Panas! Rosyam Nor Bakal Kahwini Rita Rudaini??

Pelakon cantik, Rita Rudaini mengakui ada terfikir untuk berhijrah imej menjadi seorang wanita yang bertudung. Bagaimanapun, Rita yang kini sibuk menjalani penggambaran filem Balistik di sekitar Lembah Klang mahu berhijrah dengan kerelaan hati.

"Insya-Allah, suatu hari nanti saya akan berhijab. Terus-terang, saya ada terfikir untuk ke arah itu. Kalau boleh, biarlah saya bertudung atas kerelaan hati tanpa ada paksaan orang lain," kata beliau.

Dalam pada itu, Rita Rudaini memberitahu, lamaran untuk menjadi isteri Rosyam Nor dalam filem Balistik diterima kerana dia tahu produser hebat ini seringkali memberikan watak yang terbaik buat dirinya.

"Sebenarnya, sebelum ini Rita ada mendapat tawaran untuk berlakon dalam filem lain. Namun, Rita tidak terima tawaran berkenaan kerana berasakan ianya tidak bersesuaian dengan Rita.

"Namun, Rita setuju untuk terima berlakon dalam filem Balistik kerana Rita tahu Rosyam tidak pernah mengecewakan Rita.

"Buktinya, setiap kali drama yang Rita berlakon di bawah syarikat produksinya, pasti ianya akan memberikan impak yang bagus buat diri Rita. Lagipun, Rita pun serasi bekerja dengan dia," jelasnya.-Murai


**************


Alhamdulillah, Rita memang dah memasang niat untuk berhijrah memakai hijab. Janganlah tangguh-tangguh lagi Rita.


Cuma aku nak pesan, bila dah berhijrah tu Rita tak kena 'kejutan budaya' sepertimana Mak Janda Anak 3 Artis PAS sorang tu yang menggelabah tak ketahuan punca.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...