Fakta Yang Mengejutkan Pok Nik!

Pada aku, keadaan ini berlaku atas dua faktor utama. 

Pertama, majority rakyat Kelantan berbangsa Melayu dan umum tahu orang melayulah yang paling ramai mohon untuk menjadi penjawat awam. 

Keadaan inilah yang menyebabkan DAP berhasrat mengurangkan penjawat awam jika mereka memerintah kononnya mereka mengatakan ia satu pembaziran walhal rezeki ramai orang melayu akan tersekat.

Dan keduanya perkara ini berlaku atas kegagalan Pok Nik menyediakan peluang pekerjaan yang cukup kepada rakyat Klate sendiri. 

Kegagalan yang dimaksudkan ialah Pok Nik selaku MB Kelate gagal menyediakan prasarana yang cukup untuk perindustrian menyebabkan kurangnya kehadiran pelabur luar untuk melabur dan seterusnya  peluang pekerjaan kepada rakyat Klate dalam sektor swasta amatlah terhad.

Pok Nik juga tidak kreatif dan inovatif dalam mempelbagaikan sumber/rakyat yang ada bagi menghasilkan peluang untuk rakyat Klate mencari rezeki.

Tapi takpe, Alhamdulillah, negara malaysia ini negara milik semua orang. Semua rakyat berhak menikmati peluang yang disediakan oleh kerajaan pusat tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

***********************

Rakyat Kelantan Paling Ramai Mohon Kerja Melalui SPA

Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu, kata Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam.
Beliau berkata sejak 2009 hingga 2011, seramai 495,000 rakyat negeri ini telah memohon kerja bagi Gred 1 hingga Gred 41. 
"Sejak lima tahun lalu pula, seramai 12,831 daripada permohonan itu telah diterima bekerja di sektor kerajaan. 
"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci," katanya kepada pemberita selepas Sesi Interaksi Pengerusi SPA Dengan Ketua-ketua Jabatan Persekutuan, Badan-badan Berkanun, Persatuan-persatuan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Zon Timur di sini hari ini. 
Mahmood berkata sejak tiga tahun lalu jumlah pencari kerja di seluruh negara yang memohon melalui SPA seramai 1.2 juta.-Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...