Sadis! Kematian Syaleza Jaafar: Suami Sendiri Didakwa Membunuh!


Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.

Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.

Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.

Akhbar sebelum ini melaporkan  seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama

***********

 Pasti ada sebab yang tak diketahui sehingga beliau sanggup membunuh isterinya. 
Moga Allah mengampunkan segala dosanya, serta menempatkan roh isterinya dikalangan orang-orang yang beriman.

3 comments:

Anak Sebarau said...

Aku dah agak dah...tak logik Syaleza gantung diri sendiri. Orang mabuk pun tak bunuh diri.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Biarkan perBICARAan berlangsung.. Jangan kita dok ulang SKRIP 'Aku DAH agak DAH' semata-mata untuk PUASkan HATI sendiri..

Pasti akan terBNGKAR sesuatu yang TDIAK diSANGKA semasa perBICARAan.. Jika ianya TIDAK berPIHAK kepada SKRIP 'Aku DAH agak DAH', bagaimana?

Wallahualam..

Anonymous said...

Belum tentu lelaki tu bersalah. Dia perlu buktikan diri dia tak bersalah dan pihak pendakwa perlu buktikan dia bersalah. Tp keputusan mahkamah tidak semestinya tepat sebab hakim buat keputusan berdasarkan fakta yg dihujahkan semasa prosiding.

apa pun, mmg kerja polis siasat n dakwa orang apatah lg bila family mangsa dakwa anak dibunuh.

Tp aku secara peribadi tidak fikir lelaki tu membunuh isterinya.

Kemungkinan isterinya membunuh diri atau secara tidak secara terbunuh diri sendiri.

Kesan lebam pada badan tu benda biasa sb perempuan mmg mudah lebam kalau dipegang dgn kuat. Mungkin terjadi semasa lelaki sedang mententeramkan mangsa dr mengamuk di dalam rumah atau dr merosakkan harta benda di dalam rumah atau mempertahankan dirinya drpd dipukul.

ini cuma pandangan peribadi saya. Tp kemungkinan utk lelaki tu budak wife dia ada juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...