Tahniah KJ! Baru Sekarang Suara Pemuda Didengar.


Tahniah diucapkan kepada KJ kerana dilantik menjadi Pengerusi PUNB.
Diharapkan pengalaman dan kebijaksanaan yang dimiliki beliau mampu untuk membawa PUNB ke tahap yang lebih membanggakan.
Cuma aku tumpang kesian la, dah hampir 4 tahun jadi Ketua Pemuda Malaysia, barulah hari ini dia diiktiraf dengan cara sebegini.
Sebelum ini KJ terpaksa melukut ditepi gantang tanpa memegang sebarang jawatan dalam kabinet mahupun GLC tapi aku perhatikan semangat perjuangan beliau dalam Pemuda UMNO tak pernah luntur!.
Jadilah keri, sekurang-kurangnya inilah penawar diatas segala hasil kerja mu.
Ada jugak orang ingat daripada lupa terus!


**********************

Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) hari ini mengumumkan pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai pengerusinya yang baru berkuat kuasa 1 April. Pelantikan itu dibuat oleh Yayasan Pelaburan Bumiputera dalam mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Mac tahun ini, kata PUNB dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khairy, yang juga Ahli Parlimen Rembau, mempunyai pengalaman dalam sektor perbankan pelaburan dan sektor perkhidmatan awam. Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Falsafah, Politik dan Ekonomi dari University of Oxford pada 1997 dan memperolehi Ijazah Sarjana Perundangan dan Teori Politik dari University College London pada 1998.
Khairy akan menggantikan Tan Sri Abu Bakar Mohd Noor yang menamatkan perkhidmatannya pada 29 Februari tahun ini setelah berkhidmat sebagai Pengerusi di PUNB sejak 1998. PUNB turut merakamkan setinggi penghargaan kepada Abu Bakar di atas segala jasa dan khidmat beliau semasa menerajui PUNB. -- Bernama

3 comments:

Anonymous said...

satu kesilapan najib.

Anonymous said...

mana kau tau SILAP??? Kita bukan sesiapa untuk meramal apa yang akan berlaku.... Cara kau cakap tu macam ahli tilik.. Bertaubatlah...

Badak BTR

Kubah Biru said...

Nabi Adam as mengambil masa 40 tahun untuk mendapat keampunan dari Allah swt.

Kalau sekadar 4 tahun apalah sangat.

Janganlah diulang kesilapan yang lalu. Umur masih muda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...