan Safee dan isterinya kembali aman damai sejahtera hendaknya.
Buang yang keroh, ambil yang jernih.
Diharapkan masalah peribadi ini tidak menjejaskan prestasi Safee..


p/s: Adakah ini dugaan bermain di Liga Indonesia?

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...