Hasil Kajian Terbaru Yang Bikin Pok Nik Tak Lena Malam

Perkembangan kajian terbaru melihatkan suatu petanda positif bahawa tidak mustahil Kelantan mampu dirampas oleh BN. Yang penting, usaha yang berterusan dan gigih harus dilakukan oleh jentera BN di Kelantan. Yang selebihnya kita tawakal sahaja kepada Allah Taala.


InsyaAllah, rakyat Kelantan sudah buka mata untuk melihat bahawa kepimpinan PAS di Kelantan yang ada sekarang telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menguruskan negeri Kelantan dengan baik dan berkesan. 
TUKAR kali ini wahai rakyat Klate. BN mampu membela nasib anda lebih baik dari sekarang.

Jangkaan bahawa Barisan Nasional (BN) akan menguasai semula Kelantan, yang ditadbir Pas sejak 1990, pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) menunjukkan trend positif.

Penyelidikan kendalian Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) menunjukkan bahawa peratusan jangkaan yang memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada Mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini.

Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas, yang mentadbir kerajaan negeri, susut tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu.

Peratusan responden yang tidak pasti menurun kecil daripada 29 peratus kepada 27 peratus.

2 comments:

Anonymous said...

eh blogger cap ayam ni..

ko citer kajian kelantan je?

nape sembunyikan hasil kajian terhadap pusat, sgor dan kedah??

pilih bulu betul..
cam syiall je ko ni..

Anonymous said...

laka laka la kau ni nak syialkan org

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...